Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 1
2. Isu 3
3. Kesan/Implikasi 9
4. Cadangan penambahbaikan 12
5. Rumusan 20
6. Rujukan 22
MEMPERKASA SISTEM PENYAMPAIAN SEKOLAH: PERANAN KPM, JPN DAN
PPD

1. PENGENALAN

Pendidikan dan pembangunan merupakan isu yang sangat penting dan saling
berkait rapat antara satu sama lain. Dalam pembangunan negara Malaysia, pendidikan
merupakan aset yang utama dan tunjang dalam pembangunan sesebuah negara maju.
Dengan pendidikan, maka akan lahirlah para cerdik pandai yang akan mentadbir dan
menguruskan negara. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam
bidang pendidikan bagi bertujuan melahirkan modal insan atau rakyat Malaysia yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan yang berilmu pengetahuan yang tinggi,
bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan
negara. Bidang pendidikan juga harus seiring dengan perkembangan semasa dari segi
teknologi, ekonomi, politik dan juga pembangunan. Ini kerana, bidang ilmu yang
semakin bertambah dan meluas membolehkan segala jenis maklumat dapat dicapai
dengan mudah dan dalam masa yang singkat dan memberikan nafas baru dalam
bidang pendidikan, (Saharia, 2015).

Tidak dapat dinafikan bahawa, bidang pendidikan mengalami perubahan yang


ketara yang mana proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan
cepat. Namun begitu terdapat juga banyak kelemahan dan keburukan yang dikenalpasti
hasil dari perkembangan teknologi yang pesat. Pentadbiran dalam bidang pendidikan
juga mengalami anjakan yang ketara dan memerlukan perubahan yang melibatkan
ramai pihak bukan saja dari segi pihak atasan, malahan pihak yang terlibat dalam
mengurus tadbir unit-unit di peringkat bawahan, (Mardhiah & Rabiatul-Adawiah, 2016).
Perubahan yang berlaku juga melibatkan kos untuk menambah baik segala bentuk
komunikasi yang melibatkan pertukaran maklumat bukan sahaja dari pihak atas kepada
pihak bawahan, malahan juga dari pihak bawahan terus kepada pihak atasan.
Hubungan komunikasi dua hala sudah pasti dapat memberi peluang untuk kedua belah
pihak untuk saling berkongsi dan bertukar maklumat dengan mudah dan pantas.
1
Globalisasi telah membuka mata pihak kerajaan dalam memajukan bidang ekonomi
dan juga pendidikan yang mana sudah pasti memberi pulangan yang baik kepada
negara khususnya dan para penduduk Malaysia secara amnya.

Perlaksanaan dasar pendidikan di Malaysia adalah sangat penting bagi


memastikan aspirasi yang ingin dicapai dapat direalisasikan sepenuhnya. Sebelum
tahun menuju kemerdekaan, para pemimpin telah menyedari bahawa pentingnya
sistem pendidikan penjajah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan bagi
memenuhi keperluan semasa negara Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia di tadbir
oleh empat peringkat yang berbeza dan setiap satunya mempunyai fungsi yang
berbeza antara satu sama lain. Sistem penyampaian dalam bidang pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana segala maklumat yang ingin
disampaikan haruslah memberi manfaat pada golongan pelaksana. Kementerian
secara keseluruhan memantau proses yang berlaku bukan sahaja diperingkat
kementerian secara menyeluruh, peringkat negeri, daerah-daerah yang terlibat dan juga
setiap sekolah dibawah kementerian. Ini kerana, jika proses penyampaian maklumat di
tahap yang terbaik, hasil yang diharapkan sudah pasti dapat memberi manfaat besar
kepada negara Malaysia.

Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana memberikan


fokus sepenuhnya kepada pembangunan individu untuk menjadi modal insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani yang
berlandaskan kepercayaan dan juga kepatuhan terhadap tuhan. Bagi memastikan
matlamat falsafah ini tercapai, pengurusan diperingkat kementerian, negeri, daerah dan
pihak sekolah haruslah diperingkat yang terbaik bagi memastikan maklumat yang
disampaikan adalah yang terbaik dan terkini. Justeru itu, disini perlunya mengenalpasti
peranan KPM, JPN, PPD dan sekolah, isu-isu yang timbul dalam sistem penyampaian
maklumat, kesan yang berlaku akibat dari kelemahan isu tersebut dan juga cara yang
terbaik bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berkesan dan
berterusan.

2
2. Isu

Kerajaan Malaysia telah memberikan perhatian yang mendalam terhadap


pembangunan dalam bidang pendidikan. Oleh sebab itu, bidang pendidikan ini ditadbir
oleh empat peringkat yang utama yang setiap satunya mempunyai fungsi dan peranan
yang berbeza, namun mempunyai matlamat dan objektif yang utama dalam memenuhi
aspirasi negara. Peringkat tertinggi dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia adalah
diperingkat persekutuan yang dinamakan sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Fungsi KPM yang paling utama adalah bertanggungjawab sepenuhnya
membangunkan dasar-dasar dan peraturan di bawah kepimpinan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPPM). KPM juga ditubuhkan bagi tujuan untuk membangunkan
sebuah sistem pendidikan yang mempunyai kualiti setaraf dunia dan mempunyai tujuan
yang jelas iaitu membangunkan modal insan yang berpotensi tinggi dan seterusnya
memenuhi aspirasi negara. Individu yang mempunyai modal insan yang berkualiti
sudah pasti akan memberi sumbangan yang baik terhadap pembangunan negara dan
seterusnya menaikkan lagi nama Malaysia diperingkat dunia. Matlamat utama KPM
adalah melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai peluang pendidikan yang sama
rata kepada semua rakyat Malaysia dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia, beriman serta taat dan setia kepada negara. Di samping itu, objektif KPM juga
adalah melahirkan tenaga manusia bagi memenuhi keperluan negara bagi memajukan
lagi negara dari masa ke semasa.

