Anda di halaman 1dari 6

DAFTAR M…

SK. Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor


Maklumat Sekolah Kurikulum Hal Ehwal Murid (HEM) Kokurikulum Pusat Sumber Sekolah

PPPM Pautan
Pautan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
EduWebTV
Abstrak
Mukasurat Utama
Portal KPM
Pendidikan adalah proses yang dilalui oleh setiap individu merangkumi pelbagai aspek
PPPM dalam melengkapi keperluan sepanjang hidup. Dalam menghadapi dunia yang penuh HRMIS
cabaran, pendidikan juga menjadi perkara teras yang dapat menyumbang kepada
Kalender Persekolahan pembangunan kendiri dalam proses kehidupan di masa akan datang.
APDM
Di dalam perspektif lain, pendidikan juga dapat menjana pembangunan modal insan dan
Guru Bertugas Mingguan
ekonomi Negara bagi persediaan individu bersaing untuk melengkapi diri dengan KSSRonline
kemahiran dan berupaya menyumbang kepada perkembangan sosial, budaya dan ekonomi
sesebuah Negara. NKRA
Oleh sebab itu, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan system
pendidikan Negara dapat berfungsi dengan efektif  dan merapatkan jurang dalam sistem E-eporasi
pendidikan kebangsaaan dan mencari kaedah terbaik untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan. VLE Frog
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di masa akan datang, komitmen dan strategi
bagi meningkatkan kualiti pendidikan Negara telah dirangka dan Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan
telah berjaya menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015 bagi
memperolehi hasil yang dapat mencapai kepuasan dan memberi manfaat kepada seluruh
rakyat khususnya di dalam bidang pendidikan.

Ekoran dari ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula terhadap
sistem pendidikan Negara pada Oktober 2011 dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu bagi memurnikan harapan ibu bapa,
masyarakat serta persiapan anak muda terhadap keperluan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat.

Dalam situasi dan cabaran global dunia yang semakin hebat pada masa kini, kejayaan
Negara sering dikaitkan dengan kemajuan isi perutnya yang merangkumi faktor-faktor
seperti ekonomi dan modal insan. Rakyat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta
mempunyai kompetensi yang tinggi bakal menyumbang kepada ekonomi yang lebih tinggi.

Lewat ini, sistem pendidikan Negara telah dilihat sebagai satu dasar yang perlu diberi
perhatian serius memandangkan semakin ramai ibu bapa yang lebih peka dan prihatin
tentang peranan pendidikan dalam menyediakan anak-anak mereka ilmu yang diperlukan.

Atas kesedaran bahawa setiap pihak dapat mencapai tahap pendidikan yang baik,
Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan yang pantas untuk melaksanakan
transformasi pendidikan demi manfaat semua.

Objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Di dalam merangka pelan pembangunan ini, Kementerian Pendidikan telah mengumpul


dapatan daripada pelbagai sumber kajian dan laporan pendidikan yang dilaksanakan oleh
pakar-pakar pendidikan seperti UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi
Pengajian Tinggi Awam. Pihak-pihak yang terlibat dalam kajian ini adalah pemimpin
sekolah, guru, ibu bapa, murid dan masyarakat di serata Negara.

Dari maklumbalas yang diperolehi dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia, Kementerian Pendidikan dapat menilai semula status dan prestasi terkini sistem
pendidikan Negara dengan melihat kepada kejayaan lampau dan membezakannya dengan
tanda aras antarabangsa.

Sehubungan itu, objektif Pelan ini telah dirangka bagi menambah baik sistem pendidikan
secara berterusan. Antara tiga objektif yang telah dirangka:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan


penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta memaksimumkan keberkesanan sistem; This site uses cookies to analyse site traffic.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi
Information 13 your use of the site is shared
about
tahun yang seterusnya sehingga 2025; dan with Google for that purpose.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian, yang membolehkan sistem ini
OK
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
 
Visi dan Aspirasi

Terdapat lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia yang mana ianya setanding
dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain.
Pelaksanaan lima aspirasi ini amat penting bagi memberi manfaat dan merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Lima aspirasi (ekshibit 2) bagi sistem ada
seperti berikut:

Aspirasi sistem

1. Akses:Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan


peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-
kanakdari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)
menjelang 2020 dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas
(Tingkatan 5) menjelang 2020.Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat
pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan
setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan
negara adalah untuk meletakkan
2. Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem
pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk
meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang
akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).
Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan
konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di
peringkat antarabangsa.
3. Ekuiti:Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
 kepada setiap kanak-kanak tanpa mengirakedudukan geografi, gender atau latar
belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang
pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan
pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. 
4. Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid
belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan
suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan
Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi
peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. 
5. Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi,
namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan
tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
 

Aspirasi murid

Tidak dapat dinafikan bahawa kualiti yang perlu ada pada individu murid adalah menjadi
penyumbang penting dalam sistem pendidikan Negara. Oleh sebab itu, selain dari lima
keberhasilan sistem yang telah digarapkan, aspirasi murid juga menjadi perkara asas
kepada usaha penambahbaikan sistem pendidikan Negara.

Terdapat ENAM  aspirasi murid yang membolehkan mereka meneraju pembangunan


ekonomi global di masa hadapan, iaitu:

1. Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai


sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu
didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan
dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni,
muzik, dan sukan.
2.  Kemahiran Berfikir:Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta
inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya
untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks
akademik.
3.  Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait,
kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secaraThis site uses
berkesan cookies to analyse site traffic.
adalah
amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid Information
mencapaiabout your use of the site is shared
potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak
with formalfor that purpose.
Google
untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, OK
berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
4. Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai
sebaga ba asa eba gsaa da ba asa pe padua se ta ba asa gge s sebaga
bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan
tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya
berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari
bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
5. Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian
dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam
kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang
kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga
berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.
6.  Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun
Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara
memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan
negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman
yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya
belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati
kepelbagaian
 

Sebelas Anjakan Utama untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Daripada input yang diperolehi oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti pendidik, guru,
ibu bapa dan murid, telah wujud beberapa kata sepakat yang mempunyai empat kriteria
utama. Pertama, inisiatif yang dikemukakan perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan
aspirasi murid, kedua Kementerian menggunakan panduan antarabangsa bagi
menambahbaik sistem dan murid, ketiga perancangan perlulah relevan agar dapat
dilaksanakan dan keempat kesan dan hasilnya perlulah melebihi daripada kos yang perlu
ditanggung.

Sehubungan itu, 11 Anjakan (ekshibit 1) bagi menghasilkan perubahan telah dikenalpasti


dan perlu memberi impak kepada lima keberhasilan sistem iaitu :

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf


antarabangsa
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan   keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
 

Transformasi Teori Fungsionalisme dan kaitannya dengan konsep sosiologi

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia
yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai
suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.

Teori fungsionalisme menyatakan bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa
memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian
serta evolusi dalam sesebuah masyarakat. 

Pendidikan dan Masyarakat

Tidak dapat dinafikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini menitikberatkan


pembangunan modal insan yang dilihat menjadi penyumbang utama dalam kejayaan
sistem pendidikan negara.  Tambahan pula, isu perpaduan di kalangan murid masih lagi
dikekalkan memandangkan negara mengamalkan pluralisme kaum.

Pada sejarahnya, sistem pendidikan telah mewujudkan sistem persekolahan berasingan


mengikut kaum yang berbeza. Walaupun masih dikekalkan hingga kini, umum berpendapat
bahawa mempunyai sekolah satu aliran adalah cara terbaik untuk membentuk identiti dan
merapatkan jurang perpaduan di kalangan murid.

  This site uses cookies to analyse site traffic.


Information about your use of the site is shared
Pendidikan dan Mobiliti Sosial
with Google for that purpose.
Mobiliti sosial ditakrifkan sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas
sosial yang lain (Paul B. Horton, 1970). OK

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk
menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik. Proses gerak
pindah ini boleh menjadi hasil yang positif atau negatif kerana risikonya sangat tinggi.
Berubah ke satu aras hidup yang lebih baik adalah impian bagi setiap orang kerana
keselesaan dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak dapat merubah keadaan hidup
yang sedia ada.

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat


mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial.

Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial sudah tidak dapat dinafikan. Sememangnya
pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang
baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Dengan adanya pendidikan, murid yang
berada di kalangan keluarga berpendapatan rendah berpeluang hidup senang ekoran dari
pencapaian akademik yang baik. Namun begitu, hasrat Kementerian untuk merealisasikan
mobiliti sosial dalam kalangan murid miskin perlu dipertingkatkan memandangkan status
sosioekonomi masih lagi menjadi faktor penentu kejayaan akademik seseorang.

Isu

1.     Bahasa

Gabungan NGO pelbagai etnik dan agama menentang Penambahan waktu kelas bahasa
melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan cina kerana dikatakan tidak mendorong
pembangunan pendidikan bahasa ibunda mereka. 

2.     Status ekonomi dan kelas sosial

Perbezaan status ekonomi memang telah menjadi isu dan cabaran besar dalam mencapai
keberhasilan pendidikan. Terdapat korelasi di antara pendapatan ibu bapa murid dan lokasi
yang menentukan pencapaian akademik murid.

