Anda di halaman 1dari 13

Pemantapan Nilai Murni

Kepentingan pemantapan nilai-nilai murni


dalam kalangan masyarakat.
1) melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama
lain.
Nilai hormat-menghormati amat penting dan merupakan satu perkara
yang patut dimantapkan oleh masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh, saling bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina
mahupun warna kulit
mempraktikkan budaya senyuman kepada sesiapa tanpa mengira kaum,
bangsa dan sebagainya.
Dengan ini, mereka dapat menzahirkan rasa hormat dalam diri masing-
masing serta memupuk perpaduan antara satu dengan yang lain.
2) mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan
sejahtera.

Nilai saling membantu, toleransi perlu dimantapkan terutamanya


mereka yang berhidup berjiran.
Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong setempat boleh diadakan
sebulan sekali.
Dengan ini, budaya saling membantu dan toleransi dapat diteruskan.
Aktiviti tersebut juga akan berjalan dengan lancar dan harmoni berkat
kerjasama serta muafakat dalam kalangan jiran tetangga.
3) membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran
agama. (Kepercayaan kepada Tuhan)

 Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia dalam diri


seseorang di samping memberi kebaikan kepada negara.
Oleh hal yang demikian, ibu apa perlu memantapkan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara dalam kehidupan anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni yang berasaskan agama yang amat penting untuk
menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat.
Dengan ini, setiap orang mempunyai kesedaran terhadap
tanggungjawab sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia.
Bagaimanakah pemantapan nilai murni
masyarakat Malaysia terhasil?
• Penggunaan Multimedia

• Mata Pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik

• Didikan dan peranan ibu bapa dengan menjadikan suri teladan kepada
anak-anak mereka.

• Didikan agama masing-masing.

• Kempen yang dapat memantapkan nilai-nilai murni.


1. Penggunaan Multimedia
• Terdapat multimedia amat berkesan dengan memantapkan nilai-nilai
murni yang baik terhadap murid-murid secara tidak langsung.
• Anrtaranya, menayangkan video yang berfaedah atau berpendidikan
untuk memupuk sikap murid yang bermoral
• Sebagai contoh, video yang berkaitan dengan budaya dan agama di
Malaysia dapat digunakan sebagai bahan PdP Pendidikan Moral untuk
membentuk nilai saling menghormati antara murid yang kepelbagaian
sosial dalam kelas.
• Melalui penggunaan multimedia, murid dapat lebih mengenali dan
dan memahami adat resam kepelbagaian kaum dan mewujudkan
perpaduan sesama kaum.
2. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan
Sivik
• Semasa mengajar mata pelajaran Moral dan Sivik, guru dapat
menggunakan contoh yang baik untuk menerapkan nilai murni dalam
kalangan murid.
• Aktiviti-aktiviti pratikal lebih berkesan bagi memantapkan nilai-nilai
murni tertentu seperti bertangunggjawab, rasional, saling
menghormati dan saling membantu.
• Sebagai contoh, guru boleh membawa murid untuk melawat rumah
orang tua atau rumah anak-anak yatim untuk menerapkan nilai
menghormati dan sifat penyayang dalam jiwa murid-murid.
3. Didikan dan peranan ibu bapa dengan
menjadikan suri teladan kepada anak-anak mereka
• Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan rujukan yang pertama
kepada anak-anak dalam membentuk sahsiah diri apabila mereka
semakin membesar.
• Sebagai contoh, ibu bapa perlu memantapkan nilai-nilai murni seperti
sentiasa ziarah-menziarahi saudara-mara serta jiran-jiran sekampung.
• Dengan ini, anak-anak akan mengetahui tetang kepentingan
mengamalkan sifat menghormati terhadap masyarakat sekeliling.
• Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk
menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
• Dengan mengadakan aktiviti tersebut, mereka akan mewujudkan
sikap prihatin dan hormat terhadap orang lain.
• Sebagai contoh, aktiviti gotong royong dapat mewujudkan perasaan
penerimaan antara satu dengan yang lain, dan juga membentuk sikap
toleransi dan menghormati dalam kalangan masyarakat.
• Melalui aktiviti tersebut pula, ia dapat memberi kesedaran kepada
anak mereka bahawa pentingnya nilai-nilai tertentu serta
memantapkannya dalam kehidupan harian mereka terutamanya
semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum.
4. Didikan agama masing-masing.

• Terdapat didikan agama kepada anak-anak amat penting dan perlu


dimantapkan dalam kalangan mereka.
• Ibu bapa boleh berperanan dengan menghantar mereka untuk
mendalami tentang ilmu agama supaya mereka dapat menjadi insan
yang lebih baik dan cemerlang.
• Terdapat didikan agama telah menerapkan nilai-nilai yang baik
sehingga membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Antaranya,
mereka akan mengelakkan diri daripada perbuatan yang haram,
masyarakat menjadi lebih harmoni serta aman.
Kempen yang dapat memantapkan nilai-nilai
murni.
Kempen yang berkesan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid bagi memantapkan

nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai contoh, nilai-nilai seperti bekerjasama, toleransi, saling menghormati serta saling

memahami boleh diterapkan secara tidak langsung sepanjang masa proses aktiviti tertentu

dilaksanakan. Kempen mengenai kepelbagaian kaum dan perayaan dalam Malaysia, cara

memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia dan sebagainya.


Kempen mengenai kepelbagaian kaum dan perayaan dalam Malaysia, cara

memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia dan

sebagainya.

Murid-murid akan memantapkan nilai-nilai murni dengan aplikasi nilai-nilai

tertentu, antaranya: memberi salam tanpa mengira bangsa dan agama,

memahami budaya kepelbagaian kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia.


• Murid-murid akan memantapkan nilai-nilai murni dengan aplikasi
nilai-nilai tertentu, antaranya: memberi salam tanpa mengira bangsa
dan agama, memahami budaya kepelbagaian kaum dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai