Anda di halaman 1dari 8

TITAS

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pengenalan

Perkataan tamadun sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material)


sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji
Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah
diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir
manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini
telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang,
kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang
mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual?
Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjang
lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun
telebih dahulu

Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab membawa erti sifat pembangunaan, atau
perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan
dan insaniah di dalam diri.

Tamadun dalam Bahasa Melayu ialah keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya
,sosial , politik, peradaban dan dan lain-lain.

Umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju.

ii.Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan.

iii.Tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek
yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.

Ciri-ciri Asas Tamadun

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan)


2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan yang sempurna.
4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri
untuk berkomunikasi.
5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.
7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika
yang tersendiri.
1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan

1. Kedudukan yang strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi


kelangsungan kehidupan.
2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.
4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun.
5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.

Kesimpulan

Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah
sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan
ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang
dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian
tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna.
Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah, umran dan hadharah yang.
menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah,
kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama
dan kemajuan kebendaan berteraskan agama.

Konsep tamandun islam

ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu
tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah:

1. AKIDAHMerupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan
dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali.
Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan
dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.

2. SYARIAHSyariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas
akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad
menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa
proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.

3. AKHLAK

Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala
perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh
dan disegani.
AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM

1. ILMU PENGETAHUAN

Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ).
Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah
Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-
quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang
tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh
kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan
ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan.

2. KEKUATAN MATERIAL

Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan
ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali (harta ) dan lain-lain.
Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti
penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.

CIRI- CIRI TAMADUN ISLAM

Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara
ciri-ciri Tamadun Islam ialah:

1. Penggunaan tulisan. Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam


dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua
aspek kehidupan umat.

2. Kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada
dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain.

3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-
sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju. Perbezaan peranan yang
dimainkan mealahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar.

4. Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya


seperti istana-istana , masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.

5. Kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri
Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh
dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

1. AL QURAN

Al Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah


perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang Islam adalah sebahagian
besarnya dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al Quran. Kalau tidak kerana adanya Al
Quran , nescaya Tamadun Islam tidak wujud di dunia ini.

2. AL SUNNAH.

Al Sunnah membawa maksud apa apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
dari segi perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian , akhlak dan sirahnya sebelum
dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.

Peranan Al Sunnah ialah menjelaskan perkara perkara yang tidak dijelaskan dalam Al
Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al
Quran.

3. AL - IJTIHAD

Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh untuk dapat


sesuatu hukum syara mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qatI atau
secara putus dari Al Quran dan AL Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan
hukum Islam dan melaluinya hukum baru di sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al
Quran dan Al Sunnah dapat ditetapkan.

TAMADUN ASING

Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-
nilai Islam. Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi.
Islam tidak menentang perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan
kepada manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

1. Hubungan Manusia dengan Allah

Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya
melalui rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian
iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
2. Hubungan Manusia Dengan Manusia

Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam
membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan.
Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di
muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-
menolong , kerjasama dan perpaduan.

3. Hubungan Manusia Dengan Alam

Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam.
Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan
kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi dan lain-lain
meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah kepentingan hidup manusia
sejagat.

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

1. Bersumberkan Kepada Al Quran Dan Al Sunnah

Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Al-Quran , bimbingan serta panduan yang terdapat didalamnya
telah mewujudkan tamadun yang unggul.

2. Bentuk Tetap

Berbentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah , maka ia terpelihara dari keinginan dan
hawa nafsu kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram , baik buruk , apa yang
boleh dan apa yang tidak boleh , semuanya jelas tertera di dalam kitab Allah dan Sunnah
Rasul- Nya.

3. Terbuka

Tamadun Islam menerima dari pengalaman-pengalaman yang berguna dan


mempersembahkan kepada tamadun asing hasil serta pencapaian yang diperoleh.

4. Bersesuaian Dengan Fitrah Manusia.

Ajaran-ajaran Islam bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat , maka
tidak hairanlah jika Tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajarannya selaras dengan
fitrah dan keperluan manusia.

5. Bersifat Syumul

Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman , lebarnya mengatur segenap
aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.
Akhlak

AKHLAK

Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala
perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh
dan disegani.

Pembinaan peribadi dan keluarga dalam membentuk tamdun islam

2.Pembinaan Keluarga Institusi keluarga adalah komponen pembentukan masyarakat pada


tahap kedua pembinaan Tamadun Islam. Asas pembinaan keluarga bahagia: Takwa, al-
Mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (timbang rasa)

15. Tanggungjawab sebelum Berumah Tangga Memilih pasangan yang sesuai Memilih
pasangan hidup yang baik. Menjadikan akhlak sebagai ukuran.

16. Tanggungjawab semasa berumah tangga Suami bertindak sebagai ketua keluarga . Suami
berperanan membentuk keluarga yang beriman. Isteri berperanan sebagai pengurus bagi
orang-orang yang tinggal serumah dengannya.

17. Pendidikan anak-anak Islam amat mementingkan pendidikan anak-anak Ibu bapa
hendaklah memberikan nama yang baik kpd anak mereka. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-
anak menjadi manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Institusi ekonomi dalam tamadun islam

Amanah,bertanggungjawab.adil

Institusi social dalam tamadun islam

Ciri2 utama budaya ilmu

Ilmu fardu Ain,

Ilmu fardu ain adalah ilmu yang datangnya dari Allah S.W.T yang menjadi penentu kepada ilmu-
ilmu yang lain dari sudut kesahihannya.Ia merupakan kewajipan bagi satiap muslim untuk
mempelajari dan mengamalkannya.

1.Ilmu Tauhid iaitu ilmu yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan atau disebut sebagai ilmu
aqidah

2.ilmu Feqah iaitu ilmu yang berkaitan dengan hokum hakam halal dan haram
3.Ilmu al Kitab dan Sunnah iaitu ilmu yang darinya merupakan sumber hukum hakam islam

4.Ilmu Tasawwur iaitu ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan dan penyucian diri dari
satu sudut hati, hal-hal berkaitan dengan sifa-sifat terpuji dan sifat tercela

1.ilmu tasawwur (al-Ghazali, 1980:78-79)

Ilmu Fardu kifayah

Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup
manusia samaada yang berbentuk keagamaan atau yang bersifat keduniaan

Gagasan ilmu dalam tamadun islam

Pertembungan tamadun islam dengan kolonialisme barat

Pengetian salafiyah dan perkembangan yang berkaitan

Salafiyah/Salafisme adalah salah satu metode dalam agama Islam yang mengajarkan syariat
Islam secara murni tanpa adanya tambahan dan pengurangan, berdasarkan syariat yang ada

Tamadun islam dalam era kolonialisme

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN LAIN

CARA PERTEMBUNGAN

Intelektual

Berlaku antara cendekiawan Islam dengan bukan Islam. Penyebaran Islam di Eropah bukan
sahaja membolehkan pedagang Islam berdagang di Eropah malah membawa keuntungan
kepada para intelek Islam. Ilmuwan Islam telah berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun
eropah serta memperkembangkan lagi ilmu tersebut menurut pandangan intelektual Islam.

Perdagangan dan Perniagaan

Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean telah
membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi satu alat utama pertembungan Islam dengan
tamadun lain. Seawal abad ke-7 masihi, orang Islam telah menetap di Canton,China dan
membolehkan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun China
Kebudayaan

Perluasan kuasa membawa kepada pertembungan kebudayaan. Seperti di Sepanyol, bahasa


arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa Kerajaan Umaiyah berpusat di Cordova. Lahir
golongan Mozarah Orang Tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan
Islam dan berbahasa Arab.

KESAN PERTEMBUNGAN

Sudut Keagamaan
Penguasaan Ekonomi Umat Islam
Perkembangan Intelektual Orang Islam
Pengaruh kepada kehidupan masyarakat Eropah
Kesenian Islam
Perluasan Kawasan

Anda mungkin juga menyukai