Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGD 5022 – SEKOLAH & MASYARAKAT


(SET 15) - 2023/2024

TUGASAN

ULASAN BUKU - TRANSFORMASI PENDIDIKAN & KOMUNITI LUAR BANDAR


DISUNTING OLEH JABIL MAPJABIL, CHRISTINA ANDIN & JULENAH AG
NUDIN. KOTA KINABALU: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, 2018,
199HLM.

PENSYARAH:

Dr Marlissa Omar

DIULAS OLEH:

NURUL DAHLIA BINTI REDZUAN


P133453
Buku ini mempunyai sembilan bab yang membincangkan tentang transformasi sistem
pendidikan yang berlaku dalam komuniti luar bandar terutamanya disekitar Sabah. Ia turut
membincangkan tentang persepsi komuniti Borneo mengenai kepentingan pendidikan dalam
kehidupan mereka. Selain itu, kita melihat usaha kerajaan setempat bersama-sama badan
NGO dan pihak universiti mencipta inisiatif yang mampu membangunkan sektor pendidikan
kepada penduduk luar bandar. Antaranya, ialah menerusi kemudahan infrastruktur yang
dibina supaya mampu meningkatkan mobiliti sosial dikalangan penduduk luar bandar.

Pertama sekali, sekolah merupakan salah satu institusi sosial yang amat penting ia
berperanan sebagai tempat menyalurkan maklumat bagi mendidik anak bangsa dalam usaha
membantu pembangunan modal insan bagi komuniti setempat. Guru sebagai agen penyampai
memainkan peranan utama mendidik anak-anak bukan sahaja membimbing dalam
pembangunan intelektual semata-mata malahan turut membentuk sahsiah diri anak-anak.
Kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira diutamakan di sini dan diajar sejak
dari pendidikan awal supaya dapat membantu murid-murid mengembangkan ilmu yang
dimiliki dari masa ke masa. Kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan secara tidak
langsung dapat membantu menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi komuniti setempat
dan mampu untuk meningkatkan ekonomi sehingga di peringkat global.

Menerusi buku ini penulis menekankan tentang faktor utama kejayaan pelajar dalam
pendidikan sangat berkait rapat dengan kerjasama antara pihak komuniti dengan pihak
sekolah. Jika dibandingkan dengan prestasi pelajaran pelajar yang menetap di kawasan
bandar lebih memberangsangkan dibandingkan dengan dengan pelajar yang menetap diluar
bandar. Keadaan ini berkait rapat dengan keadaan persekitaran yang berbeza dialami oleh
setiap pelajar. Keprihatinan ibu bapa dan komuniti setempat yang mengutamakan pendidikan
untuk anak-anak mereka mampu mempengaruhi persekitaran setiap pelajar. Kebanyakan
penduduk luar bandar mempunyai pandapatan yang rendah oleh itu mereka lebih mendorong
anak-anak mereka untuk keluar bekerja membantu mereka untuk mendapatkan penghasilan
dibandingkan pergi ke sekolah. Namun begitu, keadaan ini berubah jika semua ibu bapa
mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka dengan
memberi kerjasama kepada pihak sekolah seperti memberi sokongan terhadap setiap
aktiviti-aktiviti sekolah dan sentiasa memastikan penglibatan anak-anak dalam segala aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Selain menyumbang kepada pembudayaan ilmu, sekolah juga turut berperanan


