Anda di halaman 1dari 19

1.

ABSTRAK
Berbicara mengenai Tamadun Islam pada hakikatnya sangat luas cakupannya jika

dilihat dari perspektif ajaran tauhid yang disyiarkan oleh para nabi dan rasul Allah s.w.t. sebelum
datangnya nabi Muhammad s.a.w. Kerja kursus ini akan membahaskan secara specific kesan
Tamadun Islam terhadap Tamadun Barat sebermula daripada lahirnya ajaran Islam yang
dibawa oleh nabi di Tanah Arab sampai kepada zaman pemerintahan Dinasti Abbasiyah.
Beberapa kesan yang ditimbulkan oleh Tamadun Islam sama ada secara teologi, polotik dan
ilmu pengetahuan telah menjadikan Kristian Barat (Eropah) membuka mata, mengenali dan
mempelajari Islam. Suasana dan sikap keterbukaan ajaran Islam telah menjadi satu motivasi
terwujudnya sikap ilmiah dalam menemukan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Yunani
kasik sehingga menjadi terbentuknya pola transmisi ilmu-ilmu Islam terhadap Eropah Barat dan
telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap munculnya pembaharuan dan menjadi
apa yang sekarang kita kenali dengan Tamadun Barat.
2.0

DEFINISI TAMADUN
Sesungguhnya perbicaraan pengertian sesuatu perkataan atau istilah biasanya

menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik tolak tentang wujudnya berbagai-bagai pendapat yang
dikemukakan oleh sarjana dalam bidang yang berkaitan. Kelainan ini merupakan fitrah
semulajadi manusia yang sentiasa berbeza dalam cara berfikir di antara satu sama lain yang
timbul akibat daripada perbezaan latar belakang pendidikan, alam persekitaran, minat, sikap
dan sebagainya. Demikianlah juga halnya dalam memberikan pengertian tentang tamadun.

2.1

Pengertian Tamadun Mengikut Pandangan Sarjana Islam


Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai

kebudayaan,peradaban, kemajuan,sopan-santun dan sebagainya. Abu Bakar Hamzah dalam


bukunya Sejarah Kebudayaan Islam menjelaskan bahawa perkataan Tamadun adalah berasal
dari Bahasa Arab yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan perkataan
1

Bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir serentak,seiring dan sejalan dengan perkembangan
kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.
Sarjana Islam seperti Muhammad Uthmal El-Muhammady (Buku Peradaban
Islam),Profesor Madya Dr.Ismail Hamid (Buku Peradaban Melayu Dan Islam), berpendapat
bahawa peradaban itu ialah pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang iaitu kerohanian dan
kebendaan.
Mahmood Mohd. Taib Al-Najmi (Sejarah Tamadun Islam) mendefinisikan Tamadun Islam
sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil
pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan. Menurut Syed Muhammad
Naquib Al-attas yakni salah seorang Sarjana Islam kontemporari telah memberikan takrif
Tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila kebudayaan yang luhur sebagai seluruh masyarakatnya. Bagaimanapun
Ibnu Khaldun pula menghuraikan Tamadun Islam atau peradaban sebagai pencapaian manusia
yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan. Sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai yang seni
(ibnu Khaldun)
Daripada huraian tersebut, jelaslah di sini bahawa ketiga-tiga istilah pernah digunakan
untuk menghuraikan tamadun iaitu perkataan kebudayaan, peradaban dan tamadun. Walaupun
perkataan-perkataan ini berbeza dari segi sebutannya, tetapi membawa satu maksud iaitu
pencapaian manusia dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek pemikiran,
kerohanian, abstrak atau kebendaan. Secara lebih sempurna tamadun boleh ditakrifkan
sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang
memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji seterusnya membentuk sebuah
masyarakat atau Negara bangsa.
2.2

Pengertian Tamadun Mengikut Pandangan Tokoh Barat

A.S.Homby dan F.C.Parnwell di dalam The Progressive English Dictionary, menjelaskan


civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains,teknologi, politik,moral dan sebagainya.
Kamus Dwibahasa mendefinisikan perkataan civilization sebagai kemajuan dalam
tingkat penghidupan manusia yang meliputi aspek pemikiran dan kebendaan. Contohnya ialah
tamadun di Lembah Indus,India dan sebagainya. S.Khuda Bukhsh di dalam bukunya
Contribution To The History Of Islamic Civilization menjelaskan bahawa perkataan civilization
berasal daripada kata civic yang membawa erti kehidupan kota. Justeru itu, perkataan
civilization membawa erti pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup di
kota.
JR Strayer dalam bukunya The Maintstream Of Civilization dan Darcy Riberio dalam
bukunya The Civilization Process bersependapat bahawa Civilization mempunyai kaitan yang
rapat sekali dengan perbandaran. Malah, antara perbandaran dan civilization merupakan dua
hal yang tidak dapat dipisahkan.
Clive Bell di dalam bukunya yang berjudul

civilization and Old Finds menjelaskan

bahawa tamadun merupakan satu kretiria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun
merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap sesuatu tamadun. Redfield
dalam bukunya Introduction To The Civilization of India,Changing Dimensions Of Indian Society
And Culture menjelaskan bahawa tamadun ialah satu cara hidup yang dapat diberikan
kriterianya. Beliau juga menambah bahawa tamadun merupakan beberapa puncak pencapaian
sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi.
Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Proses berpendapat bahawa civilization
mempunyai kaitan yang rapat sekali dalam perbandaran. Malah antara perbandaran dan
civilization merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Clive Bell di dalam bukunya yang
berjudul Civillization And Old Finds pula menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria
masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau
menentukan tahap sesuatu tamadun.
3

Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches To Asian Civilization mendefinisikan tamadun


sebagai cirri-ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu Negara berdasarkan
pemikiran dan kepercayaan. Arnold Toynbee di dalam bukunya A Study Of History menjelaskan
bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau
menambah lagi tamadun ialah satu kumpulan pemikiran dari berbagai-bagai menifestasi,
orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertangunggjawab membentuk institusi
politik, kesusasteraan, agama dan moral.
Will Deorand di dalam bukunya History Of Civilization mendefinisikan tamadun sebagai
sistem sosial yang menolong manusia bagi mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Beliau
menambah lagi tamadun ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh
sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih senang.
Adam Metz di dalam bukunyaa The Renaissance Of islam, perkataan ini lebih tepat
diterjemahkan sebagai kebangkitan. Sebab itulah ia digantikan oleh kata civilization yang lebih
tepat dan sesuai. V.V.Borfold dalam bukunya Mussulman Culture menyatakan perkataan ini
lebih tepat dan sesuai jika digunakan untuk kebudayaan.
Sebagai kesimpulannya di dalam Bahasa Inggeris beberapa perkataan telah digunakan
untuk menerangkan tamadun seperti perkataan renaissance, culture dan civilization. Namun
perkataan civilization lebih tepat dan sempurna daripada dua perkataan yang lain. Ia tetap
membawa maksud pencapaian manusia di dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang
berpusat di kota.
3.0

Interaksi Tamadun Islam Dan Relevensinya Dengan Tamadun Eropah


Tamadun Islam merupakan Tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim bermula

abad ke 7M hingga kini. Ia juga merupakan tamadun yang sepadu. Ini adalah kerana ia
menitikberatkan penekanan kemajuan dari aspek kerohanian dan juga kemajuan dari aspek
kebendaan. Dalam tempoh tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Turki, India dan lainlain telah sama-sama bergabung di bawah naungan Islam kea rah membina sebuah tamadun
yang agung hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka suatu ketika dahulu
seperti Madinah, Baghdad, Cardova, Iskandariah dan lain-lain. Dimana Bandar-bandar ini telah
4

menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan, pendidikan, perubatan, kesusteraan dan
sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah tamadun Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai
dari segi kemanusiaan terutamanya Tamadun Islam yang telah Berjaya meletakkan manusia
sesuai dengan martabatnya. Dalam usaha untuk mencapai matlamat Tamadun Islam terdapat
beberapa cirri tamadun yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat antaranya ialah;
Pengajaran Dalam Al-Quran. Al-Quran merupakan pelembagaan bagi seluruh ummah
dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun
Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Quran itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak.
Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna tidak dapat dibantah
walaupun satu ayat.
Mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan Dan Penggunaan Tulisan. Islam amat
menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya
sebagaimana

sabda

Rasulullah

s.a.w.

yang

bermaksud

Dari

Rasulullah

S.a.w.

bersabda:tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Tujuan menuntut ilmu
pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah S.w.t
dengan sebenar-benarnya, disamping memaklumkan alam dalam semua aspek sebagai contoh
kebangkitan kecemerlangan Tamadun Islam Negara Sepanyol pada abad yang ke-8 kerana
pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan.
Kemunculan Bandar-Bandar Baru. Pada peringkat permulaan Islam, hanya Bandar
Mekah Dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan. Berkat keredhaan Allah S.W.T.
yang dikurniakanNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, Islam telah mengembangkan
sayapnya secara meluas ke negara-negara lain seperti Afrika Utara, Afrika Tengah, di barat iaitu
Sepanyol dan Pulau Sicily. Sebahagian besar penduduk-penduduk di Negara tersebut telah
memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan Tamadun Islam.
Kesepaduan Ummah. Walaupun masyarakat dalam pelbagai Negara yang berada di
bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan budaya,
tetapi mereka saling membantu bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun
5

