Anda di halaman 1dari 23

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

STAMPIN

KUCHING, SARAWAK.

KERTAS KERJA

PENUBUHAN

KELAB GENDANG 24 MUSIM

(24 FESTIVE DRUM)

SJK © STAMPIN
KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN “KELAB GENDANG 24 MUSIM” di SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN CINA STAMPIN, KUCHING

OLEH

ELLEN TING ZHEN ZHEN

1.0 PENGENALAN

Menurut Pravina Manoharan (2009), Gendang 24 Musim (24 Festive Drum) juga
dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu dan ia merupakan alat muzik
warisan orang cina di Malaysia. Terdapat seni persembahan warisan negara,
gendang 24 musim telah mendapat pengiktirafan dan diperkenalkan kepada
banyak nergara. (Clare C.S.C, 2001)

2.0 RASIONAL

Kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapat persetujuan terhadap


penubuhan gendang 24 musim (24 Festive Drum). Penubuhan kelab ini adalah
di atas dasarnya untuk mewarisi budaya dan memperkenalkan Gendang 24
musim kepada semua murid SJKC Stampin tanpa mengira apa-apa jua kaum
supaya gendang 24 musim dikenali oleh lebih ramai murid SJKC Stampin dan
seterusnya membangkitkan minat dan bakat mereka untuk belajar unsur-unsur
muzik yang lain. Dengan ini, melalui kelab tersebut, warisan budaya cina dapat
diteruskan biarpun apa-apa jua kaum murid-murid SJKC Stampin.

Rasional penubuhan Kelab Gendang 24 Musim ini adalah untuk:


 melatih para murid dalam mengurus sesebuah organisasi.
 memupuk semangat memelihara dan memulihara warisan budaya
tersebut.
 meningkatkan daya tahan murid-murid melalui latihan memain gendang
24 musim.
 mengeratkan hubungan antara murid-murid yang terdiri daripada
berbilang kaum di SJKC Stampin.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Kelab Gendang 24 Musim SJKC Stampin adalah
untuk memberi peluang kepada setiap murid SJKC Stampin untuk
mengembangkan bakat secara seimbang dan menyeluruh dari segi aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek. Selain itu, dengan adanya Kelab Gendang 24
Musim ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama murid-murid SJKC Stampin
yang berbilang kaum diperkukuhkan.
4.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Kelab Gendang 24 Musim :
 Memupuk semangat mewarisi budaya dalam kalangan murid SJKC
Stampin.
 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid yang berbilang
kuam SJKC Stampin.
 Memperkenalkan atau mempopularkan warisan budaya cina, Gendang 24
Musim kepada semua murid SJKC Stampin.
5.0 PERKARA
Permohonan Mengenai Penubuhan Kelab Gendang 24 Musim SJKC Stampin,
Kuching.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua murid SJKC Stampin, Kuching.

7.0 PENUBUHAN KELAB


7.1 JENIS KELAB
Kelab Gendang 24 Musim dan ia dikategorikan pada bidang bukan
akademik.

7.2 STRUKTUR JAWATANKUASA


A) JAWATANKUASA PENAJA

Pengerusi : Encik Low Jun Wen


(Guru Bahasa CIna)
Naib Pengerusi : Cik Olivia Uji
( Ketua Panita Sejarah)
Setiausaha : Puan Sherry jolle
(Guru Sejarah)
Bendahari : Puan Nur Sakinah Bt Awang Rahman
( Guru Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Guru Penasihat : Cik Chan Mei Hui
(Guru Bahasa Inggeris)
AJK-AJK Biasa : Dhashini A/P Kumara Rau
: Dunstan Darrel Anak Keming
Fatin Najwa Binti Razali
Karina Ignasia Anak Norman
Sia Bick Dien
Tracy Wong Wan Qii
Chua Yee Lin

B) JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Ting Sik Kong


(Guru Besar)
Penolong Kanan : Puan Kong Ee Ming
Kokurikulum
Pengerusi : Cik Ellen Ting Zhen Zhen
(Ketua Panitia Bahasa Cina)
Setiausaha : Cik Tay Sheau Wen
Bendahari : Encik Aaron Michael A/L Ganesan
Guru Penasihat : Encik Robin Kong Zhen Liang
Pn Nabilah Natasha Bt Mohd Arif
Enick Haiqal Izaham Bin Hamid
C) JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Joyce Tiong En Ning


Naib Pengerusi : Muhammad Syafiq Bin Mohd Johar
Setiausaha : Trisha Ting Jia Hui
Naib Setiausaha : Nur Sakinah Binti Ruslan

Bendahari : Mavis Lee Shien Hui


Naib Bendahari : Jennifer Awang Merang
Ajk Promosi : Ling Bin Bin
: Camelia Asyikin Binti Ayob
: Ivy Wong Yin YIn
Ajk Disiplin : Joycelyn Jelembai Anak Juan
Ajk Aktiviti : Travis Wong Ling Feng
: Barry Raman
Ajk Kebajikan : Evangelyne Cherry Anak Keming
: Norsyaza Syahira Binti Saharin
Ajk Tugas- : Amieer Bin Abdul Rahim
Tugas Khas : Diana David

7.3 STRUKTUR JAWATANKUASA.

Gambar Rajah 7.3 Struktur Jawatankuasa Kelab Gendang 24 Musim SJKC


STAMPIN, KUCHING.

(Universiti Malaysia Sabah, 2019)

7.4 CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN


Kelab Gendang 24 Musim akan merancangkan aktiviti-aktiviti kelab
seperti berikut;
a) Latihan mingguan.
b) Aktiviti Karnival- mengambil bahagian dalam booth pameran.
c) Persembahan sempena aktiviti SJK(C) Stampin seperti Sambutan
Tahun Baru Cina, Majlis Rasmi yang diadakan oleh pihak sekolah
dan sebagainya.
d) Mengadakan Pertandingan seperti Pertandingan International Youth
Culture & Art Festival.
e) Mengadakan Ujian bertulis dan kemahiran Gendang 24 Musim.
f) Program sesi pertembungan dengan kelab gendang 24 musim
sekolah lain untuk saling menukar dan berkongsi pengetahuan dan
kemahiran mengenai gendang 24 musim.

7.4.1 Perkembangan Diri Individu


Segala aktiviti kelab tersebut dapat memberi peluang kepada
murid-murid melatih diri sendiri supaya berdisiplin, menjamin
kesihatan diri, memupuk bakat serta menghayati nilai-nilai
seperti perpaduan serta kewarganegaraan.
7.4.2 Hobi dan rekreasi
Dengan melibatkan Kelab Gendang 24 Musim, murid-murid
SJKC Stampin dapat menerima pengetahuan dan kemahiran
mengenai gendang 24 musim. Selain daripada itu, murid-murid
juga dapat melengkapkan diri serta mengisi masa lapang
mereka dengan bermakna sehingga dapat membina kesihatan
fizikal dan mental murid-murid SJKC Stampin.
7.4.3 Interaksi atau pendedahan
Melalui kelab tersebut, murid-murid SJKC Stampin dapat
mengenali dan berkomunikasi dengan rakan-rakan lain yang
berbilang kaum semasa mereka berkongsi ilmu pengetahuan
ataupun kemahiran yang telah diterima. Murid-murid akan
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kerjasama serta
semangat perpaduan dalam proses bergaul dengan murid-murid
yang berbilang kaum.
7.4.4 Khidmat Masyarakat
Murid-murid SJKC Stampin yang melibatkan diri dalam kelab
gendang 24 musim dapat memberi khidmat kepada masyarakat.
Hal ini bertujuan untuk memupuk hubungan dua hala antara
sekolah dengan mayarakat serta menyemai semangat
bekerjasama, berkhidmat dan sebagainya. Sekolah dapat
menggunakan aktiviti kokurikulum sebgai satu sumber untuk
murid-murid mempraktikkan segala pengetahuan dan juga
kemahiran yang diperolehi kepada masyarakat. Sebagai contoh,
membuat persembahan rasmi pada sesuatu majilis rasmi. Dana
persembahan yang dikutip adalah untuk melengkapkan
peralatan kokurikulum seperti gedang, tongkat gendang dan
sebagainya.

7.5 PERANAN KELAB DALAM MEMANTAPKAN HUBUNGAN


KEPELBGAIAN BUDAYA DI SEKOLAH.
Melalui penubuhan kelab Gendang 24 Musim, terdapat ia dapat
memantapkan hubungan kepelbagaian budaya di sekolah dengan
menyeratai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. (Dewan
Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor, 2017) Menurut Nor
Suhara Bt Hj Fadzil dan Jamil Bin Ahmad (2010), penyertaan murid
sebagai generasi muda dan rakyat di negara ini dalam kokurikulum
dapat menyemai perasaan perpaduan, mesra budaya serta nilai-nilai
murni secara tidak langsung dan langsung. Hal ini telah selaras
dengan teras kedua, iaitu membangunkan Modal Insan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) dan terdapat modal insan yang
memupuk semangat perpaduan merupakan aset utama negara.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) Kokurikulum pula
berperanan penting dengan membangunkan modal insan sehingga
memantapkan hubungan kepelbagaian budaya di sekolah. Antaranya,
latihan mingguan dapat memantapkan hubungan kepelbagaian budaya
di sekolah. Penubuhan kelab gendang 24 musim adalah bertujuan
untuk memperkenalkan warisan budaya cina kepada semua murid
SJKC Stampin yang berbilang kaum. Terdapat murid-murid yang
terlibat dapat saling mempelajari serta mendapat pengetahuan dan
kemahiran yang telah diajarkan sehingga memperkembangkan bakat
mereka secara menyeluruh dan seimbang dari segi JERIS. Dalam
proses saling mempelajari, hubungan kepelbagaian budaya dalam
kalangan murid-murid SJKC Stsmpin pula dieratkan.
Selain itu, persembahan sempena aktiviti SJKC Stampin juga
akan diamalkan dan dapat memantapkan hubungan kepelbagaian
budaya di sekolah. Terdapat membuat sesuatu persembahan perlu
mempunyai pasukan yang sanggup bekerjasama antara satu dengan
yang lain.(Fauziah Bt Ariyon,2004) Bagi memastikan kelancaran
persembahan gendang 24 musim, ahli-ahli perlu mempunyai keakuran.
Dalam proses tersebut, ahli-ahli akan saling memahami dan mengenali
kepelbagaian sosiobudaya antara satu dengan yang lain sehingga
persembahan tertentu dapat menarik minat murid-murid lain bagi
mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang keistimewaan
warisan budaya cina tersebut. Dengan ini, semangat perpaduan akan
dipupuk dan hubungan kepelbagaian budaya di sekolah dimantapkan.
Akhirnya, pertandingan-pertandingan yang mengenai seni
budaya juga akan diamalkan dalam kelab tersebut. Sebagai contoh,
pertandingan peringkat sekolah dan juga pertandingan peringkat
negeri seperti Pertandingan International Youth Culture & Arts Festival
di Melaka. Melalui pertandingan tersebut, ahli-ahli akan menerima
banyak pengalaman daripada pasukan lain. Selain daripada itu,
melalui pertandingan mengenai seni budaya, ahli-ahli pula dapat lebih
mengenali dan memahami warisan budaya berbilang kaum sehingga
memantapkan hubungan kepelbagaian budaya di sekolah kerana
saling memahami dan menghormati antara satu dengan yang lain.

7.6 PERATURAN PENUBUHAN KELAB.

7.6.1 Jawatankuasa penaja perlu dibentuk untuk menetapkan:


a) Tujuan dan matlamat menubuh Kelab atau Persatuan.
b) Aktiviti dan kegiatan tahunan
c) Peraturan
d) Perlembagaan
7.6.2 Setiausaha penaja menulis surat permohonan rasmi
kepada Guru Besar dengan merangkumi dokumen yang
telah ditetapkan di atas yang lengkap.
7.6.3 Mendapatkan kelulusan Pendaftaran Kelab atau
Persatuan daripada Guru Besar.
7.6.4 Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah
diluluskan oleh Guru Besar.
7.6.5 Mengadakan mesyuarat Agung penubuhan dengan
a) Melantik AJK Kelab atau Persatuan baru.Ajk Penaja
boleh diganti jika ada persetujuan.
b) Membentang dan membaca kandungan
perlembagaan untuk maklumat ahli (Sekiranya
terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)
c) Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan.
d) Mengesahkan dokumen-dokumen kelab atau
persatuan.
7.6.6 Mengoperasikan kelab atau persatuan.

7.7 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM KELAB.


Rujuk Lampiran 3

8.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN.


8.1 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN.
Gambar Rajah 8.1 : Langkah-langkah penubuhan persatuan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2017)

8.2 CARTA ALIR PENUBUHAN KELAB


Gambar Rajah 8.2 : Carta Alir Penubuhan Kelab (Kementerian Pendidikan Malaysia ,
2018)
8.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN KELAB

PERLEMBAGAAN KELAB GENDANG 24 MUSIM


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA STAMPIN, KUCHING.

PERATURAN-PERATURAN(PERLEMBAGAAN) KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kelab


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei
1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Kelab
Gendang 24 Musim, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Stampin yang selepas ini
disebut sebagai “Kelab” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : KELAB GENDANG 24 MUSIM


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA STAMPIN
b) Alamat : SJK(C) STAMPIN
801-2B JALAN TUN JUGAH, KEMPAS HEIGHTS,
93350, KUCHING, SARAWAK.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Matlamat penubuhan Kelab Gendang 24 Musim adalah untuk memberi


peluang kepada setiap murid tanpa mengira apa-apa jua kaum untuk
mengembagkan potensi mereka secara seimbang dan menyeluruh dari segi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya memperkenalkan dan mengekalkan budaya cina.

3.2 Memberikan kesempatan kepada ahli-ahli supaya dapat mengetahui


bahawa kepentingan dan keistimewaan budaya cina.

3.3 Ahli-ahli akan berdaya usaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi
dalam aktiviti yang diceburi.
PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid SJKC Stampin, Kuching tanpa mengira
apa-apa jua kaum.
4.2 Pemohonan menjadi ahli adalah melalui cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli patut menerima serta mempersetujui untuk berpegang
kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti
kelab dengan cergas sehingga menjayakan tujuan kelab tersebut.
4.4 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan.
4.5 Jika ahli menarik diri dari menjadi ahli, wang yurannya tidak akan
dipulangkan.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri dariapda guru sekolah tersebut.

5.2 Guru Penasihat perlu berperanan dalam memberi nasihat dalam


perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti .

5.3 Guru Penasihat perlu bersama dengan ahli-ahli sepanjang masa aktiviti
ataupun program dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam Mesyuarat Agung


Tahunan.

6.2 Ahli-ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa


manakala ahli-ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab pula layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa .

6.3 Cara pemilihan ahli jawatankuasa adalah melalui undian.

6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:


6.5.1 Pengerusi

6.5.2 Naib Pengerusi

6.5.3 Setiausaha

6.5.4 Penolong Setiausaha

6.5.5 Bendahari

6.5.6 Penolong Bendahari

6.5.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan


Kelab ataupun persatuan.)

6.6 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah


menghantar surat peletakan jawatan kepada guru penasihat.

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa


dan mengawasi perjalanan kelab.

7.1.2 Menjalankan tugasan-tugasan lain yang telh diarahkan oleh


guru penasihat dari semasa ke semasa.

7.1.3 Meneliti catatan minit mesyuarat yang dicatat oleh setiausaha


semasa minit mesyuarat dijalankan.

7.1.4 Memastikan segala keputusan yang diputuskan telah


mengambil tindakan yang sewajarnya.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Naib pengerusi akan membantu pengerusi dalam hal persatuan


ataupun kelab dan mempengerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan
menyediakan minit serta merekodkan semua aktiviti.

