Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Kehidupan masyarakat dunia masih belum pulih sepenuhnya sejak penularan pandemik
COVID-19. Justeru itu, banyak pihak termasuk warga pendidik masih mengalami gangguan
akibat penutupan pusat pembelajaran baik di peringkat sekolah, mahupun institusi pengajian
tinggi (IPT). Oleh kerana sistem pendidikan masa kini masih tertumpu kepada pembelajaran
formal di bilik darjah atau bilik kuliah, penutupannya dalam tempoh yang lama
membimbangkan pelbagai pihak. Bukan itu sahaja, pembelajaran juga tidak dapat
dilaksanakan secara normal mengakibatkan jurang pencapaian pelajar semakin bertambah
besar. Oleh itu, pemuafakatan guru, ibu bapa dan komuniti adalah penting bagi
memperkasakan peranan mereka menerusi strategi-strategi yang efektif untuk menghadapi
cabaran pendidikan norma baharu di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2013), perkataan “pemuafakatan” telah ditakrifkan sebagai persepakatan dan perpaduan
yang dijalin oleh suatu komuniti disesebuah tempat. Hal ini demikian kerana, perpaduan
merupakan suatu perkara yang amat penting danperlu diberi penekanan terutama dalam
bidang pendidikan supaya segala usaha kerajaan mampu berjalan dengan lancar dan
negara mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

2.0 JUSTIFIKASI KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN GURU, IBU BAPA, DAN


KOMUNITI

Permuafakatan merupakan elemen yang amat penting. Hal ini kerana ianya hanya boleh
dicapai sekiranya terdapat hubungan yang erat dan kerjasama yang wujud antara beberapa
pihak. Oleh itu, dalam konteks pendidikan, pihak sekolah bukan sahaja perlu menjalinkan
hubungan baik bersama ibu bapa pelajar, malah mereka juga perlu membina hubungan
yang akrab dengan komuniti yang lain seperti masyarakat setempat, pihak swasta atau
NGO, warga sekolah sendiri dan sebagainya untuk mewujudkan perpaduan dan
pemuafakatan dan seterusnya merealisasikan kecemerlangan pendidikan di sesebuah
sekolah.

Pada era globalisasi ini, guru dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan
menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, guru merupakan pengaruh yang
utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam
pembentukan sahsiah pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru juga memainkan peranan sebagai
agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan
selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan

1
Negara. Oleh yang demikian, antara kepentingan permuafakatan guru di antara sekolah-
sekolah adalah untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam
bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan
negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember
1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar
dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih
awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum. Bukan itu sahaja,
kepetntingan lain ialah guru di sekolah juga dapat melahirkan pelajar-pelajar atau generasi
yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu
pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk
perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Permuafakatan guru di antara
sekolah-sekolah lain adalah penting untuk membawa masyarakat bersama-sama menuju ke
arah kejayaan dan kegemilangan. Jika aset terbesar iaitu guru ini tidak saling berusaha,
sudah pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam
pelaksanaan “Satu Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Hal ini
kerana mereka jua lah yang akan menentukan masa hadapan negara.

Seterusnya ialah, tidak dapat dinafikan juga bahawa hubungan antara ibu bapa dan
guru di sekolah adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam bidang
akademik dan sahsiah. Pihak ibu bapa wajarlah melihat bahawa hubungan ini sebagai
pemangkin kepada pendidikan di sekolah dan tidak melihat sebagai membebankan
pengurusan sekolah. Malahan hubungan ibu bapa dan guru yang rapat akan dapat
membantu pihak sekolah dalam urusan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Oleh yang
demikian, selaku pentadbir sekolah perlulah melihat bahawa Persatuan Ibu bapa guru
(PIBG) di Sekolah kementerian Pelajaran Malaysia dan Badan MUAFAKAT di MRSM
sebagai rakan dalam mengurus sekolah. Oleh sebab itu, pihak ibu bapa hendaklah
mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari mereka dalam penambahbaikkan untuk
mengurus sekolah terutamanya dalam bidang pembelajaran pelajar. Dalam konteks ini pihak
sekolah hendaklah bersedia dengan semua maklumat agar dapat dibentangkan dalam
mesyuarat. Pihak sekolah juga perlulah membentangkan pencapaian pelajar dalam
bidangan akademik, pencapaian kokurikulum dan juga masalah disiplin pelajar dihadapan
ibu bapa supaya mereka lebih peka terhadap kemenjadian diri anak-anak mereka. Oleh
yang demikian, tugas ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak mereka
mematuhi setiap program yang dirancang dan menyokong dengan segala bentuk bantuan

2
yang termampu. Ibu bapa tidak hanya menyumbang wang, idea malah turut menyertai pihak
sekolah supaya ceramah dalam program motivasi, kepimpinan pelajar, program keagamaan
di sekolah dan program-program lain berjalan dengan lebih lancar.

Akhir sekali ialah Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung
kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah
sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan
sekolah dan komuniti setempat saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Hal ini dapat dilihat apabila sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral,
bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula
memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak
mereka. Menurut Gonder (1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat
akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti
penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah. Menurut
Poston, Stone, dan Muther (1992), "A school is a reflection of the community it serves. At
the same time, a community is a reflection of its schools." Kenyataan ini menunjukkan
sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling
bergantungan antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana menurut Sufean Russin (2002) pihak
kementerian telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah
yang menyerahkan laporannya pada tahun 1982. Oleh itu pengiktirafan sebegini sudah
tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan
komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti mana murid-murid yang mempunyai perasaan
jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara
beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Memandangkan
terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti
maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi
memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan. Peranan utama ini diserahkan kepada pihak
pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli organisasi dan komuniti setempat
adalah bergantung kepada pengurusan sekolah.

3.0 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan melalui
keberhasilan pelajar yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta mampu

3
berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembelajaran abad ke-21 merupakan satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan
pengajaran yang relevan mengikut perkembangan semasa. Sesuai dengan keperluan dalam
industri yang memerlukan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran, North
Central Regional Educational Laboratory (NCREL) dan Metiri Group telah memperkenalkan
model pendidikan abad ke-21 iaitu dikenali sebagai enGauge 21st Century Skills. Model
pendidikan menjadi teras kepada PAK-21 ini merangkumi empat kemahiran yang diperlukan
dalam diri guru dan pelajar iaitu literasi ICT, pemikiran inventif, kemahiran berkomunikasi
dan keberhasilan produktiviti. Bukan itu sahaja, cabaran pendidikan abad ke-21 adalah
bagaimana guru mengaplikasi pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan serta sesuai dengan
perkembangan semasa dan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) (KPM, 2014a).

Kesediaan guru dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan ICT
merupakan antara cabaran yang dihadapi untuk menerapkan PAK-21. Selain itu, PAK-21 ini
turut menggalakkan penggunaan perbincangan atas talian contohnya melalui e-mail atau
aplikasi seperti whatsapp dan telegram. Penggunaan laman sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan motivasi dan kefahaman
pelajar (Nur Syazwani Abdul Talib et al., 2015). Kekurangan pengalaman dan kemahiran
dalam menghasilkan perisian pendidikan sains seperti membina dan membangunkan laman
web dan menghasilkan bahan pengajaran atas talian (Johari, Nor Hasniza & Suraya, 2014)
telah membataskan dalam menyediakan PdP yang menarik. Oleh itu, terdapat pelbagai
strategi untuk menghadapi cabaran pendidikan abad 21 ini antaranya ialah memupuk
kemahiran proses sains yang bergantung kepada kaedah pengajaran dan bahan
pengajaran yang digunakan. Hal ini kerana pengintegrasian ICT dengan menggunakan
media dalam PdP dapat meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains pelajar secara
umum dan spesifik (Rian Vebrianto & Kamisah Osman, 2012). Ini kerana kebanyakan guru
berpengalaman kurang terdedah dengan teknologi kerana berada dalam era yang berbeza.

Selain itu, kemudahan seperti komputer dan LCD serta penyelenggaraannya yang
kurang baik menjadi cabaran kepada guru untuk menggunakan kemudahan yang
disediakan. Oleh itu, semua sekolah disediakan kemudahan namun aspek penyelenggaraan
dan pengurusan penggunaannya yang kurang berkesan mengakibatkan banyak komputer
dan kemudahan lain rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, pihak

4
kerajaaan perlulah memainkan peranan dan sentiasa peka dalam membaik pulih
kemudahan yang kurang baik tersebut. Seterusnya ialah, Vadsala & Kamisah Osman (2015)
mencadangkan untuk memberi lebih pendedahan dan latihan kemahiran kepada guru untuk
meningkatkan kualiti penyediaan PdP sains. Ini merupakan satu usaha intensif yang diambil
oleh KPM dalam meningkatkan kualiti guru. Menurut KPM (2016), sebagai langkah intensif
untuk meningkatkan kualiti pendidik penekanan terhadap penggunaan kemahiran pedagogi
abad ke21 telah dicadangkan. Terdapat empat elemen yang ditekankan dalam kemahiran
pedagogi abad ke-21 adalah komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis
berasaskan kemahiran abad ke-21. Oleh yang demikian, elemen pertama yang perlu
dikuasai oleh guru adalah kemahiran komunikasi ketika menjalankan PdP. Kemahiran
komunikasi penting kerana dalam melaksanakan pembelajaran komunikasi perlu berlaku
secara dua hala dengan pelajar dan penyampaian maklumat perlu berlaku. Kemahiran
komunikasi turut penting dalam memastikan pelajar faham isi pengajaran disampaikan oleh
guru. Maklumat dan infromasi disampaikan dengan jelas dan teratur akan menggalakkan
minat pelajar untuk terlibat dalam proses PdP yang dijalankan oleh guru. Pembelajaran lebih
menarik dengan penjelasan yang menggunakan ayat yang mudah difahami berserta contoh
yang hampir dan berkaitan dengan persekitaran pelajar turut membantu proses PdP.

