Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS PELANCARAN NILAM 2019

Assalamualaikum wbt. Yang dihormati VIP jemputan kita, Encik

_________________(nama VIP), Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Md Nor

Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Zakaria bin Ismail Penolong Kanan HEM,

Puan Zaitun binti Ismail Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan mata

pelajaran, guru-guru, seterusnya para pelajar yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

atas izin-Nya jua kita warga SMKA Sultan Muhammad dapat bersama-sama

menyempurnakan Majlis Pelancaran Semarak NILAM dan VLE 2019. Para pelajar

yang dikasihi sekalian, suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui

masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya

ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat

membaca yang berterusan. Matlamat utama NILAM atau Nadi Ilmu Amalan

Membaca ialah membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu menjadikan pelajar

banyak membaca dan menggalakkan sekolah supaya terus menjana idea kreatif dan

inovatif bagi menyemai tabiat membaca seiring dengan 11 anjakan transformasi

yang disarankan oleh KPM.

Pelajar-pelajar yang dikasihi, sifat suka membaca ialah satu amalan mulia yang

seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk

menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam

pelbagai bidang. Membaca boleh mendidik diri dalam pelbagai aspek. Ilmu

pengetahuan dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup,

mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar.
Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya

kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari

pada hari ini.

Para pelajar sekalian, kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan

selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap. Di

samping guru-guru dan para pelajar, peranan PSS amat penting sebagai nadi

penggerak aktiviti membaca. Maka aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan jayanya

di sekolah perlu diteruskan, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-

aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Dalam konteks ini,

PSS hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktikal dan berkesan

dalam menyemai, memupuk dan mengembang dan melestarikan budaya membaca.

PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat

pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial.

Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah

bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan secara

berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan fizikal yang selesa, PSS

juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk penyediaan sumber dan juga koleksi

bacaan yang mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Untuk pengetahuan semua,

PSS sekolah kita telah diberi mandat untuk menyertai Pertandingan Anugerah Pusat

Sumber Sekolah Kebangsaan(APSSK) dengan KPI menang peringkat daerah.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-guru untuk berkunjung ke

PSS. Gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS dengan

sebaik mungkin dan sertailah aktiviti yang telah dirancang oleh PSS bagi memenuhi

objektif program NILAM.


Para pelajar sekalian, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingatlah bahawa

‘Membaca itu jambatan ilmu’. ‘Membaca memperkasakan bangsa’. Demikianlah

betapa pentingnya amalan membaca dalam melahirkan sesuatu bangsa yang kukuh

dan perkasa. Sekian, Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah

hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai