Anda di halaman 1dari 3

Forum 3

Berdasarkan iklan yang anda tonton, huraikan gaya pemikiran dan tindakan yang digunapakai oleh
dua watak utama. Jelaskan jawapan anda mengikut enam topi berfikir dan enam kasut tindakan de
Bono.

Pemikiran lateral merupakan sejenis kaedah berfikir secara selari iaitu secara paralel. Dalam
pemikiran ini, setiap idea yang berlainan diletakkan secara selari untuk dilihat kelebihan setiap idea
tersebut. Bagi berfikir secara paralel, Edward de Bono mencipta satu teknik berfikir yang digelar
sebagai Enam Topi Berfikir. Kaedah ini menggunakan enam topi metaforikal di mana setiap topi
mempunyai warna yang berlainan yang melambangkan gaya pemikiran yang berbeza (E.D. Bono,
1996: 44-49). Keenam enam idea diletakkan secara selari walaupun menunjukkan kelainan. Kesemua
idea tersebut diterima, tidak dipertikaikan; dibandingkan; dinilaikan atau dibuktikan dari segi benar
atau salah. Ia mengambil kira kelebihan setiap satu idea yang dihasilkan (E.D. Bono, 1990: 18).

Teknik enam topi berfikir membantu pemikir memfokuskan pemikirannya hanya pada satu perkara
pada satu masa. Kaedah ini berbeza dengan pemikiran tradisional kerana ianya mempertimbangkan
setiap idea yang disalurkan. Dengan menggunakan keenam-enam topi pada satu masa, seseorang
dapat memaksimumkan keupayaan otak kerana dapat membantu individu melihat sesuatu situasi
secara berfokus dan seluas-luasnya (E.D. Bono, 2004: 91). Kaedah Enam Topi Berfikir memberikan
satu dimensi baru dalam cara kita berfikir, di mana seseorang boleh menukar cara berfikir sesuai
dengan tujuan berfikir. Topi-topi ini boleh digunakan secara individu ataupun secara kumpulan
dalam perbualan seharian, sesi mesyuarat, forum ataupun dalam sesi brain storming (Ainon Mohd
dan Abdullah Hassan, 1997:58). Edward de Bono mencadangkan dua cara bagaimana topi ini harus
diguna iaitu, kegunaan sekali-sekala dan kegunaan sistematik.

Kaedah penggunanaan enam topi berfikir membawa pelbagai kebaikkan kepada seseorang. Ia
membantu seseorang untuk berfokus dalam cara berfikir secara kritikal serta dapat memahami
faktor emosi dan intusi supaya dapat menghasilkan idea yang lebih sistematik (Rokiah Awang et all,
2008:33). Enam topi tersebut terdiri daripada warna putih, merah, hijau, kuning, hitam dan biru yang
mempunyai caranya yang tersendiri dan ciri-ciri tertentu dalam proses berfikir

Kaedah pemikiran Enam Kasut Tindakan yang dicipta oleh Edward de Bono, merupakan satu
pendekatan lanjutan daripada pendekatan Enam Topi Berfikir. Enam Kasut Tindakan ialah lambang
enam stail mengambil tindakan (E.D. Bono, 1996: 1). Seseorang boleh menggunakan satu kasut atau
lebih daripada satu kasut di dalam sesuatu keadaan. Setiap kasut mempunyai warna yang berlainan
yang melambangkan gaya pemikiran yang berbeza yang membawa kepada jenis tindakan yang
berbeza-beza. Antara enam warna kasut tindakan tersebut ialah biru, kelabu, perang, kuning, merah
jambu dan ungu

1. Topi Putih : Neutral dan objektif. Fokus pada informasi seperti fakta, data dan grafik.

2. Topi Hitam : Lambang peringatan. Seseorang menjadi sangat berhati-hati. Menganalisa semua sisi
negatif dari suatu persoalan, mencari semua faktor risiko, bahaya, kesulitan, dan kelemahan suatu
idea.
3. Topi Merah : Emosi dan perasaan. Seseorang memandang persoalan dari sudut pandang emosi
dan perasaan, baik yang positif maupun negatif.

4. Topi Kuning : Cahaya dan optimis. Juga aura positif. Berlawanan dengan topi hitam, di bawah topi
kuning kita diarahkan untuk hanya berpikir hal yang positif, tetapi tetap logik

5. Topi Hijau :Tenaga, pertumbuhan, produktiviti. Di bawah topi hijau kita menumbuhkan kreativiti,
mencari idea baru dan berbagai alternatif

6. Topi Biru :kontrol. Topi biru digunakan untuk mengontrol proses berpikir dan penggunaan topi-
topi pemikiran yang lain.

Kaedah pemikiran Enam Kasut Tindakan yang dicipta oleh Edward de Bono, merupakan satu
pendekatan lanjutan daripada pendekatan Enam Topi Berfikir. Enam Kasut Tindakan ialah lambang
enam stail mengambil tindakan (E.D. Bono, 1996: 1). Seseorang boleh menggunakan satu kasut atau
lebih daripada satu kasut di dalam sesuatu keadaan. Setiap kasut mempunyai warna yang berlainan
yang melambangkan gaya pemikiran yang berbeza yang membawa kepada jenis tindakan yang
berbeza-beza. Antara enam warna kasut tindakan tersebut ialah biru, kelabu, perang, kuning, merah
jambu dan ungu.

PERTAMA ,KASUT BIRU : Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-
kerja rutin. Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin. Dengan mematuhi
rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya. Rutin dicipta oleh orang-orang
yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang
selamat.

KEDUA, KASUT KUNING : Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan
berbahaya. Kuning ialah lambang amaran. Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-
orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas. Kita juga mesti mengenal pasti
perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.

KETIGA, KASUT KELABU : Kasut ini ialah lambang kekaburan. Banyak tindakan tidak dapat kita buat
kerana keadaan masih kabur. Tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah
bertindak mencari maklumat dahulu. Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi
keadaan tersebut.

KEEMPAT, KASUT PERANG : Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik. Tindakan-tindakan
pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang
baik. Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan.
Kita buat apa yang boleh dibuat.

KELIMA, KASUT MERAH JAMBU : Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan
kelembutan. Kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan. Para
doctor , peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan
perasaan kemanusiaan.

KEENAM, KASUT UNGGU : Kasut ini melambangkan kuasa rasmi. Apabila kita membuat sesuatu
tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. Kita mempunyai peranan rasmi. Para doctor,
guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi. Mereka mempunyai kuasa dan mereka
melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.

Anda mungkin juga menyukai