Anda di halaman 1dari 4

Keberhasilan Guru dalam Pendidikan Intelek

Guru merupakan adalah seorang tenaga pendidik profesional yang mendidik, mengajarkan suatu

ilmu, membimbing, melatih, memberikan penilaian, serta melakukan evaluasi kepada peserta

didik. Bidang keguruan dianggap sebagai satu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru ,

dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf menjadi guru yang bertauliah. Guru yang berkualiti

mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan

Pendidikan di negara Malaysia. Sistem Pendidikan yang komprehensif dan sesuai dengan

peredaran zaman akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kadar celik huruf di dalam

negara Malaysia. Oleh itu jelaslah bahawa keberhasilan seseorang guru adalah penting bagi

melakukan anjakan paradigma terhadap generasi muda pada masa akan datang. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa peranan seseorang adalah sangat penting dalam keberhasilan proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sejarah.

Pembangunan intelek sangat penting dalam keberhasilan seseorang guru hal ini kerana guru

yang berkualiti adalah dari segi intelek. Dalam konteks subjek sejarah, keberhasilan seseorang

guru dapat diukur dengan daya kreativiti dan innovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan

menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea untuk menjadi

lebih menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana guru sejarah perlu menjadikan diri mereka

professional dalam bidang sejarah.Guru sejarah bukan sahaja menyampaikan pengetahuan fakta-

fakta sejarah ia juga perlu mendidik pelajar dalam menggunakan pemikiran sejarah dan

pertimbangan sejarah bagi membolehkan mereka mengembangkan dan menggunakan pemikiran

sejarah untuk menjadikan sesuatu pemikiran itu lebih kreatif dan innovatif. Hal ini secara tidak

langsung dapat menjadikan seseorang pelajar itu berfikiran lebih kritis dalam subjek sejarah.
Selain itu, keberhasilan guru dalam Pendidikan intelek ialah seseorang guru perlulah berilmu

pengetahuan. Hal ini kerana cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru memiliki

pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Dalam konteks subjek sejarah, guru sejarah

hendaklah bertindak sebagai perancang. Hal ini dikatakan demikian kerana guru sejarah yang

berkualiti harus mempunyai kebolehan merancang dan melaksanakan perancanganya dengan

berkesan. Shavelson (1983) dalam soal ini menegaskan bahawa perancangan- perancangan yang

dibuat oleh seseorang guru akan memepengaruhi isi- isi pembelajaran , bahan pengajaran,

aktiviti- aktiviti yang hendak dijalankan dan juga keadaan dalam bilik darjah. Melalui

perancangan aktiviti – aktiviti yang menarik minat pelajar , akan membolehkan mereka

memperolehi pengetahuan – pengetahuan yang baru. Perancangan ini umumnya dibuat

berasaskan pengetahuan guru terhadap pelajar- pelajar secara keseluruhan atau umum. Hal ini

secara tidak langsung dapat menlahirkan pelajar yang celik tentang mata pelajaran sejarah dan

juga melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dalam aspek pemikiran sejarah.

Di samping itu, keberhasilan guru dalam membangunkan intelek ialah seseorang guru

hendaklah menanamkan sifat ingin tahu. Hal ini dikatakan demikian kerana kebolehan intelek

akan kekal di dalam diri sekiranya seseorang guru itu menanamkan sifat ingin tahu. Sifat ingin

tahu akan mendorong sesorang guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia Pendidikan

yang sering berubah- ubah, sama ada dari segi sukatan kukurikulum mahupun kaedah mengajar.

Dalam konteks subjek sejarah pula, guru sejarah mempunyai tugas dan peranan yang penting

dalam menyusun persekitaran pembelajaran yang menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana

persekitaran pembelajaran yang menarik adalah penting dalam menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih bersifat kreatif. Pelajar- pelajar akan didedahkan dengan pelbagai

pengetahuan dalam subjek sejarah melalui pesekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Pembelajaran pelajar akan menjadi lebih menarik apabila seseorang guru sejarah dapat

memainkan peranan sebagai fasilitator kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana guru

sejarah akan memberikan pengalaman-pengalaman yang luas dan membimbing pelajar dalam

menjalankan aktiviti -aktiviti seperti kajian luar, dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung

akan membolehkan proses interaksi wujud antara pelajar dan sekaligus menggalakkan suasana

pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, keberhasilan guru dalam membangunkan intelek ialah seseorang guru perlulah mahir

dalam penggunaan IT . Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan sains dan teknologi

menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Untuk menjadi

guru yang berkualiti dan membangunkan intelek, seseorang guru itu perlu berusaha untuk

sentiasa menggunakan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam subjek sejarah,

seseorang guru sejarah perlulah mengaplikasikan penggunaan IT dalam pengajaran subjek

sejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana subjek sejarah merupakan subjek yang luas tanpa

mengira batasan waktu , ianya juga tidak terhad dalam penggunaan buku teks sahaja.

Penggunaan IT dalam subjek sejarah akan menjadikan seseorang pelajar lebih berpengetahuan

luas dalam subjek sejarah. Oleh itu, jelaslah bahawa, penggunaan IT dalam pembelajaran dan

pengajaran akan meningkatkan keberhasilan guru dalam membangunkan intelek kepada pelajar.

Kesimpulanya, seseorang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan

generasi muda yang berpengetahuan luas terutamanya dalam membangunkan intelek dalam diri

pelajar. Dalam pengajaran subjek sejarah, pengajaran sejarah banyak bergantung kepada

keupayaan, pengetahuan dan kemahiran guru sejarah. Kelemahan guru sejarah adalah menjadi

salah satu punca utama yang membawa kelemahan kepada status mata pelajaran sejarah di

sekolah. Ciri- ciri guru sejarah yang baik ialah mempunyai pengetahuan dan latihan dalam
matapelajaran sejarah dan juga mempunyai tahap intelektual yang meluas.Oleh itu, jelaslah

bahawa guru yang berkualiti akan dapat membentuk pelajar yang berkualiti dan seterusnya dapat

melakukan anjakan paradigma dalam sektor pendidikan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai