Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan telah membuja ruang kepada beberapa persoalan asas.

Antara persoalan tersebut ialah apakah tamadun? Apakah landasan kefahaman dan konsepnya? Apakah pula faktor yang menentukan keutuhan dan kelangsungan sesuatu tamadun? dan banyak lagi persoalan yang telah dikemukan. Persoalan ini telah menjadi polemik dalam alam pemikiran peradaban begitu lama. Oleh yang demikian, ruang lingkup perbahasan mengenai tamadun dan ketamadunan cukup luas seluas ruang lingkup kehidupan manusia. Dewasa ini, terdapat pelbagai globalisasi telah melanda Negara Malaysia ini. Ianya berlaku dari pelbagai sudut. Antara sudut yang dimaksudkan tersebut ialah sudut sosial yang merangkumi aspek pemakanan, pemakaian dan kekeluargaan dan juga dari sudut media yang merangkumi aspek elektronik dan media. Islam Hadhari merupakan penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, dan pembangunan kesihatan. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari nukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepasa asas atau fundamental yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

1. 0 TAMADUN ISLAM 1.1 PENGENALAN Penggunaan perkataan tamadun sering kali dikaitkan dengan evolusi manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu dan istilah cemerlang. Keagungan, kemajuan, kehebatan dan lain-lain aspek yang berkait dengan pencapaian tinggi manusia dalam semua aspek kehidupannya termasuklah organisasi politik, sosial dan ekonomi. Tanda-tanda permulaan wujudnya tamadun manusia dapat dilihat pada tahap terakhir zaman prasejarah iaitu Neolitik yang dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 s.m. Kebudayaan Neolitik tersebar meluas di serata dunia di mana asas utama kebudayaannya adalah perkembangan kegiatan pertanian dan pertenakan binatang. Produktiviti meningkat untuk menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah dan tahap pembentukan pengeluaran bertukar konsep dari keperluan pengguna kepada pembentukan nilai pertukaran. Ini seterusnya ialah membentuk pengkhususan pekerjaan bagi setiap individu dan kegiatan perdagangan adalah berdasarkan sistem barter. Budaya manusia berubah ke arah ketatasusilaan, peningkatan budaya ilmu dan pembentukan sistem kenegaraan. Kemunculan tamadun dalam setiap kehidupan manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap yang dialami oelh sesebuah masyarakat. Antara tamadun-tamadun yang paling terkemuka di dunia adalah Tamadun Mesir Tua yang disifatkan oleh sejarahwan Greek, Herodotus sebagai Egyst is the gift of Nile.

1.2 DEFINISI Boleh dikatakan hampir tidak terdapat satu definisi yang paling tepat dan konsisten tentang makna tamadun. Kebanyakan para intelektual tidak sependapat dalam mentakrifkan pengertian tamadun disebabkan latar belakang sejarah, budaya, ras dan kepercayaan berbeza yang melahirkan tafsiran-tafsiran dalam lingkungan perbezaan tersebut. Boleh dikatakan pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai satu istilah yang sesuai bagi melambangkan sebuah kegemilangan. Ianya dapat membezakan manusia yang bertamadun dengan kelompok manusia yang tidak bertamadun atau lebih dikenali sebagai orang gasar. Perkataan tamadun secara umumnya dapat dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Pelbagai definisi dan takrifan yang telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut aliran dan bidang. Selain itu, perkataan tamadun yang kita gunakan dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang berasal daripada istilah bahasa Arab. Hal ini adalah disebabkan oleh fenomena peminjaman istilah. Fenomena ini tidak dapat dipisahkan lagi dalam teori antara bahasa. Peminjaman istilah yang berlaku ini dikenali peminjaman bulat-bulat. Hal ini adalah kerana perkataan tamadun di pinjam daripada bahasa Arab tanpa berlakunya sebarang penambahan atau pengurangan pada perkataan tersebut. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun dan hadarah. Seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam iaitu Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah satu dearah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kotakota dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.
3

Manakala dari sudut epistemology pula, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Hal ini menunjukkan bahawa istilah cilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lwbih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat Negara. Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah ketamadunan yang gemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada

ketamadunan dunia. Beberapa tokoh Islam telah memberikan definisi mereka yang tersendiri mengenai takrifan tamadun. Professor Syed Naquib Al-Attas teleh mendefinisikan tamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Selain beliau, Sayyid Qutb juga mempunyai pandangan dan pendapat sendiri mengenai takrifan tamadun. Bagi beliau, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oelh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Manakala menurut Mahmood Taib an-Najmi ( 1971 ) pula, tamadun adalah sebaagi peraturan masyarakat yang dapat membentu manusia untuk menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan. Selain daripada tokoh atau sarjana Islam, tokoh barat juga tampil untuk menerangkan definisi dan konsep tamadun mengikut perspektif mereka. Orang barat mengakui bahawa mereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka telah menggunakan alas an menyebarkan tamadun untuk menjajah Negara yang mereka anggap tidak bertamadun. Secara mudahnya, sarjana barat berpendapat tamadun ialah satu pencapaian tinggi yang diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupan. Tamadun barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesuatu bangsa itu bertamadun atau tidak. Bagi barat, tamadun membawa dua makna iaitu nilai moral dan material.
4

Bagi Karl Marx, tamadun dibahagikan kepada infrastruktur ( material ) dan superstructure ( spiritual ). Manakala bagi Marcel Mauss, tamadun adalah semua pencapaian manusia. Selain itu menurut E.B Taylor, tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang meramgkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. Will Durant dan Arnold Toybee mempunyai pemikiran yang agak sama berkenaan konsep tamadun. Bagi mereka, tamadun ialah peningkatan kualiti hidup ataupun pengeluaran hasil yang dipengaruhi oleh sumber ekonomi, sistem pemerintahan atau politik dan tahap pencapaian akademik tanpa mengetepikan seni dan akhlak ataupun tingkag laku masyarakat. Menurut Will Durant, tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membentu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Arnold Toynbee pula telah mendefinisikan taamdun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Bukan itu sahaja, bagi J.K Fiebleman pula, tamadun ialah kepandaian mengeksploitasikan material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barabg baru bagi sesuatu keperluan. Akhir sekali, menurut Robert J.Braidwood, tamadun merujuk kepada perbandaran. Tamadun juga haruslah mempunyai satu struktur politik, undang-undang formal dan seterusnya terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, anggota keselamatan, pelabuhan dan terusan. Ringkas kata, dengan berdasarkan kepada definisi-definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa tamadun ialah sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi dan budi bahasa yang mulia.

1.3 CIRI CIRI TAMADUN ISLAM Dalam proses kelahiran dan perkembangannya, tamadun Islam mengandungi beberapa bahagian dan ciri yang dianggap unik berbanding dengan tamaduntamadun lain. Ciri tamadun Islam yang pertama ialah sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya seluruh umat Islam yang berpegang kepada al-Din. Tamadun Islam dapat dilihat di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden. Kedua, ciri tamadun Islam ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Dalam konteks ini, keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Selain itu, tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Hal ini bermaksud, keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat. Dalam tamadun Islam, ianya membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut. Selain itu, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu

berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama iaitu Surah AlAlaq dan perkembangannya tidak pernah berhenti kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat. Ciri tamadun Islam yang seterusnya ialah toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan yang lain. Walaupun tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi ianya tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat yang bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.

Dan kelima, tamadun Islam mempunyai ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh Alam.

1.4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Hubungan manusia dengan Pencipta Alam Objektif dan matlamat tamadun Islam

Hubungan manusia dengan alam sejagat

Hubungan manusia sesama manusia

Rajah 1 : Objektif dan matlamat tamadun Islam

Secara umumnya, matlamat tamadun Islam adalah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu cara hidup yang lengkap dan komprehensif kepada manusia. Memandangkan Islam mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia, maka melalui ilmu tamadun Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan secara ilmiah. Dengan ini, ianya juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, khulafa al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Matlamat khusus tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam. Di samping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan dengan sesama manusia serta mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan-hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Akan tetapi, pada hakikatnya hubungan mulia manusia dengan manusia dalam alam lainnya akan kembali kepada perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Oleh yang demikian, hubungan dengan Allah s.w.t adalah perhubungan yang tertinggi, unggul, bahagia, dan suci murni. Dalam konteks ini, Allah Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah s.w.t bermaksud: Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. ( Surah At-Taubah : Ayat 24 )

Oleh yang demikianlah, dikatakan hubungan manusia dengan pencipta-Nya iaitu Allah s.a.w adalah suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan yang lain. Sebagai contohnya hubungan dengan para rasul merupakan hubungan yang diperlukan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka ( sunnah ) serta mematuhi ajaran yang dianjurkan oleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul tetapi bukanlah hubungan perhambaan. Hal ini adalah kerana para rasul itu sendiri merupakan hamba-hamba Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Isa itu tidak lain hanyalah hamba yang Kami kurniakan kepadanya nikmat ( kenabian ) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti ( kekuasaan Allah ) untuk Bani Isreal. ( Surah Az-Zukhruf : Ayat 59 ) Hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam juga dikenali sebagai satu ibadat khusus. Hal ini diperjelaskan oleh Allah s.w.t dalam ayat terjemahannya: Aku akan melantik ( manusia ) khalifah di bumi; Mereka menyampuk: Adalah patut Engkau jadikan orang yang akan merosakkan dan melakukan pembunuhan padanya? Sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji Mu dan memuliakan Kamu. ( Allah berfitman ) sesungguhnya Aku lebih mengetahui tentang sesuatu yang kamu tidak tahu. ( Surah al-Baqarah: Ayat 30 ) Hubungan manusia dengan Pencipta Alam iaitu Allah s.w.t akan melahirkan beberapa implikasi dan dimaksudkan tersebut tanggapan ialah yang tersendiri. manusia Antara yang implikasi dicipta yang

pengiktirafan

terhadap

Penciptanya, Pencipta Manusia dan Pencipta Alam. Dalam pengiktirafan ini, manusia akan berada di dalam genggaman Allah s.w.t dan di bawah tadbiran-Nya, dan tidak dapat terpesong daripada-Nya. Segala kejadian yang telah menimpa akan mendorong timbulnya perasaan manusia, bahawa ia adalah suatu makhluk yang dimiliki Allah s.w.t dan daripadanya terbitlah perasaan tawakal ketika ia melaksanakan undang-undang sebab-sebab musabab itu. Maka dengan ini,

terbentuklah

pergantungan

hati

terhadap

Penciptanya

dan

permohonan

pertolongan adalah semata-mata kepada Allah s.w.t. Selain itu, dengan wujudnya hubungan ini maka pengiktirafan manusia terhadap pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya dapat dilahirkan. Pengiktirafan ini termasuklah sikap mengagungkan Allah s.w.t serta mentakdiskanNya, di samping tunduk dan khusyuk kepada-Nya serta patuh kepada suruhan dan larangan-Nya, reda dan meyerah diri kepada segala hukuman-Nya setelah manusia itu sendiri menghabiskan daya usahanya dalam setiap kegiatan wajib yang berhubung dengan duniawi dan akhirat. Pengiktirafan manusia terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t juga dapat dibentuk jika wujudnya hubungan dengan Pencipta Alam. Pengiktirafan ini merupakan suatu kewajipan manusia yang berbudi tinggi dan mengenang jasa kerana nikmat-nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada manusia adalah sangat berharga dan tidak ternilai. Oleh yang demikian, sebagai makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini haruslah mengucapkan kata-kata puji-pujian dan kesyukuran yang layak bagi sifatsifat ketinggian-Nya dengan membuktikan melalui amal yang ikhlas, lahir dari batin semata-mata untuk-Nya. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya hubungan ini manusia akan menyedari dan mengharapkan rahmat dari Penciptanya. Penganugerahan Allah s.w.t adalah meliputi dirinya dengan apa yang diusahakan melalui jalan-jalan yang

mendampingkan dirinya dengan Allah s.w.t dan rahmat-Nya. Objektif dan matlamat tamadun Islam yang seterusnya ialah bagi mewujudkan hubungan manusia sesama manusia. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Islam merupakan satu kumpulan masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik dan lebih berbentuk kesatuan ummah. Di samping itu juga, hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan oleh perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa malah tidak juga memandang kepada keyakinan dan kepercayaan individu tetapi sebaliknya lebih mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Hal ini adalah kerana, bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq, iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya. Menurut firman Allah s.w.t yang bermaksud :
10

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling takwa di antara kamu. ( Surah Al-Hujuraat: Ayat 13 ) Bahkan dalam konteks ini juga, Rasulullah s.a.w telah memberikan penegasan tentang umat dan mempunyai kaitan dengan masyarakat Islam dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud : Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang Ajam, kecuali kerana takwanya ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ). Hal ini dapat membuktikan bahawa diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan dasar buka pintu kepada kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini telah dilaksanakan. Atas dasar ini, maka semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia dapat ditonjolkan dalam ajaran Islam. Menurut sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Bandingan orang-orang mukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai kesakitan tanpa tidur dan merasa demam ( panas ) ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ). Memang tidak dapat diragui lagi bahawa manusia itu merupakan sebahagian daripada alam sejagat. Oleh itu, hubungan manusia dengan alam sejagat juga menjadi objektif dan matlamat dalam tamadun Islam. Dalam Al-Quran, ternyata banyak ayat yang menyentuh megenai

kemanfaatan alam sekitar yang diperolehi manusia. Antaranya ialah mengenai hubungan manusia dengan binatang. Sebagai contohnya di atas muka bumi ini terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak untuk dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Hal ini dapat dibuktikan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

11

Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. ( Surah Yaasin : Ayat 72 ) Selain daripada itu, laut juga banyak memberikan manfaat kepada manusia. Menurut firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan Dialah yang memudahkan lautan ( untukmu ) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar ( ikan ) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. ( Surah An Nahl : Ayat 14 ) Bukan itu sahaja, air dan tumbuh-tumbuhan juga memberi manfaat kepada manusia. Menurut firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang pada ( tempat tumbuhnya ) kamu menggembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan, tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda ( kekuasaan Allah ) bagi kaum yang berfikiran. ( Surah An Nahl : Ayat 10-11 ) Dalam hubungan manusia dengan alam sejagat ini, alam sejagat bertindak sebagai pentas yang dijadikan renungan dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya termasuk isi kandungannya. Mengenai alam sejagat ini, Al-Quran telah mengulang-ulangkan beberapa perkataan mengenai penglihatan, pemandangan, pendengaran, selain yang menunjukkan pemikiran iaitu mereka memahami, mereka berfikir, mereka mengetahui dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui perkataan-perkataan ini, manusia hendaklah membuka mata terhadap alam sekitarnya. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

12

Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya Kami menghalau ( awan yang mengandungi air ) ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman. ( Surah As-Sajdah : Ayat 27 ) Sebagai kesimpulannya, manusia dengan fitrah yang semula jadi akan tunduk akur kepada Allah Yang Maha Bijaksana sebagai Pencipta Sekalian Alam. Maka, hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di dalam jiwa serta katakwaan yang padu dari aspek rohani, jasmani dan rohani.

1.5 PRINSIP TAMADUN ISLAM

Memelihara keselamatan negara Memelihara hak dan kebebasan Memelihara nyawa atau jiwa

Memelihara harta benda

Memelihara keselamatan akal Memelihara maruah atau keturunan

Rajah 2 : Prinsip prinsip Tamadun Islam

13

Terdapat beberapa prinsip dalam tamadun Islam. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan ini adalah seperti dalam Rajah 3. Prinsip pertama ialah memelihara keselamatan agama. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, terdapat beribu-ribu agama yang telah menjelma di dunia ini sama ada yang hak iaitu wahyu daripada Allah s.w.t atau agama yang batil iaitu agama ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada Allah s.w.t. Oleh kerana fitrah semula jadi manusia sentiasa hendak beragama, maka Allah s.w.t telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama adalah menjadi hak asasi manusia dan mereka tidak boleh memaksa dan menggunakan kekerasan untuk mempengaruhi orang lain untuk menganuti agamanya. Selain itu, tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan nyawa dan jiwa seseorang individu daripada pencerobohan manusia lain. Oleh sebab itulah tamadun Islam menggalakkan pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya dan menghindari sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Bukan itu sahaja, memelihara keselamatan akal juga menjadi prinsip tamadun Islam. Hal ini kerana kemuliaan akal yang dikurniakan kepada manusia, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan

kesejahteraannya. Oleh itu, tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Pada masa kini, terdapat banyak kes-kes pembuangan dan pembunuhan anak-anak walaupun secara fitrahnya manusia suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Oleh itu, tamadun Islam memperundangkan sesuatu bagi

membendung permasalahan ini. Prinsip yang seterusnya ialah memelihara harta benda. Untuk memelihara harta benda yang menjadi milik halal bagi individu, tamadun Islam telah mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum kepada sebesar-besarnya. Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah s.w.t dan hak manusia.

14

1.6 SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

Tamaduntamadun asing

Al-Quran

Al-Ijtihad

Al- Sunnah /Al Hadith

Al-ijmak

Rajah 3 : Sumber-sumber tamadun Islam Sumber-sumebr tamadun Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber utama dan sumber sekunder. Sumber utama tamadun Islam terdiri daripada Al-Quran dan Al-Sunnah atau Al-Hadith. Al-Quran didefinisikan sebagai mukjizat yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w dan membacanya merupakan satu ibadah. Menurut kajian yang dilakukan, terdapat 114 surah, 30 juzuk dan dan tidak kurang dari 6000 ayat. Antaranya 140 ayat yang menyentuh ibadah dan taharah, 70 ayat menyentuh hukum kekeluargaan, 70 ayat menyentuh hukum muamalah, 30 ayat menyentuh hukum jenayah dan 20 ayat menyentuh kehakiman. Sumber utama yang kedua pula ialah Al-Sunnah atau Al-Hadith. Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan

15

daripada Rasulullah s.a.w oleh para sahabat, Tabiin dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulama hadis. Manakala sumber sekunder pula terdiri daripada Al-Ijmak, Al-Ijtihad dan tamadun-tamadun asing. Al-Ijmak ialah kesepakatan seluruh ulamak Islam pada sesuatu hukum syara. Manakala Ijtihad pula ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk mendapatkan sesuatu hukum syara mengenai sesuatu masalah yang tidak terdapat hukumnya dari Al-Quran mahupun Al-Sunnah dan ia dilakukan dengan berpandukan kepada dasar-dasar umum yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Sumber sekunder yang seterusnya pula ialah tamadun-tamadun asing. Dalam tamadun Islam, ia tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam di mana Islam mempunyai sifat terbuka kepada semua tamadun. Bahkan dalam hal ini juga, Islam tidak menentang kemajuan dan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada manusia.

16

2.0 GLOBALISASI DI MALAYSIA 2.1 KONSEP GLOBALISASI Istilah global atau globalisasi adalah merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan. Istilah ini telah popular sejak 45 tahun yang lalu. Anthony Giddens telah mendefinisikan globalisasi sebagai The intensification of worldwide social relations which link distant localities in such a way that local happenings are shaped by events occurring many miles away and vice versa. (Anthony Giddens ) Merujuk kepada takrifan yang diberikan tersebut, maka bolehlah dikatakan bahawa beliau mendefinisikan globalisasi sebagai satu hubungan sosial serata

dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya. Selain itu, menurut pandangan Martin Albrow pula, globalisasi ialah satu proses di mana penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia dan masyarakat gobal. Bukan itu sahaja, bahkan globalisasi jiga dirujuk sebagai perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Daripada definisi-definisi di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa globalisasi ialah satu era baru dalam kehidupan manusia dan menjadikan terhapusnya sempadan negara.

17

2. 2 KESAN GLOBALISASI DI MALAYSIA Dewasa ini, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa globalisasi telah membawa banyak impak kepada negara Malaysia. Kesan globalisasi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dari sudut media dan dari sudut sosial. Dalam dunia ICT ini, pengunaan Internet dan telefon bimbit yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia adalah suatu perkara yang membanggakan selagi para pengguna menjadikan kehebatan teknologi maklumat ini sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan dan maklumat, perniagaan maya, komunikasi dan pendidikan maya yang global dan pantas, dan perluasan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai kegiatan yang baik, berguna dan bermanfaat untuk diri, masyarakat, agama dan negara. Yang menjadi masalah kepada budaya dan moral masyarakat Islam ialah aspek negatif dalam Internet dan penyalahgunaan teknologi komunikasi canggih yang semakin meningkat. Sebagaimana yang diketahui umum, Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahan-bahan lucah atau pornografik yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral. Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit. Oleh kerana Internet dan telefon bimbit boleh dibawa ke dalam bilik tidur seorang pengguna atau pemuda dan boleh digunakan bila-bila masa secara perseorangan, industri seks haram dan industri perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, khususnya golongan belia dan generasi muda. Di mana undang-undang manusia ternyata gagal menghalang kemaraan wabak online pornography atau kebebasan berkomunikasi tanpa etika melalui Internet atau telefon bimbit, pertahanan yang terakhir kepada seorang pengguna Muslim ialah kekuatan imannya, kepatuhannya kepada ajaran agama, nilai-nilai murni dan ketaqwaannya kepada Allah. Dengan telefon bimbit pula semua orang boleh terdedah kepada

penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu, menggugat, memfitnah, memaki hamun atau membuat panggilan lucah secara berleluasa tanpa si penerima mengetahui dari mana datangnya gangguan-gangguan tersebut. Cabaran moral yang baru daripada penyalahgunaan Internet juga datang daripada peluang-peluang untuk para pelajar dan pensyarah melakukan pelbagai jenis
18

plagiarisme secara mudah. Kegiatan mencuri maklumat atau menerobos bentengbenteng keselamatan maklumat dalam komputer orang lain semata-mata untuk merasa seronok kerana dapat memberi kesusahan kepada orang lain atau untuk mendapat ganjaran kewangan daripada kelakuan jenayah itu merupakan dimensi jenayah yang baru di abad ke-21. Penyalahgunaan teknologi maklumat masa kini menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai murni dan akhlak dalam pemikiran dan tindak tanduk sebahagian pengamal teknologi canggih ini. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang berat dalam menasihati dan memantau anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam Internet dan melalui telefon-telefon bimbit. Bukan itu sahaja, terdapat saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan oleh murid-murid . Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa. Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci lagi mendidik ke arah penghayatan suatu tamadun yang sopan dan beretika. Dari sudut kekeluargaan, ia telah menjadikan ikatan kekeluargaan semakin longgar kerana akar-umbi kita telah terputus, dan kita terpaksa menyemai yang baru berdasarkan nilai-nilai yang berbeza. Nilai-nilai hidup yang baru ini sering bercanggah dengan yang lama dan tumpuan diberi kepada pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman serta sahsiah seseorang individu. Sebenarnya proses globalisasi menjadikan seseorang individu itu semakin kurang bersifat

sebagai individu tetapi semakin sebagai haiwan sosial yang bertindak balas terhadap situasi luaran bukannya tindak balas dengan pemikiran yang terbuka.
19

Segala yang datang dari luar dianggap lebih baik. Oleh sebab itulah banyak berlakunya kes-kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak. Hal ini adalah kerana mungkin ibu bapa mereka lebih mementingkan kerja dan mengejar duit. Jadi, anakanak mereka akan ditinggalkan bersama pembantu rumah mereka dan terbiar tanpa kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Bagi membendung permasalahan ini, ibu bapa perlulah menguruskan masa mereka dengan bijak dan tidak mementingkan harta sahaja. Dalam masa tiga dekad kebelakangan ini, budaya dunia Barat telah membanjiri negara kita. Budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-jenama seperti Cocacola, Mc Donalds, dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global. Dengan ini maka tidak hairanlah jikalau pada suatu masa nanti, ramai rakyat Malaysia yang menghadapi penyakit-penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan lain-lain. Hal ini adalah kerana mereka mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat dengan memakan makanan-makanan tersebut. Selain itu, mungkin juga lama-kelamaan makanan-makanan tradisional seperti kuih baulu dan sebagainya tidak dikenali dan digemari lagi. Selain itu, cara pemakaian juga menerima tempias proses globalisasi. Jika kita perhatikan, cara pemakaian rakyat Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi. Sebagai contohnya, pakaian-pakaian yang ketat dan menjolok mata telah menjadi trend masyarakat pada hari ini. Ada juga sesetengah remaja-remaja lelaki pada hari ini yang memakai subang di telinga seperti orang-orang perempuan. Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah masyarakat yang mengamalkan amalan menindik hidung dan bibir.

20

3.0 KONSEP ISLAM HADHARI 3.1 PENGENALAN Seperti yang kita telah ketahui, Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul. Agama yang syumul ialah agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. dengan akhlak dan spiritual. Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Islam Hadhari adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : Islam dan Hadhari (sifat ). Asal perkataan Hadhari ialah Hadharun atau Hadharatun (Hidup di

Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun . Makna perkataan ini adalah berlawanan kepada perkataan badawah iaitu kepedalaman atau kemunduran. Dengan merujuk kepada kata dasar tersebut maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa. Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta

pembangunan fizikal. Oleh yang demikian, 10 prinsip telah ditegaskan dalam Islam Hadhari ini. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu

pengetahuan, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan

21

berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi, dan kekuatan pertahanan. Akan tetapi, dalam kerja khusus ini hanya dua prinsip sahaja yang akan diberi penekanan. Dua prinsip yang dimaksudkan tersebut ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan keutuhan budaya dan moral. 3,2 KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH Sistem keimanan dan kepercayaan merupakan sifat semulajadi umat manusia yang tumbuh dan berkembang hinggalah menjadi suatu pegangan hidup. Keimanan bermakna kepercayaan dan pegangan hidup yang tidak hanya tersemat di hati tetapi ia turut disertakan dengan amalan terhadap apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Mengikut Hamka, keimanan bermakna kepercayaan iaitu pengakuan hati yang dibuktikan dengan amalan perbuatan, dilafazkan dengan lidah, akhirnya menjadi keyakinan hidup manusia. Oleh yang demikian, beliau telah menegaskan bahawa perkataan taqwa itu tidak boleh diertikan dengan makna takut kerana ketaqwaan meliputi makna amal, cinta, kasih, harap, redha, tawakkal dan sebagainya. Dari sudut terminologi pula, iman jika digunakan secara bersendirian, maka ia mengandungi makna taqwa. Begitu juga sebaliknya, jika perkataan taqwa digunakan secara bersendirian ianya mengandungi makna iman. Dan jika kedua-dua makna kedua-duanya mengandungi makna yang berbeza tetapi saling melengkapi. Daripada huraian di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa keimanan dan ketaqwaan dari segi konsepnya tidak harus dipisahkan antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana makna keimanan dan ketaqwaan adalah saling melengkapi iaitu kepercayaan yang menghasilkan pemeliharaan jati diri manusia. Konsep iman juga merangkumi lima mencakupi kelima-lima Rukun Iman. Sebagai contohnya ialah dengan beriman kepada Rasul. Hal ini adalah kerana manusia perlukan kepada kerasulan dan pembawaannya agar manusia boleh hidup dengan baik dan sempurna.

22

Beriman kepada hari Akhirat juga terangkum dalam erti keimanan keoada Alllah dan beriman dengan rukun-rukun iman. Beriman kepada hari Akhirat ialah percaya dan yakin akan kedatangannya, tanda-tanda hampir kiamat, kematian manusia dan sebagainya. Melalui konsep beriman dengan hari Akhirat, ia akan memberi motivasi dan peransang dalam menggerakkan amal soleh dan nilai-nilai taqwa.

Contoh yang seterusnya pula ialah dengan beriman kepada Qada dan Qadar. Beriman kepada Qada dan Qadar ialah meyakini dan percaya bahawa semua yang baik dan buruk adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kepada kita. Dengan ini, seseorang individu yang mengalami dan ditimpa kecelakaan atau sebarang musibah akan bersifat redha dan tidak akan menyalahkan Allah s.w.t. Al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukan dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah al-Araaf iaitu:

Maksudnya : Dan ( Tuhan berfirman lagi ): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan (rasul kami ), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

23

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256

Maksudnya: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

3. 3 KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL Secara umumnya, pendekatan Islam Hadhari adalah bermatlamat untuk mencapai kemajuan yang menyeluruh bagi umat Islam dan juga Negara Malaysia termasuklah dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Oleh yang demikian, dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam

masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani di mata dunia.
24

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2 iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

25

PENUTUP Secara ringkasnya, tamadun Islam dapatlah diertikan sebagai menifestasi kecemerlangan masyarakat Islam dalam pelbagai dimensi yang merangkumi unsur spiritual, intelektual dan fizikal secara seimbang dan bersepadu. Secara

keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciriciri tersebutlah yang menjadi jati diri sesebuah tamadun. Ada yang dikaitkan dengan dengan bangsa, ada yang dikaitkan dengan agama dan ada juga yang dikaitkan dengan budaya. Akan tetapi satu hal yang penting dalam memperkatakan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan tentang proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu proses lumrah dalam manamana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun iaitu Nyozaken Haswgawa. Menurut beliau: Without cantact, fusion, inheritance and transmission of various different cultures, cilivization would undergo no development. Wadah globalisasi kini merupakan agenda penyebaran dan penyerapan unsur-unsur dominasi tamadun Barat terhadap pelbagai aspek kehidupan manusia. Oleh yang demikian, kebangkitan semula tamadun Islam dan negara-negara Asia sememangnya diharapkan dapat menjadi penyelamat dan pembimbing ummah. Pendekatan Islam Hadhari tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam bahkan ianya membawa kebaikan bukan sahaja kepada pembangunan masyarakat dan negara. Proses pembangunan negara sejak dahulu sehinggalah sekarang mempunyai falsafah pendekatan Islam Hadhari sebenarnya. Pendekatan Islam Hadhari inilah yang menjadi pemangkin ke arah pencapaian wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat Malaysia yang kuat, bersatupadu dan maju.

26

Anda mungkin juga menyukai