Anda di halaman 1dari 12

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

1

BAB 1
KONSEP TAMADUN ISLAM

1. Pendahuluan

1.1 Ketamadunan dan peradaban adalah ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-makluk lain.
1.2 Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah menyatakan, manusia secara tabiinya makhluk yang bertamadun
atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan
hidup.
1.3 Menurut al-Sirhindi hidup bertamadun adalah fitrah dan sifat semulajadi manusia.
1.4 Tamadun boleh dianggap sebagai sunnah insaniyah yang menjelma daripada sifat kreativiti dan inovasi manusia
itu sendiri. Selagi manusia meneruskan kelangsungannya untuk hidup dengan selesa, maju bagi mencukupi
segala keperluannya maka selagi itulah proses ketamadunan berjalan.
1.5 Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh pemikiran orang Islam dengan panduan ajaran Islam (al-
Quran dan al-Sunnah) baik dari kalangan bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, Cina, Melayu atau lain-lain
bangsa dalam pelbagai bidang.

2. Terminologi Tamadun

2.1 Tamadun merupakan istilah yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menceritakan tentang kebudayaan,
kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
2.2 Para pengkaji membahagikan pengertian tamadun kepada 2 bahagian:
2.2.1 Pengertian yang objektif suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik,
keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi di dalam suatu masyarakat.
2.2.2 Pengertian yang subjektif tamadun yang digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan
yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
2.3 Untuk memudahkan perbincangan dan kefahaman, definisi tamadun akan dilihat dari aspek bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Bahasa Malaysia

1. Dalam Kamus Dewan, perkataan tamadun didefinisikan sebagai keadaan manusia yang dicirikan oleh taraf yang
tinggi; negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang-orang
tertentu dan keadaan pemikiran yang halus. Manakala perkataan peradaban didefinisikan sebagai keadaan serta
tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.
2. Menurut Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam tamadun berasal daripada kata Arab
yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir
serentak dan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran
dan kebendaan.
3. Selain istilah tamadun, istilah peradaban turut digunakan oleh beberapa sarjana tempatan. Peradaban diertikan
sebagai pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang, iaitu kerohanian dan kebendaan.

Bahasa Inggeris

1. Dalam bahasa Inggeris, tamadun diistilahkan sebagai civilization. A.S Hornby dan E.C Parnwell dalam The
Progressive English Dictionary, civilization diertikan sebagai meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada
kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
2. Kamus Dwibahasa, civilization didefinisikan sebagai kamajuan dalam tingkat penghidupan manusia yang meliputi
aspek pemikiran dan kebendaan, contohnya ialah tamadun di Lembah Indus, India dan sebagainya.
3. S. Khuda Bukhsh dalam bukunya Contributions to The History of Islamic Civilization menyatakan civilization
berasal daripada bahasa Greek iaitu civic / civitas yang bererti kehidupan kota atau bandar. Justeru civilization
membawa erti pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup dikota.
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

2

4. Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History menjelaskan bahawa tamadun ialah satu kumpulan
pemikiran dari berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
5. Sebelum istilah civilization digunakan menjelang abad ke-19, istilah renaissance (kebangkitan) dan culture
(kebudayaan) telah digunakan bagi menerangkan tamadun. Tetapi kata civilization lebih tepat dan sempurna.

