Anda di halaman 1dari 3

Ulaskan bagaimana TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET DAPAT MEMBERI

PENGAJARAN KEPADA GURU.

Teori perkembangan Jean Piaget adalah kajian di mana beliau mengkaji tentang perkembangan
kognitif. Beliau mengkaji perkembangan kefahaman kanak-kanak melalui pemerhatian,
pendengaran percakapan dan berkomunikasi semasa kanak-kanak sedang membuat latihan.
Dalam perkembangan kognitif ini mempunyai empat tahap perkembangan yang akan dilalui
oleh kanak-kanak iaitu, sensorimotor (deria motor), pre-operational (pra-operasi), concrete
operational (operasi konkrit) dan formal operation (operasi formal).

Melalui pemahaman saya dalam artikel ‘PENERAPAN ELEMEN PERKEMBANGAN


KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN SOSIO-EMOSI DALAM PERMAINAN DALAM MENCAPAI OBJEKTIF
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN’ oleh Irwan Mahazir Ismail (2019)
pengajaran yang diperolehi dalam teori perkembangan kognitif ialah ia memberikan kita
kesedaran bahawa teori perkembangan perlu diterapkan di dalam diri pendidik agar, pendidik
dapat memahami perkembangan kanak-kanak dari segi pemikiran & tingkah laku anak-anak,
dan berusaha memahami perkembangan kognitif mereka. Jean piaget telah memberi
sumbangan dari segi kajian tentang teori perkembangan kognitif kepada guru agar kita dapat
mengadaptasikan pemikiran kita dengan memasukan idea baru bagi menambahkan lagi
kefahaman tentang sesuatu perkara.

Selain itu, ilmu teori perkembangan ini juga memberi pengajaran terhadap kita sebagai
guru untuk mencuba memahami mengapa individu atau murid bertingkahlaku sedemikian,
membantu murid untuk lebih memahami murid dan membaiki diri mereka agar matlamat dan
cita-cita tercapai di dalam kehidupan mereka. Tambahan lagi, teori ini menyedarkan guru-guru
untuk mengetahui bahawa kanak-kanak memerlukan interaksi sosial yang aktif agar proses
pembelajaran mereka lebih cepat dan berkesan Rahul (2011). Melalui teori ini ia dapat
mengeratkan hubungn antara guru dan murid-murid memandangkan guru akan lebih
memahami sifat-sifat dan perkembangan anak murid.
Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget telah memberi banyak manfaat
dan menjadi salah satu garis panduan dalam bidang psikologi dan pendidikan di Malaysia.
Berasaskan teori perkembangan ini, ia membolehkan guru untuk memilih dan menggunakan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar
sendiri. Oleh itu, guru perlu menerapkan dan mengaplikasikan teori ini di dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan bagi membolehkan mereka memperolehi kemahiran dalam peringkat yang
lebih tinggi.
BIBLIOGRAFI

Fanera Jeffery.Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.2013.Ipoh, Perak.

https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget

Irwan Mahazir Ismail , Siti Khadijah Anis, Tamil Selvan Subramaniam, Mohd Hasril Amiruddin &
Mohd Erfy Ismail. PENERAPAN ELEMEN PERKEMBANGAN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN SOSIO-
EMOSI DALAM PERMAINAN DALAM MENCAPAI OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN. 2019. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, Malaysia.

file:///C:/Users/user/Downloads/4803-Article%20Text-18462-1-10-20190821.pdf

Prof.Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof.Madya Dr. Ramlah Hamzah dan Dr.Rosini
Abu.(2009).HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia (OUM).

Sejarah Nusantara. Blog. PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK KANAK ( PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK).2018.

https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html

Anda mungkin juga menyukai