diperingkat yang lebih dinamik dalam semua aspek kesepaduan ini akhirnya membawa kepada
kecemerlangan Tamadun Islam keseluruhannya.
Mempunyai Senibina Tersendiri.Senibina dalam Tamadun Islam mempunyai kaitan
rapat dengan perkembangan Bandar-bandar. Menurut Profesor Dr.J.A.Toyndee mengatakan
bahawa Tamadun Islam adalah Tamadun Bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan
sempurna, kerana lahirnya di bandar-bandar. Seni bina Islam tidak mengabaikan Ketuhanan.
Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti seni khat dan seni awan larat. Keduadua jenis ini digunakan untuk menghiasi kulit kitab, bangunan-bangunan, dewan-dewan dan
seumpamanya, di mana ianya menjadi keagungan generasi berikutnya.
Kewujudan Negara Islam. Islam adalah satu cirri tamadun Islam yang tidak boleh
dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di
dalam Negara Islam. Sepanyol adalah sebahagian dari Eropah.Daerah pertama kali dipanggil
Liberia, kemudian namanya dikenal pula dengan Asbania. Sesudah itu sewaktu bangsa Vandal
menduduki bahagian selatan daerah itu, ia dinamakan Vandalisia dan apabila kaum muslim
menduduki daerah itu mereka menyebutnya dengan Andalus.
Sepanyol pernah berada di bawah pemerintahan umat Islam selama kira-kira hamper 8
abad iaitu dari penaklukan yang dimulai pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711
Masihi hingga jatuhnya Kota Granada pada tahun 897 Hijrah (1492 Masihi). Pada masa
pemerintahan Umat Islam di daerah itu banyaklah pembaharuan-pembaharuan dan
pembangunan yang dilakukan oleh mereka dalam segala aspek kehidupan. Hasil dari
pembangunan tersebut Sepanyol telah menjadi sebuah daerah yang terkenal dan harum
namanya diseluruh dunia.Dari ibu kota Cardova dan kemudiannya Granada terpancarlah sinar
kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan kemudiannya memberikan kemajuan kepada
bangsa-bangsa Eropah.
4.0

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tamadun Islam Ke atas Masyarakat Eropah


Faktor Islam Itu Sendiri. Kegemilangan Tamadun Islam adalah berpunca daripada

ajaran Islam itu sendiri, di mana

Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama.

Dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya Negara Islam yang pertama di
6

Madinah, maka secara keseluruhannya dapat mengubah cara hidup masyarakat yang sesat,
jahil dan tidak beradap. Kedatangan Islam mampu mengubah keadaan masyarakat demikian
kepada kesepaduan ummah tanpa mengira suku, kaum,bangsa dan keturunan. Mereka semua
bersaudara iaitu saudara seagama Islam.
Faktor Galakan Pemimpin dan Sikap Ummah.Islam tidak pernah mengalami
ketandusan pemimpin walau zaman kemunduran sekalipun.Mereka sentiasa dihormati oleh
masyarakat sekeliling disebabkan peranan mereka menyelamatkan rohani dan meningkatkan
keimanan ummah sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T. sehingga datangnya zaman
kebangkitan Islam. Dengan itu jelaslah apa yang telah di didik dan diasuh oleh Rasulullah
S.a.w. terhadap ummah telah membuahkan hasil terhadap pemikiran pemimpin pelapis yang
mempunyai akidah yang teguh, memiliki akhlak yang mulia, memperlihatkan kepimpinan yang
unggul.
Kestabilan Sosio-Ekonomi Dan Sosio-Politik Andalus. Pengajaran Al-Quran dan AlHadis tentang pentingnya ilmu pengetahuan serta galakan dan usaha gigih para pemimpin,
bukan sahaja umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan telah
memberi kesan dengan peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio-politik sejagat.
Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada
perkembangan ilmu pengetahuan.
Faktor Pengaliran Ilmu Islam Ke Eropah. Para sejarahwan telah sepakat bahawa
terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan Islam ke Eropah
iaitu hubungan diplomatik, aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau sicily, pembukaan Pulau
Andalus(Sepanyol) dan Perang Salib. Antara faktor-faktor tersebut ialah hubungan diplomatik
dan aktiviti penterjemahan dan perang Salib adalah faktor yang paling utama pengaliran ilmu
Islam ke Eropah.

5.0

Sumbangan Islam Ke Atas Tamadun Eropah


Pendidikan. Dalam lapangan pendidikan, Khalifah Al-Hakam memperbaiki dan

memperluaskan gedung Universiti Cardova yang diasaskan oleh Abdul rahman III, bertempat di
7

Istana Al-Zahraa. Pada masa yang sama, Al-Hakam Universiti ini merupakan pusat pengajian
yang terbesar di dunia. Ia dikunjungi oleh orang-orang Eropah, Afrika dan Asia. Selain itu
penduduk Sepanyol sendiri. Beliau mengundang para sarjana dari sebelah Timur dan menggaji
mereka untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Cardova. Kota Cardova juga
mempunyai perpustakaan yang lengkap. Buku diPerpstakaan ini berjumlah 400 000 jilid
kesemuanya.
Pembangunan. Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang Khalifah yang
sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan kerajaan Islam Sepanyol. Kota Cardova
adalah merupakan sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang ke-10.
Cardova merupakan salah sebuah dari tiga pusat kebudayaan, selain dari Baghdad dan
Konstantinople. Abdul Rahman Al_Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun 788M, dua
tahaun sebelum beliau meninggal dunia. Masjid itu didirikan di Cardova dan kemudiannya
masjid itu diperbesarkan oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.
Tanah Dan Perindustrian. Orang Arab memasukkan ke Sepanyol Sistem Pertanian
yang sistematik. Mereka mengali terusan-terusan penanaman anggur, padi, buah delima. Limau
manis,tebu, kapas dan kunyit. Di daerah lembah sebelah tenggara Gunung Pyraness terdapat
tanam-tanaman gandum yang hidup subur kerana hawa sesuai di daerah itu dan tanah yang
subur. Di sini juga terdapat kebun-kebun Zaitun dan buah-buahan lain yang ditanam oleh
penduduk. Kemajuan pertanian ini adalah merupakan jasa-jasa orang arab dan Islam Sepanyol
terhadap negeri Sepanyol. Sampai sekarang tanaman-tanaman di Sepanyol masih bercorak
Habsyi (Moor)
Hasil pertanian dan perindustrian diperdagangkan sampai keAsia Barat, terus ke India.
Perdagangan di Sepanyol waktu itu sama sibuknya dengan Baghdad, Mesir dan Mekah. Hasil
dari perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi keperluan dalam negeri.
Sevilla mengeksport kapas, buah zaitun dan minyak serta mengimport hamba sahaya dari
Mesir dan biduan yang cantik dari Eropah. Malaga dan Jaen mengeksport kunyit, batu marmar
dan gula.
8

