Anda di halaman 1dari 8

KEPELBAGAIAN PELAJAR

http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

1.0 Pengenalan
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar
seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek
aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami
perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.[wp-like-locker]
Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan
diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa
dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa
mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang
telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan
akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-
pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang
dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu
mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah
guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai
kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan
hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada
budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya
pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran
yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk
memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan
strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya
pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas.
1.1 Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru:
Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi
serta menyuap pelajar dengan ilmu. Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya
pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus
diketahui serta difahami iaitu:
1. Pelajar visual: (belajar dengan melihat)
1. Huruf atau perkataan
2. Benda, gambar atau gambar rajah
3. Demostrasi, tindakan atau lakonan
b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)
1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
3. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu):
1. Menulis atau melukis sesuatu
2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana
pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan
beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya adalah,
pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978)
mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan
diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:
1) Alam sekitar
(cerah -kelab; bunyi seperti muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk)
2) Emosi
( berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi)
3) Sosiologi
( Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan)
4) Fizikal
(auditori; visual;
tekstual mobiliti tinggi kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif reflektif; global -analitik).
2.0 Analisis artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction by Carol Ann Tomlinson
Artikel yang dipilih ini bertajuk Mapping a Route toward Differentiated Instruction. Artikel ini ditulis oleh
Carol Ann Tomlinson dan dihasilkan pada tahun 1999. Beliau merupakan seorang Professor dari Universiti Virginia,
Charlottsville dan beliau juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di universiti tersebut.
Artikel dalam kajian ini menekankan tentang kepentingan mengaplikasikan kepelbagaian kurikulum
(differentiated curriculum) dan kepelbagaian cara atau arahan (differentiated instruction) dalam sesi pengajaran dan
pengajaran supaya hasil pembelajaran dapat diperolehi dan prestasi pembelajaran dapat dipertingkatkan.
Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P;) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses P&P; mencapai objektif pembelajaran
dengan memberikan tiga situasi pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama.
Beliau menerangkan satu persatu cara P&P; yang diambil oleh tiga guru tersebut dan kemudiannya, membuat
perbandingan antara satu sama lain.
Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara pendekatan pembelajaran yang
dilakukan oleh tiga guru yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat
dengan jelas perbezaan cara P&P; yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan
dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya perlu ditekankan dalam
supaya proses P&P; mencapai objektifnya.
Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan proses P&P; beliau dengan
mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan
diarahkan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal
semasa peperiksaan. Daripada senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama ini lebih menekankan
tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep
kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau. Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa adanya konsep kepelbagaian samada
kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tidak
akan tercapai.
Dalam senario kelas kedua, iaitu dalam kelas Mrs Baker, beliau mengajak pelajar untuk terlibat dalam
perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran
tersendiri dalam sesi P&P.; Beliau juga membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup
orang-orang Rom terdahulu dengan membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang perundangan
dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi P&P.; Di
sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs Baker menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan
daripada Mr Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik beratkan dalam bilik darjah beliau.
Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain arahan dalam sesi pembelajaran tetapi apa
yang kita boleh lihat disini ialah, beliau lebih menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada
pelajar dan bukan kepada penekanan konsep curriculum differentiated dan differentiated instruction. Oleh itu, guru
ini juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal mengaplikasikan konsep kepelbagaian.
Manakala, guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian pelajar dalam sesi P&P;
beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang
mempunyai tahap intelek yang berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau
menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk memberikan respon dan
pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan, daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda
pelajar supaya proses P&P; lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan membuat perkaitan
sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajar-pelajar tersebut termasuklah dengan
kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau memberikan
penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran
seperti ini, proses P&P; akan mencapai objektif pembelajarnnya.
Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya akan tercapai
sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar diberikan penekanan dalam proses pembelajaran.
Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses
P&P; berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza.
Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat tersebut dan berusaha untuk mempel
bagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.
Kesimpulannya, kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai
kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan penyelesaiannya dengan
menggunakan kepelbagaian cara pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini supaya, pelajar
terlibat secara aktif dalam proses P&P; dan tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan.
3.0 Corak dan Gaya Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam artikel yang ditulis oleh Carol Ann Tomlinson, terdapat beberapa corak dan gaya Pengajaran &
Pembelajaran (P&P;) yang berlainan digunakan dalam tiga konteks dalam bilik darjah yang berbeza. Dalam bab ini,
analisis melihat secara terperinci tentang corak-corak dan juga gaya-gaya P&P; yang dijalankan oleh tiga orang guru
yang berbeza ditonjolkan dalam artikel yang dipilih serta melihat pro dan kontra setiap corak dan gaya yang
digunakan dalam kurikulum atau rangka pengajaran yang disediakan mengikut setiap guru-guru di dalam artikal
ini. Situasi atau senario yang diberi dalam artikel ini adalah berkaitan dengan corak dan gaya pengajaran tiga orang
guru iaitu; Mr Appleton, Mrs Baker dan Ms Cassell
3.1 Dari Konteks Mr Appleton
Pertama sekali, analisis akan dijalankan kepada kelas Mr Appleton. Mr Appleton yang merupakan guru
yang mengajar mata pelajaran sejarah dan dalam kes ini, Mr Appleton sedang mengajar tentang sejarah Roma.
Dalam pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa Mr Appleton menggunakan kaedah P&P; yang berpusatkan
kepada guru atau pun lebih dikenali sebagai teacher-oriented. Ini bermakna Mr Appleton merupakan guru yang
akan menyediakan semua data-data yang akan disampaikan kepada para pelajar menggunakan alat bantu mengajar
seperti powerpoint presentation. Dalam senario yang diberi, didapati bahawa Mr Appleton mencadangkan kepada
para pelajar untuk mencatat nota sementara dia memberi penerangan dan mengarahkan mereka menjawab soalan
di akhir bab yang diajar. Mr Appleton juga turut memberikan kuiz berdasarkan teks dan nota mereka serta
menyediakan senarai tentang apa yang perlu para pelajar baca untuk kuiz tersebut.
Daripada corak dan gaya P&P; Mr Appleton yang diterangkan di atas, ianya jelas bahawa pembelajaran yang
diterima oleh para pelajar, kurang berkesan. Analisis menunjukkan bahawa, sepanjang proses P&P; berjalan dalam
bilik darjah Mr Appleton, para pelajar tidak dilibatkan sama sekali. Dalam erti kata lain, Mr Appleton tidak memberi
peluang para pelajar untuk menyuarakan pendapat, mengutarakan soalan dan sebagainya. Semua fakta-fakta dalam
topik tersebut memang disampaikan dalam kelas tapi pembelajaran yang bermakna tidak wujud. Para pelajar cuma
duduk diam dan melihat ke hadapan serta menyalin nota namun sebarang perbincangan atau soalan yang menjana
pemikiran tidak berlaku dalam proses P&P; yang dijalankan oleh Mr Appleton. Corak dan gaya P&P; Mr Appleton
juga tidak menitik beratkan tentang kepelbagaian pelajar yang mungkin wujud di dalam bilik darjah seakan-akan
semua individu di dalam kelas tersebut adalah sama. Ada kebaikan tentang cara Mr Appleton dalam memberikan tip
atau garis panduan untuk membuat persiapan menjawab soalan kuiz pada masa akan datang. Namun begitu, secara
keseluruhan, para pelajar tidak mendapat ilmu itu sepenuhnya dan mereka hanya akan membaca untuk menjawab
soalan dan bukan untuk pemahaman mereka.
3.2 Dari Konteks Mrs Baker
Situasi atau senario kedua akan melihat kepada bilik darjah Mrs Baker. Mrs Baker ialah seorang lagi guru
yang mempunyai corak dan gaya P&P; yang berbeza. Mrs Baker juga ialah seorang guru sejarah yang turut
mengajar topik sejarah Roma seperti Mr Appleton. Namun begitu, kedua-dua mereka mempunyai pendekatan yang
berbeza dalam menyampaikan ilmu dalam kelas mereka. Mrs Baker menyediakan para pelajarnya dengan pelan
perancangan grafik yang akan membantu dalam proses pembelajaran mereka. Pelan perancangan grafik ini adalah
untuk para pelajar mengisikan pelan tersebut semasa membaca teks mereka untuk memastikan mereka dapat
merekodkan semua isi-isi penting dalam topik yang sedang mereka pelajari. Mrs Baker mennyampaikan gambar-
gambar tentang sejarah Roma dan menerangkan para pelajar tentang kepentingan Roma dalam membentuk
peradaban bahasa, seni dan undang-undang mereka. Sebagai susulan daripada P&P; yang disampaikan, Mrs Baker
mencadangkan agar mereka berpakaian Togas dan membawa makanan Roma, menonton filem yang berunsurkan
empayar Roma, bercerita tentang hiburan orang-orang Roma dan sebagainya. Untuk projek pula, Mrs Bakers
menyediakan 10 topik seperti baju atau fesyen orang Roma, simbol, menulis puisi tentang Roma serta topik yang
dicadangkan oleh para pelajar dan sebagainya.
Mrs Baker ialah seorang pendidik yang mahukan pembelajaran menjadi sesuatu yang seronok dan
menghiburkan. Dalam konteks ini, tidak salah jika seorang guru itu ingin menjadikan proses P&P; itu sesuatu yang
bersifat mesra dan berpusatkan pada pelajar, masalah utama yang wujud ialah proses P&P; kurang berkesan dari
segi fakta atau input utama yang ingin disampaikan. Mrs Baker menyampaikan maklumat yang ada namun bukan ke
tahap yang diharapkan. Proses pengajara
n haruslah menekan kepada fakta dan bukannya kepada kreativiti para pelajar dalam membuat poster, memakai
pakaian toga dan merasa makanan orang Roma zaman dahulu. Sebagai pengetahuan sampingan mungkin ini
adalah relevan, namun isi utama topik itu tidak disampaikan secara baik kepada pelajar. Kemahiran kreativiti dan
cakupan topik sepatutnya diseimbangkan dalam bilik darjah untuk menghasilkan pembelajaran bermakna.
3.3 Dari Konteks Ms Cassell
Ms Cassell merupakan seorang lagi guru yang dianalisis dalam artikel yang dipilih. Corak dan gaya
penyampaiannya begitu berbeza sekali daripada Mr Appleton dan Mrs Baker. Ms Cassel adalah seorang guru yang
mementingkan fakta-fakta dalam pengajarannya dalam bilik darjah. Oleh itu, Ms Cassell menyediakan set konsep-
konsep utama dalam topik-topik yang ingin diajar olehnya kepada para pelajarnya. Set konsep-konsep ini mudah dan
membantu para pelajar dalam merancang, mengatur dan menyimpan fakta dalam apa yang telah mereka pelajari.
Dalam setiap topik-topik yang diajar, Ms Cassell telah menyenaraikan perkara-perkara yang perlu disampaikan
kepada para pelajarnya dan juga kemahiran-kemahiran yang perlu dijana oleh dirinya dan juga para pelajar
sepanjang proses P&P; untuk membantu dirinya dan juga para pelajarnya membuat persiapan. Mr Cassell juga telah
menyediakan set-set soalan yang akan membantu para pelajarnya dalam berfikiran kritikal untuk proses memahami
apa yang disampaikan dalam kelas. Ms Cassell akan mengubahsuai set-set konsep dan fakta serta apa yang ingin
disampaikan dalam kelas mengikut kepelbagaian para pelajarnya selaras dengan masa. Perancangan rangka
pengajaran yang telah dibuat oleh Ms Cassell mempersiapkan para pelajar untuk memahami konsep-konsep penting
dalam sejarah Roma. Mereka digalakkan mencari sendiri konsep-konsep tersebut untuk membantu mereka
menghafal dan memahami dengan lebih berkesan. Tarikh dan konsep fakta mengikut kronologi amat penting dalam
mata pelajaran sejarah dan ini merupakan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam corak dan gaya P&P; Ms
Cassell.
Analisis mendapati bahawa corak dan gaya P&P; Ms Cassell adalah yang paling berkesan sekali berbanding
Mr Appleton dan Mrs Baker. Penegasan terhadap pembelajaran bermakna ditonjolkan dalam rangka pengajaran Ms
Cassell. Sejarah merupakan subjek yang amat mementingkan fakta dan pelajar ditekankan untuk memahami konsep
serta penghafalan isi-isi penting. Ms Cassell telah menyenaraikan kesemua konsep-konsep penting dalam topik-topik
yang perlu disampaikan kepada para pelajar. Namun begitu, Ms Cassell tidak memberikan konsep-konsep itu
kepada pelajar secara bulat-bulat. Ms Cassell mengarahkan mereka untuk mencari konsep-konsep tersebut sendiri
untuk membantu mereka menghafal dan pada masa yang sama memahami isi penting dalam konsep-konsep
tersebut. Rangka pengajaran P&P; Ms Cassell juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa
Ms Cassell sentiasa berinovasi dan merancang selaras dengan kepelbagaian pelajar di dalam kelasnya. Selain
daripada itu, Ms Cassell juga akan bertanya soalan yang menjana pemikiran kreatif, contohnya seperti Bagaimana
perbezaan hidup dan budaya anda sekiranya anda tinggal di tempat dan zaman lain? dan soalan seperti ini, akan
membuka ruang untuk para pelajar mengaplikasi dan berpeluang untuk menjana kreativiti sendiri.
4.0 Perbezaan Strategi Pengajaran &Pembelajaran;
Terdahulu telah dinyatakan bahawa setiap guru mempunyai kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran tersendiri. Masing-masing berusaha untuk menghubungkan pengetahuan kepada pelajar, berusaha
untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Berdasarkan artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction, Carol telah memberikan beberapa cara
berbeza yang telah diguna pakai oleh tiga orang guru bagi subjek yang sama iaitu subjek Sejarah- Empayar Rom.
4.1 Bilik Darjah Pertama Mr. Appleton
Mr. Appleton lebih berorientasikan kepada kaedah deduktif. Hal ini kerana beliau lebih gemar memberi
penerangan dan memberikan idea-idea dankonsep yang perlu diketahui oleh pelajar bagi menguasai subjek ini.
Kaedah deduktif yang digunakan oleh Mr. Appleton akan memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar
pada awal pengajaran. Para pelajar akan dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan.
Selain daripada itu juga, jelas dapat diperhatikan Mr.Appleton lebih berorientasikan kepada mengingat fakta dan
menghadapi peperiksaan bukan untuk menjadikan P&P; lebih bermakna dan diingati. Dalam aspek ini faktor
kefahaman pelajar adalah tidak penting melainkan fokus kepada peperiksaan semata-mata dan mengingat fakta.
Pengajaran Mr. Appleton juga jelas berorientasikan kelas dan secara menyeluruh. Hal ini jelas dinyatakan oleh
Carol bahawa sepanjang masa Mr. Appleton lebih banyak berhujah, menerang dan bercakap dari membiarkan
pelajar-pelajar bercakap dan mengutarakan pendapat sendiri. Dalam kaedah ini, Mr. Appleton lebih banyak
menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada kelas,isi pelajaran,masa dan latihan yang sama.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi adalah ketara sewaktu Mr. Appleton mengendalikan kelas. Antaranya ialah:

i) Pelajar-pelajar akan membaca buku teks dan mencatat nota
ii) Menjawab soalan yang telah disediakan pada akhir bab dalam buku teks
iii) Menjawab soalan bersama-sama pada keesokan harinya
iv) Mencatit nota yang telah diberikan dan menjawab kuiz
v) Memberikan senarai semak peperiksaan sebelum peperiksaan berlansung
Hal ini membataskan interaksi serta potensi pelajar-pelajar didalam kelas dan dilihat bersifat komunikasi sehala
iaitu berpusatkan guru. Setiap aktiviti dan soal jawab diadakan secara kelas atau menyeluruh menyebabkan aktiviti
pengayaan dan pemulihan sukar dijalankan. Malahan penggunaan ABM juga adalah minimum dan interaksi antara
pelajar dan bahan juga minimum.












4.2 Bilik Darjah Kedua Mrs Baker
Bagi kelas Mrs Baker, suasana pembelajaran adalah lebih selesa dan wujud komunikasi dua hala antara
pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Hal ini dapat diperhatikan apabila beliau banyak menyusun aktiviti
yang membantu para pelajar memahami serta memperkembangkan potensi masing-masing. Mrs. Baker menerapkan
4 teknik atau kaedah pengajaran didalam kelasnya iaitu:
Kaedah/ Teknik Aktiviti
a) Koperatif dan Kolaboratif
- membuat catatan dalam organizer, berpakaian seperti
zaman Rom, bawa makanan,
b) Tugasan/Projek
- Menyediakan 10 jenis projek iaitu mencipta poster,
menyenaraikan kepentingan dewa dewi serta
kepentingannya, mencipta brochure, menulis puisi,
rekaan pakaian,binaan model bangunan,memakaikan
anak patung dengan pakaian Rom, dan melakar peta
empayar jajahan Rom.