Oleh sebab itu, ketaksamarataan pendidikan masih lagi perlu ditangani walaupun kerajaan
sering memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dari segi kewangan
pendidikan.

3.     Kualiti Guru

Tidak dapat dinafikan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, kualiti pendidik itu sendiri
memain peranan yang amat besar. Untuk merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, isu kualiti guru perlu ditangani segera. Persoalannya, dapatkah guru
yang berkualiti dijana untuk persediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini?

 Kebaikan

1.     Akses dan peluang pendidikan

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan


yang merupakan objektif utama dalam sistem pendidikan negara. Mereka akan dipastikan
bersekolah dan kekal bersekolah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mencapai
tahapminimum persekolahan. Setelah merdeka, didapati kemasukan di peringkat rendah
dan menengah rendah mencapai enrolmen sejagat dan kemasukan di peringkat prasekolah
dan menengah atas adalah agak tinggi. Ini menunjukkan akses dan peluang pendidikan
yang samarata diberi kepada semua.

2.     Melahirkan murid yang kompeten dalam kemahiran berbahasa

Kerajaan memastikan agar dasar bahasa dikemaskini bagi meningkatkan kemahiran


berbahasa, bukan sahaja bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris malah bahasa Cina dan
bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan adanya kemahiran berbahasa, murid
berpeluang mengembangkan potensi diri dan lebih bersedia berhadapan dengan dunia
selepas persekolahan.

3.     Menggunakan ICT bagi bersaing sama tinggi dengan peringkat antarabangsa

Bagi menyediakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih efektif,
kerajaan telah meneroka penggunaan ICT yang dapat melengkapkan individu dengan
kemahiran pembelajaran yang baru. Usaha kerajaan untuk merangka pembelajaran dalam
talian dan tutorial interaktif adalah murni dan dapat menyumbang kepada perkembangan
global sejagat.

Kesimpulan
This site uses cookies to analyse site traffic.
Secara amnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mempunyai persediaan yang
Information about your use of the site is shared
lengkap bagi kebajikan generasi muda dan di peringkat global. Di antaranya, pada akhir
with Google for that purpose.
2013, perkhidmatan kaunseling kerjaya dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual
murid sekolah menengah bagi mempersiapkan murid ke alam pekerjaan. Tambahan pula,
bagi laluan pendidikan vokasional, murid juga dapat bersedia ke alam pekerjaan OK
memandangkan kursus praktikum secara ‘hands-on’ diberikan.
Selain itu, kemahiran menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih
dititikberatkan. Kementerian mengharapkan agar setiap murid mencapai 100% literasi asas
dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, di mana pada akhir tingkatan 5 90% murid
dijangka memperoleh minimum skor kredit dalam bahasa Malaysia dan 70% minimum skor
dalam kertas bahasa Inggeris berdasarkan standard Cambridge 1119. Dengan adanya
kemahiran dan kompetensi berbahasa ini, maka murid akan lebih bersedia menghadapi
dunia global yang menggunakan komunikasi sebagai alat penghubung.

Walau bagaimanapun, isu perpaduan masih menjadi komponen penting dalam konteks
sosial masyarakat Malaysia dan pendidikan adalah perkara teras yang dapat
menghapuskan tahap perbezaan kaum di Malaysia. Maka, kementerian perlu memastikan
setiap kumpulan etnik diwakili dan dimasukkan dalam kurikulum dan bahan pengajaran
yang digunakan di sekolah agar jurang perkauman dapat dihapuskan secara total.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi
kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut
merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh
negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di
bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1.      Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5


tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan
prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan
pada tahun 2012.

2.      Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak


mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi
dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3.      Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan


100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir
tahun 2012.

4.      Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada


Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai
tahun 2010.

5.      Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi


bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17,


Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah
rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam
Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR
(GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah
menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR -
0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)
 

Galeri Hubung Gelari Photo


Mesyuarat PIBG 2017 SK. Bandar Teknologi

Pelancaran MTQ Peringkat Sekolah 2017 Jalan 3/12, Seksyen 3,


Bandar Teknologi Kajang,

Program Guru Penyayang 2017 43500 Semenyih,


Selangor Darul Ehsan. This site uses cookies to analyse site traffic.
Pendaftaran Tahun 1 2017 Information about your use of the site is shared
03-87248380

with Google for that purpose.


Transisi Tahun 1 2017
03-87248907 (Faks)

Email : bba4053@btpnsel.edu.my


OK
This site uses cookies to analyse site traffic.
Information about your use of the site is shared
with Google for that purpose.

OK

Anda mungkin juga menyukai