menyemai adat budaya dengan memupuk semangat patriotisme dalam diri dan memupuk
kemakmuran dalam kalangan masyarakat . Keadaan ini dapat dilihat menerusi Pusat
Pembangunan Minda Insan (PPMI) yang merupakan program berterusan dan berpusat yang
terletak di daerah Kunak Lahad Datu dan Semporna. Pusat ini berperanan menyediakan
pendidikan asas kepada komuniti setempat tanpa mengira umur dan ia juga dijadikan sebagai
tempat transit alternatif kepada sesiapa sahaja. Aktiviti di PPMI bukan sahaja memfokuskan
kepada pendidikan asas semata-mata namun aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut
membimbing masyarakat kearah pembangunan komuniti setempat seperti memberi
pendedahan terhadap kemahiran-kemahiran mengurus diri, keusahawanan, cara hidup
bermasyarakat dan membentuk jati diri komuniti disekitar meskipun kebanyakan mereka
tiada mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar
tidak mempunyai fasiliti yang lengkap dan keadaan persekitaran yang tidak kondusif untuk
pembelajaran anak-anak. Maka, keadaan ini membuatkan kebanyakan pelajar tidak
bersemangat untuk pergi ke sekolah sehingga menjejaskan kehadiran pelajar ke sekolah.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini guru besar di sebuah sekolah luar bandar yang terletak
di Sabah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan suatu program transformasi sekolah
dengan penglibatan bersama ibu bapa dan komuniti setempat. “Pahakutan” bermaksud saya
berjanji oleh suku kaum komuniti tempatan dan perkataan ini telah diangkat sebagai nama
untuk projek transformasi sekolah bersama penduduk tempatan. Melalui program ini
komuniti berjanji untuk bersama-sama membantu pihak sekolah menyediakan persekitaran
sekolah yang kondusif dengan menggunakan daya kreativiti komuniti. Berkat daripada
kejayaan program ini kini keadaan persekitaran sekolah kini telah berubah menjadi lebih
ceria dengan menggunakan sumber yang sedia ada seperti keunikan kraf tangan tempatan
dijadikan sebagai hiasan sekolah. Secara tidak langsung melalui program ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan
komuniti setempat.

Pelaksanaan pendidikan di era globalisasi kini haruslah bergerak seiring dengan


kemajuan sains dan teknologi yang berkembang pesat. Hal ini demikian supaya dapat
melahirkan generasi celik sains yang mempunyai daya saing tinggi dan berdaya cipta dengan
menghasilkan inovasi yang kreatif mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Justeru itu
bagi melahirkan generasi ini pelaksanaan program pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) di sekolah akan membantu merealisasikan inisiatif Kerajaan
Malaysia seperti kemahiran abad ke-21, transformasi Nasional Nasional 2050 (TN50) dan
Revolusi Perindustrian 4.0.

Pelbagai manfaat yang kita perolehi dan telah dikongsikan di dalam buku ini, ia
membincangkan usaha-usaha yang telah dijalankan bagi memperkasakan pendidikan luar
bandar terutamanya di sekitar Sabah. Namun begitu, terdapat bahagian yang menjadi jurang
di dalam buku ini iaitu huraian yang jelas dan menarik membuatkan pembaca merasa ingin
tahu terutamanya di bab 4 bahagian program ‘Pahakutan’. Kejayaan perlaksanaan program
transformasi persekitaran di salah sebuah sekolah luar bandar di Sabah ini, membuatkan
pembaca merasa ingin tahu. Penulis sepatutnya berkongsi beberapa ilustrasi atau imej yang
menujukkan kejayaan program ini supaya dapat menjadi inspirasi.

Kesimpulannya, buku ini banyak memberi maklumat yang dapat dimanfaatkan oleh
kerajaan, guru-guru dan komuniti sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan
pendidikan di kawasan luar bandar. Fakta dan hasil kajian yang dikongsikan di dalam buku
ini sangat releven dapat dijadikan sebagai rujukan. Buku ini amat baik dijadikan sebagai
panduan kepada guru-guru baru terutamanya sebagai persediaan untuk mereka menghadapi
persekitaran jika mereka ditempatkan di kawasan luar bandar.
1. Sejauhmana ia memberi manfaat kepada anda untuk memahami hubung kait
antara sekolah dan masyarakat?
2. Bagaimana idea-idea baru dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia?
3. Apakah jurang/kekurangan dalam buku ini?

Anda mungkin juga menyukai