Bahasa Arab

1. Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Arab iaitu maddana bererti membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
2. Daripada perkataan maddana lahir perkataan madani bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan
pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
3. Asal perkataan maddana dan madani adalah din yang bermaksud agama menggambarkan kehidupan
beragama.
4. Dalam Qamus al-Marbawi menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata madana yang bermaksud
kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Justeru tamadun bermaksud kehalusan adat atau
kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya
menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran, dan penghasilan teknologi yang membantu
menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.
5. Dr. Lutpi Ibrahim menjelaskan kata tamadun berasal daripada kata tamaddana, tamaddunan dan madaniah
yang bermaksud kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek sama ada
kerohanian atau kebendaan.
6. Sebelum munculnya istilah tamadun, Ibnu Khaldun misalnya dalam kitabnya al-Muqaddimah telah menggunakan
istilah umran dalam abad ke-14 yang membawa erti sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang
mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin dan sebagainya;
yang membolehkan mereka mencapai kemajuan di dalam pelbagai bidang.
7. Selain itu, Ibnu Khaldun juga menggunakan istilah hadharah yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal
tetap di sesuatu tempat atau kota dan tanah pertanian.
8. Abu Nasir al-Farabi telah meperkenalkan istilah al-Madaniah dalam abad ke-11M. Kata ini berasal dari kata
madinah bererti kota. Madaniah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
9. Istilah al-Madaniah turut dipopularkan oleh Muhammad Farid Wajdi (kitabnya: al-Madaniah wa al-Islam) dalam
abad ke-20 dan Syeikh Muhammad Abduh (risalahnya: al-Islam wa al-nas wa al-Ilm wa al-Madaniah dan Tafsir al-
Mannar)
10. Istilah tamadun buat pertama kaluinya diperkenalkan dalam abad ke-19 yang kemudiannya menggantikan
semua istilah-istilah yang digunakan sebelum ini. Jurji Zaidan adalah antara sarjana Islam yang paling berminat
dan banyak sekali menggunakan istilah ini seperti yang terdapat dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami
11. Jika disebut tamadun Islam maka ia boleh diertikan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan
kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berasaskan akidah, syariah dan akhlak dan
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.



3. Ciri-ciri Tamadun

3.1 Penempatan Kekal
3.1.1 Penempatan kekal menjadi sebab kepada munculnya sesebuah bandar atau kota. Masyarakat tidak lagi
menjalankan aktiviti nomad sebaliknya mereka menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan
hasil makanan kepada mereka seperti kawasan lembah sungai. Biasanya kawasan lembah mempunyai
tanah yang subur untuk pertanian dan menjadi sumber keperluan manusia. Ianya akan menjadi daya tarikan
untuk tinggal menetap sekaligus wujud peluang-peluang pekerjaan. Seterusnya berlakulah revolusi
pertanian, perikanan dan penternakan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di lembah sungai Nil.




CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

3

3.2 Peningkatan Kualiti Hidup
3.2.1 Berlakunya revolusi pertanian berkait rapat dengan kepadatan penduduk dan perkembangan pengetahuan
mengenai pertanian. Ianya membentuk peluang-peluang pekerjaan bagi menambahkan produktiviti hasil
pertanian sama ada untuk menjadi bahan makanan tempatan atau tujuan perdagangan.
3.2.2 Dalam era kini, peluang pekerjaan tidak lagi bergantung kepada revolusi pertanian tetapi melalui pelbagai
industri yang dihasilkan melalui inovasi sains dan teknologi.

3.3 Wujud Organisasi dan Institusi Sosial (Strafikasi Sosial)
3.3.1 Wujudnya sistem pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status. Sistem pengkelasan
masyarakat awal mempunyai kaitan rapat dengan pemilikan kekayaan. Kekayaan yang dimiliki adalah tanah.
Golongan yang memiliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara
golongan yang tidak mempunyai tanah menjadi golongan pekerja atau buruh atau hamba.
3.3.2 Golongan buruh atau pekerja ini merupakan kelompok majoriti berfungsi sebagai penggerak tamadun dari
aspek pembangunan fizikal atau kebendaan.

3.4 Kehidupan Beragama
3.4.1 Kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan kehidupan manusia.
3.4.2 Agama dan kepercayaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya manusia yang bersopan santun
tetapi juga dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudian menjadi
pusat kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut. Namun wujud juga tamadun yang tidak mempunyai ciri ini
seperti tamadun Greek.

3.5 Wujudnya Bandar (Urbanisasi)
3.5.1 Kemunculan bandar merujuk kepada suatu tapak atau tempat dan pusat komuniti dalam sesebuah kawasan.
3.5.2 Fungsi sesebuah bandar bergantung kepada elemen yang penting dalam masyarakat tersebut. Jika
sesebuah masyarakat itu mementingkan prinsip keagamaan, maka pusat bandar lazimnya pusat upacara
keagamaan. Jika politik dan kuasa menjadi prinsip penting dalam masyarakat, maka istana dan citadel
menjadi pusat fungsional. Jika masyarakat mengutamakan perniagaan dan perdagangan, maka pasar dan
bazaar menjadi pusat bandar.

3.6 Pengkhususan Kerja dan Inovasi Teknologi
3.6.1 Kemunculan tenaga-tenaga mahir dalam pelbagai bidang berperanan menentukan kemajuan sesebuah
masyarakat dan negara. Melalui tenaga-tenaga mahir inilah akan membentuk pengkhususan kerja dan
inovasi teknologi.
3.6.2 Contohnya, wujudnya pelbagai aktiviti perekonomian seperti pertukangan, senibina, peleburan logam dan
sebagainya yang bersesuaian dengan permintaan komuniti. Justeru, lahirlah peluang-peluang pekerjaan
dalam pelbagai bidang.

3.7 Penggunaan Sistem Tulisan dan Sistem teknologi Maklumat
3.7.1 Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui
sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Penggunaan angka yang terbit
daripada sistem tulisan memudahkan lagi pengiraan.
3.7.2 Penggunaan teknologi maklumat masa kini dalam penyebaran maklumat dan komunikasi menunjukkan
tamadun manusia semakin maju dan pesat.


4. Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam

Dalam tamadun Islam terdapat beberapa ciri keistimewaan yang mungkin mempunyai persamaan dengan tamadun
lain, namun yang paling istimewa tamadun Islam yang tiada pada tamadun lain ialah bersifat rabbani (ketuhanan).
Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut:

4.1 Rabbani (bersumberkan ajaran Allah s.w.t)
4.1.1 Iaitu meletakkan petunjuk Allah s.w.t sebagai sumber utama dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai
model dalam membina tamadun.
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

4

4.1.2 Tamadun Islam menjadikan sumber naqli (al-Quran dan al-Sunnah) sebagai sumber asas atau utama di
samping tidak menafikan sumber aqli (akal). Berbanding dengan tamadun Barat yang meletakkan akal
sebagai sumber yang penting dalam konteks pembinaan tamadun manusia sehingga menyangkal perkara
yang dinyatakan dalam sumber naqli.
4.1.3 Justeru, masyarakat Barat menolak agama dalam kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan
pembangunan dan kemajuan kerana bagi mereka agama dianggap menyekat kemajuan dan kemodenan.
4.1.4 Tamadun Islam yang bersifat rabbani memberi makna dan matlamat yang jelas bahawa tamadun yang
dibina oleh umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuju keredhaan Allah s.w.t untuk
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, bukan mencapai kesenangan dan keuntungan di dunia semata-mata
atas nama kemajuan dan kemodenan.

4.2 Syumul (Menyeluruh / lengkap)
4.2.1 Ajaran Islam adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia di mana pelaksnaan ajaran Islam bukan
hanya pada persoalan ibadah khusus sahaja tetapi juga melibatkan setiap kegiatan dan aktiviti manusia
termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pembagunan dan kemajuan sama ada dalam bidang politik,
ekonomi, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.
4.2.2 Ajaran Islam menyeru manusia supaya berlaku adil kepada semua insan mengira agama dan bangsa. Islam
juga meliputi semua tempat dan masa serta sesuai kepada semua manusia tanpa batasan. Kesemuanya ini
memperlihatkan kesyumulan Islam.
4.2.3 Tamadun Islam tidak menolak sumbangan daripada tamadun-tamadun asing selagi ianya tidak bercanggah
dengan ajaran Islam dan memesongkan matlamat tamadun Islam seperti dalam bidang sains dan teknologi.

4.3 Universal (Sejagat)
4.3.1 Walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa Arab, namun agama bukan
khusus untuk bangsa Arab sahaja tetapi milik semua umat manusia kerana Islam bukan bersifat kesukuan
atau nasionalisme tetapi bersifat
c
alami (universal).
4.3.2 Oleh sebab itu, berdasarkan sejarah mendapati tamadun Islam tidak hanya dibangunkan oleh bangsa
tertentu dan bukan milik bangsa tertentu sahaja tetapi kepunyaan pelbagai bangsa yang menjadikan ajaran
Islam asas pembinaan tamadun seperti bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, Cina dan Melayu. Ini
menjelaskan bahwa kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu,
sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.
4.3.3 Tamadun Islam yang wujud diseluruh dunia sama ada di Asia atau di Eropah tetap masih sama seperti yang
diamalkan di semenanjung Tanah Arab. Bahkan sikap Islam lebih dari itu iaitu saling berkongsi ilmu
pengetahuan untuk membangunkan tamadun masing-masing.
4.3.4 Begitu juga, tidak pernah timbul pertembungan peradaban Islam seperti tamadun Islam Abbasiyyah di
Baghdad dan Uthmaniyyah di Turki membawa kepada ketegangan agama atau budaya.

4.4 Ideal dan Realistik
4.4.1 Islam meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia supaya
tidak bercanggah dengan ajaran Allah.
4.4.2 Realistik memberi makna bahawa alam adalah satu hakikat yang wujud di dunia nyata yang menunjukkan
kewujudan Allah s.w.t. Dan Islam adalah suatu yang ideal untuk manusia kerana ianya menepati fitrah
manusia dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.
4.4.3 Umpamanya, Islam menggalakkan manusia berkeluarga, maka Islam telah memberi peraturan yang cukup
harmoni untuk dipatuhi. Ianya amat realistik dari segi mengambil kira realiti alam yang menunjukkan hakikat
kewujudan Allah s.w.t. Maka tidak timbul isu kemaksiatan atau pelanggaran peraturan Allah. Ini kerana
setiap perlakuan hamba akan dipersoalkan diakhirat nanti.

4.5 Tetap dan Anjal
4.5.1 Ini bermakna Islam merupakan agama yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat
pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan kaedah pelaksanannya.
4.5.2 Islam memberi kebebasan kepada manusia membangun dan memajukan tamadun namun jangan sampai
matlamat asal pembinaan tamadun iaitu ke arah keredhaan Allah s.w.t terarah kepada kebendaan semata-
mata.
4.5.3 Oleh itu, dalam mengembeling penerokaan ilmu, keseimbangan dan kesepaduan ilmu hendaklah diberi
perhatian iaitu tidak memisahkan ilmu sains dan teknologi dengan agama.
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

5


4.6 Sepadu dan Seimbang (al-Tawazun)
4.6.1 Ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Sepadu bermaksud setiap satu
bahagian dengan bahagian yang lain dalam ajaran Islam saling berkaitan. Manakala seimbang bermaksud
seimbang antara tuntutan kebendaan dan kerohanian, dunia dan akhirat.
4.6.2 Dunia adalah keperluan manusia, manakala akhirat adalah hala tuju atau matlamat kehidupan manusia.
Justeru, Islam menyeru manusia agar tidak mengabaikan tuntutan akhirat dalam usaha manusia membina
kemajuan tamadun di dunia.
4.6.3 Ajaran Islam hendaklah diamalkan secara keseluruhannya dan bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila
manusia hanya mengambil bahagian tertentu ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian lain daripada
perintah Allah maka cacatlah tamadun Islam seperti membangunkan teknologi moden bagi membuktikan
kehebatan kepada masyarakat dunia dengan berbelanja besar sehingga membawa banyak pembaziran dan
mudarat.


5. Asas Tamadun Islam

5.1 Akidah
5.1.1 Akidah merupakan konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah s.w.t, para rasul,
malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan qada dan qadar.
5.1.2 Keyakinan kepada konsep tauhid memberi kesan dalam kehidupan manusia.
5.1.3 Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang mantap berasaskan akidah di
Madinah dari aspek politik, pentadbiran dan ekonomi.
5.1.4 Akidah yang mantap dapat membentuk sistem nilai yang menjadi asas ketamdunan itu sendiri. Selain itu,
ianya juga dapat memandu manusia ke arah matlamat yang jelas iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.
5.1.5 Menurut Ismail al-Faruqi, tauhidlah yang memberikan acuan, jatidiri, dan ciri tersendiri kepada tamadun
Islam. Ia menyatukan seluruh kompenan, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu,
harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.

5.2 Syariah
5.2.1 Syariah merupakan himpunan peraturan dan sistem perundangan yang mencakupi pelbagai lapangan hidup
yang merangkumi ibadah dan muamalah.
5.2.2 Ibadah ialah peraturan yang menyusun hubungan manusia dengan Allah yang mesti ditaati.
5.2.3 Muamalat ialah peraturan yang menyangkut hubungan sesama manusia dari segi hak dan tanggungjawab
manusia dalam aspek ekonomi, munakahat, politik, jenayah dan sebagainya.
5.2.4 Setiap pencapaian manusia dalam pelbagai bidang sama ada sains dan teknologi mahu pun keagamaan
hendaklah dibangunkan atas platform syariah bersumberkan al-Quran dan al-sunnah, manakala aplikasinya
mestilah tidak bercanggah dengan matlamat utama syariah iaitu untuk menjaga agama, nyawa, keturunan
atau kehormatan, akal dan harta.

5.3 Akhlak
5.3.1 Menurut ajaran Islam, akhlak mulia merupakan unsur penting yang perlu ada pada setiap muslim. Malah
tujuan Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
5.3.2 Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan
kejayaan yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagaimana yang telah dibuktikan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
5.3.3 Sejarah telah merakamkan bahawa kehebatan suatu tamadun akan tersungkur akhirnya apabila pemimpin
dan masyarakat itu mengabaikan nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam pemerintahan dan kehidupan
seperti yang pernah berlaku kepada tamadun-tamadun silam termasuklah beberapa buah kerajaan Islam
yang pernah menjulang kehebatan tamadun Islam.

5.4 Ilmu
5.4.1 Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai
lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu
tamadun.Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan
pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut. Nabi pernah bersabda;Menuntut ilmu
itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam(Hadith riwayat Muslim)
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

6

5.4.2 Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus
dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang
amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya
mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa,negara dan umat Islam
secara umumnya.
5.4.3 Keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak
zaman baginda saw dipandu oleh al-Quran dan al-Sunah baginda Nabi saw bagi mencapai suatu tahap
keilmuan cemerlang bagi meneruskan kesinambungan dan tuntutan agama sepertimana yang disarankan
supaya mempunyai sifat ikhlas, terbuka dalam menimba ilmu, dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi
pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain.
5.4.4 Empayar Islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili pada tahun 755M adalah
sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai
bidang.Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu, apabila telah
berjaya melahirkan ramai sainstis dan pakar-pakar dalam penyelidikan, serta penemuan-penemuan di dalam
pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia,
pembedahan, ahli matematik dan sebagainya.


6. Sumber Tamadun Islam

Terdapat dua sumber bagi tamadun Islam iaitu sumber mutlak, sumber ijtihad dan tamadun-tamadun asing.

6.1 Sumber Mutlak
6.1.1 Al-Quran
a. Sumber utama tamadun Islam adalah al-Quran. Al-Quran adalah perkataan Allah SWT yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril di dalam bahasa Arab secara
beransur-ansur dan dipindahkan secara mutawatir. Menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang
membacanya. Al-Quran yang diturunkan adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi dari
sudut akidah, syariah, akhlak, bahasa, sejarah, intelektual, ketamadunan dan rahsia alam. Ianya
sesuai sepanjang zaman dan lengkap serta sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan.
b. Kandungan al-Quran yang berkaitan dengan tamadun dapat disimpulkan seperti berikut:
Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti Ad, Thamud, Firaun
dan kemajuan Saba
Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara
kemajuan kebendaan dan kerohanian.
Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum
yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa,
harta, maruah dan keturunan.
Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan
Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa
al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut
garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.
Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan
antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam
menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

6.1.2 As-Sunnah
a. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh as-
Sunnah. As-sunnah adalah segala perkataan, perbuatan, perakuan, sifat-sifat keperibadian dan
keterampilan Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain perjalanan hidup baginda
Rasulullah SAW sesiapa yang mengikutinya diberikan pahala dan bagi sesiapa yang
mengingkarinya dikenakan seksa sekiranya ianya perintah wajib. As-sunnah merupakan sumber
inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
b. Dalam bidang politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang
politik yang bertamadun. Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman,
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

7

penganiayaan dan sebagainya. Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah,
penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.
c. Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik
dalam ekonomi. Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya
tidak menipu dan riba dalam perniagaan. Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk
memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya.
Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem
zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.
d. Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial.
Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga. Hingga baginda
mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga.
Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

6.2 Sumber Ijtihad

6.2.1 Ijmak
a. Menurut istilah ulama usul, Ijmak ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat
Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum
syara.
b. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak
ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis , peristiwa atau kejadian yang berhubungan
dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada AllahS.W.T seperti sistem pendidikan,
pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang
berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan
Hadis.
c. Ijmak tidak akan berlaku kecuali memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Hendaklah persepakatan iaitu berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan
mereka, maka tidak dikira ijmak.
ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya
sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tidak sepakat.
iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijmak
tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan wahyu al-Quran yang diutuskan
dan Sunnahnya.
iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan
sebagainya
v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja.Terkeluar daripadanya
ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.
vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.


6.2.2 Qias
a. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yangtidak ada nasnya
dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara
kedua-duanya.
b. Rukun-rukun qias adalah seperti berikut;
i. Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara
ii. Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-
Quran atau as-Suimah ataupun ijma.
iii. Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau
as-sunnah.
iv. Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al
Asl) dengan yang baru (al-Furu)




CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

8

6.3 Tamadun Asing

6.3.1 Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumer yang datang dari tamadun lain yang
tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
6.3.2 Hal ini dapat dilihat dengan jelas misalnya apabila Islam datang ke dalam masyarakat Arab, masyarakat
Barat mahupun masyarakat Timur; Islam menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak
bertentangan dengan syariatnya.
6.3.3 Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat Arab. Kesan daripada
interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam


7. Matlamat Tamadun Islam

7.1 Tamadun Islam merupakan manifestasi daripada kefahaman dan penghayatan umatnya terhadap seluruh
ajaran Islam. Tamadun Islam berkongsi matlamat yang sama dengan dinul Islam (ajaran Islam) dari segi
membawa misi rahmat ke seluruh alam.
7.2 Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Din iaitu satu cara hidup yang
lengkap dan komprehensif.
7.3 Tamadun Islam menyediaan ruang yang kondusif kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh ajaran
Islam yang berkaitan dengan syariat dalam pelbagai aspek merangkumi ibadat, munakahat, muamalat,
jenayah, kenegaraan dan kehakiman.
7.4 Matlamat khusus tamadun Islam ialah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah, mewujudkan
hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

7.4.1 Menjaga hubungan manusia dengan Allah
7.4.1.1 Rukun Islam yang kelima dan rukun Islam yang keenam juga merupakan lambang pengakuan
dan diri seseorang tentang kewujudan Allah s.w.t. Hanya melalui keimanan kepada Allah
s.w.t, manusia menjadi makhluk yang berjiwa besar, bebas daripada rasa benci, khianat dan
nafsu serta sentiasa mengingati Allah semasa susah dan senang.
7.4.1.2 Perasaan yang membentuk sifat mahmudah pada diri Muslim seperti bersyukur, sabar dan
merendah diri kepada kekuasaan Allah s.w.t.
7.4.1.3 Kepercayaan dalam rukun Islam yang kelima dan pegangan dalam rukun iman yang keenam
telah melahirkan sifat ihsan dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t.

7.4.2 Menjaga hubungan manusia dengan manusia.
7.4.2.1 Sebagai manusia, ia tidak boleh hidup bersendirian. Hakikat dan fitrah hidup manusia untuk
hidup saling menyayangi dan saling memerlukan. Selain itu, manusia perlu berinteraksi antara
satu sama lain.
7.4.2.2 Komunikasi serta interaksi yang sihat serta positif sesama manusia menyebabkan manusia
dihormati dan dihargai. Interaksi sosial boleh berbentuk kekeluargaan, kejiranan,
kemasyarakatan, negara, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.
7.4.2.3 Oleh itu, manusia perlu menyemai sikap tolong menolong, bekerjasama dan semangat
perpaduan bagi menyempurnakan syarak Islam.

7.4.3 Menjaga hubungan manusia dengan alam.
7.4.3.1 Semua yang dijadikan didunia ini sama ada didataran atau di lautan adalah untuk
kepentingan manusia sejagat. Setiap satu daripadanya memainkan fungsi tertentu dan
memiliki peranan masing-masing.
7.4.3.2 Melalui akal, manusia digalakkan menerokai keajaiban alam untuk faedah sarwajagat. Allah
menggalakkan hubungan manusia dengan alam supaya manusia sentiasa mengingati Allah
dan bersyukur kepada kurniaan-Nya seperti pangkat, kebesaran dan kekayaan.

7.5 Dengan bukti dan kebesaran yang ditunjukkan dalam al-Quran, maka sewajarnya sebagai seorang muslim
sejati hendaklah ada dalam diri mereka rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap hubungan kepada Allah,
manusia, dan alam. Segala saranan yang disebut dalam al-Quran merupakan interaksi manusia dengan
Allah, sesama manusia dan juga alam.
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

9

8. Keunikan Tamadun Islam

Beberapa keunikan dapat dikesan dalam tamadun Islam berbanding tamadun-tamadun lain. Antaranya:

8.1 Agama melahirkan tamadun
8.1.1 Kelahiran Islam di Mekah telah mencetuskan revolusi pemikiran dan perubahan sosio budaya yang
ketara melalui wahyu pertama (surah al-
c
Alaq: 1-5). Ini bermakna dengan lahirnya agama Islam
secara tidak langsung melahirkan tamadun Islam itu sendiri.

