Anda di halaman 1dari 1

Tutorial 2

Huraikan secara ringkas kelebihan PPPM berbanding PIPP.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) masih sedang dilaksanakan secara berperingkat
yang mana terbahagi kepada 3 iaitu gelombang pertama, kedua dan ketiga. Gelombang pertama yang
telah bermula pada tahun 2013 hingga 2015 memfokuskan kepada usaha pemperbaiki sistem dengan
memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. Seterusnya, pada gelombang kedua (2016-
2020) pula, mempercepatkan penambahbaikan sistem. Akhir sekali gelombang 3 (2021-2025) ke arah
kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Ini menunjukkan PPPM lebih berfokus dan
perubahan yang ingin dilakukan bermula dari peringkat rendah ke peringkat tinggi. Oleh itu, PPPM
didapati lebih baik berbanding PIPP yang mana perancangannya tidak tersusun dan perubahan yang
diingin dijalankan serentak hingga menyebabkan pelaksanaannya kurang berkesan.

Seterusnya, berdasarkan rajah di atas jelas dapat dibandingkan target yang ditetapkan untuk
pendidikan di Malaysia. Antara PIPP dan PPPM, kedua-duanya mempunyai persamaan. Namun, dalam
anjakan yang ditetapkan oleh PPPM lebih terperinci dan lebih jelas apa yang ingin dicapai serta
merangkumi semua aspek termasuklah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam system
Pendidikan seperti guru, pentadbir, ibu bapa, komuniti dan insfrastruktur. Ini membuktikan bahawa PPPM
lebih menyeluruh berbanding PIPP.

Anda mungkin juga menyukai