Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BICARA BUKU
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2023

Anjuran:
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Bicara Buku dijalankan bertujuan untuk menggalak dan melahirkan murid-
murid yang mampu menyampaikan idea dan pandangan serta dapat melestarikan budaya
pembacaan berkualiti. Menerusi pertandingan ini juga akan dapat membantu murid dalam
proses pencarian ilmu pengetahuan dan literasi maklumat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bicara buku bersahaja dan
meyakinkan.

2.2. Melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid sekolah secara
berterusan.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur dan membaca.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Sektor Sumber dan
Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah yang terbahagi
kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:

a. Sekolah Rendah Bahasa Melayu


b. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
d. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

5.0 SYARAT-SYARAT
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.1 Penyertaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah (7-17 tahun).
5.2 Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
5.3 Setiap negeri wajib menghantar borang penyertaan dan salinan kad
pengenalan/mykid peserta mengikut kategori yang dipertandingkan dan
memuatnaik ke dalam pautan yang disediakan.
5.4 Video peserta akan dihantar melalui pautan ke dalam google form yang
disediakan.
5.5 Tema : bebas dan mesti bersesuaian dengan tahap murid.
5.6 Durasi video youtube mestilah tidak melebihi 6:00 minit.
5.7 Peserta boleh berpakaian sekolah atau mengikut tema.
5.8 Idea dan kreativiti untuk mengulas kandungan buku mestilah asli dan
bersesuaian.
5.9 Latar belakang/ muzik latar dibenarkan tetapi mestilah tidak secara berlebihan
dan mengganggu bicara buku.
5.10 Rakaman bicara buku mestilah terus menerus tanpa suntingan.

5.11 Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta adalah pada 7 Julai


2023.

6.0 KANDUNGAN VIDEO

6.1 Kandungan yang perlu ada dalam video / youtube ialah :


a. Nama murid
b. Nama sekolah dan Kod sekolah
c. Tajuk buku
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Teknik Persembahan - 20 markah


7.2 Bahasa dan Pertuturan - 20 markah
7.3 Penghayatan cerita - 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens - 15 markah
7.5 Mesej/ Nilai dalam cerita - 5 markah
7.6 Tempo penceritaan/ Perkembangan cerita - 10 markah
7.7 Kawalan suara - 10 markah

Jumlah = 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Penjurian oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan/ holistik.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi dan sijil pencapaian


Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Trofi dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Trofi dan sijil pencapaian
Saguhati penyertaan: sijil penyertaan

10.0 TINDAKAN

Pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN berhak membatalkan


penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak SSTP, JPN dan KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam
sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak SSTP, JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh JPN & KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara JPN.

Anda mungkin juga menyukai