8.2 Peradaban
8.2.1 Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk sebuah peradaban yang
tinggi. Menerusi ajaran Islam maka terbentulah sahsiah muslim yang kental dan berperadaban
tinggi.

8.3 Perkembangan
8.3.1 Tamadun Islam berkembang ditempat yang tidak disangka oleh sesiapa. Siapa sangka tamadun
Islam muncul di kawasan yang kering kontang iaitu di kota Mekah.
8.3.2 Bermula di Mekah maka tamadun Islam terus berkembang ke Madinah dan seterusnya ke
Baghdad, Damsyik, Cordova, Turki dan sebagainya.
8.3.3 Berbeza dengan tamadun lain yang berkembang hanya ditempat di mana ia diasaskan seperti di
tepi sungai atau di kawasan lembah.

8.4 Mengadaptasikan konsep ummah
8.4.1 Tamadun Islam berkembang berasaskan konsep ummah iaitu tidak membezakan warna kulit,
budaya, bangsa ataupun sempadan geografi. Bahkan tamadun Islam menerima unsur tamadun
asing seperti Greek, Yunani, parsi, India dan lain-lain lagi yang diadun dan disarin untuk
disesuaikan dengan tamadun Islam.

8.5 Asas ilmu pengetahuan
8.5.1 Tamadun Islam bangkit dengan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dilihat berasaskan wahyu pertama
yang Allah s.w.t turunkan iaitu bacalah (Iqra).
8.5.2 Konsep inilah menjadi model pembangunan tamadun Islam sehingga melahirkan tamadun yang
hebat dan dikagumi suatu ketika dahulu seperti yang berlaku pada zaman kerajaan Islam di
Baghdad dan di Sepanyol.
8.5.3 Kehebatan tersebut dapat dibuktikan apabila lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai
disiplin ilmu yang menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang
terutama dalam bidang sains dan teknologi.


9. Faktor-faktor Kemunculan dan Keruntuhan Tamadun

9.1 Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan
sesebuah tamadun adalah seperti berikut;
9.1.1 Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik
yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-
sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun
China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di
Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.
9.1.2 Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran
agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini
secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.
Kemunculan tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni
berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna
9.1.3 Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat
yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

10

nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya.
Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat,
bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu
untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-
Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.
9.1.4 Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan
kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk
melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya
kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan
mereka dalam Perang Dunia Kedua.
9.1.5 Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun
lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada
sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai
yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan
tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun
China, India, Parsi dan sebagainya.

9.2 Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing.
Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuaht amadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah.
Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai
tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.
9.3 Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh
hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan
nilai-nilai yang baik..
9.4 Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut;
a. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.
b. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.
c. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan pemimpin.
d. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan
teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada
peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam
kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak
mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.
e. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran.
Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.
Namun ada bencana alam dikaitkan dengan azab Allah kerana keingkaran manusia terhadap perintah
Allah s.w.t yang dibawa oleh para Rasul. Seperti kaum Thamud Allah binasakan dengan ribut yang
bertiup tanpa henti selama tujuh malam.
f. Pemimpin tidak berwibawa. Iaitu pemimpin yang terlalu mementingkan diri, hidup berpoya-poya, lemah
dalam pentadbiran, terlibat dengan penyelewengan harta rakyat, keruntuhan akhlak


10. Konsep Tamadun Barat

10.1 Sejarah Falsafah Tamadun Barat

1. Pemikiran dan falsafah sejarah barat adalah berteraskan kepada pemikiran, falsafah sejarah dan
kebudayaan Yunani dan Rumawi. Kehidupan dan sosio budaya orang-orang Yunani adalah berbentuk
materialistik. Mereka melihat tuhan dalam bentuk dan rupa yang boleh digambarkan dalam berbagai
bentuk.
2. Kepercayaan agama orang-orang Yunani tidak mempunyai unsur spiritual sebagaimana Islam, malahan
penekanan lebih kepada unsur fizikal dan rasional semata-mata.
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

11

3. Penguasaan Kristian ke atas negara-negara Barat oleh empayar Rom dan Byzentine selepas itu,
tumpuan telah diberikan pada aspek kerohanian berbanding aspek kebendaan sehingga
mengakibatkan wujud pemisahan antara agama dengan pemerintahan.
4. Rasa tidak puas hati penduduk Eropah terhadap golongan gereja yang menyekat perkembangan ilmu
dan penyalahgunaan kuasa dalam institusi gereja telah mendorong mereka menerokai ilmu sains fizik
dengan membelakangkan falsafah agama.
5. Kemunculan teori-teori sains berasaskan falsafah dan logik akal seperti teori evolusi oleh Charles
Darwin, teori kesatuan kebudayaan oleh Oswald Spengler dan lain-lain lagi adalah antara contoh
masyarakat Barat mula mengenepikan panduan agama dalam mencorakkan tamadun mereka.


10.2 Dasar Tamadun Barat

1. Dasar atau prinsip yang menjadi asas tamadun barat adalah berkait dengan falsafah dan tradisi berfikir
masyarakat barat yang menghasilkan tamadun tersebut.
2. Prof. Muhammad Kamal Hassan telah menggariskan unsur-unsur tamadun Barat adalah seperti berikut:
a. Wujudnya pemisahan antara undang-undang dan akhlak, antara dunia dan akhirat
b. Tidak ada ukuran baik dan buruk yang mutlak. Semua nilai moral-agama adalah bersifat relatif
c. Kelakuan bermoral mestilah mengikut keadaan, tempat, dan masa
d. Hidup hanya sekali, justeru kemewahan dan kemegahan dunia perlu dicapai
e. Agama dianggap menghambat kemajuan
f. Agama adalah urusan peribadi yang berkaitan hanya dengan beberapa upacara ritual.

3. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, tamadun Barat mempunyai ciri-ciri:
a. Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan
b. Kecenderungan kebendaan
c. Aliran sekularisme
d. Perbalahan dan pertelingkahan
e. Rasa lebih tinggi daripada orang lain

4. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, sifat-sifat asasi tamadun Barat berasaskan kepada berikut:
a. Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat-adat terdahulu
b. Berasaskan kepada falsafah dan bukan agama
c. Bersifat humanisme manusia sebagai penentu nilai
d. Dualisme dalam kehidupan iaitu memisahkan antara rohani dan jasmani
e. Tiadanya konsep tauhid

5. Berdasarkan pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa tamadun barat berteraskan kepada falsafah
kemanusiaan yang mutlak. Justeru nilai yang wujud dalam tamadun barat adalah berdasarkan lingkungan
kehidupan berbentuk jasmani semata-mata dan menafikan peranan agama.
















CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

12

10.3 Perbezaan Asas Tamadun Islam dan Barat

Tamadun Islam Tamadun Barat
Sumber
Al-Quran dan al-Sunnah

Pemikiran akal
Kedudukan agama
Islam menjadi cara hidup dalam seluruh
kehidupan
Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut
agama

Agama dianggap sebahagian daripada
budaya
Konsep Kesepaduan dan Pengawalan
segala bentuk pembangunan kebendaan berkait
dengan kerohanian terikat dengan prinsip
akidah, syariah dan akhlak
Segala urusan dunia tiada kaitan dengan
agama.
Terikat dengan undang-undang tetapi
bentuk pengawalan tidak didasarkan
kepada iman
Konsep Kemajuan
- Dicapai dengan cara yg betul , mempunyai
matlamat yg jelas dan dibenarkan agama.
Misalnya: Islam menggalakkan kemajuan sains
dan teknologi selagi tidak mendatangkan
kemusnahan.

- Tiada matlamat yang jelas dan lebih
menjurus kepada kepentingan dunia dan
keuntungan semata-mata
- Mengamalkan konsep matlamat
menghalalkan cara
Penekanan Sudut Kemajuan
- Memberi penekanan kepada akhlak, rohani,
jasmani dan akliah (intelektual) secara
seimbang dan sepadu.
- Pembangunan kebendaan sebagai alat untuk
menyempurnakan tuntutan agama dan
kerohanian. Misalnya, berusaha memantapkan
ekonomi supaya dapat mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dsb.

- Tumpuan hanya kepada pembangunan
kebendaan . Ini menjadikan manusia
berlumba-lumba memenuhi tuntutan
keduniaan dan nafsu. Berlakulah krisis nilai
atau akhlak kemanusiaan.








Disediakan oleh:

Mohd Kamal B. Shah Rani
Pensyarah Kanan Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Umum
KPTMKL

Anda mungkin juga menyukai