Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi sosial yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu,


kemahiran dan nilai-nilai masyarakat secara sistematik dalam struktur yang dibentuk
secara formal bagi mencapai matlamatnya. Kejayaan pengurusan sesebuah institusi
pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat bukan hanya bergantung kepada
kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat dalam institusi
pendidikan sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Perhubungan institusi
pendidikan dengan komuniti begitu rapat, yang perlu saling berinteraksi dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain bagi mencapai matlamat pendidikan. Matlamat
pendidikan yang dipikul oleh institusi pendidikan tidak akan tercapai sekiranya tidak
didukung bersama oleh masyarakat. Pendidikan tidak formal yang diterima oleh
kanak-kanak di rumah dan pendidikan formal yang diterima di sekolah menjadi asas
kepada perkembangan pembelajaran dan pembentukkan tingkah laku kanak-kanak.
Semua pihak berkaitan perlulah memainkan peranan masing-masing.

Pendeklah kata, adalah wajar permuafakatan antara institusi pendidikan dengan


masyarakat diperkukuhkan agar setiap rakyat masyarakat memberi sumbangan yang
berkesan dalam pendidikan kanak-kanak dan seterusnya bagi mencapai matlamat
pendidikan negara.

1.0.1 Konsep permuafakatan komuniti dalam pendidikan.

Permuafakatan menurut Kamus Dewan(1997) ialah melibatkan proses


perundingan, persetujuan atau permesyuaratan. Komuniti dianggap sebagai satu unit

Sosial yang berkongsi sesuatu yang sama . Sebagai contoh, norma, nilai, identiti dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan, komuniti merupakan sekumpulan orang yang
tinggal di sesuatu daerah atau negara; kumpulan individu yangmempunyai sifat yang
serupa. Dalam konteks komuniti, permuafakatan yang terjalin ialah satu bentuk
hubungan dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan.

Permuafakatan sangat penting dalam usaha mencapai matlamat sesebuah


institusi pendidikan. Sebagai contoh, di Afrika, bidalan tradisionalnya telah
menggambarkan kepentingan permuafakatan dalam mendidik dan menjaga
anak-anak.

Konsep permuafakatan dalam pendidikan bertujuan agar masyarakat dapat


mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan pula sekali
gus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap usaha mendidik dan membentuk
generasi muda pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian,
permuafakatan amat penting bagi mencapai matlamat dan kejayaan yang diinginkan.

Persoalannya, apakah kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan?

2.0 Kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan.

Permuafakatan komuniti penting bagi membantu pihak sekolah dalam usaha ke


arah kejayaan murid dan mencapai matlamat pendidikan. Pada pendapat
Poston(1992), sekolah yang cemerlang tidak dibina bersendirian. Sekolah
memerlukan komuniti dan komuniti memerlukan sekolah. Ini telah menggambarkan
hubungan permuafakatan yang erat antara sekolah dengan komuniti dan ia pula
secara timbal balik. Tanpa kominiti dan sekolah, matlamat pendidikan sekolah sukar
tercapai. Komuniti pula tidak akan berjaya meningkatkan pencapaian anak-anak
mereka dalam pelajaran. Komuniti, terutamanya ibu bapa patut bekerjasama dengan
pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah pendidikan agar matlamat pendidikan
tercapai. Pihak berkuasa boleh menggalakkan kesedaran tentang kepentingan
permuafakatan komuniti dalam pendidkan melalui Kempen Pendidikan. Objektifnya
adalah untuk membangkitkan lebih rasa tanggungjawab dalam komuniti terhadap
perkembangan kanak-kanak. Tegasnya, permuafakatan komuniti dalam pendidikan
amat penting supaya matlamat pendidikan tercapai.

Kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendiidkan juga termasuklah ia


membantu kanak-kanak belajar dengan lebih baik. Menurut Gallagher, Bagin dan
Moore (2005), “Garis dasar bagi mana-mana program hubungan sekolah dan
komuniti adalah bagi membantu kanak-kanak untuk belajar dengan lebih baik.
Mereka akan belajar jika pihak berkaitan turut terlibat.” Dengan ini, program
hubungan sekolah dengan komuniti patut menekankan konsep permuafakatan dan
perkongsian antara sekolah dengan ibu bapa. Pihak berkuasa juga boleh
memperluaskan peranan PIBG. Kementerian Pendidikan mengutarakan inisiatif ini
yang dikenal sebagai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa. Kumpulan ini terdiri daripada
komuniti, iaitu ibu bapa yang berminat untuk belajar dan berkongsi amalan terbaik
dalam bekerja bersama dan membantu anak-anak mereka dalam proses
pembelajaran dan pembentukan. Ini telah menggambarkan kepentingan
permuafakatan komuniti dalam pendidikan.
Kepentingan yang seterusnya termasuklah permuafakatan komuniti dalam
pendidikan menambah baik kemudahan pendidikan. Sokongan dan sumbangan

Anda mungkin juga menyukai