Anda di halaman 1dari 4

PAK-21

Pendidikan merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan
masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk
membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin
maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
(center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada
abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh
status "World Class Education" (Pendidikan Bertaraf Dunia).

Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan
kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti,
kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat
antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’
bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri
daripada:

i. Pembangunan tenaga manusia


ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

vi. Pembangunan teknologi dan sains


13 Januari 2018 yang lalu YB Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah memaklumkan
bahawa kelas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) akan dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di
sekolah-sekolah terpilih melibatkan kawasan Bandar dan luar Bandar. Beliau turut serta dalam sesi
PAK-21 di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan menyatakan harapan agar kemudahan yang
diberikan nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Yang menarik perhatian adalah respon daripada kalangan warga pendidik dan masyarakat terhadap
pelaksanaan PAK-21 yang dikongsi di laman Facebook YB Menteri Pendidikan. Ada yang begitu teruja
dengan kemudahan terkini yang diberikan dan berharap agar sekolah mereka adalah antara 2000
sekolah yang bertuah itu. Ada juga yang meminta Kementerian Pendidikan melihat kepada realiti
yang berlaku di sekolah serata negara yang menghadapi masalah capaian. Tidak kurang juga yang
menyentuh tentang cabaran melaksanakan PAK-21 sedangkan keadaan infrastruktur di sekolah
masih lagi dalam keadaan yang menyedihkan, terutama sekolah di kawasan pedalaman, malah
berpandangan peruntukan yang diberikan kepada ‘sekolah terpilih’ ini disalurkan kepada sekolah
yang lebih memerlukan.
Harapan, realiti dan cabaran ini memang ada benarnya. Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan
bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PAK-21, dalam usaha untuk membuka
minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Dalam masa yang sama kita
perlu akur bahawa hakikatnya masih ada sekolah yang memerlukan baik pulih infrastruktur sebelum
teknologi terkini dapat dibawa masuk dan digunakan dalam proses PdP dengan berkesan.

Cabaran PAK-21 ini sebenarnya perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar dan meluas, iaitu
daripada aspek matlamat pendidikan itu sendiri. Dalam penulisan sebelum ini, saya telah menyentuh
tentang perlunya pendidikan itu diletakkan semula di landasan yang betul menuju ke arah
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK-21 bukannya satu matlamat, tetapi
salah satu cara untuk kita mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK, bagi membangunkan insan yang
seimbang dan sejahtera.

Penulisan terkini YB Menteri ‘Menghayati Aspirasi Pendidikan” yang dikongsimelalui portal rasmi
beliau di portal.tokdet.my sangat tepat pada masanya bagi memberikan perspektif yang jelas
mengenai pelaksanaan PAK-21 dan hala tuju pendidikan. Sejujurnya apabila disebut PAK-21,
tergambar dalam fikiran kita sebuah bilik darjah yang dilengkapi smartboard, capaian internet yang
sangat laju membolehkan video-conferencing dilakukan dengan mana-mana tempat di seluruh
dunia, bilangan murid yang ideal serta diberi kemudahan tablet setiap seorang.

Namun begitu seperti yang ditegaskan oleh YB Menteri, PAK-21 bukanlah semata-mata berpaksikan
teknologi, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP yang menggalakkan pembelajaran
kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi. Dalam konteks pendidikan Negara kita, PAK-21
mestilah berasaskan nilai yang menunjukkan kita sebagai warga Malaysia. Hakikat inilah yang
dimaksudkan oleh beliau bahawa tanpa teknologi, PAK-21 masih boleh berlaku.

Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam Aspirasi Murid,
guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang boleh
diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP. Murid yang hadir ke
sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu dipenuhkan dengan ilmu
pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah berbekalkan pengetahuan yang diperolehi
daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah – daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti
setempat dan daripada dunia luar melalui internet.
Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid bahawa proses
pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira masa sepanjang hayat
mereka. Usaha untuk membimbing murid ini memerlukan cara yang kreatif; bukan sahaja ilmu yang
dikongsi oleh guru menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga
perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah menerusi pelbagai
medium.