Peringkat kedua dalam pentadbiran pendidikan dikenali sebagai Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN) yang ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan juga
memantau perlaksanaan program, projek dan aktiviti-aktiviti melibatkan pendidikan.
Jabatan ini bertanggungjawab untuk memberi maklum balas kepada pihak KPM dalam
perancangan dan perlaksanaan secara menyeluruh. JPN ditadbir oleh setiap negeri
namun mempunyai objektif yang sama dalam bidang pendidikan. Fungsi JPN ini jika
diteliti secara mendalam mempunyai tiga fungsi yang berbeza. Pertama, Fungsi JPN
ini dilihat sebagai jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar Pendidikan
Malaysia dan juga mengawal selia dalam pelarasan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan
3
perlaksanaan kokurikulum sekolah, sukatan pelajaran, perpustakaan, pendidikan radio
dan televisyen, pinjaman buku teks, majlis sukan-sukan sekolah seluruh Malaysia,
bantuan kewangan, penempatan guru serta latihan dan kursus untuk kemahiran para
guru. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan pemantauan rapi dari pihak JPN dan seterusnya
memberikan maklum balas kepada pihak KPM. Fungsi JPN yang kedua adalah
menguruskan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di peringkat negeri
masing-masing yang mana JPN mempunyai kuasa untuk merancang, melaksanakan
dan juga menguruskan skim ini. Manakala fungsi JPN yang ketiga merupakan
kesinambungan dari fungsi yang kedua iaitu berperanan sebagai pengawal, pengurus,
dan pelaksana SPBT diperingkat negeri.

Seterusnya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merupakan peringkat ke tiga


yang berperanan untuk menghubungkan antara JPN dan juga pihak sekolah. PPD juga
bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan program, aktiviti dan
juga projek diperingkat sekolah. Manakala peringkat yang paling bawah iaitu sekolah
yang mana merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah. Fungsi sekolah boleh
dikaitkan dengan sosiologi yang mana sekolah merupakan sistem sosial, organisasi,
agen perubahan sosial dan juga sebagai agen mobiliti sosial. Di sekolah, pengetua dan
juga guru besar merupakan individu yang diberi tanggungjawab dalam menjalankan
tugas secara profesional dan menguruskan sekolah mengikut aturan yang ditetapkan
oleh pihak kementerian. Kesemua empat peringkat ini saling berkait antara satu sama
lain dan menjalankan peranan masing-masing bagi memajukan pendidikan di Malaysia.
Melihat kepada aliran ini, sistem penyampaian maklumat ke sekolah melalui tiga
peringkat tertinggi. Segala maklumat atau dasar yang dirancang untuk dilaksanakan di
peringkat kementerian dapat dilaksanakan dan direalisasikan diperingkat pelaksana.
Sistem penyampaian maklumat boleh dijelaskan sebagai aliran segala jenis maklumat
dari pihak KPM ke peringkat bawahan.

Sejajar dengan penjelasan diatas, maklumat ini termasuklah surat, memo, dan
segala jenis maklumat yang harus disampaikan di peringkat sekolah. Semua maklumat
dari pihak KPM di edarkan kepada pihak PPD dan pihak PPD pula menyampaikan
4
maklumat tersebut kepada pihak JPN, (Zuraidah, Zulkifli, Nik Mustafa & Mohammad
Ismath, 2016). JPN pula bertanggungjawab menyampaikan maklumat tersebut kepada
pihak sekolah yang terdiri dari guru besar atau pengetua dan seterusnya kepada pihak
guru di sekolah. Manakala guru pula bertanggungjawab untuk mengaplikasikan
maklumat tersebut untuk diri mereka ataupun untuk tujuan pengajaran dan juga
pembelajaran murid-murid di sekolah masing-masing. Dengan perubahan globalisasi
dan juga arus pembangunan teknologi maklumat, sistem penyampaian ini telah
berubah dari masa ke semasa. Bermula dari penyampaian maklumat secara dokumen
atau manual, beralih kepada penggunaan aplikasi emel yang lebih mudah dan pantas
disampaikan kepada penerima. Wujudnya aplikasi yang pelbagai telah memudahkan
lagi penyampaian maklumat bukan sahaja dari pihak atasan kepada pihak bawahan
malah tindak balas dari pihak bawahan kepada pihak kementerian, (Hong & Aziah,
2015).

Perkembangan teknologi yang pesat telah membolehkan maklumat dikongsi


dengan lebih cepat tanpa melibatkan penggunaan tenaga manusia yang ramai.
Walaupun wujud penggunaan emel yang lebih meluas, terdapat kekurangan dan
kelebihan dalam proses penyampaian maklumat ini. Apabila maklumat yang
disampaikan adalah secara berperingkat dan tidak terus kepada penerima,
menyebabkan berlaku penerimaan maklumat yang tidak lengkap dan tidak dapat
memenuhi kriteria yang ditetapkan. Oleh sebab itu, kumpulan pelaksana tidak
mendapat maklumat yang tepat dan menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi
keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Penggunaan dokumen untuk
surat menyurat atau penyebaran maklumat secara manual masih diguna pakai secara
meluas dalam bidang pendidikan di Malaysia. Perubahan yang berlaku dari semasa ke
semasa memerlukan perbelanjaan yang besar bagi menampung kos perubahan
mengikut perkembangan semasa. Antara masalah yang dikenalpasti dalam proses
pengurusan secara manual dan juga penyampaian maklumat secara manual adalah
maklumat yang disampaikan oleh pihak atasan tidak tepat dan cekap, (Megat Ayop &
Abd. Halim, 2016). Ini bermakna, penerimaan dan pemahaman maklumat di peringkat
sekolah menjadi tidak selari dengan keperluan asal di pihak kementerian.
5
Proses penyampaian maklumat yang bermula dari pihak kementerian kepada
pihak JPN, PPD dan seterusnya kesekolah, menyebabkan matlamat asal yang ingin
disampaikan menjadi tidak tepat. Ini disebabkan oleh pemahaman yang lemah
menyebabkan kepelbagaian variasi dalam pelaksanaan dan juga pemilikan terhad
kepada maklumat atau dasar yang diterima. Maklumat yang diterima juga tidak
seragam dengan sekolah yang lain dan menyebabkan perbezaan dari segi
pelaksanaan itu sendiri. Selain dari itu, masalah juga timbul apabila memerlukan masa
yang lama untuk mengumpul dan memproses data yang ingin disampaikan kepada
pihak sekolah. Ini berlaku kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang telah
disimpan menyebabkan proses menjadi lambat dan tidak cekap seterusnya
keseragaman dalam melaksanakan dasar dan aktiviti tidak dapat dijalankan
sepenuhnya.

