Anda di halaman 1dari 6

Dari segi sudut dalaman Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan

peribadi Rasulullah SAW, tauhid, syariah, dan pendidikan Islam merupakan sudut terpenting
untuk melihat bagaimana Islam membentuk sesebuah tamadun. Inilah sudut tamadun yang
sangat penting yang selalu diketepikan atau yang kurang difahami oleh sesetengah sarjana
bukan Islam apabila mereka mengulas tentang tamadun Islam.Sesungguhnya peranan Islam
dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah suatu fakta yang tidak dapat ditolak
oleh mana-mana hujah. Tamadun islam dan juga tamadun barat merupakan antara tamadun
yang sememangnya tersohor dan terkenal pada suatu ketika dahulu. Namun, kedua-dua
tamadun ini mempunyai berbezaannya tersendiri dari pelbagai sudut seperti ekonomi, sosial,
pemerintahan dan lain-lain lagi. Sebelum kita membandingkan kedua-dua tamadun ini, kita
terlebih dahulu haruslah memahami apakah maksud disebalik tamadun itu tersendiri kerana
maksud tamadun itu sendiri dapat mengambarkan bagaimana membangunnya sebuah
tamadun.

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan
bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Bukan itu
sahaja istilah lain bagi tamadun dalam bahasa arab ialah umran, hadharah, tamaddun,
madinah dan madaniyah. Istilah umran bermaksud membangunkan dan memakmurkan
bandar. Tokoh pertama yang menggunakan istilah umran ialah Ibn khaldun. Hadharah juga
diperkenalkan oleh Ibn Khaldun yang bermaksud kehidupan menetap. Istilah tamaddun dan
tamadyun berasal daripada perkataan madana yang bermaksud membina dan membangunkan
bandar. Madinah bererti bandar-bandar atau nama kepada Yathrib dan akhir sekali madaniyah
juga bermaksud kehidupan bandar. Selain itu, perkataan tamadun dapat diertikan kepada
kehidupan bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiaannya
dengan tamadun adalah umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa inggeris pula istilah yang
hampir sama dengan tamadun ialah culture dan civilization atau kebudayaan dalam bahasa
melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Latin civitas yang
bermaksud bandar. Itulah antara maksud dan istilah disebalik tamadun.

Sebelum pergi lebih dalam, kita harus tahu tentang asas tamadun islam dan juga barat.
Tamadun islam terikat dengan beberapa perkara penting dalam menjadi asas pembinaan
tamadun. Antaranya ialah akidah, syariat, akhlak dan ilmu. Empat asas ini diikuti dengan asas
keadilan, semangat kejiranan, toleransi, dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat tamadun
islam. Asas yang pertama ialah akidah. Akidah merupakan satu konsep kepercayaan yang
akan membentuk iman kepada Allah , para rasul, para malaikat dan juga kitab-kitab, hari
kiamat dan Qada dan Qadar Allah. Tauhid merupakan satu falsafah kehidupan dalam islam
dan menjadi asas kepada kelahiran tamadun. Setererusnya ialah syariat. Syariat merangkumi
ibadat dan muamalah. Ibadat ialah peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan
kepada Allah dan muamalah pula ialah peraturan perhubunga sesama manusia ataupun
masyarakat meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan kemasyarakatan.
Di sampng itu, akhlak merupakan mekanisma yang menggerakkan umat islam menjadi umat
yang bertamadun tinggi. Tanpa akhlak, tamadun islam yang dibina tidak mempunyai
sebarang erti. Oleh itu akhlak merupakan suatu asas yang juga penting sebagai pelengkap
kepada akidah dan syariat. Nilai akhlak sebagai satu unsur pembinaan tamadun sudah ada
dalam tamadun-tamadun silam seperti tamadun Yunani atau tamadun lain.. Seterusnya.
kelahiran tamadun islam juga berasaskan ilmu pengetahuan seperti yang disarankan dalam
firman Allah SWT dalam surah al-Alaq. Sejarah kegemilangan tamadun islam telah berjaya
dicipta kerana penghayatan ummah terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Antara
tokoh intelektual islam yang menjadi pemangkin ilmu pengetahuan dalam masyarakat seperti
Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan banyak lagi.

Asas tamadun barat pula hanya khusus kepada kepuasan diri semata-mata. Antaranya ialah
materialism, kolonialisme, kapitalism, liberalisme, dan juga sekularisme. Materialism terdiri
dari kata” materi” dan” isme”. Materi dapat difahami sebagai benda atau segala sesuatu yang
tampak. Sifat sebegini menjadikan mereka memposisikan ilmu pengetahuan sebagai penganti
agama dalam peletakan hukum. Kolonialisme atau penjajahan adalah suatu sistem di mana
suatu Negara menguasai rakyat dan sumber daya negara lain untuk kepentingan negara
sendiri. Kita dapat lihat daripada usaha tamadun-tamadun barat menguasai tanah melayu
kerana mereka mengetahui tanah melayu kaya dengan pelbagai sumber mineral. Cara yang
digunakan oleh tamadun barat sememangnya tidak betul kerana ia boleh menyebabkan
kekacauan dan masalah perkauman dalam masyarakat.

Seterusnya kapitalisme asalnya dari kata capital, yang bererti modal. Kapitalisme adalah
suatu sistem ekonomi dimana sektor industri perdagangan oleh pihak-pihak tertentu untuk
mendapat keuntungan sebesarnya. Sebagai contoh kita dapat lihat dahulu tamadun barat
banyak perdagangkan emas yang diperolehi dari tanah melayu untuk kepentingan tersendiri.
Liberalisme ialah adalah sebuah ideologi, pandangan filsafat, dan tradisi politik yang
didasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan dan persamaan hak nilai adalah nilai politik
utama. Sekularisme pula ialah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara
terasing dari agama. Oleh sebab itu kita dapat lihat bahawa tamadun barat tidak
menitikberatkan soal agama dan kepercayaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Apakah ciri-ciri tamadun islam dan juga tamadun barat? Ciri-ciri umum tamadun Islam pada
dasarnya mempunyai persamaan dengan ciri-ciri tamadun barat. Di antara ciri-ciri tersebut
ialah yang pertama pegangan akidah. Tamadun islam berbeza dengan tamadun lain, kerana
tamadun islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan
tujuan kehidupan manusia adalah ditetapkan oleh Allah. Al–quran sebagai kitab Allah yang
terakhir diturunkan kepada manusia mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-
hakam yang membimbing manusia untuk mencapai perkembangan dan kesempurnaan
hidupnya. Seterusnya ialah tidak dipengaruhi hawa nafsu dan sesuai dengan fitrah manusia.
Tamadun yang berteraskan kepada ajaran islam sebagai “al-din” memiliki panduan yang asli
dan menyeluruh sebagai panduan sepanjang hayat. Berbicara tentang fitrah manusia secara
etimologis, fitrah berasal dari istilah arab “fathara” yang bermaksud memiliki erti mencipta.
Oleh sebab itu, isi kandungan al-quran dapat memenuhi fitrah manusia. Panduaannya bersifat
kekal, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap akan diadili dengan betul.

Keseimbangan dan kesederhanaan juga merupakan cirri tamadun islam. Keseimbangan


bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan. Konsep keseimbangan tamadun
islam merangkumi kerohanian dan kebendaan, tanggungjawab terhadap ibadat kepada Allah
dan urusan keduniaan, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai
spiritual dengan materials. Bukan itu sahaja, ideal dan realistik. Islam sentiasa meletakkan
manusia di tingkat yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan landasan kukuh kepada
seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran islam. Ciri realistik mengambil kira
kehidupan manusia di alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam ini merupakan hakikat
yang berlaku di dunia nyata. Ini merupakan ajaran islam berkaitan dengan seluruh alam
semesta.

Ciri lain pula ialah terbuka kepada semua tamadun. Tamadun islam bersifat universal kerana
al-quran dan al-sunnah adalah sumber utama kepada seluruh umat manusia. Ajarannya
bersifat terbuka dan menerima semua tamadun atau kebudayaana asalkan tidak bertentangan
dengan akidah, syariat dan akhlak islam. Pada peringkat awal, bangsa Arab bersikap
tempatan dan kesukuan. Akan tetapi, ajarannya berbeza kerana Negara islam tidak
memperjuangkan hak bangsa arab semata-mata malah bersifat universal. Selain itu ialah,
tamadun islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan fitrah atau tabiat semulajadi dan
selaras dengan kehendak manusia sendiri dan mempunyai kesatuan dalam pelbagai aspek
mahupun keduniaan dan kerohanian. Ajaran-ajaran dan nilai yang di bawa oleh islam adalah
bertujuan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru itu, tidak hairan jika tamadun islam
yang berteraskan ajaran-ajarannya selaras dengdan fitrah dan keperluaan manusia.