Ekonomi. Menurut P.K.Hitti dalam bidang kewangan dan kemakmuran, belum pernah
Sepanyol dapat mengecap seperti itu sebelumnya. Menurut beliau pendapatan Negara pada
waktu itu berjumlah 6245 000 dinar. Semua itu adalah hasil dari kemajuan perdagangan dan
pertanian dalam negara itu.
Matematik. Pengaruh falsafah Yunani dan Mesir sangat nyata dalam Rasail secara
terang, Ikhwan menguji Pithagoras dan mazhabnya dalam mentafsir hubungan alam dan
nombor. Keistimewaan nombor 4 dikaitkan dengan 4 unsur penting ciptaan Tuhan iaitu udara,
api, air dan tanah. Teori yang mengatakan alam ini terbentuk daripada 4 unsur dipelopori oleh
Empedokles (430-490 SM).Pithagoras dan pengikutnya sangat memuliakan ilmu matematik dan
ilmu itu menjadi syarat untuk mendalami ilmu falsafah. Ikhwan mengulangi perkara ini dalam
Rasail dan falsafah yang sama dipegang oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle
dan Markus Sisero (mati 43SM)
Penterjemahan. Pertemuan antara para sarjana muslim dan sarjana Eropah di Cardova
telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada
bahasa Arab dan bahasa Latin. Contohnya ialah mukadimah, karya Ibnu Khaldun. Muqaddimah
merupakan

sebuah

Ensiklopedia

Sintesis

mengenai

metadologi

Sains

Kebudayaan.Penterjemahan karya-karya Sains, Matematik dan Astronomi telah banyak


menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat Pengajian Ilmu
Islam di beberapa tempat Eropah Barat, Marseille,Toulouse,Narbonne dan Montpellier adalah
diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, Al-Quran diterjemahkan dalam
bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas diseluruh Eropah.
5.0
5.1

Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam Dan Tamadun Eropah


Kesenian Islam Dan Barat
Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud kemahiran, cara

atau kaedah. Namun secara lahiriah. Manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri
dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Dilihat dari segi perbezaan, Islam
mengkehendaki setiap seni yang dicipta itu mempunyai nilai-nilai mulia dan akhlak yang boleh
membentuk keperibadian positif manusia. Karya seni Islam dikehendaki memiliki nilai-nilai
9

murni yang melambangkan akhlak atau bentuk neutral iaitu bebas daripada nilai-nilai negatif. Ini
bermakna agama membentuk akhlak dan akhlak membentuk seni.
Manakala barat pula mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek moral
dan akhlak. Menurut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke
arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan
manusia yang benar-benar baik dan beradap.Seni juga merupakan satu proses pendidikan
yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Manakala konsep kesenian menurut
Tamadun Barat hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi
kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.
Namun kedua-dua tamadun tetap mempunyai persamaannya. Kedua-dua tamadun
melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik,elok dan mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi. Kedua-duanya mementingkan cirri kesenian yang boleh dirasai melalui
penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Walau
bagaimanapun kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dan
mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan
diri semata-mata. Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang
bermoral dan seimbang dari segi jasmani dan rohani.
5.2

Pendidikan Islam Dan Barat


Pendidikan adalah merupakan bidang penting yang berkembang pada zaman kerajaan

Bani Umaiyyah di Sepanyol. Walaupun tidak ada system pendidikan percuma seperti yang
terdapat pada hari ini, namun kegiatan pendidikan dan pembelajaran amatlah digalakkan oleh
Kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Salah satu galakan yang diberikan oleh mereka yang
diberikan oleh mereka ialah mendirikan masjid-masjid sebagai tempat ibadah dan juga tempat
membina ilmu pengetahuan. Kedua member galakan kepada para ilmuan, sama ada dari dalam
atau luar Sepanyol, Arab atau bukan arab datang mengajar di masjid-masjid tersebut.
Penyebaran ilmu pengetahuan banyak berlaku selepas zaman Abdul Rahman I al-Dakhil.
Sistem pendidikan pada zaman Bani Umaiyyah dari Sepanyol terbahagi kepada tiga
tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat rendah, pelajar-pelajar diajar
10

membaca Al-Quran dan tatabahasa Arab. Ia biasanya ditempatkan di masjid-masjid, guru-guru


yang mengajar tidak diberi gaji tetap, tetapi hanya sekadar menerima elaun dari Yunani yang
dibayar oleh murid-murid secara sukarela. Murid-murid ini diajar juga menulis dengan
menggunakan pena dan dakwat dan mereka menulis di atas kayu licin yang boleh dipadam
dengan kain kesat.Pendidikan peringkat rendah ini dilakukan secara terbuka.
Peringkat menengah pula dijalankan secara persendirian dan tidak mempunyai sukatan
pelajaran tetap. Dengan sebab itu, sukatan pelajarannya berbeza-beza antara satu sekolah
dengan sekolah yang lain, ada yang rendah ada yang tinggi. Bagi yang tinggi hanya terhad
kepada pelajar yang bijak dan berminat sahaja. Mata pelajaran yang diajar ialah tatabahasa,
sastera,sejarah,hadis, fikah, ilmu kesihatan praktikal,matematik,astronomi,akhlak,metafizik dan
khat. Pelajar yang lulus dikurniakan diploma atau ijazah dan ditauliahkan mengajar mata
pelajaran yang dipelajarinya.
Peringkat tinggi atau Universiti mula diwujudkan pasazaman Hakam II (961 976M).
Institut pengajian tinggi ini diwujudkan secara informal yang dikendalikan oleh sekumpulan
professor ini hanya mengendalikan kursus-kursus diperingkat lepasan ijazah dan berpusat di
Cardova dan Tokdo. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat pendidikan utama bagi siswazahsiswazah di barat Eropah pada ketika itu.
Kemudahan-kemudahan pendidikan seperti buku, alat-alat tulis dan lain-lain telah
disediakan dan mudah diperolehi di Cardova. Di Cardova terdapat kilang-kilang kertas
disamping itu ada juga kertas-kertas yang diimport dari Negara China. Dengan adanya
kemudahan-kemudahan ini, disamping wujudnya persaingan dengan kerajaan Abbasyyiah di
timur dan kerajaan-kerajaan Kristian di Barat menyebabkan sector pendidikan cepat
berkembang di Sepanyol.
Pada keseluruhannya, sistem pendidikan Eropah banyak dipengaruhi oleh sistem
pendidikan yang diasaskan oleh Tamadun Islam
5.3

Budaya Hidup Islam Dan Barat


Kebudayaan Barat adalah cara hidup barat yang tidak tunduk kepada peraturan-

peraturan tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan daripada langit dalam bentuk yang asli
11

dan murni. Walaupun orang barat menganut agama Kristian, tetapi Kitab Injil dalam bentuknya
yang asli dan murni sudah tidak kedapatan lagi pada hari ini. Pada mereka pelaksanaan agama
Kristian dalam masyarakat sudah jauh menyeleweng daripada kehendak-kehendak agama
Kristian yang sebenarnya.
Oleh itu, hingga dalam hal-hal agama yang berbentuk dasarpun terdapat perubahan
yang telah disesuaikan dengan apa yang terdapat dalam kebudayaan mereka seperti yang
pernah digariskan oleh Edward Burnett Taylor ahli antropologi Inggeris tentang kebudayaan.
Menurut beliau, keseluruhan yang kompleks di dalam terkandung ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat-istiadat.
Disini ternyata Edward Burnett Taylor telah memasukkan kepercayaan sebagai teras
agama adalah satu daripada cirri-ciri kebudayaan yang menerima perubahan.Berbeza dengan
kebudayaan Islam yang dibentuk oleh kepercayaan yang bererti bahawa lahirnya kebudayaan
merupakan hasil daripada agama itu sendiri.
Al-Quran telah menyifatkan beberapa tamadun sebagai melampau dan membawa
kerosakan kerana ia berdiri di atas asas dan lambing kebendaan semata-mata serta bermegah
dengan kilang dan bangunan pencakar langit, sedangkan sifat kemanusiaan dan ruh gama
diketepikan. Budaya hidup barat suka berfoya-foya serta melakukan kerosakan di bumi tanpa
melakukan pembaikan. Terlalu bangga dengan pengetahuan kebendaan sehingga berpaling
daripada wahyu Allah s.w.t. Tidak kurang juga yang sanggup melakukan perbuatan keji dan
mengikut hawa nafsu.
Tamadun Islam menolak budaya heodonisme dan budaya hiburan yang melampau
batasan keagamaan. Islam secara jelas menekankan konsep bahawasanya dunia ini tempat
menggumpul bekalan untuk akhirat kelak, bukan tempat kelalaian dan kepuasan mutlak.
Disamping seruan kearah kesempurnaan akhlak, Islam juga menegah sebarang usaha melebihi
hawa nafsu berbanding pedoman dan ajaran yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t..Oleh
yang demikian, sebarang pembangunan tamadun berteraskan hedonism (kepuasan nafsu
sebagai tujuan utama kehidupan) dari sudut budaya hidup adalah ditolak sama sekali kerana ini
akan membawa kepada kesesatan dalam kepincangan dalam sesebuah masyarakat. Hal ini
12

dijelaskan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud; Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang
menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya?(Surah Al-Furqan:43)
Bagi membina sesebuah tamadun yang cemerlang, ia memerlukan kepada kejujuran
setiap individu dalam masyarakat tersebut, khususnya dalam hubungan kemasyarakatan itu
sendiri. Ini kerana, Tamadun Islam yang sempurna dibina di atas konsep kejujuran, berbeza
dengan Tamadun Barat yang menjadikan hipokrasi (kemunafikan) sebagai nadi hubungan
sosial. Tamadun Barat sibuk menjaga etika zahir ketika di majlis rasmi namun tidak
mementingkan kesempurnaan dari sudut kerohanian. Seseorang itu perlu kelihatan sopan di
majlis rasmi, namun ketika bersendirian terzahir sifat kejahatan dari dalam dirinya yang
mengajak kepada kemaksiatan dan keburukan. Tiada akhlak bagi mereka melainkan zahir
semata-mata, sedangkan dihati penuh kekotoran.
Tradisi membangun akhlak luaran semata-mata ini bukanlah tradisi Islam.Islam
membangunkan akhlak manusia secara zahir dan batin. Ini kerana Islam sangat menekankan
konsep kejujuran terhadap dirinya sendiri dan Allah s.w.t. bukan kerana ingin keredhaan
sesame manusia. Oleh itu, Al-Quran mengingatkan kita konsep menginsafi kelemahan diri
terlebih dahulu berbanding mencari keaiban sesame manusia. Begitulah firman Allah s.w.t. yang
bermaksud; wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata sesuatu yang kamu
sendiri tidak melakukannya?Amat besarlah kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan
apa yang kamu sendiri kerjakannya.(Surah As-Shaff:2-3)
Dari konsep persaudaraan pula Islam amat mementingkan ikatan aqidah Islam.Ikatan ini
menjangkau sempadan tempat dan perbezaan bangsa. Ini kerana Islam mengutamakan
persamaan aqidah sebagi asas persaudaraan itu sendiri. Seterusnya menjadi tali ikatan kukuh
dalam sesuatu hubungan kemasyarakatan. Sesuai dengan matlamat Tamadun Islam yang
mementingkan hubungan antara manusia dengan manusia (habluminannas), Allah berfirman
tentang kepentingan persaudaraan Islam walaupun bangsa berbeza; Wahai manusia
sesungguhnya Kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah
13

orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha
mengenal.(Surah Al-Hujurat:13)
Sementara budaya hidup masyarakat barat lebih mementingkan individualistik dan tidak
mementingkan budaya hidup bermasyarakat.
5.4

Kesusasteraan Islam Dan Barat


Dalam bidang kesusasteraan pula, zaman Bani Umaiyyah telah melahirkan ramai ahli

sasterawan dan penyair. Mereka ini telah Berjaya melahirkan berbagai-bagai bentuk syair dan
sajak yang telah diilhamkan oleh penyair dan penyajak dari kawasan timur empayar Islam
seperti Abu Nuwas (M.803M), Abu Al-Atahiyah (M.826M), Al-Mutanabbi (M.965M) dan lain-lain
lagi. Idea-idea mereka ini telah dibawa ke Sepanyol dan telah diubahsuai mengikut keadaan
dan suasana di Sepanyol dan telah diubanhsuai mengikut keadaan dan suasana di
Sepanyol.Antara penyair Islam Sepanyol yang terbilang ialah Ibn Abdul Rabbih(860-940M)
dengan karyanya yang berjudul Al-Iqd Al-Farid (Rantai yang tidak ada taranya). Nama penuh
penyair ini ialah Abu Umar Ahmad Bin Muhammad dilahirkan di Cardova dari keturunan bukan
Arab (Mawla),Al-Iqd Al-Farid adalah merupakan sebuah karya sastera yang ditulis berdasarkan
karya-karya Al-Jahiz(M.868M), Ibn Qutaibah (abad ke-9M) dan lain-lain. Ia mengandungi 25 bab
tentang berbagai-bagai tajuk sastera dan di dalamnya juga mengandungi maklumat-maklumat
sejarah. Penyair Islam Sepanyol yang kedua terpenting ialah Ibn Hani al-Andalusi,Muhamad
Bin Hani, beliau berasal dari suku Azd (Yaman) dan dilahirkan di Seville pada zaman Abdul
Rahman III al-Nasir Li Dinillah Al-Umawi antara tahun 934-938M dan meninggal dunia dalam
tahun 973M.Beliau telah menganut Mazhab Syiah. Justeru itu beliau dihalau dari Sepanyol
ketika berusia 27 tahun. Dari sana beliau perlu berlindung di bawah kerajaan Fatimiyyah pada
zaman khalifah al-Muizz. Puisi Ibn Han banyak bercorak politik beliau telah menghasilkan
sebuat antologi syair (diwan). Beliau pernah digelar Mutanabbi di Barat kerana ketokohannya
dalam bidang seni syair telah berkembang dengan pesatnya. Pada ketika itu mereka telah
mencipta syair bentuk zazal dan muwasysyah. Syair bentuk baru ini telah dicipta oleh
14