Selain itu, strategi seterusnya ialah guru perlu memastikan semua pelajar terlibat dalam
proses PdP dan menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran.
Kegagalan berinteraksi atau mendapat maklum balas daripada guru menyebabkan pelajar
kurang bermotivasi untuk mempelajari sains (Norhaiza, 2016). Hal ini termasuk dalam
elemen kedua iaitu kolaborasi yang merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kaedah kolaborasi. Penyediaan PdP yang menggalakkan aktiviti
kolaboratif boleh memastikan penglibat pelajar yang pasif dalam bilik darjah. Melalui kaedah
ini guru boleh meningkatkan keberkesanan PdP yang dijalankan kerana kaedah ini turut
berpusatkan pelajar. Pelajar terlibat secara aktif dan proses pembelajaran berlaku hasil
daripada interaksi pelajar-pelajar dan pelajar-guru. Selain itu, penerapan KBAT dapat
dilaksanakan dengan maksimum mengunakan kaedah kolaboratif. Antara contoh aktiviti
yang boleh di jalankan adalah seperti pembentangan secara berkumpulan.

Akhir sekali ialah menjana adalah menjana fikiran yang kritis. Sebelum guru ingin
menerapkan pemikiran beraras tinggi, guru terlebih dahulu berfikir secara kritis. Ini kerana
guru perlu memahami dan menguasai kesemua elemen, model, strategi dan kaedah
berkaitan KBAT sebelum dapat megaplikasikan dalam PdP yang dirancang bergantung

5
kepada kesesuaian dan keperluan. Teknik penyoalan memerlukan kemahiran berfikir kritis
berbantukan modul yang telah disediakan oleh pihak KPM. Penggunaan alat berfikir perlu
digunakan mengikut kesesuaian dan objektif pembelajaran ingin dicapai. Selain itu, guru
perlu sentiasa membuat refleksi terhadap diri dan kaedah serta strategi PdP yang digunakan
bagi memastikan guru sentiasa mengikut arus perkembangan semasa. Antara cadangan
yang disediakan oleh KPM (2014b), mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme, kontekstual, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan
inkuiri dan kajian masa hadapan. Strategi-strategi ini perlu digunakan dengan sebaiknya
dalam menyediakan PdP yang efektif dan releven dengan perkembangan semasa dan
menjurus kepada penerapan KBAT. Bukan itu sahaja, program latihan perlu di perbanyak
dan diperkukuhkan serta memastikan keberhasilan maksimum daripada setiap pelaburan
yang dilakukan. Hal ini kerana pemantauan dari satu badan khas yang menyeluruh boleh
memberi impak yang positif dari aspek pelaksanaan. Guru juga perlu sedar dengan
tanggungjawab dan sentiasa proaktif dalam meningkatkan kualiti sedia ada.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembelajaran dan pengajaran perlu disediakan mengikut arus


perkembangan semasa yang diwarnai dengan kemajuan dari segi teknologi maklumat dan
komunikasi. Oleh itu, proses penyediaan sesebuah PdP perlu dipandang serius dan diberi
penekanan bagi memastikan pembelajaran berjaya disampaikan seterusnya meningkatkan
kualiti pendidikan negara dan keberhasilan pelajar khususnya. Cabaran dan isu yang timbul
melibatkan faktor guru dan pihak sekolah harus diselesaikan dengan segera ini bagi
memastikan matlamat utama PPPM 2013-2015 berjaya dicapai. Pelaksanaan dan
penguasaan kemahiran pedagogi abad ke-21 guru perlu disusun rapi dan di perhalusi
secara terperinci dengan menilai dari pelbagai sudut. PAK-21 penting bagi memastikan
kualiti sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju yang menghasilkan kualiti
pelajar yang terbaik dari segi, pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran sains
khususnya.

6
RUJUKAN

Finaie, F. (19 May 2017). Pembelajaran abad ke 21. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/safinahat/pembelajaran-abad-ke-21-76116330

Ismail, I. (12 November 2020). Norma Baharu Dalam Pendidikan, Cabaran Buat Pendidik
MARA. Dimuat turun daripada https://ewarta.mara.gov.my/2020/11/12/norma-
baharu-dalam-pendidikan-cabaran-buat-pendidik-mara/

Nazri, A. (16 May 2016). Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran. Dimuat turun daripada


https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/pendidikan-abadke21isudancabaran

Norazlin. (2019). AMALAN DAN CABARAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-


21. Dimuat turun daripada https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-
Papers/ICTM-09.pdf

Noorezayu. (18 Mac 2012). Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru).
Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/noorezayumohdsaid/panduan-
penulisan-akademik-institut-pendidikan-guru

Roslinda, R. (11 Ogos 2020). Pembelajaran norma baharu tingkat profesion guru. Dimuat
turun daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/719958/pembelajaran-
norma-baharu-tingkat-profesion-guru

Salleh, W. (17 Jun 2017). Permuafakatan sekolah dan komuniti. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/wansalleh1/permuafakatan-sekolah-dan-komuniti

Anda mungkin juga menyukai