Bersifat syumul, konsisten dan global(universal). Kesyumulan atau kesempurnaan ajaran


islam yang mendasari tamadun boleh diterangkan seperti berikut; islam adalah risalah yang
panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan
dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat. Ini bermakna tamadun islam
sangat sesuai dengan segala situasi dan menepati keperluaan dan pengedaran zaman.
Perkembangan tamadun islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan
kepada sesuatu bangsa atau sempadan geografi tertentu dan inilah yang membezakannya
dengan tamadun lain seperti tamadun china, greek, parsi atau tamadun barat. Ciri seterusnya
ialah bersepadu. Tamadun islam bersifat intergrated iaitu memadukan antara nilai
rohani(spiritual) dan nilai kebendaan(materials). Kesepaduaan di antara tanggungjawab
ibadat kepada Allah s.w.t dan urusan kehidupan duniawi dan antara kepentingan idividu dan
masyarakat. Ini adalah berbeza dengan tamadun barat yang mengamalkan konsep dualism
dalam tamadunnya.

Bagi tamadun barat pula ialah antara cirinya mementingkan kebendaan atau materialisme.
Materialisme sebenarnya hamper mendominasikan segala pandangan dan pemikiran dalam
tamadun barat. (((Pandangan ini dapat dibuktikan melalui perkembangan sejarah awal
tamadun barat yang bermula semenjak berlakunya zaman renaissance di eropah iaitu di
sekitar abad ke 16 M, di mana penjelmaan kembali peradaban materialistic Yunani ke dalam
alam pemikiran ahli falsafah barat yang mahu membebaskan diri mereka daripada
kongkongan teologi kristianiti yang mendakwa mengongkong kebebasan berfikir dan
bertindak)). Ciri seterusnya ialah bersifat individualistik. Kebanyakkan mereka bersikap
sesuka hati, pada umumnya menggunakan ego tanpa memperdulikan orang lain atau dengan
kata lain mementingkan diri sendiri. Hal demikian menyebabkan perpecahan dan pergaduhan
berlaku sesama mereka akibat rasa tidak puas hati daripada sikap sebegini. Ini juga
menyebabkan perpaduan sukar dibentuk.

Sentiasa berubah-ubah dan tidak menyeluruh. Itu merupakan salah satu daripada ciri-ciri
tamadun barat tidak seperti tamadun islam yang mempunyai ciri komsisten dan menyeluruh.
Tamadun barat disifatkan berubah-ubah kerana ialah berteraskan akal fikiran semata mata
berlainan dengan tamadun islam yang berteraskan wahyu. Golongan inteklektual memainkan
peranan besar. Ini lahiranya ramai tokoh pemikiran barat seperti Herbert Spencer, Karl Marx,
C. Darwin, Isacc Newton dan lain-lain. Tamadun Barat juga merupakan sebuah tamadun
yang diasaskan kepada Fahaman Sekular (sekularisme). Ia adalah moral yang bersandarkan
semata-mata kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali pertimbangan
kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford English Dictionary) serta kepercayaan
bahawa agama tidak patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti social dan politik dalam sesebuah
negara. (Cambridge international Dictionary Of English). Dengan erti kata lain, pemikiran
dan keinginan nafsu manusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam pembangunan dan
pembinaan tamadun mereka. Melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan
dunia semata-mata.Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama dan agama adalah
sebahagian daripada kebudayaan.Agama dicorak oleh perubahan budaya. Kemajuan
berdasarkan keuntungan dan mengamalkan konsep matlamat meghalalkan cara. Itulah antara
ciri ciri tamadun barat.

Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tamadun ini ? jom kita teliti satu persatu. Dari sudut
agama dan kepercayaan atau dengan kata lain kedudukan agama, bagi tamadun islam, agama
islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan hidup manusia samada keduniaan
atau keagamaan. Selain itu, pembaharuan dalam islam adalah mengikut agama bukan agama
mengikut pembaharuan. Contohnya kita dapat lihat pada zaman sekarang dari sudut fesyen.
Remaja masa kini sememangnya suka bergaya tetapi haruslah mengikut syariat yang telah
ditetapkan. Bagi tamadun barat pula, agama adalah sebahagian daripada kebudayaan.
Kebudayaan mengalami perubahan dan akhirnya agama juga turut berubah-ubah. Dari sudut
kemajuan, islam juga mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan
menegaskan bagaimana ia dicapai dan apakah matlamatnya. Bertentangan dengan tamadun
barat yang mengunakan konsep matlamat menghalalkan cara dan kemajuan mereka hanya
untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Dari sudut konsep pengawalan dan kesepaduan pula, dalam tamadun islam segala
pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas
daripada mengikut akhlak, akidah dan syariat. Bagi tamadun barat pula, segala urusan tidak
berkaitan dengan agama dan hanya melihat sudut keduniaan semata-mata. Cara dan bentuk
pengawalan tamadun barat tidak berdasarkan iman yang kukuh. Penekanan bagi sudut
kemajuan pula, islam menekankan kedua-dua aspek kerohaniaan dan kebendaan . kemajuan
dalam islam adalah lengkap dan sempurna.fokus pembangunan dalam islam adalah manusia
itu sendiri. bagaimana mereka menguruskan keduniaan dan juga akhirat dan mengurus dunia
ini dengan syariat yang telah ditetapkan. Bagi tamadun barat, mereka mementingkan
kebendaan dan mengetepikan kerohanian. Hal ini menyebabkan mereka mengalami krisis
dari sudut kerohanian kerana kurang memberi penekanan kerohanian dalam diri masyarakat
mereka.

Bukan itu sahaja, kedua-dua tamadun ini mempunyai perbezaan dari sudut sumbangan.
Sumbangan paling besar dan penting yang diberikan oleh islam kepada masyarakat dunia
ialah akidah. Akidah menjadikan manusia bekerja secara jujur dan ikhlas. Islam yang bersifar
syumul membolehkan tamadun lain berinteraksi dengan mudah dengan tamadun islam.
Bukan itu sahaja dalam bidang ilmu pengetahuan tamadun islam juga banyak menyumbang
terutamanya dalam bidang perubatan. Tokoh yang terkenal bagi bidang perubatan ialah Ibn
Sina. Selain itu, dalam bidang matematik pula ramai penuntut eropah yang dating belajar ke
Andalus pada pemerintahan islam. Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak
individu serta penyertaan rakyat member pendapat, memberi layanan baik kepada orang tua
dna wanita dianjurkan oleh islam merupakan nilai yang dicontohi. Dalam bidang perkilangan,
mislanya kilang menuat senjata di kota-kota besar islam seperti Cardova dan Baghdad telah
member sumnbangan besar kepada eropah.

Sumbangan dari tamadun barat pula contohnya kita dapat lihat dari tamadun Rom iaitu
mereka menggunakan sistem berbentuk republic dan mereka juga mengamalkan Undang-
undang Justinian. Seperti mana yang kita ketahui, mereka telah membina bangunan
Colloseum dan juga saliran air bersih iaitu Aquaduct. Selain itu, kalendar yang digunakan
pada hari ini adalah berasaskan kalendar Rom. Pengaruh kebudayaan Kristian dan Bibble
dalam pemikiran rohani, adat resam dan etnik. Dari segi sains dan teknologi, tamadun barat
banyak memperkenalkan alat-alat baru samada pengangkutan, alat komunikasi dan juga alat
pertanian. Kita dapat lihat tamadun china sebagai contoh. Pada masa dulu, dipercayai bahawa
Negara china sudah menunjukkan kecanggihan dalam teknik penaman padi. Sistem parit dan
takungan air disediakan untuk kawasan penanaman sawah padi. Jelaslah bahawa walaupun
konsep dan asas kedua-dua tamadun ini berbeza, sumbangan tersebut dapat diguna pakai
untuk masa kini.

Anda mungkin juga menyukai