7.3.2 mencatat kehadiran ahli.

7.3.3 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab ataupun


persatuan.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku


jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha.

7.4.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru


penasihat dari semasa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Memungut segala bayaran ahli, menyimpan akaun serta


menyediakan penyata kewangan tahunan sebelum mesyuarat
agung.

7.5.2 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab


ataupun persatuan.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaan


bendahari.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam semua program dan


aktiviti yang dilaksanakan.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah tajaan dari pihak luar dan yuran
kelab ataupun persatuan sebanyak RM15.00.

8.2 Kelab juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui penglibatan aktiviti
atau persembahan rasmi di luar sekolah.
8.3 Semua pungutan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,
sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

8.4 Aktiviti-aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan


derma khas daripda ahli atau bukan ahli untuk membiayai aktiviti
tersebut.

PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri segala aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahunan.
9.2 Menghadirkan diri dalam semua aktiviti kelab. Ahli-ahli yang tidak hadir
sebarang aktiviti dan perjumpaan selama tiga kali berturut-turut tanpa
alasan yang manasabah akan digugurkan keahlian. Tindakan
memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10.3 Semua aktiviti luar mesti mendapat kelulusan pihak sekolah serta
mendapat kebenaranibu bapa.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah dijadikan peraturan asas. Peraturan khas yang


ditetapkan perlulah dipatuhi oleh semua ahli.

11.2 Selain daripada peraturan sekolah, peraturan khas yang ditetapkan


melalui mesyuarat juga patut dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.

11.4 Kegiatan-kegiatan luaran tidak dibenarkan sekiranya tidak mempunyai


bimbingan guru penasihat.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Tindakan akan diambil kepada ahli-ahli yang melanggar perlembagaan


kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

12.3 Membuat rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis


sekiranya ada ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang
diambil dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia


dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli


jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan dibincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan


disahkan oleh Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN KELAB

14.1 Guru Besar berkuasa untuk membubarkan kelab sekiranya didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

14.2 Sebelum pembubaran kelab, segala hutang wajib dijelaskan. Baki


kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap segala


aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

............................ ........................... ................................

( SHERRY JOLLE) (CHAN MEI HUI) (LOW JUN WEN)

Setiausaha Kelab Guru Penasihat Kelab Pengerusi Kelab

Gendang 24 Musim Gendang 24 Musim Gendang 24 Musim


9.0 IDENTITI PERSATUAN / KELAB
9.1 Merekacipta identiti persatuan / kelab.

Logo Kelab Gendang 24 Musim ini terdiri daripada warna merah, putih
dan hitam. Warna merah melambangkan budaya cina, keberanian dan
kesungguhan pelajar dengan berdaya usaha secara berterusan bagi
mempertahankan warisan budaya cina tersebut sehingga warisan
budaya cina, gendang 24 musim dapat diperkenalkan kepada semua
murid tanpa mengira apa-apa jua kaum di SJKC Stampin. Selain itu,
warna putih menggambarkan harmoni, aman serta perpaduan dalam
kelab yang terdiri daripada berbilang kaum. Di samping itu, warna hitam
melambangkan kekayaan warisan seni dan kebudayaan cina, Gendang
24 Musim.

Permukaan Gendang 24 Musim tersebut telah menggambarkan


kesatuan yang bermaksud apabila menghadapi masalah, ahli-ahli
patutlah sanggup memberi bantuan kepada mereka tanpa mengira apa-
apa jua kaum.

Gambar dalam gelang tersebut terdiri daripada tiga orang yang


telah menggunakan sebiji gendang 24 musim untuk memainkan
gendang bersama dan ketiga-tiga orang telah melambangkan ketiga-tiga
kaum utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Hal ini telah
menggambarkan murid-murid yang terlibat dalam kelab tersebut dapat
memupuk kerjasama, saling mempelajari pengetahuan dan kemahiran
gendang 24 musim serta memupuk perpaduan kaum sehingga
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Mereka juga dapat
mengembangkan potensi dan bakat mereka dari adpek jasmani, emosi,
rohani dan intelek dalam keadaan yang ceria dan mesra.

9.2 MOTO
Ada Gendang, Ada kita, Warisan Budaya Cina? Kita Pelihara!

9.3 LAGU PERSATUAN / KELAB

<FIGHT SONG>
Lirik: Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion
And all those things I didn’t say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?
This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song
My power’s turned on
Starting right now I’ll be strong
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes
‘Cause I’ve still got a lot of fight left in me
Losing friends and I’m chasing sleep
Everybody’s worried about me
In too deep
Say I’m in too deep (in too deep)
And it’s been two years I miss my home
But there’s a fire burning in my bones
Still believe
Yeah, I still believe
And all those things I didn’t say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?
This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song
My power’s turned on
Starting right now I’ll be strong
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes
‘Cause I’ve still got a lot of fight left in me
A lot of fight left in me
Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion
This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song
My power’s turned on
Starting right now I’ll be strong (I’ll be strong)
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes
‘Cause I’ve still got a lot of fight left in me
Know I’ve still got a lot of fight left in me

10.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Kelab Gendang 24 Musim amat memberi faedah


kepada para murid SJK(C) Stampin. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam kelab ini mampu melahirkan kelompok masyarakat yang
bersatu padu dan berhemah tinggi. Dengan ini, matlamat negara Malaysia
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat cinta
akan Negara dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini
(Tan Sri Norliza Rofli, 2016). Oleh hal yang demikian, kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan penubuhan
Kelab Gendang 24 Musim berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh:

………………………..
(LOW JUN WEN)

Pengerusi Kelab Gendang 24 Musim

SJK (C) Stampin, Kuching.

Disemak oleh:

.................................

(CHAN MEI HUI)

Guru Penasihat Kelab Gendang 24 Musim

SJK (C) Stampin, Kuching.

Diluluskan oleh:

………………………..

(TING SIK KONG)

Guru Besar

SJK (C) Stampin, Kuching.

Anda mungkin juga menyukai

  • XX
    XX
    Dokumen7 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ~~~~
    ~~~~
    Dokumen1 halaman
    ~~~~
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • RPH Lengkap
    RPH Lengkap
    Dokumen8 halaman
    RPH Lengkap
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Pemantapan Nilai Murni
    Pemantapan Nilai Murni
    Dokumen13 halaman
    Pemantapan Nilai Murni
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 1
    Tugasan 1
    Dokumen8 halaman
    Tugasan 1
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 3
    Tutorial 3
    Dokumen11 halaman
    Tutorial 3
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Dokumen7 halaman
    Latihan Bebanan.: 1. Permainan Kecil
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen2 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Dr. Chiam Mindmap
    Dr. Chiam Mindmap
    Dokumen1 halaman
    Dr. Chiam Mindmap
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Poster
    Poster
    Dokumen3 halaman
    Poster
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen13 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • NN
    NN
    Dokumen2 halaman
    NN
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen5 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen11 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen3 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen4 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Dokumen22 halaman
    Minggu 6 (Aspek Ketidaksamaan Pendidikan)
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen5 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • E
    E
    Dokumen3 halaman
    E
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • XX
    XX
    Dokumen3 halaman
    XX
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • CC
    CC
    Dokumen2 halaman
    CC
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • PBS
    PBS
    Dokumen2 halaman
    PBS
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • ZZ
    ZZ
    Dokumen5 halaman
    ZZ
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • C'C
    C'C
    Dokumen8 halaman
    C'C
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Haminah Orang Sumber A
    Haminah Orang Sumber A
    Dokumen6 halaman
    Haminah Orang Sumber A
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • Langkah Penulisan GWP
    Langkah Penulisan GWP
    Dokumen1 halaman
    Langkah Penulisan GWP
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • PBS
    PBS
    Dokumen2 halaman
    PBS
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat
  • G
    G
    Dokumen3 halaman
    G
    Ellen Ting
    Belum ada peringkat