Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Tugas guru sebagai pendidikan bukan sahaja sekadar menyampaikan maklumat
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid- murid tetapi guru juga
berperanan membentuk dan membangunkan murid secara menyeluruh yang
merangkumi lima aspek utama iaitu rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek. Guru
perlu mempelajari ilmu psikologi pendidikan untuk memahami tingkah laku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Seterusnya meramal
tingkah laku yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut. Dengan
memahami tingkah laku murid, Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan
betul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran
yang digunakan.
Manusia sentiasa mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses
ini berlaku dari masa ke semasa bermula dari kandungan lagi hingga ke akhir hayat kita.
Dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan manusia, pertumbuhan merupakan
satu proses kesempurnaan manusia itu membesar dari kandungan hinggalah mencapai
kematangan. Perkembangan pula satu proses kesempurnaan sifat kemanusiaan yang
terkandung perasaan, kecerdasan, kebijaksanaan, kemampuan berfikur, kebolehan
mengatur tingkah laku dan sebagainya. Ianya merupakan proses yang berterusan
hingga ke akhir hayat. Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak
dipecahkan kepada lima aspek iaitu jasmani, kognotif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-
lima aspek ini berasaskan dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh baka dan faktor
persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini
yang mempunyai kadar perkembangan yang sama.
2.0 Masalah Perkembangan Kanak-Kanak
Melihat kepada senario yang telah diberikan, terdapat beberapa masalah yang telah
dihadapi semasa mengajar kelas tingkatan 1 hijau. Di antara masalah tersebut ialah :
Bil Nama Murid Masalah
1. Ahmad  Mengalami masalah penulisan.
 Tulisan yang sukar dibaca.
2. Mary Dan 6 Orang Pelajar yang  Tidak menulis apa-apa.
berdekatan  Bermain dengan pensil.
 Salah ejaan.
3. Tom  Suka berlari di dalam kelas
4. Dino  Mematahkan pensil Sheila.
5. Julie  Selalu gagal melaksanakan
tugasan
 Selalu ditertawakan oleh rakan
sebaya.
6. Thomas  Bergaduhdan berkelahi dengan
rakan

Jika dilihat kepada masalah dan senario yang berlaku di dalam kelas 1 Hijau, murid-
murid mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza dan tindak balas mereka juga
berbeza. Terdapat dua masalah utama yang dapat dikesan berdasarkan situasi yang
diberikan. Masalah tersebut ialah masalah pembelajaran dan masalah tingkah laku
negatif.

2.1 Masalah Pembelajaran


Melihat kepada senario yang diberikan, terdapat beberapa orang murid dalam
kelas tersebut mengalami masalah pembelajaran. Pelajar tersebut adalah
Ahmad, Mary dan enam orang pelajar yang berdekatan dengan beliau dan juga
Julie. Mereka berkemungkinan mengalami masalah pembelajaran dan
mengalami kelewatan dalam proses kematangan. Jika dilihat kepada masalah
murid yang bernama Mary dan enam orang rakannya, mereka mempunyai minat
dalam pembelajaran tetapi disebabkan ketidakupayaan perkembangan kognitif
kumpulan tersebut menghalang proses pembelajaran mereka. Hal ini seterusnya
memberi kesan kepada emosi mereka apabila menjadi murid yang pemalu dan
hanya bergaul dengan kumpulan mereka sendiri. Masalah ini turut dialami oleh
Ahmad yang mempunyai masalah penulisan. Cara memegang pensel adalah
merupakan salah satu dari kompenan perkembangan kanak-kanak dan ia
boleh berbeza mengikut budaya (Tseng,1998). Kanak- kanak mula memegang
pensel dengan menggunakan genggaman primitif dan genggaman ini akan
semakin matang mengikut perkembangan umur. Berdasarkan masalah yang
dihadapi Ahmad, keadaan ini kemungkinan berpunca daripada perkembangan
aspek fizikal Ahmad belum mencapai tahap kematangan. Selain itu, murid
bernama Julie turut mengelami masalah yang sama, minat terhadap
pembelajaran semakin berkurangan disebabkan kegagalan Julie menjawab
soalan-soalan yang disoal oleh guru dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan
Julie mengelami kelemahan dalam kemahiran sosial,dia lebih suka bersedirian,
perasaan rendah diri yang terlalu tinggi dan menjadi pasif.
2.2 Masalah Tingkah Laku
Selain daripada masalah pembelajaran, diantara masalah lain yang dihadapi
oleh murid tingkatan 1 hijau ialah masalah tingkah laku murid. Dalam konteks
pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
yang mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku membawa
kepada dua pecahan iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah
laku masalah positif kebiasaannya adalah seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar
dan pro aktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif seperti menghalang,
mengganggu dan anti sosial. Melihat kepada senario yang berlaku dalam kelas
tersebut, beberapa orang pelajar cenderung kepada masalah tingkah laku yang
negatif. Sebagai contoh, murid yang bernama Tom menunjukkan sikap
menggangu pembelajaran dan distruptif dengan berlari di dalam kelas. Dino
juga mengalami masalah yang sama dengan Tom apabila bersikap merampas
dan mematahkan pensil Sheila. Begitu juga dengan pelajar yang bernama
Thomas yang sering bergaduh dan berkelahi dengan rakan sekelasnya
disebabkan berbeza pendapat dan tidak dapat menerima pendapat orang lain.
3.0 Teori- Teori Perkembangan Yang Berkaitan
Terdapat beberap teori yang boleh dikaitkan dengan masalah atau senario yang berlaku
dalam kelas tingkatan 1 Hijau. Diantara teori-teori tersebut ialah :
3.1 Teori Percanggahan Kognitif
Kognitif percanggahan adalah keadaan ketidakselesaan atau ketegangan dalam
individu tersebut apabila berlaku perbezaan pendapat atau ketegangan dalam
individu tersebut yang tidak sama dengan pendapat orang lain. Sebagai contoh
masalah yang berlaku dengan Thomas. Beliau sering merasakan dirinya betul
dan tidak dapat menerima pendapat orang lain. Sepatutnya Thomas lebih tenang
dan menerima pendapat orang lain walaupun pendapat berbeza. Perkara ini
seterusnya menyebabkan komunikasi belia dengan rakan sekelas terganggu.
4.0 Cadangan
Para guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah murid
supaya proses PdPc boleh berjalan lancar dan seterusnya memudahkan guru dan
pelajar. Pelbagai langkah dan tindakan yang boleh diambil oleh guru bagi membantu
pelajar dan kanak-kanak dalam senario tersebut. Diantara cadangan yang boleh diambil
ialah :
4.1 Memahami Perbezaan Murid
Setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza dari segi fizikal,
emosi, intelek dan aspek-aspek lain yang menjadi faktor perbezaan pencapaian
setiap murid. Guru seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi dan
mempelbagaikan pengetahuan dalam psikologi pendidikan dan perkembangan
kanak-kanak. Guru hendaklah berusaha untuk memahami tingkah laku,
kebolehan dan potensi setiap murid yang diajar dengan mewujudkan hubungan
yang baik antara pelajar dan guru itu sendiri. Sebagai contoh, guru perlu
memahami perbezaan murid dari segi kognetif dan gaya belajarnya dengan
berbincang dengannya atau melalui pemerhatian.
4.2 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk
menangani masalah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan setiap murid adalah berbeza mengikut keupayaan
murid itu sendiri. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh, guru
boleh membuat lawatan ke tempat yang berkaitan dengan pembelajaan,
lakonan,nyanyian dan juga kuiz. Hal ini seterusnya dapat menarik minat pelajar
supaya mereka lebih fokus dan tertumpu dengan pembelajaran di dalam kelas.
4.3 Kaedah Kumpulan
Kaedah kumpulan merupakan salah satu lagi cara untuk penambahbaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Sufean Hussin
(1996), kaedah kumpulan bermaksud guru menyampaikan pelajaran kepada
kumpulan murid tertentu dalam sesuatu masa dengan menggunakan teknik dan
bahan yang bersesuaian dengan kebolehan dan minat murid-murid. Untuk
senario yang berlaku di kelas 1 Hijau, Cikgu Dayang boleh membahagikan
murid-murid yang lemah serta yang mempunyai keyakinan diri yang rendah
bersama dengan murid-murid yang berkebolehan dari segi akademik. Sebagai
contoh, pelajar yang bernama Julie, Mary dan 6 orang pelajar boleh digabungkan
sekali dengan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam akademik.
Dengan adanya bantuan bahan-bahan yang menarik serta teknik pengajaran
yang menarik boleh menarik minat pelajar untuk lebih minat belajar dan
seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka dalam kelas.
4.4 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid mempunyai kebolehan yang berlainan berkerjasama untuk menjadikan
satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam kaedah ini, murid
yang lemah dalam pelajaran berpeluang untuk meminta tunjuk ajar dengan murid
yang lebih pandai. Kaedah ini juga bersesuaian dengan senario yang berlaku
pada kelas tingkatan 1 Hijau dimana terdapat beberapa pelajar yang lemah
boleh digabungkan dengan pelajar yang lebih cemerlang dalam pendidikan
supaya mereka mencapai keputusan yang lebih baik.
4.5 Peneguhan Positif dan Negatif
Selain daripada tugas hakiki seorang guru untuk mendidik dan pemudahcara
bagi pelajar untuk belajar, seorang guru juga perlulah mempunyai hubungan
yang positif dengan murid-murid. Guru hendaklah memberi peneguhan positif
kepada murid yang menunjukkan keputusan dan sikap yang baik dalam kelas.
Sudah menjadi lumrah bagi seseorang apabila suka dipuji dan seterusnya
meningkatkan motivasi untuk mereka. Dalam pelan pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan
dengan aspek membaca, menulis dan mengira dan menaakul memerlukan
kerjasama guru dan juga ibu-bapa untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti
pada masa akan datang. Melihat kepada situasi murid yang berada dalam kelas
tingkatan 1 Hijau, terdapat beberapa orang murid yang perlu diberi perhatian
terutama dari segi emosi mereka. Di antaranya adalah Julie, Thomas, Tom dan
Dino. Sebagai contoh masalah yang dihadapi oleh Julie. Cikgu Dayang boleh
mengambil inisiatif dengan memuji Julie dan memberinya hadiah sebagai
galakan supaya Julie lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak merasakan dirinya
tidak diambil perhatian di dalam kelas. Bagi masalah Thomas pula, Cikgu
Dayang boleh mendengar pendapat Thomas dan memberi beliau peluang untuk
memberi pendapat di hadapan kelas supaya beliau merasakan pendapat beliau
akan didengari dan tidak tersisih.
4.6 Penyediaan Kelas Tambahan
Proses PdPc dalam kelas selalunya sering dikekangi oleh masalah masa. Guru
kebiasaannya tidak cukup masa untuk memberi perhatian yang penuh kepada
semua pelajar dalam satu-satu kelas. Yang menjadi masalah terbesar apabila
terdapat pelajar yang lemah dalam pelajaran sering menjadi korban kerana
mereka tidak dapat menguasai sesebuah matapelajaran tersebut. Terdapat juga
sesetengah pelajar yang mempunyai masalah tidak dapat mengikuti
pembelajaran atau slow learner. Guru seharusnya membuat kelas tambahan
bagi membantu murid-murid yang ketinggalan dan lemah dalam matapelajaran.
Seperti yang berlaku kepada murid yang berada dalam kelas tingkatan 1 Hijau.
Terdapat beberapa orang pelajar yang perlu untuk mendapat kelas tambahan
untuk membantu mereka supaya tidak ketinggalan dan mendapat latihan yang
secukupnya. Di antara pelajar tersebut ialah Mary dan 6 orang pelajar, Julie dan
Ahmad. Dengan ini pelajar yang agak lemah dalam pembelajaran dapat
memperolehi ilmu pengetahuan sebagaimana sama dengan pelajar lain.
5.0 Kesimpulan
Guru boleh diibaratkan sebagai ibu-bapa kedua bagi murid-murid di sekolah. Walaupun
tugas hakiki seorang guru adalah untuk memberi ilmu, namun begitu atas dasar
tanggungjawab semua guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk sahsiah dan
peribadi seseorang pelajar yang berada di bawah tanggungjawabnya. Oleh itu seorang
guru perlu berpengatahuan luas dan mempunyai ilmu untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang bakal berlaku terutama di dalam kelas. Setiap manusia yang normal
akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan
emosi sejak dilahirkan sehinggalah ke akhir hayat mereka. Mereka akan mengalami
perubahan dari segi rupa bentuk tubuh badan, tahap kebolehan mental dan sahsiah
mereka secara berperingkat-peringkat. Guru juga perlu bijak untuk menyediakan
langkah-langkah yang bernas serta sesuai dengan tahap perkembangan dan potensi
murid-murid dibawah tanggungjawab mereka. Sistem pendidikan yang tidak berfokus
kepada perkembangan individu juga menyebabkan mereka akan ketinggalan kerana
penggunaan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang sama sahaja.
Dengan adanya persediaan oleh seorang guru tersebut boleh membantu mereka dalam
mengawal kelas dan seterusnya dapat membantu pelajar tersebut untuk belajar dengan
lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai