Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana pengetahuan tentang teori perkembangan sosioemosi erikson dapat

menjadikan anda seorang guru yang baik di dalam bilik darjah. Refleksi anda harus
disokong dgn artikle yg sesuai.

Dalam artikel ‘Socioemotional Development’ oleh Ross A. Thomson teori perkembangan


sosioemosi Erik Erikson (1902-1994) beliau mengelarkan teori ini kerana ia menggabungkan 3
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Selain
itu, beliau juga menyatakan seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap perkembangan
sepanjang hayatnya yang penuh dengan krisis. Sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu
sosial dan emosi. Menurut kamus pelajar edisi kelima Joyce M.Hawkins (2011), sosial adalah
segala berkaitan dengan kemasyarakatan atau perkumpulan. Manakala emosi adalah perasaan
naluri yang sangat kuat yang berbeza dengan akal fikiran, seperti marah, sedih, gembira dan
takut.

Merujuk artikel ini juga melalui teori perkembangan ini ia membantu guru untuk
memahami tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya
meramalkan tingkah laku gentian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.
Dr.Wan Zah Wan Ali (2009). Teori ini juga dapat meramalkan tingkah laku yang digemari
pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Justeru, dapat
membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal
tingkah laku pelajar dan di dalam memotivasikan pelajar supaya rajin belajar.

Selain itu, Muhammad Al Afzan (2018) menyatakan teori ini membantu guru untuk
merancang pengalaman pembelajaran. Hal ini kerana, teori ini adalah satu garis panduan bagi
guru untuk merancang pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan
pelajar. Dengan ini, ia mampu menangani implikasi perbezaan individu di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Seterusnya, memahami personaliti dan konsep
kendiri pelajar. Dengan ini, ia membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang
positif.
Kesimpulannya, dalam artikel ini setiap teori yang dipelajari mempunyai kelebihannya
tersendiri di dalam menerangkan perkembangan manusia. Dengan pengetahuan teori-teori ini
juga memberi banyak manfaat kepada ibu bapa, guru-guru dan golongan professional untuk
membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Teori ini
penting kepada semua pendidik di seluruh Negara, selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Bibliography

Azizi Yahya dan Zainuddin Abu Bakar.(2010). Teori-Teori Perkembangan Bab 2.

‘https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan ’

Joyce M. Hawkins.(2011). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi ke-5. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
ISBN 978 983 47020 3 8.

Kementerian Pendidikan Malaysia.KPM(1988). Hak Cipta Terpelihara Tarikh Kemaskini Oktober


2020.

‘ https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan ’

Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018). Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak Kepada Guru.

‘https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/01/kepentingan-menguasai-teori.html’

Prof.Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof.Madya Dr. Ramlah Hamzah dan Dr.Rosini
Abu.(2009).HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia (OUM).

Ross A. Thompson. Socioemotional Development. (2012).University of California.

‘https://www.researchgate.net/publication/323814087_Socioemotional_Development’

Anda mungkin juga menyukai