Anda di halaman 1dari 7

Tamadun China

• Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China


• Dipercayai bermula kira-kira pada abad ke-6SM dan merupakan salah sebuah
tamadun tertua di dunia
• Bermula dengan pemerintahan Dinasti Shin pada tahun 221SM
• Menyamai tamadun tua yang lain seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun
India kerana pencapaiannya yang setanding dengan tamadun tersebut
• Pembinaan Tembok Besar China yang merupakan salah satu daripada tujuh
benda ajaib di dunia
• Berjaya memperluas empayarnya dengan menjalinkan hubungan atau
berinteraksi dengan tamadun lain seperti tamadun India, tamadun Melayu dan
tamadun Islam
Interaksi Positif Tamadun China-
Tamadun India
• Pada kurun ke-2, tamadun China telah berkembang dan berinteraksi
dengan tamadun India di rantau Asia Tenggara
• Mengikut rekod sejarah China, hubungan perniagaan dan perdagangan
antara China dengan India telah terbentuk lebih awal lagi iaitu
sekurangnya-kurangnya pada kurun ke-2 Sebelum Masihi
• Budaya orang Aryan telah menjadi aliran utama di India pada masa itu
• Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur kebudayaan India
sama ada berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak terus tersebar ke
China dan meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis dalam pelbagai
aspek kebudayaan China
Interaksi Positif Tamadun China-
Tamadun Melayu
• Interaksi Tamadun China dengan Alam Melayu telah bermula Sebelum Masihi
lagi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117SM)
• Catatan geografi menjelaskan pelayaran utusan Maharaja Wu Di (140-87SM)
ke India melalui Semenanjung Tanah Melayu
• Mereka juga melakukan perniagaan kaedah sistem barter dengan negeri-
negeri di Asia Tenggara dan Asia Selatan
• Pemerintahan zaman Dinasti Tang pula telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang
dengan dunia luar
• Salah satu dari jalan tersebut ialah jalan laut dari Guangzhou ke India, Parsi
dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya,
He-Ling (Jawa) dan sebagainya.
Interaksi Positif Tamadun China-
Tamadun Islam
• Berlakunya penyebaran agama Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina.
• Kewujudan masyarakat Islam yang berketurunan Cina yang dikenali sebagai Hui di
wilayah Xing Jiang-Uighur
• Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing
Jiang-Uighur, Ning Xia
• Islam telah sampai ke China pada tahun 652M.
• Orang pertama yang tiba di sana ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn al-
Affan.
• Memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan
• Terdapat perkahwinan campur yang berlaku antara pedagang-pedagang Islam
dengan wanita-wanita tempatan
Interaksi Positif Tamadun China-
Tamadun Malaysia
• Hubungan kedua-dua tamadun ini mencapai puncak hubungan diplomatik
yang halus dan teratur, hubungan politik, hubungan perdagagan dan
hubungan kebudayaan yang baik
• Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Raja Parameswara
menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke Alam Melayu
pada tahun 1403M
• Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu
tercatat dalam Sejarah Dinasti China iaitu catatan Ming Shi
• Hubungan yang erat dapat dilihat antara Malaysia dengan China di mana
pada tahun 1974 mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak
Hussein telah berkunjung ke Beijing bagi memastikan keamanan domestik
dan masalah diplomatik dapat diselesaikan melalui hubungan yang normal
Interaksi Positif Tamadun China-
Tamadun Dunia
1. Korea
• Pada zaman Dinasti Shang, orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu entiti
kawasannya tersendiri
• Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk mengelakkan peperangan dan
seksaan politik
• Dipercayai pada kurun ke-2 Sebelum Masihi , seorang pelarian Cina bernama Wiman
telah memerintah sebuah wilayah Korea iaitu Chosan
• Pada tahun 1085SM, empayar Han berjaya diperluas ke kawasan orang Korea termasuk
kawasan yang diperintah oleh Wiman
• Semasa pemerintahan Han, amalan kebudayaan orang Cina telah diterapkan dalam
kalangan masyarakat Korea
• Proses perkembangan kebudayaan Cina mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul
sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa pemerintahan Dinasti Li
• Pada kurun ke-15, pemerintah Dinasti Li Korea telah mencipta sistem tulisan Korea
berpandukan grafik tulisan Cina
2. Vietnam
• Vietnam merupakan negara Asia Tenggara yang paling kuat dipengaruhi oleh
kebudayaan tamadun China.
• Vietnam merupakan negara yang terdekat dengan China dan pernah menjadi
sebahagian daripada empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939M)
• Bahasa, pemikiran, adat resam dan nilai-nilai kehidupan penduduk Vietnam
banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Cina
• Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran, pendidikan,
kesusasteraan dan sebagainya sebelum Vietnam ditakluk oleh kuasa Perancis
• Klasik Konfusianisme yang diasaskan oleh ahli falsafah Cina merupakan
pegangan dan pedoman hidup masyarakat Vietnam
• Ajaran Konfusius juga dijadikan panduan bagi golongan pemerintah dalam
pengetahuan politik, ekonomi dan perancangan pendidikan

Anda mungkin juga menyukai