Anda di halaman 1dari 3

Matlamat Pendidikan Sejarah Tahun 5

Melahirkan pelajar yang dapat mengenal pasti usaha dan sumbangan


para pemimpin negara dalam melahirkan perasaan bangga dan hormat.
Contohnya, melalui peristiwa menuntut kemerdekaan negara yang
dipelajari, para pelajar dapat mengetahui nama dan perjuangan tokoh
yang berjasa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun
Sambanthan. Mereka akan sedar bahawa betapa pentingnya perpaduan
antara kaum dalam menuntut kemerdekaan negara melalui peristiwa
tersebut. Oleh itu, mereka akan menghargai jasa dan sumbangan para
pemimpin negara dengan menghormati dan menyanjungi tinggi mereka.
Mereka akan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan
negara dengan menghormati budaya dan adat kaum lain. Dengan ini,
perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan.
Matlamat Pendidikan Sejarah Tahun 5
Membolehkan murid memahami konteks mempertahankan
kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri.
Misalnya, melalui tajuk ‘Identiti Negara Kita’ dalam sejarah Tahun 5,
para pelajar dapat mengenali lambang-lambang kenegaraan seperti
Jata Negara, bendera kebangsaan, lagu kebangsaan, bahasa
kebangsaan dan bunga kebangsaan yang dapat memupuk semangat
patriotisme dalam diri pelajar. Mereka dapat mengukuhkan
pemahaman dan menghayati serta menghormati lambang
kenegaraan bagi mempertahankan kedaulatan negara. Pemahaman
dan penghayatan tersebut amat penting untuk membentuk jati diri dan
rasa bangga pelajar terhadap negara.
Rumusan

Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan


terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang mendorong
manusia untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pedoman hidup dan
pengajaran terkandung di sebalik setiap lembaran teks sejarah. Sejarah juga
menerapkan unsur patriotisme dan perpaduan yang penting untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara. Oleh itu, semua pihak haruslah saling
berganding bahu dalam usaha mencapai matlamat pendidikan sejarah agar dapat
melahirkan insan yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.

Anda mungkin juga menyukai