Selanjutnya, penggunaan secara manual menyebabkan proses menganalisis


data dan membuat perancangan tidak dapat dijalankan sebaik mungkin. Analisis data
memerlukan pengumpulan data secara setempat dan membolehkan perancangan
yang dibuat adalah yang terbaik dan memberi pulangan kepada pengguna atau
penerima maklumat. Proses ini juga melibatkan aktiviti untuk membuat inferensi dan
integrasi diantara maklumat yang diperolehi untuk mencapai matlamat yang
dikehendaki menjadi sukar dan tidak menepati kehendak penghantar maklumat
tersebut, (Zaini, 2016). Oleh sebab itu, penyebaran maklumat dalam masa yang
ditetapkan tidak dapat dilaksanakan dan tidak mengikut format yang sebenar. Melihat
kepada isu ini, jelas dapat dilihat bahawa dari segi penyampaian maklumat masih lagi
menjadi halangan dalam melaksanakan prosedur atau aktiviti mengikut ketetapan oleh
pihak atasan. Jika melihat kepada aliran penyampaian maklumat dari pihak KPM, JPN,
PPD ke sekolah, beberapa isu atau masalah telah dikenalpasti yang menghalang dari
keberkesanan sesuatu maklumat yang disampaikan. Penerimaan maklumat adalah
lambat menyebabkan pelaksanaan sesuatu aktiviti dan prosedur tugas tidak dapat
dijalankan serentak dan seragam.

6
Lantaran itu, melihat kepada faktor geografi negara Malaysia, penyampaian
maklumat adalah bergantung kepada faktor tempat yang mana terdapat kawasan
pendalaman yang memerlukan masa yang lama untuk sampai dan kekangan dari segi
kemudahan berbanding dengan sekolah yang terletak dikawasan bandar dan lengkap
dengan kemudahan yang menghubungkan rangkaian penyebaran sesuatu maklumat
itu. Faktor jalan raya yang tidak sempurna di kawasan pendalaman juga menjadi
masalah keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat kepada sekolah-sekolah
diluar bandar. Selain dari itu, kemudahan pengangkutan, khidmat penghantaran dan
juga dari segi rangkaian menjadi isu penyampaian maklumat tidak dapat dilaksanakan
secara berkesan. Dalam proses penyampaian maklumat kepada pihak sekolah,
terdapat keciciran maklumat yang berlaku menyebabkan maklumat diterima tidak
lengkap. Pemahaman di peringkat sekolah seringkali bercanggah dan berbeza
dengan apa yang dihasratkan oleh pihak yang membuat dasar atau kehendak
nasional. Ini terjadi kerana penerima maklumat tidak meneliti secara terperinci
maklumat diterima dan hanya bergantung kepada pemahaman dari pegawai-pegawai
senior yang mana menyebabkan penyampaian maklumat menjadi tidak konsisten.
Sementara itu, pemahaman yang lemah terhadap maklumat yang diterima juga
menjadi penyebab kepelbagaian variasi dalam pelaksanaan aktiviti diperingkat
sekolah, (Muhammad Faizal & Abd. Khalil, 2015). Maklumat yang tidak lengkap
digunapakai dan menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai sepenuhnya. Guru-guru
yang terlibat juga tidak membaca dokumen yang diterima secara teliti dan cuma
bergantung kepada pemahaman dan pentafsiran oleh para pegawai peringkat daerah
dan juga pentadbir di sekolah.

Sikap sambil lewa juga merupakan salah satu sebab sistem penyampaian
maklumat sangat lemah. Penerimaan guru terhadap maklumat yang diterima juga
menjadi isu sistem penyampaian menjadi lemah. Sikap profesionalisme yang lemah
dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan akibat dari sikap tidak ambil peduli
dan juga keselesaan berada didalam persekitaran yang sama juga menyebabkan
penyampaian maklumat tidak berlaku mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak kementerian. Sikap negatif ini sudah pasti menjadi halangan sesuatu maklumat
7
atau cadangan tidak memberikan sebarang perubahan kepada bahagian pelaksana.
Antara isu lain adalah sikap tidak mesra pelanggan. Penyampaian yang kurang jelas
daripada pihak KPM, JPN dan PPD menyebabkan ketidakseragaman dalam konteks
pelaksanaan polisi dan juga prosedur kerja. Pegawai diperingkat KPM, JPN dan PPD
harus mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, mesra pelanggan dan
memastikan maklumat yang disampaikan diterima dengan baik di peringkat bawahan
dan pelaksanaan adalah mengikut standard yang telah ditetapkan.

Selain itu, antara isu yang timbul dalam sistem penyampaian maklumat ini
adalah kurangnya pemantauan terhadap kesan yang diharapkan oleh pembuat dasar
atau peringkat atasan mengakibatkan tindakan pembetulan tidak dapat dilakukan
dengan baik dan penambahbaikan juga tidak di praktikan sebaik mungkin. Perubahan
yang disasarkan oleh pihak kementerian digambarkan sebagai satu perkara yang
harus diikuti dan diamati sepenuhnya oleh pihak pelaksana. Keterpaksaan dalam
menerima maklumat yang disampaikan menyebabkan perubahan cuma berlaku dalam
tempoh singkat dan tidak secara berterusan. Sokongan yang meluas dalam
melaksanakan perubahan menjadikan hasil yang terbaik diperingkat bawahan,
(Norashikin, Ramli & Fooi, 2015). Jika dilihat pada peringkat penyampaian maklumat
ini, pegawai yang terlibat di peringkat KPM, JPN dan PPD sememangnya diberi
taklimat bagi menyampaikan maklumat, namun begitu, terdapat ketirisan maklumat
pada peringkat penyampaian itu sendiri. Pemahaman setiap pegawai adalah berbeza
dan tanpa penelitian terhadap dokumen yang diterima, salah faham mungkin berlaku
dan memberi kesan terhadap pelaksanaan aktiviti.

Sistem penyampaian maklumat ini menjadi masalah apabila jaringan maklum


balas yang lemah menyebabkan pihak penerima menerima maklumat yang diberi tanpa
bantahan. Komunikasi seharusnya dua hala untuk memastikan keberkesanan
maklumat atau dasar yang disampaikan menepati kehendak dan matlamat bidang
pendidikan itu sendiri, (Thulasimani, 2014). Selain dari itu, kekangan dari segi sumber
yang terhad, infrastruktur yang tidak lengkap, peralatan yang tidak mencukupi dan
latihan kepada pihak guru yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya juga menjadi isu
8
dalam penyampaian maklumat ke sekolah. Melihat kepada kekurangan selolah
dikawasan pendalaman yang jauh dari kemudahan jalan raya dan juga capaian
teknologi, menyebabkan perubahan tidak dapat dilakukan sepenuhnya dan juga
mungkin mengambil masa yang lama dalam proses pelaksanaan. Apabila golongan
pelaksanan terlalu selesa pada satu tahap, mereka akan menolak sebarang perubahan
yang cuba dilakukan dan memilih untuk berada pada tahap yang sama. Perubahan
dalam sistem pengurusan dan pentadbiran seharusnya memberikan kesan yang baik
terhadap ramai pihak dan lebih mudah diguna pakai bagi melaksanakan sesuatu aktiviti
atau program.

3. KESAN / IMPLIKASI

Sistem penyampaian maklumat merupakan aktiviti yang sangat penting dalam


bidang pendidikan. Pendidikan mengalami arus perubahan yang sangat pesat secara
global dan memerlukan penambahbaikan dari masa ke semasa. Kesan dari isu-isu
yang timbul dari sistem penyampaian maklumat yang lemah menyebabkan banyak
kekurangan dapat dikenalpasti dan seterusnya memberikan kesan yang negatif
terhadap sekolah dan juga golongan pelaksana. Antara beberapa kesan yang
dikenalpasti dari sistem penyampaian yang lemah adalah dari pelbagai tahap. Apabila
pihak kementerian menyampaikan sesuatu maklumat atau dasar yang baru dalam
bidang pendidikan, ianya tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan akibat dari
ketirisan maklumat yang disampaikan. Ini menyebabkan matlamat yang ingin dicapai
tidak dapat di penuhi sepenuhnya dan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
pelaksanaan.

Setiap usul atau cadangan sudah pasti bertujuan untuk memperbaiki kelemahan
yang ada dan menambahbaik kekurangan yang ada, (Ramli, Norashikin & Fooi, 2017).
Kesan yang dirasai bukan saja diperingkat kementerian malahan secara berperingkat
dan kesannya tidak seperti yang diharapkan. Sistem penyampaian yang tidak lengkap
juga sudah pasti mewujudkan budaya kerja yang negatif. Persaingan dalam keadaan
sihat tidak dapat dilakukan dengan baik akibat dari proses penyampaian yang tidak
9
lengkap. Akibat dari ini, akan timbul ketidakpercayaan dikalangan golongan pelaksana
terhadap maklumat atau dasar yang disampaikan dan tidak dapat dilaksanakan secara
berkesan. Jika melihat kepada kepelbagaian dalam sistem penyampaian maklumat,
terdapat sekolah yang mendapat maklumat yang cepat dan selebihnya mungkin
mengambil masa yang lama. Kebiasaanya, perkara ini akan terjadi kepada sekolah
luar bandar yang mempunyai kekangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan
maklumat. Akan timbul ketidakpastian diatas apa yang berlaku, menyebabkan
maklumat yang disampaikan tidak dapat dilaksanakan secara serentak dan hasil yang
diharapkan juga tidak mencapai keperluan atau objektif kementerian. Ini secara tidak
langsung memberi bebanan kepada pihak sekolah dan para guru dalam melaksanakan
program atau aktiviti yang diharapkan.

Pelbagai peringkat pengurusan perlu bekerjasama dalam membangunkan


sistem penyampaian yang lebih baik dan berkesan. Selain dari itu, kesan yang dapat
dilihat dari masalah penyampaian yang tidak teratur, menyebabkan timbulnya jurang
antara sekolah khususnya sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar. Tahap
tekanan para guru juga meningkat akibat dari kemudahan yang tidak mencukupi untuk
menjalankan tugas mereka dengan lebih baik. Akibat dari pelaksanaan yang tidak
selaras, persaingan dengan negara luar juga masih lagi menjadi isu kerana tahap kualiti
pencapaian sekolah diluar bandar tidak menepati standard yang ditetapkan. Salah satu
penanda aras negara maju adalah dari segi pendidikan kelas pertama yang ada di
kalangan para penduduk. Ini kerana dengan pendidikan, ianya dapat memajukan lagi
negara Malaysia dari segi ekonomi kerana adanya hubungan yang kukuh dan peluang
pendidikan yang luas bukan saja kepada penduduk negara malahan juga warga asing.
Golongan bijak pandai dapat di bentuk dan seterusnya memajukan lagi negara kearah
ekonomi yang lebih baik. Maklumat yang disampaikan seharusnya mengikut keadaan
semasa dan digunapakai mengikut kemajuan yang sedia ada. Ini sudah pasti
membantu peningkatan dari segi mutu dan kualiti pendidikan negara, (Abdul Said &
Katriani, 2014).

10
Di samping itu juga, kesan dari penggunaan teknologi yang lemah menyebabkan
program pembestarian sekolah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Bagi mencapai
matlamat wawasan 2020, antara matlamat negara dalam bidang pendidikan adalah
memastikan pelajar didedahkan kepada era teknologi maklumat mengikut
perkembangan semasa dunia. Penggunaan dokumen secara manual seharusnya
dikurangkan dan lebih menumpukan perhatian terhadap penggunaan teknologi bagi
memudahkan lagi urusan bukan saja dari segi pentadbiran, pemantauan dan
pengurusan, malahan memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran di peringkat
sekolah. Maklumat yang disampaikan menjadi lebih tepat, cepat dan juga dalam masa
yang sama dapat menjaga kerahsiaan sesuatu maklumat itu. Merujuk kepada
peringkat penyampaian maklumat iaitu di peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah, ianya
melalui pelbagai peringkat yang setiap satunya di kendalikan oleh pegawai yang
berlainan.

Pemahaman yang berbeza bagi setiap individu boleh menyebabkan maklumat


yang disampaikan adalah sedikit berbeza dari maklumat yang asal. Ini menyebabkan
penerimaan diperingkat sekolah juga berbeza dari kehendak pihak yang pembuat dasar
atau maklumat itu. Kos sampingan juga meningkat kerana secara tidak langsung,
pegawai yang terlibat memerlukan latihan yang secukupnya bagi menggalas
tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang disampaikan. Pegawai
diperingkat JPN dipanggil untuk taklimat berkenaan dasar atau maklumat baru yang
digubal dan seterusnya menyampaikan maklumat tersebut terhadap pegawai
diperingkat daerah. Proses yang sama juga berlaku iaitu taklimat diberi bagi
mengaplikasikan maklumat yang baru diterima. Seterusnya guru besar atau pentadbir
sekolah diberi penerangan tentang maklumat yang cuba disampaikan dan seterusnya
disampaikan kepada pihak guru, (Bush, Ng, Abdul-Hamid & Kaparou, 2018). Proses
yang berlaku dalam peringkat ini melibatkan kos dari segi masa, wang dan juga latihan
yang harus diberikan. Ketidakseragaman menyebabkan polisi dan prosedur kerja juga
menjadi tidak teratur dan tidak menepati kualiti yang diharapkan. Penyampaian adalah
dari peringkat atas ke peringkat bawahan dan merupakan komunikasi sehala yang
menyebabkan penambahbaikan tidak dapat dijalankan dengan baik. Kesan yang terjadi
11
akibat dari sistem penyampaian yang lemah adalah melibatkan semua peringkat.
Secara dasarnya, jika diteliti secara mendalam, kelemahan adalah dari pelbagai
peringkat dan perlu penambahbaikan dari peringkat keseluruhan. Semua peringkat
yang terlibat seharusnya memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan
amanah yang diberi. Sikap sambil lewa sudah pasti akan mengakibatkan pihak lain
yang menerima kesan dan seterusnya menyebabkan pulangan yang diharapkan tidak
dapat diterima. Era teknologi yang mencabar memerlukan sesuatu sistem yang
dirangka mampu menyumbang kepada pulangan yang boleh mengangkat martabat
Malaysia diperingkat antarabangsa.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi meningkatkan lagi kualiti dalam sistem penyampaian maklumat ke sekolah,


