Anda di halaman 1dari 5

2.

0 PENGENALAN
Pada masa kini kerjaya atau profesion sebagai seorang guru adalah profesion yang
tertua di dunia dan mempunyai jumlah yang banyak. Sepanjang tempoh berkenaan pelbagai
perubahan demi perubahan telah terjadi dalam bidang ini. Ini kerana kerjaya sebagai
seorang pendidik amat dihormati dan disanjungi.
Pendidik dipandang tinggi martabatnya kerana mereka berperanan memberikan
pendidikan dan tunjuk ajar dalam membentuk pribadi dan moral yang terbaik. Pendidik
yang diberi gelaran sebagai guru menjadi inspirasi dan contoh terbaik kepada pelajar.
Zaman kini semakin berubah dan memberi kesan kepada cara pendidikan yang diberikan
oleh guru.
Dalam kemajuan teknologi kini, guru memainkan peranan penting bagi memastikan
para pelajar menerima dan mengaplikasikan teknologi terkini dengan cara yang betul. Oleh
demikian, sebagai pendidik perlulah pandai dan tahu menyampaikan maklumat yang terkini
dan menunjukkan cara yang betul bagi mengelakkan salah guna dikalangan pelajar.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu bersikap terbuka dalam
menerima idea atau kritikan dari pelajar. Perlu ada kemahiran dan cara yang betul dalam
menyampaikan maklumat dan menjawab segala persoalan yang diajukan oleh para pelajar.
Dalam dunia pendidik, guru tidak boleh melakukan kesalahan salah laku yang boleh
mencemarkan nama baik institusi pendidikan yang dihormati orang lain. Ini kerana institusi
pendidikan adalah tahap yang tertinggi yang dihormati. Oleh itu, guru perlulah berkelakuan
yang sopan dan baik. Tidak melakukan perbuatan yang buruk yang boleh mencemarkan
nama baik guru.
Menjadi guru dalam mendidik anak- anak bangsa bukanlah perkara yang mudah dan
boleh dipandang remeh. Ini kerana didikan yang diterima dari seorang guru membentuk
pribadi dan tingakah laku para pelajar. Kelahiran generasi Y yang semakin maju, guru perlu
ada kesabaran dan pemikiran yang tinggi bagi menberi pendidikan yang sempurna.
SITI HAJAR BINTI MISRUN (DB130079)

Definisi Dan Siapa Guru


Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi

warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa
hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara.
Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar
selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun
tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti
baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas
sebagai pendidik yang baik. Guru dapat ditafsirkan daripada dewan bahasa dan pusaka
yang memberi makna sebagai seorang yang berkerjaya mengajar, pengajar dan pendidik.
Guru adalah tenaga pendidik yang memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para
pelajar bagi membolehkan pelajar memahami pendidikan yang ingin disampaikan.
Guru memberi didikan kepada anak- anak di sekolah (Saiful Bahri Djamarah,
2002). Guru juga memainkan peranan sebagai menanamkan nilai- nilai dan moral kepada
pelajar bagi membentuk pribadi yang sempurna. Oleh demikian, ilmu pengetahuan yang
tinggi perlu didalami oleh guru itu sendiri.
Kepribadian yang penuh dengan ilmu dan kemahiran mempengaruhi dan potensi
dalam kualiti pembelajaran. Tugas guru adalah membimbing, mengurus dan memotivasikan
pelajar agar lebih fokus dan menjadikan yang pelajar cemerlang.
Guru yang cemerlang adalah guru yang mendidik pelajarnya dengan ikhlas dan
bersemangat bagi membentuk nilai moral dan berpendidikan tinggi kepada para pelajar.
Guru merupakan pendorong dan rujukan selepas ibubapa yang menjadi pendidik yang
utama bagi mendidik generasi baru.

SITI HAJAR BINTI MISRUN (DB130079)

Fungsi dan peranan sebagai pendidik, guru perlu memiliki ke stabilan emosi dan
bersikap realistik dalam proses pengajaran agar lebih bersifat terbuka agar dapat memberi
dan menerima idea daripada pelajar mengenai pelajaran.
2

Peranan Guru
Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, guru memainkan peranan

penting menjadi contoh dan rujukan utama bagi pelajar. Oleh demikian, sebagai guru yang
terbaik perlu mengetahui peranan yang perlu digalas. Terdapat kepelbagaian peranan guru
yang dapat dikenalpasti. Antara peranan guru yang dapat disenaraikan adalah sebagai
pengajar, sebagai pembimbing, sebagai pemudahcara, sebagai inovator dan sebagai
pengurus.
I.

Guru Sebagai Pengajar


Tugas utama guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan
sukatan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Sukatan yang diberikan
adalah untuk mendidik pelajar agar menjadi insane yang bermoral tinggi. Bagi
mencapai objektif ini, guru perlu merancang apakah aktiviti yang sesuai bagi
menarik perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu menyediakan bahan
pembelajaran bagi membolehkan proses pembelajaran berjalan dengan
sempurna selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam
menjalankan aktiviti, guru perlu menjalankan penilaian yang dimana ia dapat
membantu guru dalam mengenalpasti dan menambahbaik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Jelas disini, sebagai pengajar dibilik darjah guru haruslah menjalankan tugas
seperti yang telah dirancang dan menilai setiap aktiviti yang dijalankan.
Sekaligus, setiap aktiviti yang dijalankan dapat memupuk nilai murni dan sikap
positif pada para pelajar.

II.

Guru Sebagai Pembimbing


Di dalam bilik darjah, pelajar sering menghadapi pelbagai masalah
pembelajaran serta masalah sosioemosi. Oleh itu, selain sebagai pengajar guru
berperanan sebagai pembimbing dalam mendekati pelajar yang mengalami
masalah dan membimbing dalam menyelesaikan masalah. Misalnya, guru
SITI HAJAR BINTI MISRUN (DB130079)

memberi bimbingan dalam bentuk berkumpulan jika pelajar menjalankan


aktiviti berbentuk berkumpulan. Ia bagus dalam mengajar pelajar dalam mencari
jalan bagi menyelesaikan sesuatu masalah seperti contoh penyelesaian dalam
masalah berkonsep mathematik.
Dari segi masalah sosioemosi yang dialami oleh pelajar yang mempunyai
perasaan takut, kecewa, tidak berani dan kurang berkeyakinan. Sebagai
pembimbing yang terbaik, guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar bagi
meningkatkan

tahap keyakinan diri semula agar dapat aktif semula dalam

menjalankan aktiviti pembelajaran.


III.

Guru Sebagai Pemudah cara


Apa yang dimaksudkan dengan guru sebagai pemudahcara adalah tugas
utama guru ialah melicinkan segala proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
demikian, guru perlu merancang dan menyediakan bahan pembelajaran yang
terbaik dan sistematik serta bahan pembelajaran yang mencukupi. Selain itu,
guru perlu menunjukan cara dan teknik yang betul dalam menyampaikan
pembelajaran. Ia penting bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

IV.

Guru Sebagai Inovator


Inovator memberi maksud sebagai pembawa pembaharuan. Sebagai seorang
inovator, guru harus memperkenalkan idea, pendekatan, strategik, kaedah dan
teknik yang sesuai di jalankan didalam bilik darjah. Proses inovator seperti ini
dapat membantu dalam peningkatan keberkesaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh demikian, guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan
pengetahuan yang lebih mendalam.
Dalam mengwujudkan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran,
guru boleh menambahkan kemahiran dengan bahan bacaaan mahupun dengan
menghadiri majlis seminar atau konvensyen. Dengan cara demikian, ia dapat
menambahkan kreativiti, kemahiran dan tahap teknikal yang lebih baik.

V.

Guru Sebagai Pengurus


Di dalam bilik darjah guru bukan sahaja sebagai pengajar tapi juga sebagai
seorang pengurus. Ini jelas guru perlu menguruskan bilik darjah agar berada
SITI HAJAR BINTI MISRUN (DB130079)

dalam keadaan yang lebih selesa dan kondusif. Mengurus aktiviti atau tugasan
pelajar yang telah diarahkan dan pastikan setiap bahan pembelajaran cukup
untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sebagai pengurus guru
perlu memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan yang sedia ada untuk
sekolah.
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mengwujudkan
suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik
darjah yang lebih kondusif dan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.

Rajah 2.2:

Gambar proses

pengajaran dan

pembelajaran

SITI HAJAR BINTI MISRUN (DB130079)

Anda mungkin juga menyukai