Anda di halaman 1dari 7

1.

CABARAN MATA PELAJARAN SEJARAH ( KURANG MINAT)

Lezah@ Lejah Binti Kiamsin dan Rosy Binti Talin. (2018)

Kaedah Pengajaran Sejarah yang diminati Pelajar dan Justifikasinya.

Kaedah pengajaran – elemen yang penting bagi merangsang minat dan pencapaian pelajar.

Cabaran : Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan. ( disebabkan


pendekatan, kaedah serta strategi yang digunakan oleh guru yang dianggap kurang sesuai
untuk diamalkan.) Kualiti Guru ( kemahiran mengajar guru- menghubungkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam pengajarannya)(kemahiran mengajar meliputi aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan
menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan
iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori
pengajaran dan pembelajaran), kurang menghasilkan / mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif dan keberkesanan), faktor minat, sikap dan gaya
pembelajaran murid.

Tinjauan Litriture

Tan dan Carol (2013) turut mengakui bahawa kemahiran guru dalam mengaplikasian
teknologi seperti video YouTube sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah berjaya menarik minat dan meningkatkan kefahaman dan
daya ingatan pelajar kerana isi pengajaran disampaikan secara telus. Guru-guru Sejarah
seharusnya lebih kompeten dalam mendepani dan menyesuaikan diri mereka dengan
perkembangan ICT dalam dunia pendidikan dengan mengaplikasikan sepenuhnya
kemahiran teknologi maklumat yang mereka miliki mengikut kesesuaian isi
kandungan atau tajuk bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah
yang lebih efektif. Kenyataan ini sesuai dan seiring dengan kemajuan teknologi yang
semakin meningkat serta hasilnya diharap dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian
oleh Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib (2016),
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan sumber,
kepelbagaian penggunaan sumber, dan penggunaan sumber dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

Cara / Kaedah : Kaedah pembentangan, sesi soal jawab, garelly walk dan perbahasan.
2. Malaysiakini ( https://www.malaysiakini.com/news/253393)

有提到 masalah m/p Sejarah)

- subjek Sejarah berperanan dalam pembinaan bangsa masih kabur, sekiranya


rungutan-rungutan yang dilontarkan pelajar berhubung mata pelajaran itu tidak dapat
diatasi.
- Kaedah memaksa pelajar menghafal fakta yang dipraktikkan dalam pengajaran mata
pelajaran itu sejak sekian lama menjauhkan lagi pelajar dengan sejarah.
- sikap para pelajar yang malas membaca, sukar mengingati fakta, tidak berminat
dengan mata pelajaran Sejarah, tidak menguasai apa yang diajar serta pembelajaran
kurang berkesan. buku teks yang terlalu menekankan fakta selain kurangnya
kemahiran guru untuk menghurai dan mentafsir satu-satu peristiwa sejarah yang
berlaku.
- apabila penekanan hanya kepada bahan teks semata-mata, ia menyebabkan pelajar
tidak mendapat gambaran jelas tentang peristiwa sejarah yang berlaku sekaligus
menyukarkan mereka memahami dan menghayatinya.

Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 40-57 40

3. PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DI


SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA, 1957 - 1989

(Sharipah Aini Jaafar Arba’iyah Mohd Noor)

Kaedah pembelajaran Sejarah adalah lebih berpusatkan guru. Pengajaran guru bersifat
indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala, tidak mewujudkan peluang interaksi
antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah menjadi begitu kaku. Guru mengekalkan kaedah tradisi di bilik darjah. Guru
kurang mempunyai kepakaran dalam menyampaikan pedagogi terkini. Kaedah ‘chalk
and talk’ yang menekankan interaksi sehala serta teknik hafalan terhadap sesuatu
fakta。Penggunaan buku teks
Guru Sejarah juga jarang dipanggil berkursus untuk meningkatkan tahap profesionalisme
mereka dalam pengajaran Sejarah.

- mengutamakan kelulusan dalam peperiksaan, penggunaan ‘chalk and talk’ yang


berlebihan, menghasilkan set nota yang baik, bergantung sepenuhnya pada buku
teks, berazam menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat, melatih pelajar
menulis esei secara berterusan dan mengutamakan penghafalan fakta.

4. Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

(Ariegusrini Bte Agus Mohamad Johdi Bin Salleh )

Masalah dan bagaimana

Untuk mengajar Sejarah, apa yang diperlukan ialah ingatan dan imaginasi guru dan para
pelajar. Maka, apabila guru menggunakan bahan bantuan mengajar, daya ingatan pelajar
menjadi lebih baik berbanding dengan pengajar yang tidak menggunakan sebarang bahan
bantuan mengajar. Selain daripada itu, dengan adanya bahan bantu mengajar, konsep
pengajaran dapat dijelaskan dan diperkembangkan dengan lebih terperinci. Pengajaran
guru juga akan menjadi lebih bersifat kreatif dan tidak membosankan pelajar.

