Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI TAMADUN

Terdapat banyak pendapat tentang pengertian Tamadun yang telah

diklasifikasikan oleh orang barat dan orang islam sejak dahulu lagi . Ini dapat dibuktikan dengan andaian yang telah dibuat oleh beberapa tokoh seperti E.B. Taylor, Arnold Toynbee, Ibnu Khaldun, Abu Nasir Al-Farabi serta ramai lagi tokoh-tokoh cendekiawan. Secara Amnya definisi-definisi ini dapat dikelaskan daripada dua pengaruh, iaitu mengikut perspektif orang barat dan juga melalui perspektif Islam. Kami akan mengutarakan definisi mengikut perspektif orang barat terlebih dahulu. Menurut E.B. Taylor, Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. Arnold Toynbee mendefinisikan tamadun sebagai suatu sistem yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. J.K. Fiebleman, Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyrakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi suatu keperluan. Penulis Barat, Clive Bell telah mendifinisikan tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya."

Robert Haini mengatakan, "Tamadun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Tamadun merupakan kemuncak kebudayaan sesebuah masyarakat dan juga merupakan pencapaian kejayaan manusia yang mengangkat dirinya ke atas seperti sebuah gunung di pertengahan bukit-bukit dan dataran." Manakala Riberio, seorang anthropologis menegaskan, "Tamadun sebagai cantuman susunan dan proses tamadun individu." Riberio menekankan beberapa proses dalam menuju tamadun. Baginya yang penting sekali ialah revolusi bandar. Katanya, "Bandar-bandar memancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan material dan spiritual mereka." Manakala daripada kalangan sarjana Islam pula, didapati definisi yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun mengatakan, "Kalimah Tamadun memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap usaha untuk mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan dalam berbagai-bagai sektor". Beliau juga , dalam kitab Al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi, Al-Umran dan AlHadarah dalam abad ke-14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanianyang akhirnya merinits kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Dr. Muhammad Baki pula mendefinisikan, "Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Ia dimaksudkan juga dengan falsafah, ilmu pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan, akhlak, dan perkara-perkara lain yang menerima peningkatan dan pembangunan."

Seorang ilmuwan tempatan, Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula mengatakan, "Tamadun bermaksud keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya." Abu Bakar Hamzah pula mengatakan dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam. "Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material)." Definisi-defimsi tersebut telah disimpulkan oleh M.AJ. Beg; "Maksud tamadun sebagai suatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat manusia seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar politik." Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi jelas kelihatan ianya menunjukkan salin memperkuat dan pemperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila da moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyrakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata(material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbot-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibnu Khaldun.

Bolehlah diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samaada berbentuk material mahupun spiritual dan Secara mudahnya tamadun dapat ditanggapi sebagai suatu cara hidup yang berkembang apabila manusia mula menetap di satu kota atau bandar di mana terdapatnya suatu organisasi sosial dan politik yang dikenali sebagai negara(state).

Anda mungkin juga menyukai