beberapa cadangan dikenalpasti dan boleh digunapakai bagi memperbaiki mutu
penyampaian maklumat. Semua peringkat harus memberikan kerjasama dalam
menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan bukan saja kepada pihak
dalaman, malahan juga kepada pihak pelanggan, (Suroto & Herry, 2019). Pihak
kementerian pendidikan itu sendiri perlu memainkan peranan yang besar dengan
menyediakan kemudahan prasarana yang baik. Sebagai contoh, sekolah diluar bandar
perlu dinaik taraf dan diberi peruntukan yang lebih bagi membina dan menyediakan
pusat pembelajaran yang terbaik bagi penduduk luar bandar. Dengan adanya
kemudahan prasarana yang baik, penyampaian maklumat dari kementerian dapat
dilaksanakan dengan baik dan maklumat yang dihantar juga tepat kepada penerima.

Oleh yang demikian, ketirisan maklumat dapat diatasi diperingkat pertengahan


dan menambahbaik sistem yang sedia ada. Teknologi dan juga peralatan teknologi
maklumat harus dibekalkan untuk setiap sekolah kerana zaman era globalisasi telah
banyak membawa perubahan dari segi komunikasi. Cara komunikasi yang
diperkenalkan mengalami perubahan yang mendadak bukan saja dalam bidang
pendidikan malahan bidang-bidang yan lain. Persaingan semakin sengit dengan negara
luar yang bersaing bagi meningkatkat taraf pendidikan dinegara masing-masing dan
12
seterusnya meningkatkan lagi sumber ekonomi ke tahap yang paling maksimum. Jika
dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi dalam urusan kerja seharian, ia
sudah pasti dapat menjimatkan kos pentadbiran, pengurangan dari segi penggunaan
tenaga manusia, kecekapan dalam membuat sebarang keputusan dan juga data yang
diperolehi dapat dianalisis dengan lebih tepat. Dengan penggunaan teknologi terkini,
jurang antara sekolah juga dapat dirapatkan dan seterusnya mewujudkan persaingan
sihat antara mereka. Jika dilihat secara menyeluruh, penyebaran maklumat
menggunakan teknologi terkini mampu diperluas dan penggunaannya boleh
dipelbagaikan bukan saja untuk memberi maklumat, malahan untuk mendapatkan
maklumat yang terkini dan dengan cara yang paling mudah dan cepat. Dalam masa
yang sama, ianya dapat meningkatkan tahap berfikir, kemahiran yang baru dan juga
lebih memberi manafaat kepada para pengguna.

Walaupun pengguna teknologi ini berada di kawasan yang berbeza, namun


begitu jarak yang ada bukan lagi merupakan satu halangan bagi menyampaikan
maklumat yang terkini dari pihak kementerian. Ini sudah pasti urusan harian mudah
dilaksanakan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah ditahap
yang terbaik. Di samping itu juga, kemudahan sumber perlu dipertingkatkan bukan saja
sebagai rujukan, malah ianya membantu dalam proses penyelesaian dan juga proses
membuat sebarang keputusan. Penggunaan maklumat yang seragam sudah pasti
akan memberikan pulangan yang sama seperti yang diharapkan oleh pihak
kementerian. Seperti contoh, penggunaan email membolehkan semua guru di sekolah
mendapat maklumat yang sama dan dalam masa yang sama. Ini merupakan
kepentingan membina kemudahan yang lengkap dari segi prasarana, infrastruktur,
teknologi, sumber dan peralatan yang digunapakai dalam proses penyampaian
maklumat. Akibat dari penyebaran dan pelaksanaan dasar atau maklumat yang
berkesan menyebabkan aspirasi yang dicetuskan dapat dicapai. Pengurusan dan
pentadbiran yang baik akan memberi pulangan yang baik diperingkat negara, (Annabi,
2017).

13
Antara kebaikan yang boleh dilihat dalam penggunaan teknologi maklumat yang
paling ketara dalam pentadbiran adalah pengurangan dari segi kos. Ini dimaksudkan
dengan kos latihan kepada pekerja, kos penambahan atau penggunaan sumber
manusia iaitu pekerja, kos tinggi dalam penyimpanan maklumat bagi memastikan data
yang diperolehi tidak terdedah dan rosak dan juga dari segi penghantaran maklumat
kepada peringkat bawahan atau pegawai-pegawai yang terlibat. Ini sudah pasti
memberikan pulangan yang lebih menguntungkan kepada pihak negara Malaysia.
Malahan, masa juga boleh dijimatkan dari segi pencarian data yang telah disimpan dan
memudahkan untuk membuat sebarang perbandingan atau analisis data. Latihan perlu
diberi kepada pekerja bagi memastikan rekod dan sebarang maklumat disimpan di
tempat yang selamat dan mudah dicapai. Semua peringkat samada KPM, JPN, PPD
dan sekolah harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam urusan pentadbiran
dan kerja seharian.

Di samping itu juga, dengan penggunaan teknologi yang meluas, ianya dapat
meningkatkan lagi kecekapan dalam operasi pentadbiran. Ketirisan maklumat,
pemahaman yang tidak mendalam dan juga salah faham diperingkat penyampaian
maklumat menjadi lebih minimum dan sudah pasti pulangan yang diharapkan adalah
mencapai objektif dalam bidang pengurusan seterusnya dalam bidang pendidikan itu
sendiri. Apabila pengurusan dan pentadbiran berada di tahap yang terbaik, hasil yang
diharapkan di peringkat pelaksana terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan dan peningkatan yang baik dari segi kualiti.

Antara cara lain yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan lagi sistem
penyampaian adalah, kawasan pendalaman perlu dinaik taraf dengan membina lebih
banyak jalan raya yang menghubungkan kawasan-kawasan pendalaman. Apabila
sistem perhubungan menjadi lebih mudah menghubungkan sesuatu kawasan,
maklumat yang akan disampaikan juga tiada halangan dan keseragaman dalam
menjalankan sesuatu program atau aktiviti. Tidak dapat dinafikan kepentingan jalan
raya kepada penduduk luar bandar bukan saja dalam bidang pendidikan, malahan
bidang ekonomi dan juga bidang sosial. Sistem jalanraya yang teratur akan
14
mendekatkan lagi perhubungan penduduk dan seterusnya penyebaran sebarang
maklumat menjadi lebih mudah dan dapat menjimatkan masa. Pentadbiran yang cekap
dan bersistematik boleh diperbaiki dengan penggunaan aplikasi yang pelbagai dalam
menjalankan tugas.

Aplikasi komunikasi yang pelbagai lengkap dengan pelbagai cara penyaluran


maklumat dapat memproses maklumat dengan lebih cepat. Aplikasi seperti
“Facebook”, “Whatsapp”, “Telegram” dan banyak lagi boleh menjadi medium
komunikasi yang sangat pantas dan mudah. Ianya boleh diguna pakai bukan saja
dalam peringkat pentadbiran, malah ianya juga menjadi medan penyebaran maklumat
dengan pantas dan juga membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Walaupun aplikasi ini mempunyai keburukan dari segi penggunaan yang tidak
terkawal, namun jika mendapat pemantauan dari pihak kementerian atau pihak atasan,
ianya dapat digunapakai untuk tujuan yang lebih baik. Bagi sekolah pendalaman pula,
pihak kementerian seharusnya memainkan peranan dengan memberikan sokongan dari
segi masa untuk melakukan perubahan. Seperti yang diketahui, sekolah dipendalaman
memerlukan masa untuk melakukan perubahan dengan kekangan dari segi kemudahan
dan kekurangan infrastruktur perhubungan. Segala maklumat yang disampaikan
mengambil masa untuk dipraktikkan sepenuhnya disekolah-sekolah tersebut. Halangan
untuk penyampaian maklumat menjadi lebih mencabar dan memerlukan masa yang
lama berbanding sekolah di kawasan bandar. Masa yang diperlukan untuk mengubah
sesuatu perkara mungkin dalam masa yang lama, namun begitu disini peranan
pengetua atau PPD boleh dilihat dengan menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam
mencari penyelesaian terbaik dan seterusnya menjadikan pelaksanaan dasar atau
maklumat yang diterima lebih mudah diterima pakai di pihak sekolah, (Lukman, 2017).
Tanggungjawab bagi melakukan perubahan makin meningkat mengikut kawasan –
kawasan di pendalaman. Ini berbeza dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar yang
mudah menerima perubahan dan lebih cepat dalam penerimaan maklumat.

Antara cara lain yang boleh dipraktikkan dalam sistem penyampaian maklumat
yang lebih cekap adalah seperti memberi elaun khas bagi penghantaran surat kepada
15
pekerja khusus untuk menyampaikan maklumat kepada kawasan yang terlibat. Ini
boleh diguna pakai dikawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan dan
perhubungan yang terhad. Jika dikawasan bandar, khidmat penghantaran cepat boleh
digunakan bagi penyampaian maklumat selain dari menggunakan teknologi. Ini kerana
bukan semua maklumat boleh dihantar di alam maya kerana terdapat maklumat yang
perlu dihantar dalam bentuk manual atau secara bertulis. Penggunaan khidmat
penghantaran cepat juga boleh digunakan mengikut keadaan yang sesuai. Namun jika
melihat kepada kawasan luar bandar, perkhidmatan ini mungkin tidak disediakan dan
memerlukan khidmat orang perseorangan bagi menyampaikan sebarang maklumat di
sekolah. Contoh yang paling jelas boleh dilihat dari segi penyampaian maklumat
adalah, keputusan peperiksaan pelajar yang perlu dihantar secara bertulis dan bukan
boleh dilihat menggunakan di atas talian sahaja. Bagi memastikan keputusan pelajar
sampai kepada pihak sekolah dalam masa yang sama diantara sekolah yang berlainan,
disini perlunya menggunakan khidmat penghantaran secara individu.

Bagi pihak guru pula, penambahbaikan boleh dibuat dengan cara menghadiri
kursus-kursus berkenaan dengan dasar yang dibuat. Guru memainkan peranan
penting dalam peringkat pelaksanaan yang mana memerlukan pemahaman yang tinggi
terhadap dasar yang dibuat. Dasar yang digubal oleh pihak kementerian harus
memberi perubahan kepada peringkat pelaksana. Latihan sememangnya amat penting
bagi meningkatkan bukan saja pemahaman malah meningkatkan lagi kemahiran sedia
ada bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Selain dari itu,
diperingkat KPM, JPN dan PPD juga, para pegawai harus mempunyai kemahiran dalam
menyampaikan sesuatu maklumat. Ini kerana sistem penyampaian ini melibatkan
banyak pihak dan peringkat yang pelbagai, kemahiran komunikasi harus berada di
tempat yang terbaik dan pegawai yang terlibat harus bijak mentaksir maklumat yang
diterima dan juga yang akan disampaikan kepada tahap pelaksana. Jika tahap
penyampaian adalah lemah, sudah pasti penerima maklumat juga tidak dapat
memahami mesej yang cuba disampaikan secara tersurat dan tersirat.

16
Pejabat Pendidkan Daerah harus ditubuhkan dengan lebih banyak dikawasan
pendalaman. Ini bertujuan bagi proses pemantauan program atau aktiviti, penyebaran
maklumat menjadi lebih berkesan dan dapat disampaikan kepada penerima yang
sepatutnya. Pihak PPD juga harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada sekolah
yang mempunyai prestasi yang rendah dengan memberikan latihan bukan saja kepada
pihak guru malahan kepada pihak pentadbir sekolah ataupun pengetua sekolah
terbabit, (Mohd Izham & Norziana, 2015). Pihak PPD harus memberikan maklumbalas
terhadap perkembangan semasa sekolah secara kerap terhadap pihak JPN. Di sini
pihak JPN pula memainkan peranan sebagai badan yang bertanggungjawab untuk
memajukan lagi sekolah di luar bandar. Maklumbalas semasa juga perlu diberi kepada
kementerian tentang maklumat atau dasar yang dilaksanakan bagi memastikan
perubahan yang dijangka berlaku akan dapat di guna pakai dalam urusan kerja
seharian. Komunikasi menjadi medium yang sangat penting dalam menghubungkan
pihak KPM, JPN, PPD dan juga pihak sekolah khususnya. Tanpa penggunaan
komunikasi yang berkesan, maklumat tidak dapat disampaikan secara tepat dan
seterusnya matlamat dan objektif pendidikan tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Pihak kementerian diperingkat persekutuan dilihat sebagai badan yang


mengawal perlaksanaan sesuatu maklumat atau dasar yang dibuat. Ianya lebih bersifat
berpusat dan sehala. Peranan pihak JPN dan PPD pula lebih kepada membantu dari
segi pentadbiran. Bila berlakunya komunikasi sehala iaitu arahan diterima dari pihak
atasan tanpa adanya maklumbalas terhadap sesuatu dasar atau maklumat yang
diterima, ini menyebabkan para guru hilang keyakinan atas keberkesanan. Pihak KPM
harus memberi penerangan yang sewajarnya bagi membolehkan para guru dan
peringkat bawahan lebih memahami tujuan dan matlamat dalam memperkasakan
sistem penyampaian maklumat di sekolah. Di samping itu juga, pihak KPM seharusnya
menyediakan medium untuk peringkat pelaksana memberikan maklumbalas terhadap
maklumat yang diterima. Apabila terdapatnya maklumbalas, keberkesanan sesuatu
sistem penyampaian maklumat dapat diukur bagi tujuan utama iaitu penambahbaikan
kearah yang lebih baik. Cadangan atau idea yang baik boleh diguna pakai demi untuk
memajukan lagi bidang pendidikan ke tahap antarabangsa. Perubahan merupakan
17
sesuatu yang baik dalam pelaksanaan dasar atau sebarang aktiviti pentadbiran secara
dinamik di dalam dunia pendidikan di Malaysia khususnya. Perubahan perlu dilakukan
bukan sahaja kepada perkara-perkara besar, malah perlu dilihat dari sudut yang kecil
bagi tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Oleh sebab itu, pemantauan perlu diberikan
oleh pihak PPD bagi memastikan sekolah dibawah seliaannya mencapai standard yang
telah ditetapkan.

Pihak KPM memberikan lebih kuasa untuk membuat keputusan kepada pihak
JPN dan PPD bertujuan untuk menggambarkan fungsi dan hala tuju sekolah adalah
sama namun berbeza dari segi peranan di setiap peringkat. Setiap JPN adalah
berbeza untuk setiap negeri namun menuju kearah matlamat yang sama iaitu
membangunkan modal insan negara kearah yang terbaik. JPN menggalas
tanggungjawab yang besar bagi mementukan hala tuju sekolah-sekolah dibawah
seliaannya dan memastikan setiap pelaksanaan dapat mencapai KPI atau “Key
Performance Indicator” yang telah ditetapkan. Apabila semua pihak memahami
peranan masing-masing, sistem penyampaian akan menjadi lebih cekap dan berkesan.
Melihat kepada kepelbagaian dari segi daerah dan kawasan tertentu, pelaksanaan
sebarang maklumat atau dasar boleh dibuat secara fleksibel. Ini bermakna, pihak
kementerian menerangkan matlamat penyampaian maklumat secara panduan yang
umum dan bukan merupakan dalam bentuk arahan bertulis yang rigid. Ini bermakna,
perubahan adalah dalam bentuk skop yang lebih meluas dan pelaksanaan yang lebih
berkesan. Maklumat yang diterima digunapakai mengikut keadaan faktor persekitaran
dan lebih fleksibel.

Pendekatan alternatif juga perlu diguna pakai dimana pihak kementerian


menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh maklumat yang disampaikan, namun
peranan diperingkat JPN, PPD dan juga sekolah yang akan menentukan kaedah yang
sesuai untuk mencapai matlamat tersebut. Pihak kementerian juga boleh mewujudkan
cabang penyampaian maklumat menggunakan media sosial secara formal dan
terkawal. Ini akan menggalakkan penyampaian maklumat menjadi lebih berkesan dan
mudah untuk disebarkan.
18
Jika dilihat kepada budaya yang diamalkan, komunikasi adalah secara “top-
down” yang mana sebarang maklumat yang dibuat oleh pihak kementerian akan
disampaikan kesekolah melalui JPN dan PPD. Ini menyebabkan maklumat yang
diterima mungkin sedikit berbeza dengan kefahaman yang dimaksudkan diperingkat
kementerian. Ini pentingnya mewujudkan medium komunikasi menggunakan media
sosial bagi mendapatkan maklumbalas dan juga cadangan dari peringkat pelaksana
untuk meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tersebut. Pihak kementerian harus
membuka ruang untuk segala jenis kritikan, cadangan dan juga pujian diterima dan
ditapis sebaik mungkin untuk kepentingan semua pihak. Ini boleh membuktikan
bahawa maklumat yang disampaikan bukan berat sebelah namun mengikut keperluan
dan keadaan semasa pihak sekolah. Kualiti penyampaian dapat ditingkatkan dari masa
ke semasa dan penerimaan maklumat menjadi lebih mudah untuk diamalkan. Setiap
peringkat pengurusan dan pentadbiran memainkan peranan masing-masing dengan
lebih berkesan dan cekap.

Sementara itu, penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah mengadakan


forum diperingkat daerah. Ini bertujuan bagi membolehkan perbincangan mengenai
dasar atau maklumat dapat dilaksanakan di setiap daerah bagi membolehkan para PPD
dan pentadbir dan pengetua sekolah membincangkan implikasi dari dasar tersebut. Ini
mengelakkan dari penerimaan dasar dan maklumat baru tanpa tapisan yang betul.
Penambahbaikan yang terakhir boleh diberi bagi memperkasakan lagi sistem
penyampaian sekolah adalah pihak kementerian mengadakan soal selidik secara
kualitatif untuk mendapatkan pandangan yang jelas tentang sistem penyampaian yang
dijalankan. Ini membolehkan pihak kementerian mengetahui dengan lebih jelas
permasalahan yang timbul dari sistem penyampaian tersebut dan seterusnya
mengambil langkah memperbaiki mutu penyampaian kearah yang lebih baik.