c) Simulasi
- Membawa minda pelajar ke zaman berkenaan
- Membawa tradisi dan kebudayaan Rom dalam kelas
d) Perbincangan
- Pelajar mengemukakan pendapat
- Pelajar memberi topik tambahan berkenaan tugasan
Berdasarkan kaedah dan teknik pendekatan dari Mrs. Baker lebih berorientasikan kepada pemusatan
pelajar. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Pelajar diperuntukkan masa yang
banyak untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru selaku fasilitator. Corak
komunikasi juga lebih aktif kerana guru mengamalkan kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta
melontarkan pendapat. Namun begitu aktiviti penerapan P&P; tidak mempunyai matlamat yang jelas malahan
kesuluruhan aktiviti telah ditetapkan dan tidak menjana pemikiran kritis dan kreatif para pelajar. Selain itu juga,
didapati beliau turut mengandaikan bahawa pelajar-pelajarnya adalah sama dari aspek kefahaman dan minat.
Pembelajaran yang diutarakan juga hanyalah sekadar aktiviti dan tidak menggalakkan pelajar berfikir secara logik
berdasarkan realiti kehidupan sebenar.
4.3 Bilik Darjah Ketiga Ms. Cassell
Bilik darjah Ms. Cassell dilihat lebih berkesan dan meninggalkan impak yang mendalam kepada pelajar.
Beliau lebih menekankan kepada pembelajaran yang bermakna disamping aktiviti yang boleh memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh. Beliau bertindak sebagai perancang yang menggerak dan menghidupkan
suasana dalam bilik darjah bagi tujuan P&P.; Selain itu beliau turut bertindak sebagai pengurus yang bijak
mengendali sumber yang ada dalam bilik darjah dan menepati kurikulum yang sedia ada. Disamping itu juga beliau
bertindak sebagai pengelola yang mengelola aktiviti, sumber dan penilaian secara analitikal serta memahami
kepelbagaian yang wujud dalam kelasnya. Beliau bijak mengawal situasi serta menjadikan P&P; sesuatu yang
bermakna.
Selain itu juga,Ms. Cassell telah menerapkan tiga teknik dalam aktiviti P&P; bagi subjek Sejarah iaitu:
a) Eklektik
- Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif yang lebih
seimbang, sesuai dan berkesan.
b) Penyebatian/Infusion
- mengintegrasikan beberapa kemahiran iaitu menganalisis, mentafsir,
menaakul dan memahami seterusnya mencapai objektif
c) Pembelajaran Masteri
- memastikan pelajar-pelajar menguasai topik dan percaya dengan
kebolehan setiap pelajar.
Secara keseluruhannya Ms. Cassell memusatkan proses P&P; lebih kepada pelajar dan tidak hanya
kepada guru. Beliau membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam setiap aktiviti yang telah
disediakan. Selain itu juga, beliau turut berusaha memenuhi keperluan yang mempunyai pelbagai kebolehan yang
mampu mempertingkatkan tahap pencapaian mereka. Ms. Cassell telah meluangkan masa beliau dengan
memahami dan berusaha menghubungkan pelajar-pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukannya mengisi
tempayan yang kosong.
5.0 Aplikasi dan kesesuaian dalam kontek Malaysia
Mapping a Route Toward Differentiated Intruction oleh Carol Ann Tomlinson menekankan tentang
kepentingan mengetahui apa yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran
tersebut. Beliau memberikan 3 situasi di mana situasi yang pertama iaitu kelas Mr. Appleton merupakan situasi yang
biasa dilihat di sekolah di Malaysia.
Mr. Appleton menekankan tentang mengingati fakta iaitu fact-based curriculum di mana beliau hanya
menekankan tentang fakta, bukan kata kunci, konsep atau perkara lain yang membolehkan pelajar berfikir di luar
kotak. Murid sekadar mengingati fakta untuk menghadapi peperiksaan kelak tetapi dalam masa yang sama, murid
sebenarnya tidak memahami dan mengetahui apa sebenarnya yang perlu mereka belajar. Lulus dalam peperiksaan
menjadi peransang untuk mereka belajar.
Situasi pembelajaran di Malaysia secara realiti sebenarnya sangat menitikberatkan jumlah A yang didapati
di dalam peperiksaan. Guru-guru di sekolah berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dan
menekankan aspek latihan (latihtubi) yang banyak supaya murid dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan.
Ibu bapa di rumah juga sanggup menghabiskan wang supaya anak mereka dihantar ke pusat-pusat tusyen swasta
supaya anak mereka akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan peringkat pusat.
Namun begitu, salah satu teras di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah
membangunkan modal insan. Ini bermakna, murid tidak lagi wajar diberikan semua maklumat oleh guru tanpa
mereka sendiri cari ataupun spoonfeed di dalam kelas. Murid perlu berusaha keras untuk mendapat pengetahuan
yang diperlukan tanpa mengharapkan kepada guru 100%. Guru pula bertindak sebagai pembimbing, pemberi
motivasi dan pengawas di dalam kelas iaitu kelas yang tidak lagi berorientasikan guru tetapi berorientasikan murid.
Ini akan dapat mewujudkan generasi yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020 kerana telah dilatih di dalam
sekolah lagi untuk berfikir di luar kotak (think out of the box) dan tidak takut untuk menghadapi cabaran atau
kegagalan. Mereka akan bangkit semula dan mencuba lagi sehingga berjaya.
Di sinilah pembelajaran secara aktif berlaku. Murid akan terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P;) iaitu mencapai syarat yang dikemukakan oleh penulis untuk pengajaran yang berkesan. Dua
syarat yang diperlukan ialah kefahaman murid dan penglibatan murid di
dalam aktiviti di dalam kelas. Penggunaan chalk and talk semata-mata tidak lagi sesuai diadakan di dalam kelas
kerana pencurahan fakta dan konsep semata-mata kepada murid akan hanya mengganggu proses pembelajaran.
Kaedah pengajaran berasaskan guru akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak begitu mengambil berat
akan apa yang diterangkan oleh guru, berbanding dengan pengajaran yang berasaskan oleh murid di mana murid
akan bergerak dan berfikir secara aktif di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah kelas juga memberi peranan terhadap jenis aktiviti yang akan
dilakukan di dalam kelas. Walaupun murid telahpun dibahagikan mengikut tahap intelektual mereka berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan sebelumnya tetapi masih juga ada perbezaan di antara murid-murid di
dalam kelas. Golongan pelajar yang terdiri daripada pelajar yang bijak, pelajar yang sederhana dan pelajar yang
lemah perlu diambil kira oleh guru sebelum merancang sesuatu aktiviti. Kepelbagaian kecerdasan (multiple
intelligence) sepertimana yang dikemukakan oleh Howard Gardner juga perlu diberi perhatian. Disinilah bermulanya
episod di mana guru perlu bijak mengaplikasi pengetahuan dan mengapdatasi apa jua yang boleh dimanipulasikan
supaya apa yang dirancang sepadan dengan kemahiran dan tahap murid. Guru tidak hanya menitikberatkan jenis
aktiviti yang diadakan tetapi juga perlu memikirkan persoalan adakah aktiviti tersebut memberikan manfaat kepada
murid.
Justeru, apa yang diperkatakan oleh penulis di akhir penulisan beliau iaitu Differentiation is not much the
stuff as the how. If the stuff is ill conceived, the how is doomed perlu diambil kira. Seperti yang ditekankan tadi,
di dalam kelas terdapat pelbagai jenis murid yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Guru perlu menganggap
murid sebagai perseorangan (individual) yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kepelbagaian kaedah
pengajaran dapat juga menarik minat murid untuk belajar dan mengelakkan mereka berasa bosan di dalam kelas
dan seterusnya menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru perlu bijak
mengkategorikan murid berdasarkan kebolehan mereka dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
mereka. Perjalanan bagi aktiviti terbabit juga perlulah dirancang dengan teliti kerana kegagalan murid untuk
memahami objektif pembelajaran akan memberi kesan kepada kelancaran di dalam kelas. Guru perlulah sentiasa
memastikan murid mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan dan dipelajari.
Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam kelas di
Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan murid lebih memahami isi
kandungan yang dipelajari. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah
hendaklah berani menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai
dengan tahap dan kebolehan mereka.
6.0 Penutup
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu
guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik
kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian
pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik
kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia
dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-
mata.
Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar
terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam
sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa,
agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah
laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Malaysia
Mel Silberman (1996) Active Learning: 101 Strategies to Teach Any Subject. United States of America : Pearson
Education Inc.
Bryan Coombs (1995) Successful Teaching. Oxford: Heinmann Publisher (Oxford) Ltd.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. & Distributors Sdn. Bhd.
Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd
Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia, pada Disember 17, 2009
Diambil dari http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu, pada Disember 17,2009
Diambil dari http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf, pada Disember 17,2009

Anda mungkin juga menyukai