Muzaddam bin Muafa atau Muhammad bin Mahmud yang berasal dari Cabra, dekat Bandar
Cardova pada permulaan abad ke-10M.
Pada hakikatnya seni sastera di Sepanyol sudah tumbuh dan berkembang sejak zaman
Abdul Rahman Al-Dakhil lagi iaitu pada abad ke-8M. Beliau sendiri seorang yang terpelajar dan
sangat berminat dalam seni syair. Malahan beliau sendiri telah menghasilkan beberapa bait
syair. Antaranya menyentuh tentang kerinduan beliau terhadap negeri asalnya (Syria) Abdul
Rahman Al-dakhil adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan kesusteraan
di Sepanyol. Beliau telah member sokongan kuat dan pertolongan yang banyak terhadap
perkembangan kesusasteraan di Sepanyol. Beliau telah member sokongan kuat dan
pertolongan yang banyak kepada ahli-ahli sastera yang kebanyakannya datang dari bahagian
timur empayar Islam sebagai orang pelarian. Mereka terdiri daripada orang-orang Arab.Penyair
yang paling terkenal di Sepanyol pada zaman Abdul Rahman Al-Dakhil ialah Abu Al-Makhsyi.
Beliau adalah penyair istana. Akhirnya beliau menjadi buta, beiau tetap meneruskan aktivitinya
dalam bidang seni syair. Beliau pernah diberi ganjaran sebanyak 2000 dinar oleh Abdul
Rahman Al-Dakhil kerana mencipta sebuah syair tentang orang buta.
Pada zaman ini juga lahir tukang cerita (story tellers) di pasar-pasar perniagaan yang
menceritakan hal-hal seperti yang diceritakan dalam kisah seribu satu malam dan Kalilah Wa alDimnah. Kisah-kisah ini adalah dogengan yang menggunakan binatang sebagai watak bagi
tujuan untuk memberi pengajaran moral atau teladan. Dari kisah-kisah inilah akhirnya
mempengaruhi Negara-negara Eropah yang kemudiannya melahirkan kisah Reynard dan
Bocaccacio dan Chaucer.
Dari sini jelaslah bahawa tamadun Islam telah banyak mempengaruhi kebangkitan
kesusasteraan barat. Jelaslah persamaan dari penciptaan seni syair di kalangan penyair Arab
dan Sepanyol berkembang seiring dan bersama-sama dan membentuk zaman kegemilangan
masing-masing.
5.5

Bahasa Islam Dan Barat


Bahasa adalah wahana tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang

mengungkapkan segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai
15

bahasa al-Quran.Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, dan
bersifat ilmu pengetahuan. Pemilihan Bahasa Arab perlu juga dianggap sebagai simbol
kelahiran serta kemantapan bahasa-bahasa lain yang turut menyumbangkan peranan yang
besar dan penting kea rah pembinaan dan perkembangan tamadun Islam diseluruh pelosok
dunia termasuk bahasa Melayu di Nusantara.
Ibnu Khaldun (1331-1406M) menerusi karya agungnya Muqaddimah Ibni Khaldun
meletakkan syarat bahawa kekuatan tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila
penggunaan bahasa dijadikan sebagai syiar agama dan dalam konteks ini, bahasa yang
dimaksudkan beliau ialah bahasa Arab. Kekuatan bahasa itu sekaligus menjadi kekuatan
kepada aspek-aspek lain yang akhirnya menghasilkan pula kekuatan kepada tamadun tersebut
itu sendiri. Itulah yang berlaku kepada tamadun Islam.
Bahasa didefinasikan sebagai satu system komunikasi manusia yang terdiri daripada
bunyi-bunyi berstruktur (atau yang bertulis) kepada unit yang lebih besar seperti morfem,
perkataan,ayat yang dihasilkan oleh organ pertuturan untuk membolehkan manusia berinteraksi
antara satu sama lain.Inilah juga definisi yang dikemukakan oleh Al-Quran .
Hamka dalam tafsiran ayat ini berpendapat bahawa al-Quran menganjurkan supaya
manusia menggunakan keupayaan berbahasa yang dianugerahi Allah berdasarkan ketentuan
aqidah,syarak,dan akhlak yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahasa seharusnya
digunakan untuk meningkatkan keimanan,ketaqwaan dan amal saleh. Bahasa yang dapat
mencapai matlamat tadi diibaratkan sebagai tanah yang subur dan benih yang baik, apabila
ditanam menumbuhkan pohon yang rendang dan buah yang ranum,memberi manfaat dan
kebaikan kepada manusia dan haiwan. Sebagai tempat berteduh dan berlindung ketika panas
dan menghilangkan lapar dan dahaga dengan buah yang ranum dan manis (Hamka 1983:13842)
Dalam erti kata lain,bahasa yang baik lagi bernilai terhasil daripada budi dan sopan
santun serta bertitik tolak daripada keimanan,ketakqwaan dan amal saleh yang akhirnya
membawa keamanan dan menghasilkan kesejahteraan kepada kehidupan manusia di dunia
dan di akhirat. Inilah konsep bahasa yang diperjuangkan oleh Islam.
16

Sementara dari perspektif barat, definisi dan konsep ini menyingkap hubungan antara
bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia,proses berfikir,pandangan semesta, dan realiti
kewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagai
wahana

utama

bagi

menjana

segala

kegiatan

manusia

baik

perhubungan,pengucapan,perakaman mahupun perwarisan.


Dari segi persamaan bahasa antara tamadun Islam dan Barat. Al-Quran mempunyai
pengaruh dan kesan yang amat mendalam serta meluas dalam semua bahasa termasuk
bahasa Inggeris. Kuatnya pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi jumlah perkataan pinjaman
bahasa Arab yang terdapat dalam sesuatu bahasa tempatan.
M.A.J.Beg (1979:xiv) membahagikan sumbangan al-Quran kepada dua kategori, iaitu
sumbangan umum dan sumbangan khusus. Sumbangan umum bermaksud sumbangan
perbendaharaan kata yang berasaskan a-Quran yang dipinjam dan diterima pakai sebagai
sebahagian daripada bahasa semua bangsa yang memeluk Islam dari Indonesia sehinggalah
Sahara Barat.Terdapat banyak kelompok bahasa dalam bahasa Asia, Afrika dan Eropah yang
meminjam perkataan Arab dan kelompok ini diringkaskan seperti berikut; Bahasa Asia ialah
Parsi,Turki,Kurdis,Urdu,Hindi,Origa,Melayu,Tamil,Tibet

dan lain-lain,

Bahasa Afrika ialah

Swahili,Somali,Amhara,Berber,Hausa dan lain-lain.


Dari segi sumbangan Khusus, al-Quran atau bahasa Arab telah mempengaruhi
sekurang-kurangnya empat bahasa lingua franca dunia, iaitu bahasa Melayu,Urdu,Swahili, dan
Hausa. Bahasa Melayu dituturkan diseluruh Alam Melayu khususnya di Malaysia dan di
Indonesia, bahasa Urdu di Pakistan, di India dan di Bangladesh, bahasa Swahili dituturkan di
Nigeria, di Kenya, di Uganda, di Tanzania dan sebagainya. Terdapat dua cara bagaimana
pengaruh ini boleh berlaku, iaitu melalui proses Islamisasi dan perhubungan secara langsung
dengan bahasa Arab. Yang lebih menarik ialah semua bahasa tersebut menggunakan abjad
Arab dalam tulisan. Ada juga bahasa yang menerapkan sistem nahu dan struktur sintaksis yang
sama dengan Bahasa Arab.

17

Berikut adalah beberapa contoh perkataan Inggeris yang dipinjam dari perkataan Arab
yang telah digunapakai oleh Bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan maksud dan diguna
hingga sekarang ini;
INGGERIS

ARAB

MAKNA

INGGERIS

ARAB

MAKNA

Alcohol

Al-kuhl

Alcohol

Algebra

Ai-jabr

Algebra

Apricot

Afrikot

Sejenis buah

Atlas

Atlas

Atlas,peta

Baboon

Maymun

Kera besar

Balcony

Balkon

Beranda

Banana

Banana

Pisang

Blouse

Bluzah

Blaus/baju luar

Cable

Habl

Tali

Camel

Jamal

Unta

Candy

Qandi

Gula tebu

Carat

Qirat

Karat

Cheque

Sakk

Cek

Chiffon

Shiff

Kain lembut

Coffee

Qahwah

Kopi

Cotton

Qutun

Kapas

Divan

Diwan

Jabatan

Durra

Durrah

Jagung

Fellah

Fallah

Petani

Gaze

Gazz

Sutera

Ghazal

Ghazal

Syair Cinta

Ginger

Zanjabil

Halia

Guitar

Gitar

Gitar

Jar

Jarrah

Kendi

Jasmine

Yasmin

Bunga Melur

Lemon

Limun

Limau masam

Mummy

Mumiya

Mayat
manusia

Musk

Musk

Kasturi

Race

Ras

Kepala

Rice

Ruzz,aruzz

Nasi

Safari

Safara

Mengembara

Sapphire

Safir

Permata nilam

Sofa

Suffah

Kerusi
panjang

Sugar

Sukkar

Gula

Tamarind

Tamrhindi

Asam jawa

Zero

Sifr

Kosong

5.6

Penutup
Sesungguhnya pengertian tamadun daripada kaca mata sarjana barat dan Islam

menampakkan perbezaan yang nyata. Sarjana Islam mengutamakan wahyu sebagai sumber
18

pembinaannya. Tamadun Islam juga mempunyai prinsipnya yang tersendiri iaitu untuk
memelihara keselamatan agama, nyawa,akal,keturunan, harta benda dan kebebasan.
Pencapaian Tamadun Islam adalah disebabkan oleh kawajipan menuntut ilmu yang disarankan
oleh al-Quran dan as-sunnah. Penguasaan ilmu yang seimbang antara fardu ain dan fardu
kifayah terutama sains dan teknologi amat diutamakan oleh Islam. Tamadun Islam mencapaian
kecemerlangan

dalam

bidang

sains

tulen,perubatan,biologi,farmasi,kimia

geologi,kejuruteraan,seni bina,matematik dan sebagainya. Sumbangan dan pengaruh tamadun


Islam terhadap pertumbuhan dan perkembangan sains moden barat adalah besar melaui
Andalusia, Sicily,Penubuhan Universiti,hubungan diplomatik dan Perang Salib. Jelaslah
bahawa interaksi antara tamadun Islam dan barat telah membawa kemajuan kepada negaranegara Eropah yang lain.

Bibliografi
Asmah haji Omar 1991.Aspek Bahasa dan Kajiannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mustafa Hj.Daud 1996. Bahasa Dalam tamadun Islam, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Mustafa Hj.Daud 1999. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan,Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Abdul Latif Samian & khairul Anwar Mastor,2000.Perkembangan Sains Dan Peradaban
Manusia :Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hj.Mohamad

Faisal

Hj.Ahmad,

1997.

Tamadun

Malaysia,Serdang
Sumber Internet.

19

Islam:

Universiti

Pertanian

Anda mungkin juga menyukai