Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAWANG JAYA

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN KAMERA DIGITAL

1.0 Pendahuluan

Sekolah telah menyusun dan merancang program dan aktiviti sepanjang tahun
bagi merealisasikan hasrat dan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
sepertimana yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Program yang dirancang akan membantu meningkatkan imej sekolah
yang merangkumi penglibatan pihak guru, murid dan juga komuniti setempat selain
jalinan dan jaringan usahasama dengan pihak KPM, JPN dan juga PPD. Setiap
program yang dilaksanakan perlu didokumentasikan dalam bentuk laporan dan
bergambar sebagai bukti ianya dilaksanakan. Oleh yang demikian, kamera digital
amat diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menghasilkan sebuah
dokumentasi yang lengkap.

2.0 Rasional

2.1 Memudahkan jawatankuasa dokumentasi dan laporan merakamkan gambar-


gambar yang menarik , seterusnya menghasilkan laporan yang lengkap,
2.2 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam kehidupan seharian ,
2.3 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam pembelajaran abad 21.

3.0 Penutup

Pihak sekolah sangat mengharapkan semoga dengan sumbangan yang bakal


diberikan pihak tuan dapat memberikan satu impak yang besar dan dimanfaatkan demi
kepentingan anak-anak murid ke arah mencapai visi dan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………. ……………………………..

(HADI BIN MUHAMMAD) ( HURUL AIN ZAHRA BT MOHD HALIM)

Penyelaras ICT Guru Besar

SK Bukit Rawang Jaya SK Bukit Rawang Jaya

Anda mungkin juga menyukai