Cadangan:

- Dari segi bahan bantuan mengajar, Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi
moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
Dengan itu, guru harus mengetahui cara mengendalikan projektor slaid, projektor
filem, serta alat bantu mengajar yang lain.

5. PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN SEJARAH PADA ABAD KE-


21 DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT BELAJAR SEJARAH
Jurnal Pemikir Pendidikan (2016) 7: 44–56
© Universiti Malaysia Sabah
( Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib)

Masalah :
mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang kurang diminati pelajar kerana cara
penyampaian yang berbentuk tradisional dan tidak menarik perhatian pelajar
- satu mata pelajaran yang membosankan disebabkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang hanya berpusatkan guru (Rossafri & Wan Ahmad, 2007).

pelajar-pelajar kurang diberikan peluang untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung (Rossafri & Wan Ahmad, 2007).

Cara tradisional : ceramah dan menggunakan buku teks serta papan hitam

Kelemahan sebenar dalam menguasai kurikulum sejarah adalah disebabkan gaya


penyampaian yang kurang berkesan (Brown, 1980). ( gaya kreativiti guru Sejarah yang
mana guru perlu memantapkan ilmu sejarah dan melibatkan pelajar dalam semua
kemahiran belajar sejarah yang ada (Bahari Md Shah, 2011) dalam Mohamad Fadzil dan
Abdul Jaleel (2013).)

Cara:
penggunaan kepelbagaian teknologi termasuklah penggunaan multimedia- mempengaruhi
minat belajar sejarah.

Di negara-negara Eropah, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat menarik minat belajar dan meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah (Lee, 2013). ( sokong hujah yg guna tmk
sebagai alat pdp)

Contoh sumber/ ABM : Classdojo, Creative Writing Prompts, Subtext, dan Trello
amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Alasan guna teknologi :pelajar pada hari ini dilahirkan dengan pelbagai jenis gadget dan
aplikasi yang memberi banyak maklumat dan pengetahuan kepada mereka.
6. KAEDAH PEMBELAJARAN SEJARAH DENGAN
MENGAMBIL KIRA MINAT DAN PENINGKATAN
PRESTASI

Masalah: - membosankan dan padat dengan fakta-fakta, Kelemahan sebenar dalam


menguasai

kurikulum sejarah adalah disebabkan gaya penyampaian yang kurang berkesan.


pembelajaran yang hanya berpusatkan guru, guru kurang menggunakan kaedah atau
pendekatan yang pelbagai untuk menarik minat pelajar semasa sesi pembelajaran,

Cadangan: Penggunaan multimedia dan pendidikan melalui lawatan ke muzium telah


melihat pelajar sebagai
pembina pengetahuan dan bertindak secara aktif dalam melakukan aktiviti pembelajaran. (
Penggunaan teknologi maklumat pada masa ini memudahkan pelajar untuk mengakses
maklumat

dengan cepat. Penggunaan multimedia akan memberikan peluang kepada pelajar aktif
dalam
pembelajaran sejarah)

7. PENGGUNAAN SUMBER DIGITAL SEJARAH DALAM KALANGAN


GURU SEJARAH

Masalah : - kemahiran menggunakan sumber digital sejarah dalam kalangan guru juga
berada dalam tahap sederhana.
- Sumber-sumber sejarah seperti dokumen, artifak, catatan dan dapatan baru yang terdapat
di muzium mahupun arkib perlu ditonjolkan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah
(Lee, 2002). Namun penerokaan sumber primer mahupun sumber sekunder dalam
pengajaran Sejarah adalah terhad (Wineburg, 1991) Persediaan guru di bilik darjah masih
terlalu bergantung terhadap buku teks (Gillaspie & Davis, 1997; Van Hover & Yeager, 2004;
Siti Hawa Abdullah, 2008).Hal ini kerana guru-guru dan murid yang mahu meneroka
sumber-sumber sejarah di luar buku teks dan pusat sumber sering berakhir dengan
kekecewaan kerana lawatan ke muzium, arkib mahupun tempat-tempat bersejarah dihadkan
oleh perbelanjaan yang tinggi dan masa perjalanan yang panjang (Bolick, 2006)
- guru sejarah masih mengamalkan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan
pembelajaran

- Keterbatasan penggunaan ICT oleh guru sejarah dalam pengajaran dan


pembelajaran sejarah ini berkemungkinan berpunca daripada beberapa kekurangan
seperti kurang pengetahuan tentang ICT, kurang mahir menggunakan teknologi,
peralatan yang kurang lengkap dan kekangan masa.4

Anda mungkin juga menyukai