Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan implikasi Teori Chomsky terhadap pembelajaran dan pengajaran guru.

Antara implikasi Toeri Chomsky terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu


guru perlu merancang pembelajaran mengikut kadar kendiri murid di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran bahasa berdasarkan
minat, kebolehan dan tahap kognitif. Hal ini demikian kerana menurut teori ini,
kanak-kanak akan melalui empat peringkat perkembangan dalam pemikiran. Oleh
hal yang demikian, guru perlulah menyampaikan pengajaran mengikut peringkat-
peringkat yang betul agar pelajar dapat memproses maklumat yang setaraf dengan
tahap pemikirannya. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin menerangkan kepada
murid cara membina ayat majmuk, guru perlulah mendedahkan kepada murid asas
dalam pembinaan ayat dan cara membentuk ayat tunggal terlebih dahulu sebelum
beralih kepada ayat majmuk.

Implikasi yang seterusnya ialah guru haruslah membantu pelajar mempelajari


dan menguasai lebih banyak bahasa bagi membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak. Hal ini boleh dilakukan dengan menyebut perkataan-perkataan dalam
pelbagai bahasa agar mereka mengingati perkataan-perkataan yang selalu mereka
dengar. Bukan itu sahaja, guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk
berbahasa. Misalnya, guru boleh menggunakan strategi bercerita semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Ketika bercerita, guru boleh menyoal kembali cerita
yang telah disampaikan tadi. Pelajar akan cuba memberitahu kembali perkataan
yang mereka dengar dari cerita tersebut. Dalam konteks ini, guru harus bijak
mengesan kesalahan mereka dalam berbahasa dan seterusnya membetulkan
pemahaman mereka tentang perkataan-perkataan yang mereka gunakan.

Anda mungkin juga menyukai