Anda di halaman 1dari 9

PENGETAHUAN GURU SEJARAH DALAM

PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH


RENDAH
Zunaida Zakaria1, Abdul Razak Ahmad2, Mohd. Mahzan Awang3
1,2,3
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor, MALAYSIA
1
zunaida73@gmail.com

ABSTRAK
Matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untuk mewujudkan suatu identiti bangsa atau sebagai alat
untuk pembinaan bangsa. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, kecekapan guru dalam
mengendalikan bilik darjah secara berkualiti dan berkesan adalah bertitik tolak daripada penguasaan guru
terhadap pengetahuan sejarah itu sendiri, guru mengetahui apa yang akan diajar dan bagaimana sesuatu
pengetahuan sejarah itu boleh dikembangkan bagi memperkayakan pengetahuan dan kefahaman murid. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan guru sejarah dalam pelaksanaan kurikulum sejarah sekolah rendah.
Pengetahuan guru sejarah ditinjau bagi aspek pengetahuan guru terhadap kandungan kurikulum sejarah dan
pengetahuan guru terhadap pedagogi sejarah. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal
selidik. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata yang melibatkan 800
guru sejarah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian rintis keseluruhan konstruk berada di tahap
kepercayaan yang tinggi dan valid digunakan dalam kajian sebenar. Analisis data menggunakan SPSS versi 23.0
bagi menganalisis data yang berbentuk deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (MANOVA satu hala).
Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan kandungan sejarah dan pedagogi sejarah masih lagi berada di
tahap sederhana tinggi dan sederhana. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
pengetahuan guru sejarah berdasarkan jantina dan pengkhususan namun terdapat perbezaan yang signifikan
pengetahuan guru sejarah berdasarkan pengalaman mengajar. Pendidikan Sejarah yang berkesan adalah dapat
menerapkan kemahiran dan penghayatan nilai sejarah ke dalam jiwa murid, iaitu sentiasa bersedia dan rela
berkorban nyawa untuk mempertahankan negara dapat mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun
Negara.

Kata Kunci : Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, Pengetahuan Kandungan Kurikulum,


Pengetahuan Pedagogi Sejarah. Guru Sejarah

PENGENALAN
Pendidikan Sejarah mempunyai perkaitan rapat dengan disiplin lain dalam kapasitinya merentas kurikulum dan
merupakan satu-satunya subjek yang paling banyak membincangkan aspek kewarganegaraan dan ketamadunan
yang perlu disebatikan dalam jiwa sanubari kanak-kanak semenjak di bangku sekolah selaras dengan konsep
psikologi Piaget. Pelaksaaan kurikulum sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan dalam kalangan
ahli akademik dan masyarakat. Ini disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah sering dianggap
masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana “attractive” hingga memberi
implikasi dan pengaruh negatif kepada murid. Kegagalan ini akan menyebabkan matlamat pendidikan sejarah
yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru, untuk menyelesaikan permasalahan ini, perlu adanya
satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di
Malaysia.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru sejarah perlulah dan menguasai pengetahuan kandungan
kurikulum dan pengetahuan pedagogi bagi merancang pengajarannya dan memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah yang efektif dan sesuai dengan keupayaan dan kebolehan murid. Namun, masih wujud
kelemahan guru dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah unsur pedagogi bagi mata pelajaran Sejarah. (Zahara
Aziz, Hamzan Saffarina 2012). Kebanyakkan kajian lepas mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah tidak menguasai Sukatan Pelajaran dan Kurikulum Sejarah (Rosnanaini Sulaiman, 2003; Zahara Aziz,
Nik Azleena Nik Ismail, 2007; Janimah Suhaimi, 2011). Pengetahuan yang terbatas mengenai mata pelajaran

153
yang diajar akan menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah sekaligus menyukarkan pemahaman pelajar.
Penerapan pedagogi akan memberikan kesan positif (Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah Nor Puteh, 2012)
dan sederhana positif (Zahara Aziz, Nurliah Jair 2009) apabila pelbagai kaedah diterapkan kepada pelajar.
Senario ini seterusnya boleh meningkatkan minat murid, menerangkan sesuatu dengan jelas, menggunakan
kaedah pengajaran yang berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, guru perlu
sentiasa mengambil inisiatif dalam mencari kaedah dan teknik yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memberi impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah.
Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar guru itu memberi makna kepada murid (Caine & Caine
1994).

PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untuk mewujudkan suatu identiti bangsa atau sebagai alat
untuk pembinaan bangsa. Pendidikan Sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila
digunakan dengan efektif dan bertanggungjawab (Hazril, 2003). Dalam hal ini, mata pelajaran sejarah dijadikan
medium mendidik murid mengenai nilai-nilai murni melalui refleksi dan pengajaran yang diperoleh hasil
daripada pembelajaran mengenai peristiwa silam disamping memupuk dan memperkukuh semangat setia negara
dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara
serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan
bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa

Oleh itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dirangka yang merupakan transformasi
pendidikan dengan memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai
tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi
penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.
Disamping itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah ini dihasilkan juga untuk membantu
guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman serta pengetahuan terhadap
matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Selain itu, ianya dapat membantu guru
menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Pendidikan Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Mempelajari Sejarah
bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan tetapi boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar
kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan
merancang perubahan masa depan (Hazril, 2003). Pendidikan Sejarah telah dijadikan wahana utama dalam
sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai matlamat di atas. Apa yang hendak dicapai oleh pendidikan
dalam hubungannya dengan nasionalisme ialah dengan menyemaikan rasa patriotisme ke dalam jiwa murid,
iaitu rasa kesediaan dan kerelaan berkorban nyawa untuk negara.

ISU

Keberkesanan pengajaran mata pelajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah itu
sendiri. Guru sejarah yang bermutu akan menunjukkan kebolehan dan berkeupayaannya dari segi pengetahuan,
kualiti diri, sosial dan profesional. Tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dengan mengaplikasikan
beberapa pendekatan-pendekatan atau strategi yang boleh membantu murid menguasai kemahiran dan
pemahaman serta berjaya mencapai objektifnya.

Namun begitu kelemahan dari segi pengetahuan dan pengajaran guru masih menjadi persoalan utama
dalam perlaksanaan kurikulum sejarah. Beberapa kajian mendapati kemahiran guru dalam pengetahuan sejarah
berkurangan apabila sebahagian besar guru sejarah tidak menguasai pengetahuan isi kandungan sejarah yang
sepatutnya dimiliki kerana untuk menjadi seorang guru yang cekap ialah mengetahui pengetahuan tersebut
(Jemaah Nazir Persekutuan, 2009; Abdul Rahim Rashid, 2001; Aini Hassan 1998; Shulman, 1982). Keadaan
menjadi semakin serius apabila di sekolah terdapat guru bukan opsyen sejarah atau tidak berpengalaman
mengajar mata pelajaran sejarah (Ahmad Rafaai, 2010).

Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005) turut mendapati ramai guru sejarah menggunakan kaedah
syarahan dan strategi berpusatkan guru. Maharom Mahmood (1998) menganggap guru seperti kehilangan
kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya minat murid terhadap pelajaran sejarah juga

154
menurun, disebabkan guru masih mengekalkan gaya lama yang menggesa murid menghafal fakta, bahan,
peristiwa dan pergolakan politik zaman silam.

Menurut Anuar (2009), keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru
Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru sejarah yang baik seharusnya
menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional di hadapan muridnya. Oleh
yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya Sejarah seharusnya menguasai
pengetahuan pedagogi dan isi kandungan agar penyampaian yang disampaikan kepada murid adalah tepat, jelas
dan mencapai objektif pembelajaran pada masa itu. Hakikatnya, kelemahan dan kepincangan yang sering
berlaku dalam proses pengajaran dan Ppembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan yang lemah
dalam kalangan guru ( Howey 1999; Wang, Guo, Chiang &Cheng 1999).

Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan guru Sejarah dalam
Pelaksanaan Kurukulum Sejarah Sekolah Rendah dari aspek pengetahuan kandungan kurikulum Sejarah dan
pengetahuan pedagogi guru ke arah mencapai matlamat pembentukan amalan jati diri warganegara Malaysia .

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan guru sejarah bagi aspek pengetahuan kandungan sejarah
dan pedagogi sejarah dalam pelaksanaan kurikulum sejarah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Selain
itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan pengetahuan guru bagi aspek pengetahuan kandungan sejarah dan
pedagogi sejarah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan pengkhususan.

METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Kerlinger (1986),
Fraenkel & Wallen (2006), kaedah tinjauan adalah sesuai untuk mengukur perspektif (pandangan) responden
terhadap sesuatu isu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program serta sikap dan tingkah laku responden.
Selain itu kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah yang dapat mengumpul data asli dengan cepat dan
melibatkan responden yang ramai (Babbie 2007). Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui
penggunaan soal selidik skala 5 Likert sebagai instrumen kajian. Kajian ini mengandungi 20 item yang
melibatkan empat konstruk utama iaitu pengetahuan kandungan sejarah (7 item) dan pengetahuan tentang
pedagogi sejarah (13 item). Soal selidik ini diadaptasi dari beberapa kajian lepas serta telah dirujuk kepada 3
orang pakar dalam bidang ini. Sampel kajian seramai 800 orang responden menggunakan sistem rawak berstrata
yang melibatkan guru sejarah dari sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Data kajian ini dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science SPSS 23.0. Statistik deskriptif telah dijalankan
bagi menentukan tahap, manakala statistik inferensi dengan menggunakan MANOVA satu hala dijalankan bagi
menentukan perbezaan antara aspek dalam pengetahuan guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Aspek Pengetahuan Kandungan Kurikulum Sejarah


Sekolah Rendah

Jadual 1: Pengetahuan Guru Terhadap Aspek Pengetahuan Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah
Rendah
Pernyataan Min S.P Interpretasi
Saya mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah dan budaya Sederhana
3.69 0.72
pelbagai etnik di Malaysia Tinggi
Saya mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai tokoh seperti Sederhana
3.65 0.70
yang terkandung dalam kurikulum sejarah sekolah rendah Tinggi
Saya mengetahui secara terperinci susur galur dan kronologi sejarah
3.33 0.73 Sederhana
Raja-Raja Melayu
Saya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang sejarah
3.31 0.74 Sederhana
awal manusia dalam tamadun-tamadun di dunia
Saya mengetahui ciri-ciri kewarganegaraan Malaysia yang baik dengan Sederhana
3.82 0.68
terperinci Tinggi
Saya mengetahui secara terperinci proses bagaimana memahami Sederhana
3.93 0.69
Malaysia mendapat kemerdekaan Tinggi

155
Saya mengetahui perkembangan sejarah budaya dan warisan tanah air Sederhana
3.82 0.72
yang menjadi lambang keagungan Malaysia dengan meluas Tinggi
Sederhana
Min Keseluruhan 3.65 0.59
Tinggi

Jadual 1 di atas menunjukkan dapatan tahap pengetahuan guru terhadap kandungan kurikulum sejarah yang
diukur dalam kajian ini. Pengetahuan kandungan merujuk kepada bidang pengetahuan guru tentang isi
kandungan mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru sejarah
bagi aspek pengetahuan kandungan sejarah secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi dengan skor
min = 3.65 dan sisihan piawai = 0.59. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan
yang luas dan dapat menguasai dengan baik tentang kandungan sejarah yang terdiri daripada aspek sejarah dan
budaya pelbagai etnik di Malaysia, tokoh-tokoh sejarah, ciri-ciri kewarganegaraan Malaysia yang baik, proses
kemerdekaan Malaysia serta perkembangan sejarah budaya dan warisan tanah air yang menjadi lambang
keagungan Malaysia. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah, tidak dapat dinafikan pengetahuan
guru terhadap kandungan sejarah akan mempengaruhi corak pembelajaran murid-muridnya yang berkesan.
(Solis, 2009 , Magdeline anak Nor, 2008). Ini turut disokong oleh Aini Hassan (2004) bahawa untuk melahirkan
guru sejarah yang cekap mereka hendaklah menguasai pengetahuan sejarah sama ada pengetahuan secara
sintaksis dan pengetahuan secara substantif, mengetahui mengendalikan sumber dan tidak bersikap
ketergantungan kepada buku teks sahaja

Meskipun demikian, masih terdapat beberapa aspek dalam setiap konstruk berkenaan berada pada tahap
sederhana iaitu guru sejarah kurang mengetahui secara terperinci susur galur dan kronologi sejarah raja-raja
melayu serta kurang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah awal manusia dalam tamadun-
tamadun di dunia. Dapatan ini selari dengan kajian Aini Hassan (2004) yang menunjukkan guru-guru sejarah
mempunyai pengetahuan sejarah yang sederhana tentang isi kandungan sejarah. Dapatan ini memberi makna
bahawa kesemua aspek yang secara terperinci mengikut pernyataan-pernyataan tersebut masih mempunyai
kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki lagi. Dapatan ini disokong oleh Shulman (1986) yang
berpendapat bahawa pengetahuan pedagogi kandungan menjadi teras pengetahuan guru yang terpenting. Guru
perlu menguasai sepenuhnya ruang lingkup kandungan sejarah yang terdapat dalam kurikulum sejarah kerana
pengetahuan kandungan sejarah tentang aspek-aspek ini memainkan peranan yang penting bagi seseorang guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan mantap. Seterusnya apabila
seseorang guru menguasai aspek-aspek tersebut guru dapat menghuraikan sesuatu tajuk pengajaran dengan
lebih mendalam malah tahu cara memindahkannya dalam bentuk yang boleh diterima oleh murid-murudnya
(Orlich et. al 2001). Pengetahuan guru perlu dipertingkatkan lagi ke tahap lebih baik iaitu ke tahap sangat tinggi
supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan kurikulum sejarah sekolah rendah.

Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Aspek Pengetahuan Pedagogi Sejarah

Jadual 2 : Pengetahuan Guru Sejarah Bagi Aspek Pedagogi Sejarah


Pernyataan Min S.P Interpretasi
Saya tahu menggunakan kaedah dan teknik bercerita dalam Sederhana
3.88 0.62
menyampaikan maklumat Sejarah Tinggi
Saya tahu mengendalikan pelbagai bentuk teknik seperti sumbang saran Sederhana
3.75 0.64
semasa mengajar Sejarah Tinggi
Saya tahu menggunakan teknik humor/jenaka dalam pembelajaran Sederhana
3.72 0.66
Sejarah bagi menarik minat murid belajar Sejarah Tinggi
Saya tahu menggunakan sumber primer dan sekunder dalam Sederhana
3.66 0.71
pembelajaran Sejarah Tinggi
Saya tahu menggunakan pelbagai kaedah lakonan dalam pembelajaran Sederhana
3.56 0.72
Sejarah Tinggi
Saya tahu menggunakan kaedah simulasi dalam menerapkan nilai jati Sederhana
3.63 0.71
diri menjadi warganegara Tinggi
Saya tahu menggunakan format penilaian yang khusus bagi menilai Sederhana
3.72 0.68
kefahaman murid tentang apa yang dipelajari Tinggi
Saya tahu menggunakan bahan berasaskan ICT dalam pembelajaran Sederhana
3.74 0.74
Sejarah Tinggi
Saya tahu mengaitkan kaedah tertentu dalam menerapkan jati diri dan Sederhana
3.82 0.68
cintakan negara dalam pembelajaran Sejarah Tinggi
Saya tahu menggunakan pelbagai kaedah lakonan dalam penceritakan 3.08 0.61 Sederhana

156
tentang peristiwa bersejarah dan tokoh-tokoh sejarah
Saya tahu menggabungkan pelbagai kaedah dan teknik dalam satu-satu
3.05 0.50 Sederhana
tajuk pembelajaran Sejarah
Saya tahu menggunakan pelbagai teknik penyoalan mengikut aras Sederhana
3.72 0.65
kognitif murid Tinggi
Saya tahu menggunakan kaedah inkuari dalam mengajar sejarah
3.06 0.52 Sederhana
mengikut kebolehan murid
Sederhana
Min Keseluruhan 3.57 0.51
Tinggi

Perbincangan seterusnya berdasarkan jadual 2 di atas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi guru
sejarah sekolah rendah yang berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran yang khusus secara
keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi berdasarkan nilai min keselurahan 3.57 dan sisihan piawai
0.51. Dapatan ini menunjukkan guru tahu dan menggunakan pengetahuan pedagoginya seperti kaedah dan
teknik bercerita, teknik sumbang saran, teknik humor/jenaka, kaedah lakonan, kaedah simulasi, teknik
penyoalan dan kaedah inkuari semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Ini menunjukkan proses
pembelajaran aktif dapat dilaksana oleh guru dalam bilik darjah. Guru sejarah telah mulai mengubah corak
pengajaran mereka daripada bersifat kaku, iaitu dengan meluahkan fakta-fakta sejarah kepada menjadikan mata
pelajaran sejarah itu hidup dan “have a fun” seperti matlamat yang terdapat dalam kurikulum sejarah sekolah
rendah . Ianya bertepatan dengan kajian Livingston dan Broko (1989) yang bersetuju bahawa guru harus
berupaya menterjemahkan pengetahuan kepada murid-murid dengan adaptasi situasi pedagogi yang lebih
menarik, maknanya penyampaian fakta sejarah yang dijalinkan dengan elemen kaedah dan alat bantu
menjadikan kualiti penyampaian dan daya serapan murid akan lebih meningkat. Selain itu, kajian ini juga
mendapati bahawa guru tahu menggunakan sumber primer dan sekunder, bahan berasaskan ICT dan format
penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Ini selari dengan pendapat Azarae Idris (2008) yang
menyatakan bahawa agenda pendidikan perlu memasukkan teknologi baru di sekolah dan penekanan harus
diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh teknologi multimedia dalam pemindahan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Walaubagaimana pun pengetahuan pedagogi guru dalam menggunakan kepelbagaian kaedah dan
teknik bagi satu-satu tajuk pembelajaran Sejarah seta penggunaan kaedah inkuari mengikut kebolehan murid
masih berada ditahap sederhana. Jesteru guru perlu sentiasa meningkatkan keupayaan diri ke tahap yang lebih
baik kerana kualiti pengajaran sangat berkait rapat dengan strategi, pendekatan , teknik dan kaedah sebagimana
pandangan Rosnanaini (2003) yang menyatakan bahawa kualiti pengajaran seseorang guru sangat berkait rapat
dengan kebolehannya memilih strategi, pendekatan , teknik dan kaedah yang sesuai yang memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang mendalam. Ini turut diakui dalam kajian Booth (1988) dalam Abdul Razak
(2007) mendapati guru sejarah yang kompeten merupakan guru yang cekap dari segi pengetahuan sejarah,
berkemahiran mengendalikan sumber, mempunyai pengetahuan ICT dan menguasai pedagogi.

Perbezaan Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah Berdasarkan Jantina

Jadual 3 : Analisis MANOVA Satu Hala Perbezaan Pengetahuan Guru Sejarah Berdasarkan Jantina
Pengetahuan Guru Sisihan Type III Jumlah Df Jumlah F Sig
Jantina N Min Piawai Kuasa Dua Kuasa Dua
Kandungan Sejarah Lelaki 304 3.64 0.52 0.084 1 0.084 0.237 0.626
Perempuan 496 3.66 0.63
Pedagogi Sejarah Lelaki 304 3.69 0.48 0.146 1 0.146 0.488 0.485
Perempuan 496 3.71 0.58
Kemahiran Lelaki 304 3.65 0.52 0.045 1 0.045 0.137 0.711
Pemikiran Sejarah Perempuan 496 3.67 0.60

Berdasarkan dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan pengetahuan guru
sejarah berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah (2010)
yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun,
dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian Saemah dan Philips (2006) serta Shafee (2012) yang
mendapati bahawa guru perempuan mempunyai pengetahuan sejarah yang lebih tinggi berbanding dengan guru
lelaki. Hal ini ada kaitannya dengan kecerdasan guru perempuan jauh lebih baik berbanding kecerdasan guru

157
lelaki. Menurut Siti Rohayah, Rosseni, Arbaiyah dan Nik Noralhuda (2011) dan Zamri (2012) yang menyatakan
bahawa kecerdasan yang dimiliki guru perempuan adalah pelbagai.

Jadual : Analisis MANOVA Satu Hala Perbezaan Pengetahuan Guru Sejarah Berdasarkan Pengalaman
Mengajar
Pengetahuan Type III Df Jumlah F Sig
Guru Pengalaman Sisihan Jumlah Kuasa Kuasa
Mengajar N Min Piawai Dua Dua
Kandungan 0-5 Tahun 279 3.55 0.70 0.6112 3 2.037 5.865 0.001
Sejarah 6-10 Tahun 78 3.76 0.51
11-15 Tahun 71 3.84 0.35
>15 Tahun 372 3.66 0.54
Pedagogi 0-5 Tahun 279 3.64 0.66 4.030 3 1.343 4.546 0.004
Sejarah 6-10 Tahun 78 3.75 0.50
11-15 Tahun 71 3.91 0.24
>15 Tahun 372 3.70 0.48
Kemahiran 0-5 Tahun 279 3.64 0.67 5.318 3 1.773 5.496 0.001
Pemikiran 6-10 Tahun 78 3.74 0.50
Sejarah 11-15 Tahun 71 3.90 0.43
>15 Tahun 372 3.62 0.50

Terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru sejarah berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan
kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Eko Putro Widyoko (2005) yang mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan pengetahuan guru sejarah berdasarkan pengalaman mengajar. Guru yang
berpengalaman mengajar sejarah mempunyai pengetahuan sejarah yang lebih tinggi berbanding dengan guru
yang kurang berpengalaman dalam mengajar sejarah. Ini menunjukkan bahawa guru yang lama mempunyai
sikap yang lebih baik terhadap pengajaran yang dijalankan. Sikap positif guru ini dapat dipengaruhi oleh latar
belakang dan juga minat terhadap bidang pendidikan sejarah (Zakaria Kasa & Abdul Rahman, 1995).
Pengetahuan guru yang lebih baik ditunjukkan oleh guru sejarah yang berpengalaman dalam mengajar kerana
guru tersebut dapat menggabungkan pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan sikap yang dipraktik serta
ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku apabila melakukan sebuah tugas. Kenyataan ini menyokong Yusnita
(2013) yang menyatakan bahawa kebolehan seseorang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepadanya dengan baik, cekap dan berkesan. Oleh itu, pengetahuan guru yang berpengalaman
boleh mendorong guru untuk bertindak secara efektif.

Jadual 4: Analisis MANOVA Satu Hala Perbezaan Pengetahuan Guru Berdasarkan Pengkhususan
Pengetahuan Guru Type III Jumlah Df Jumlah F Sig
Sisihan Kuasa Dua Kuasa
Pengkhususan N Min Piawai Dua
Kandungan Sejarah Sejarah 287 3.68 0.58 0.514 1 0.514 1.455 0.228
Bukan Sejarah 513 3.63 0.59
Pedagogi Sejarah Sejarah 287 3.72 0.56 0.108 1 0.108 0.362 0.548
Bukan Sejarah 513 3.69 0.53
Kemahiran Sejarah 287 3.69 0.58 0.374 1 0.374 1.142 0.285
Pemikiran Sejarah Bukan Sejarah 513 3.64 0.56

Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan
guru sejarah berdasarkan pengkhususan. Kebanyakan orang berpendapat pengetahuan subjek penting untuk
seorang pendidik tetapi ia bukan hanya faktor menjadikan seseorang guru sejarah yang berkesan kerana tiada
hubungan antara kecemerlangan dalam peperiksaan sejarah dengan pengajaran sejarah berkualiti kepada pelajar
(Aini Hassan, 1989). Bagaimanapun pengetahuan sejarah yang baik diperlukan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif tetapi belum mencukupi untuk menjamin pengajaran berkesan. Mempunyai

158
pengetahuan sejarah yang cemerlang bukan jaminan untuk mampu mengajar sejarah berkesan (Terry Hayden,
2003).

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Implikasi dalam kajian ini mendapati aspek-aspek pengetahuan guru yang telah dibincangkan merupakan antara
aspek asas yang penting untuk dikuasai oleh guru-guru sejarah dalam meningkatkan profesionalisme keguruan
khususnya dalam pendidikan sejarah di sekolah rendah. Pengetahuan guru sejarah dibentuk berasaskan beberapa
komponen utama diantaranya adalah pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Kedua-dua
komponen ini jika digabungkan akan menghasilkan satu pengajaran sejarah yang berkesan. Ini selari dengan
pandangan Yinger & Hendricks-Lee (1993) dan Brown et al. (1989). Dapatan keseluruhan kajian ini
menunjukkan pengetahuan guru dari aspek kandungan kurikulum sejarah dan pengetahuan tentang pedagogi
Sejarah berada di tahap yang memuaskan dalam melaksanakan kurikulum sejarah sekolah rendah. Pernyataan
tersebut menyokong pendapat Daud (2003) yang mempersetujui kenyataan tersebut dengan merumuskan
bahawa pengetahuan guru sejarah dalam berbagai aspek boleh membantu dan menyenangkan guru semasa
pengajaran, memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran, menggunakan kaedah yang boleh menarik
minat pelajar dan tidak menjadikan subjek sejarah sebagai subjek yang membosankan.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang masih boleh diperkasakan dan dipertingkatkan
lagi. Khususnya dari aspek pengetahuan tentang teknik, kaedah, strategi, penerokaan, perbincangan, membuat
perkaitan dan sebagainya. Ini kerana pengetahuan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan
samada pengajaran seseorang guru itu dapat dilaksanakan dengan berkesan atau sebaliknya. Ini selari dengan
pandangan Davis (1993) yang menjelaskan pemilihan teknik pengajaran yang sesuai merupakan satu indikator
kepada ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Tanpa pengetahuan yang berkesan dalam aspek-aspek tersebut,
pembelajaran sejarah menjadi sukar untuk dilaksanakan. Tambahan lagi Maharom (1998) mengatakan bahawa
Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran murid Oleh yang demikian, guru-guru
Sejarah mempunyai peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran sejarah melalui pedagogi pengajaran
dan pembelajaran yang bermakna untuk merangsang minat murid.

Hasil analisis ujian MANOVA untuk melihat perbezaan min tahap pengetahuan guru sejarah dalam
aspek-aspek yang dikaji menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru
perempuan. Seterusnya, dapatan kajian bagi perbezaan min tahap pengetahuan sejarah berdasarkan pengalaman
mengajar pula menunjukkan guru sejarah yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama mempunyai
pengetahuan yang lebih tinggi. Namun demikian, dapatan ujian MANOVA juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pengetahuan guru sejarah berdasarkan pengkhususan.

Selain itu, implikasi daripada kajian ini merupakan refleksi kepada guru-guru terutamanya guru-guru
Sejarah dalam usaha memantapkan pengetahuan tentang kandungan kurikulum serta pedagogi mereka.
Kepelbagaian pedagogi merupakan aspek penting dalam memastikan minat pelajar berterusan dalam mata
pelajaran ini. Bagi melahirkan guru-guru sejarah yang berkualit, guru perlu didedahkan dengan pelbagai kursus
pedagogi yang berkaitan dengan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang ‘up to date’ bagi memantapkan
lagi pengajaran dan pmbelajaran di dalam kelas. Guru sejarah hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kualiti
pengajaran di samping sentiasa kreatif dan inovatif ketika melaksanakan pengajarannya Pihak JPN sepatutnya
berusaha untuk menganjurkan pelbagai kursus penyegaran (refreshing course) untuk guru-guru Sejarah
khususnya dari aspek pedagogi. Melalui kursus yang dianjurkan ianya bukan sahaja dapat memberi input baru
kepada guru Sejarah, malah dapat menolok kenyataan bahawa kurikulum Sejarah sebagai “the dead man of
curriculum” malah dapat menghindarkan pemikiran guru-guru Sejarah daripada ‘dead minded’ atau ‘burnout’
terhadap pengajaran Sejarah. Guru Sejarah juga perlu mahir dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih meransang murid dengan menggunakan proses ‘active learning’. Ini membolehkan penglibatan
murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan menjadikannya lebih ‘nature’ dan diminati.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh meningkatkan lagi peranan seorang guru Sejarah terhadap
pengajaran dan pembelajaran mereka seperti guru-guru harus bersedia meningkatkan profesionalisme diri
meliputi aspek pengetahuan, kemahiran melalui kursus-kursus pemantapan diri sebagai seorang guru Sejarah,
atau latihan pembangunan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Dalam konteks ini guru perlu bijak dalam menentukan, memilih dan
mengadun bahan pengjaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran yang mampu memaksimumkan proses
pembelajaran berkenaan. Guru perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka.
Misalnya, pendekatan pembelajaran abad ke-21 boleh diterapkan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

159
Oleh itu, guru-guru Sejarah seharusnya berusaha lebih lagi dalam memantapkan profesionalisme dengan
berfikiran lebih kreatif dan terbuka dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar mereka. Penambahbaikan
terhadap diri perlu dilakukan secara berterusan dalam kalangan guru agar matlamat pendidikan Sejarah dapat
dicapai seperti mana yang termaktub dalam kandungan kurikulum Sejarah.

KESIMPULAN
Pendidikan Sejarah yang berkesan mampu menerapkan kemahiran dan penghayatan nilai sejarah ke dalam jiwa
murid, iaitu sentiasa bersedia dan rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negara. Malah ianya dapat
mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan
menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. Mata pelajaran Sejarah adalah sangat
dominan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga dan bertanggungjawab
sebagai warganegara dan mempunyai sifat nasionalisme terhadap negaranya. Dengan adanya Kurikulum Sejarah
Seolah Rendah ini ianya dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, penghayatan nilai kewarganegaraan, sivik dan
patriotisme dapat direalisasikan kepada murid berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard
pembelajaran yang jelas mengungkap ketegasan kerajaan untuk memastikan generasi hari ini tidak buta sejarah
disamping melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani serta menyediakan
mereka menghadapi arus globalisasi berasaskan pengetahuan abad ke-21. Dengan memahami sejarah tempatan
dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan
dan semangat patriotisme generasi muda. Namun bagi memastikan kejayaan transformasi kurikulum ini ia amat
memerlukan komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana,
pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Jika tidak, kurikulum baru ini tidak akan memberi
impak yang positif dan tidak tercapai matlamat yang digariskan. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia akan
secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan
murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan dan
menjurus ke arah pemupukan semangat patriotik dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara pada
masa hadapan disamping memastikan tahap keupayaan guru sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan efektif, kerana melalui pengajaran yang berkualiti dan berkesan sahajalah yang akan memastikan
matlamat pendidikan Sejarah tercapai. Dalam usaha memupuk dan mengembangkan daya intelek ini, guru-guru
haruslah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh mencetus, merangsang dan
mengembangkan daya pemikiran pelajar.

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Guru sejarah berkesan dan bermotivasi tinggi dalam pengajaran sejarah dan
penerapan patriotisme. Kertas kerja persidangan kebangsaan pendidikan sejarah ke arah pembentukan
warganegara patriotik. Anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia.
Kuala lumpur: 8-12 oktober

Abdul Razaq Ahmad & Ramli Saadon. 2007. Peranan Kurikulum Pendidikan Sejarah yang Berorientasikan
Malaysia dalam Membina identity Bangsa Dalam Pendidikan Sejarah & Historiografi Nasional-Sentrik
Konteks Malaysia, Indonesia dan Brunai Darussalam. Historia Press.

Ahmad Rafaai Ayudin. 2010. Penilaian keberkesanan pengajaran sejarah terhadap pencapaian matlamat
pembelajaran,kesediaan belajar, kefahaman konsep dan pemikiran sejarah. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. 2008. Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia. Dlm. Nik
Azis dan Nik Pa & Noraini Idris (pnytj, hlm. 44-62. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd

Aini Hassan. 2004. Pelbagai kaedah pengutioan data dan penganalisaan data pengetahuan guru. Dlm.
Marohaini Yusoff (pnyt). Penyelidikan kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, hlm. 32-45.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah
Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan
Malaysia,32 (1):53-66.

160
Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Arun dan Zaidatun
Tasir (2006). Learning “Goal Programming” Using an Interactive Multimedia Courseware: Design
Factors and Students’ Preference. Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT) Vol.
3, No.1, pp 85-95\
Caine, G. & Caine, R. (1994). Making Connections: Teaching and Human Brain. New York: Addison. Wesley

Drever, E. 1995. Using semi-structured interview in small-scale research: A teacher’s guide. Glasgow: The
Scottish Councill for Research Education.

Eisner, E. 1982. Conflicting and curriculum. New York: Longman

Farah Wahida dan Mohd Ayub.2012. Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dalam kalangan guru Tahun 1 Zon Keramat Keramat. Dlm Prosiding Seminar Pasca Siswazah.
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Gage N.L. & Berliner D.C. 1992. Educational Psychology. 5th Ed. Princeton. New Jersey: Hougton Miffflin
Company.

Hazril Jamil. 2003. Teknik Mengajar Sejarah. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Buku Penerangan KBSM.. 2001a. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
matlamat dan misi.. 2001b. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1,2,3.. 2001c. Modul
Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

Maharom Mahmood. 1998. Analisisis kemahiran pemikiran sejarah dlm. Bahan kurikulum pengajaran sekolah
menengah rendah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya

Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011). Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Pelajar
Pendidikan Fizik UTM Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Latihan Mengajar. Journal of
Edupres, 1:315-322.

Rohana Zubir, 1987. Aplikasi Teknologi Dalam Pembelajaran Sejarah; Kesan dan Masalah. Masalah
Pendidikan 12:89-98

Subadrah Nair & Malar Muthiah, 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam
pembelajaran Sejarah, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20: 21-41, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.

Zalipah Zakaria (2011). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Biologi Permulaan Dan
Berpengalaman: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti Sains Dan Matematik. University
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

161

Anda mungkin juga menyukai