Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH

PENGETUA SMK TAMAN MALURI


CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA
BERSEMPENA
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2019

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada pengacara majlis pada hari ini,

Yang Dihormati,

Pn. Rozita Binti Hussain, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Aminuddin Bin Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cik Sharifah Binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Guru Kanan,

Guru Cemerlang,

Pemimpin-pemimpin pertengahan,

Guru-guru,

dan murid-murid SMK Taman Maluri yang disayangi sekalian.

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat


Allah S.W.T kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari
ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran
Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Galakan Membaca
bagi tahun 2019.

1|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH
PENGETUA SMK TAMAN MALURI
CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA
BERSEMPENA
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2019

2. Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam


menghasilkan murid yang cemerlang serta menjamin
kecemerlangan sekolah. Jadi pihak sekolah telah mengambil
inisiatif dengan mengadakan Minggu Pusat Sumber bertemakan
”The World Of Nature” sebagai salah satu langkah dalam
memupuk sikap cinta terhadap menimba ilmu serta menggunakan
pusat sumber sekolah sebagai salah satu pusat menimba ilmu
dalam kalangan murid.

3. Kempen Galakan Membaca bertujuan untuk membina tabiat


membaca dan budaya cinta akan ilmu dalam semua lapisan
masyarakat terutamanya golongan remaja selaras dengan hala
tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.

4. Sempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Kempen


Galakan Membaca ini, saya menyeru kepada semua murid dan
para guru agar berkunjung ke pusat sumber sekolah dan
menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS
sekolah ini demi memenuhi objektif program ini yang berhasrat
menjadikan kempen ini sebagai ruang untuk mengisi masa
senggang. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai
penggerak aktiviti galakan membaca dan memupuk minat
membaca secara berterusan dan sepanjang hayat. Tidak dapat

2|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH
PENGETUA SMK TAMAN MALURI
CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA
BERSEMPENA
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2019

dinafikan, program ini juga berusaha menjadikan Pusat Sumber


Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bermaklumat.

5. Sifat suka membaca ialah salah satu amalan dan seharusnya


dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk
menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan, dan
kebolehan dalam pelbagai bidang. Ilmu pengetahuan
membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya
saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar
dan berteknologi tinggi.

6. Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk kita menempa kejayaan


dalam apa-apa jua bidang, melainkan dengan menyemai tabiat
suka membaca dan keberanian meneroka pelbagai cabaran dalam
dunia ilmu yang penuh ranjau dan duri sebelum kita dapat
mengecapi kemanisan kejayaan. Justeru itu, saya sangat berharap
murid-murid dan guru-guru SMK Taman Maluri dapat menanam
minat membaca dalam diri masing-masing.

7. Akhir kalam ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan terima kasih dan syabas atas usaha gigih pengawas
pusat sumber yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Pusat
Sumber dan Kempen Galakan Membaca.
3|Page
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH
PENGETUA SMK TAMAN MALURI
CIK HJH NUR ELISA TEE LEE HWA
BERSEMPENA
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2019

8. Akhir kata, saya dengan kalimah suci bismillahirrahmanirahim dan


sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber
Sekolah dan Kempen Galakan Membaca bagi tahun 2019.

9. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

4|Page

Anda mungkin juga menyukai