Anda di halaman 1dari 1

Cadangan terbaik untuk memartabatkan profesion perguruan ialah kpm haruslah memantapkan lagi

latihan perguruan untuk menghasilkan guru yang berkualiti. Latihan ini akan melahirkan guru-guru
yang berdisiplin, berketerampilan, dan bijak dalam menyampaikan ilmu. Guru-guru juga akan mudah
mengawal emosi mereka apabila mengajar. Sebagai seorang guru, guru seharusnya menjadi teladan
dan contoh kepada anak-anak murid mereka. Dengan itu, pengajaran akan berjalan dengan lancar
dan guru-guru akan mampu mengatasi segala cabaran dalam menjadi seorang pendidik. Seterusnya,
KPM juga sewajarnya menambahbaik kerjaya guru dari semasa ke semasa dengan menyediakan
peluang kenaikan pangkat. Hal ini juga akan mendorong kepada para guru untuk lebih berusaha
menjadi seorangg guru yang berkualiti.

Selain itu, guru-guru haruslah kreatif dan inovatif untuk menjadi seorang pendidik generasi muda di
Malaysia. Bukan itu sahaja guru-guru juga haruslah berpengetahuan luas. Hal ini akan menyebabkan
penyampaian ilmu terhadap anak-anak murid akan lebih menarik, efektif dan juga menyeronokkan.
Guru-guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat murid-murid untuk belajar.
Apabila seorg guru mempunyai kemahiran dalam menyampaikankan ilmu,murid-murid akan lebih
bersemangat untuk belajar. Murid-murid dalam kalangan soft learning juga akan mudah untuk
memahami apa yang disampaikan oleh guru2. Dengan itu, generasi muda lambat laun akan
menyimpan hasrat dalam diri untuk menjadi seorg yg berjaya.

Kesimpulannya, profesion guru akan dipandang tinggi disisi masyarakat Malaysia. Hal ini juga akan
melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang dan sekaligus dapat memajukan negara di persada
dunia.

Anda mungkin juga menyukai