19
5. RUMUSAN

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang besar dalam


pembangunan pendidikan di dalam negara Malaysia sejak zaman dulu lagi. Peranan
yang dipikul bukan saja untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapat
peluang pembelajaran yang sama rata, malah ianya bertujuan untuk membentuk invididu
menjadi insan yang berguna bukan saja untuk masyarakat malahan juga memberi
sumbangan terhadap pembangunan negara. Modal insan yang hebat bercirikan akhlak
yang baik dan berilmu merupakan aset negara yang tiada nilai. Bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan, beberapa peringkat pentadbiran dan pengurusan dibentuk
bagi memastikan bidang pendidikan di Malaysia setaraf dengan bidang pendidikan di
negara luar. Persaingan yang sengit memberikan cabaran saingan yang hebat bagi
membolehkan pendidikan negara mendapat pengiktirafan di mata dunia. Terdapat
empat peringkat yang paling utama di dalam bidang pendidikan di bentuk bertujuan
untuk mentadbir, mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan dengan bidang
pendidikan. Empat peringkat yang dimaksudkan adalah Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) dan
juga pihak sekolah. Empat peringkat ini mempunyai peranan yang berbeza namun
mempunyai matlamat yang sama dalam bidang pendidikan.

Pihak KPM merupakan badan diperingkat persekutuan yang bertindak


membangunkan dasar dan peraturan manakala pihak JPN dan PPD bertindak sebagai
pembantu dalam bidang pentadbiran. Penyaluran sebarang maklumat atau dasar
adalah melalui peringkat tersebut dan menggunakan sistem penyampaian yang diguna
pakai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah. Sistem penyampaian
maklumat ke sekolah ini mempunyai kelemahan dan perlu diberi penambahbaikan.
Penggunaan manual atau dokumen bercetak masih lagi diguna pakai secara meluas
dan sudah pasti terdapat kelemahan dari segi penyampaian maklumat. Data yang
disimpan memerlukan cara penyimpanan yang betul untuk memastikan rekod atau
maklumat yang disimpan terus terpelihara dari segi kerahsiaan. Kos yang terlibat dalam
penyimpanan maklumat menjadikan sistem penyampaian maklumat ini menjadi kurang
20
berkesan. Selain dari itu, ketirisan maklumat terjadi diperingkat penyampaian ini kerana,
pegawai yang terlibat mempunyai pemahaman yang berbeza dengan pihak kementerian
dan menyebabkan mesej yang asal telah ditokok tambah secara tidak sengaja. Ini
sudah pasti menyebabkan kepelbagaian dalam pelakasana aktiviti atau program yang
dirancang dan ketidakseragaman dari segi hasil yang diterima.

Dengan penambahbaikan yang disarankan, ianya bertujuan untuk


memperbaiki kelemahan yang ada bukan saja diperingkat sekolah, diperingkat KPM,
JPN dan juga PPD. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu pendidikan
negara. Dengan mengikuti arus globalisasi semasa, penggunaan teknologi dilihat
sebagai cara yang paling tepat boleh diaplikasikan dan digunapakai dalam proses
penyampaian maklumat. Bukan sahaja kerana mudah untuk menyebarkan sesuatu
maklumat, malahan ianya juga menjadikan sistem pentadbiran lebih bersistematik dan
tersusun. Penggunaan pelbagai aplikasi boleh memberi kebaikan kepada peningkatan
dalam kualiti pengurusan. Pemantauan sepenuhnya dari pihak yang berkenaan
semestinya akan memastikan sebarang aktiviti dan program dapat dijalankan dengan
lebih efisyen.

21
6. RUJUKAN

Abdul Said, A. & Katriani, M. 2014. Kajian persepsi guru terhadap agihan tugas dan
keperluan kerja. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 19-33.

Annabi, N. 2017. Investments in education: what are the productivity gains? Journal of
Policy Modeling. 39, 499-518.

Bush, T., Ng, A., Abdul-Hamid, S. and Kaparou, M. 2018. School leadership theories
and the Malaysia Education Blueprint: Findings from a systematic literature
review. International Journal of Educational Management, 32 (7), 1245-1265.

Hong, O. C. & Aziah, I. 2015. Sokongan pihak pengurusan sekolah terhadap tekanan
kerja guru di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42-57.

Lukman, H. 2017. Efektivitas pelaksanaan pendidikan dan pelatihan pada badan


pendidikan dan pelatihan kementerian dalam negeri. Public Administration
Journal, 1(2), 214-221.

Mardhiah, J. & Rabiatul-Adawiah, A. R. 2016. Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran


dengan efikasi kendiri guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(2), 1-16.

Megat Ayop, M. A. & Abd. Halim, A. 2016. Kepentingan budaya integrity dan etika
kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of
Society and Space, 12(9), 138-149.

Mohd Izham, M. H. & Norziana, A. 2015. Peranan pengetua dalam pengurusan


kokurikulum dari perspektif guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 129-138.

22
Muhammad Faizal, A. G. 2015. Model program perkembangan profesionalisme guru
Malaysia: Satu kajian analisis keperluan disekolah berprestasi tingi dan sekolah
berprestasi rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1-16.

Norashikin, A. B., Ramli, B. & Fooi, F. S. 2015. Hubungan kepimpinan guru dengan
penyampaian akademik pelajar. International Journal of Education and Training
(InjET), 1(2), 1-11.

Ramli, B., Norashikin, A. B. & Fooi, F. S. 2017. Hubungan kepimpinan pengajaran


pengetua dengan pencapaian akademik pelajar. International Research Journal
of Education and Sciences, 1(1), 60-70.

Saharia, H. I. 2015. Pembangunan insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Journal of Human Capital Development, 8(2), 83-99.

Suroto & Herry, M. 2019. Analisis perancangan sistem informasi Customer


Relationship Management (CRM) berbasis Web pada Sekolah Dasar Islam
Terpadu (SDIT) Al Muthmainnah. Jurnal Managemen Sistem Informasi, 4(1), 85-
91.

Thulasimani, M. 2014. Integrasi Teknologi Maklumat dan komunikasi dalam


pendidikan. Journal IPA, 23, 1-17.

Zaini, S. 2016. Implimentasi kebijakan penyelenggaraan pendidikan inklusif. Jurnal


Pendidikan, 1(1), 89-97.

Zuraidah, A., Zulkifli, A. M., Nik Mustafa, M. A. & Mohammad Ismath, R. 2016.
Memperkasa guru Bahasa Melayu melalui penyeliaan kembang tumbuh dan
komuniti pembelajaran professional (KPP) di lima sekolah menengah daerah
Kuala Lipis. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(2), 42-59.

23

Anda mungkin juga menyukai