Guru perlu memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui kaedah
bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Murid perlu berkomunikasi, berkongsi idea kreatif dan
belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah. Tidak kira murid prasekolah, murid
pendidikan khas mahupun murid Tingkatan Enam, setiap murid boleh dipupuk KBAT dengan strategi
bertanya sebagaimana yang telah didedahkan kepada setiap guru semasa mereka melalui latihan
perguruan satu masa dahulu.

Perubahan pelaporan pentaksiran dan pemansuhan pengasingan kelas secara berperingkat seperti
yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini perlu dimanfaatkan
sepenuhnya oleh pentadbir pendidikan. Inilah masanya bagi Pengetua dan Guru Besar sekolah
menentukan ethos atau karektor sekolah berdasarkan kekuatan dan sumber yang boleh diperolehi
dengan kerjasama guru, ibu bapa serta komuniti setempat. Lebih 5,000 Pengetua dan Guru Besar
yang ada kini telah melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL), justeru pastinya mereka mampu mengumpul kekuatan daripada pelbagai sumber bagi
mendepani cabaran pendidikan. Harapan kita agar pemimpin pendidikan mampu untuk menggalas
tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan bagi menyokong guru-guru dalam
menyempurnakan tugas mendidik anak bangsa Malaysia.

PENDIDIKAN ABAD KE 21 : PENGINTEGRASIAN TERAPI MEDIA DALAM MEMBINA KEMAHIRAN


BERFIKIR ARAS TINGGI

Abd Razak bin Mohd Nawi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya .......... 431

Abstrak

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang
terancang dan berkembang sejajar dengan keperluan dan perkembangan zaman, maka bolehlah
dianggap bangsa atau negara tersebut telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan khusus di abad ke-21
adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad
ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat
pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung
dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita. Kemahiran berfikir aras tinggi
merupakan satu elemen yang penting terkandung dalam pendidikan abad ke 21. Setiap murid perlu
menguasainya dan faham dalam mengaplikasikannya mengikut masa dan keperluan. Untuk
memastikan setiap murid mampu menguasai sekurang-kurangnya aras analisis dan sintesis, strategi
pengajaran dan pendekatan terapi digunakan dalam membantu murid membina keyakinan diri dan
melatih pemikiran yang lebih rasional serta dapat melihat semua aspek penyelesaian secara total.
Kajian ini menggunakan kaedah Kuasi Eksperimental dan penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal
pasti keberkesanan pendekatan Terapi Media bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dikalangan murid sekolah rendah tahun 4. Terapi Media yang dimaksudkan dalam
penyelidikan ini adalah kombinasi daripada tiga media utama, iaitu (1) pengunaan video
(mengandungi unsur kecindanan atau lawak jenaka) (2) penggunaan Grafik Statik yang menarik; dan
(3) penggunaan musik audio. Subjek kajian terdiri daripada 50 orang murid sekolah rendah tahun 4
yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu (a) kumpulan terapi dan (b) kumpulan kawalan.
Instrumen pengumpulan data mencakupi ujian pra dan pasca, soalselidik dan temu bual. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan min skor yang signifikan
dalam menyelesaikan soalan KBAT setelah terapi media diperkenalkan kepada kumpulan terapi
berbanding pengajaran tanpa terapi media. Disamping itu hasil soalselidik dan temu bual juga
menunjukkan murid –murid di dalam kumpulan terapi lebih seronok belajar dan aktif terlibat dalam
aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan guru. Mereka menunjukkan minat yang sangat positif dalam
setiap sesi pembelajaran. Rumusannya boleh dinyatakan bahawa melalui terapi media murid –
murid dapat menguasai KBAT secara semulajadi dan tanpa paksaan serta yang lebih menarik,
mereka seronok dalam proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai