Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.

Salam sejahtera, salam sehati sejiwa, salam negaraku Malaysia.

S eiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan dan profesionalisme


keguruan memikul tanggungjawab memberikan pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat
berpengetahuan dan produktif bersesuaian dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam
alaf digital ini. 

Guru perlu menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan


kompetensi yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi memantapkan kualiti
perkhidmatan guru mengikut arus perubahan perdana yang berlaku dalam revolusi pendidikan.
Warga pendidik yang menjadi pelaksana dasar pendidikan negara perlu sentiasa bersedia
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baharu bagi membolehkan mereka menjalankan peranan
sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Inovasi dan idea-idea baharu yang kreatif dan
inovatif perlu dicetuskan oleh guru dalam organisasi sekolah dan pendidikan supaya guru dapat
mengaplikasikannya sebagai asas untuk membina dan mengembangkan potensi manusia.

Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan


petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators (KPI) diterapkan dalam
organisasi sekolah sebagai satu strategi pengurusan. Tuntutan terhadap sekolah dalam
kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan,
kepimpinan dan kompetensi guru yang tinggi memerlukan sekolah menggunakan strategi yang
berasaskan prestasi. Usaha ini perlu bagi penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah sekali
gus menyumbang ke arah keberkesanan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang
berwibawa.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu berdaya saing dalam dunia siber ini dari segi
peranan, sumbangan, imej, status, dan matlamat perjuangan dalam bidang pendidikan.
Globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru
tentang perancangan strategik dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum,
penerokaan maklumat melalui ICT, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia
pendidikan. Selaras dengan trasfomasi yang berlaku, profesion keguruan memerlukan guru yang
memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini demikian kerana guru
menjadi tenaga penggerak ke arah pembangunan manusia, menjadi perintis terhadap perubahan
sosial, menjadi pelaksana dasar-dasar baharu dan bertanggungjawab bagi merealisasikan
matlamat wawasan negara.

Bidang pendidikan kini yang kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina
perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Justeru, saya menyeru setiap pihak yang terlibat
di sekolah ini khasnya, agar sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung
cita-cita dan aspirasi tersebut yang seterusnya menjadikan sistem pendidikan ini sebagai yang
terbaik dan menjadi teras perjalanan sekolah.
Usaha kolaboratif setiap pihak, terutama warga sekolah ini yang sentiasa berkesanggupan
untuk menggembeleng tenaga mampu menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang
dalam memperkemaskan serta memantapkan lagi pelaksanaan proses pembinaan modal insan
secara menyeluruh dan berterusan agar berupaya menghasilkan pengeluaran yang memenuhi
kehendak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Sesungguhnya, walaupun ia mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil,


namun sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas
pertama. Bagi mencapai matlamat tersebut, memerlukan pihak kita di peringkat sekolah rendah
untuk memulakan pendekatan terbaik bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti demi
mencapai tahap cemerlang seiring dan seterusnya berkesinambungan dengan kecemerlangan
yang bakal dijana di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi.

Kita perlu peka bahawa sistem pendidikan kini telah mengalami banyak perubaha.
perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakan. pelan
pembangunan pendidikan malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan adalah persiapan untuk
menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf 21
ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan uang dinamik. perkembangan teknologi
terutama teknologi maya dan media baru adalah cabarn yang perlu dihadapi dengan perancangan
rapi dan strategik. Jesteru itu guru-guru disaran menjalani proses transformasi dengan
meningkatkan pengetahuan akademik melalui penyertaan dalam pelbagai latihan serta kursus
sebagaimana yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2025.

Sebagai guru, hubungan kita amat rapat dalam proses menyediakan murid dengan
perubahan dan sistem pembelajaran memerlukan pelbagai elemen kreatif dan inovatif bagi
menarik perhatian murid. Oleh sebab itu "Meneraju Perubahan' dipilih sebagai cogan kata KPM
bagi menaikkan semangat warga pendidikan untuk menjayakan transformasi pendidikan.
 
Kita juga sedia maklum bahawa pentaksiran yang mengukur kecemerlangan murid
bersandarkan peperiksaan akademik semata-mata tidak releven lagi. Jesteru itu  pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) berdasarkan keputusan keseluruhan 4 komponen penilaian iaitu
pentaksiran Pusat, Pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan
pentaksiran Psikometrik akan diperkukuhkan.PBS dirumus bagi memastikan matlamat
melahirkan murid yang beradab dan berakhlak termasuk memberi penekanan utama terhadap
konsep perkongsian ilmu.
 
Penekanan terhadap aspek PdP abad 21 perlu dimantapkan. Salah faham banyak pihak
terhadap PdP abad 21 yang memerluakan bilik darjah yang cantik, berhawa dingin serta
dilengkapi teknologi canggih perlu diperbetulkan. Pembelajaran abad 21 merujuk kepda konsep
PdP yang kondusif terbuka, interaktif, menarik dan berpusatkan murid.
 
Jesteru saya menyeru warga sekolah berfikiran positif, agar sama-sama mengambil
tindakan yang proaktif dalam mendukung cita-cita dan aspirasi tersebut. saya juga berharap
usaha kolaboratif setiap pihak, terutama warga sekolah ini yang sentiasa berkesanggupan untuk
mengembeleng tenaga mampu menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang.
 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga sekolah yang telah sama-
sama berusaha dengan gigih dalam menghasilkan buku pengurusan Sekolah Kebangsaan Bukit
Rawang Jaya 2018 yang komprehensif ini dan bakal digunakan sebagai garis panduan untuk
melaksanakan setiap aktiviti dan program yang dirancang. Pemantauan, penilaian dan
penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam kitaran perancangan
bagi tujuan melonjakkan kecemerlangan selaras dengan sistem pendidikan negara.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai