Anda di halaman 1dari 2

7.

0 Laporan akhir

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan


selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. PBS juga
merupakan satu program yang dirancang khas bagi menambahkan pengetahuan dan
pengalaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. PBS merupakan
pengalaman ketua bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) semester 3. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil
daripada PBS yang telah saya jalankan di SJK(C) Chung Sing.

Sepanjang keberadaaan saya di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara


baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan
suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya dapati berlaku
perubahan pada diri saya dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru
antaranya dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan
pihak sekolah, para guru ataupun murid-murid.

Sepanjang PBS juga, saya telah belajar untuk berkomunikasi dengan murid-murid
apabila saya mendapat peluang untuk memerhatikan seorang guru mengajar dalam kelas
4H. Murid-murid kelas 4H menyambut kedatangan guru dengan ghairah. Murid-murid juga
sentiasa mendengar arahan guru walaupun masih ada murid tidak mendengar arahan guru.
Semasa sesi mengajar, mereka patut mematuhi arahan yang ditetapkan oleh guru-guru.
Walaupun masih ada yang membuat bising atau tidak menumpukan perhatian, saya
mendapati bahawa guru-guru akan menarik balik perhatian murid-murid dengan cara
mereka.

Melalui PBS, saya juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu
perkara. PBS mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul
mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid.
Ketika melakukan temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan, guru-guru dan juga
kakitangan sekolah serta murid-murid, ia sememangnya menguji keyakinan diri saya untuk
memberanikan diri bertanya soalan dan mendapatkan maklumat. Selain keyakinan diri, saya
juga dapat meningkatkan kebolehan komunikasi saya apabila menemu bual orang-orang
yang mempunyai jawatan dan bertanya soalan secara formal. Komunikasi yang baik
sememangnya dapat menyampaikan perkara yang ingin diberitahu dan dalam masa yang
sama menerima semula maklumat yang diingini. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk
kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan
murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat
menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.
Sepanjang melaksanakan PBS selama seminggu juga, saya tidak melepaskan peluang
untuk mengambil gambar di setiap sudut bahagian sekolah untuk dimasukkan ke dalam
lampiran laporan PBS saya. Maklumat-maklumat penting juga ketika dalam sesi temu bual
tidak saya lepaskan untuk mencatatnya. Hal ini perlu dalam melengkapkan tugasan yang
diberikan kepada saya dan dimasukkan ke dalam portfolio. Saya amat berpuas hati dengan
kerjasama yang telah diberikan kepada saya khususnya kepada pihak yang telah saya
jalankan sesi temu bual bersama.

Setelah melaksanakan PBS selama seminggu, saya telah berjaya mengumpul


maklumat-maklumat yang diingini untuk dianalisis dan dihantar. Gambar-gambar yang telah
diambil juga perlu dimasukkan ke dalam portfolio sebagai bukti perlaksanaan PBS. Saya
telah diberi masa untuk menyelesaikan semua tugasan seminggu selepas PBS.

Terdapat banyak aspek yang perlu dianalisis oleh saya dan pada mulanya saya
merasakan tugasan yang diberikan ini agak membebankan kerana tempoh masa
menyelesaikan tugasan ini agak pendek. Namun pada akhirnya saya berjaya juga untuk
menyiapkan tugasan ini.

Sebagai kesimpulannya, program PBS sememangnya satu platform yang sangat baik
bagi guru-guru pelatih dalam mendapatkan pendedahan awal tentang suasana dan
persekitaran di sekolah. Guru-guru pelatih juga berpeluang untuk mengetahui sistem
pengurusan sekolah melalui pihak-pihak pentadbir. Segala pengalaman dan ilmu yang telah
ditimba sepanjang melaksanakan PBS ini pastinya berguna di masa-masa hadapan
lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang guru kelak. Saya berasa amat bersyukur kerana
diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini. Pengalaman yang diperoleh semasa PBS
tidak akan dilupakan dan sememangnya ia menjadi sesuatu yang tidak terhitung nilainya
serta kenangan-kenangan manis yang telah dibina bersama.

Anda mungkin juga menyukai

  • XX
    XX
    Dokumen7 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • RPH Lengkap
    RPH Lengkap
    Dokumen8 halaman
    RPH Lengkap
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 1
    Tugasan 1
    Dokumen8 halaman
    Tugasan 1
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Pemantapan Nilai Murni
    Pemantapan Nilai Murni
    Dokumen13 halaman
    Pemantapan Nilai Murni
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Kamarud Kertas Kerja
    Kamarud Kertas Kerja
    Dokumen23 halaman
    Kamarud Kertas Kerja
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ~~~~
    ~~~~
    Dokumen1 halaman
    ~~~~
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 3
    Tutorial 3
    Dokumen11 halaman
    Tutorial 3
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen13 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Dokumen7 halaman
    Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Dr. Chiam Mindmap
    Dr. Chiam Mindmap
    Dokumen1 halaman
    Dr. Chiam Mindmap
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen5 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen2 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Poster
    Poster
    Dokumen3 halaman
    Poster
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • NN
    NN
    Dokumen2 halaman
    NN
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen11 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen2 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen5 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • E
    E
    Dokumen3 halaman
    E
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen3 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen3 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen4 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Dokumen22 halaman
    Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Haminah Orang Sumber A
    Haminah Orang Sumber A
    Dokumen6 halaman
    Haminah Orang Sumber A
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen5 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • C'C
    C'C
    Dokumen8 halaman
    C'C
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Langkah Penulisan GWP
    Langkah Penulisan GWP
    Dokumen1 halaman
    Langkah Penulisan GWP
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • PBS
    PBS
    Dokumen2 halaman
    PBS
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • G
    G
    Dokumen3 halaman
    G
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat