Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengacara majlis.

Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia.

Yang dihormat , guru-guru dan murid-murid sekalian.

Seperti yang kita telah sedia maklum, program NILAM merupakan program
menggalakkan minat membaca buku yang telah dijalankan di semua sekolah di
seluruh negara semenjak tahun 1999. Oleh hal demikian, saya amat berharap
semua murid dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru
perpustakaan dan media serta guru NILAM.

Sebagaimana yang kita semua ketahui juga, pembangunan dan kemajuan


sesuatu bangsa ialah penguasaan ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu
yang cemerlang. Jadi bagaimanakan kita menjana pengetahuan dan menguasai
ilmu yang begitu banyak. Jawapannya adalah melalui pembacaan. Dengan
membaca kita dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat
memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan
dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program NILAM dilancarkan dengan
tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.

Dalam Program NILAM, murid boleh membaca bahan-bahan dalam pelbagai


genre, bahasa dan bentuk asalkan menambahkan pengetahuan, sebelum membuat
catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Antara bahan yang boleh
dibaca selain buku-buku termasuklah komik, menonton video, artikel, risalah, brosur,
majalah dan pelbagai lagi bahan. Mulai Julai tahun 2017 NILAM tambahbaik akan
mula dilaksana di semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia secara berperingkat.
Fokus dan pendekatan adalah lebih kepada kualiti bahan bacaan, literasi maklumat
dan pembudayaan ilmu. Saya yakin guru perpustakaan dan media serta Guru
NILAM telah menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memastikan program
NILAM berjalan lancar di peringkat sekolah.Oleh itu saya menyeru agar murid-murid
sekalian menanam minat membaca dalam diri, kerana hadiah lumayan iaitu sebuah
basikal akan dihadiahkan kepada murid yang membaca buku dengan jumlah yang
banyak.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua warga Smk Danau Kota, ahli-ahli jawatankuasa yang berjaya
menjalankan program pada petang ini. Kepada semua murid yang ada dihadapan
saya, teruskan lah keazaman anda untuk meningkatkan minat dalam membaca.

Akhir kata, dengan adanya Program NILAM ini saya berharap murid-murid
yang ada di hadapan saya semakin berminat mengunjungi pusat sumber sekolah
atau mana-mana perpustakaan awam juga kedai buku untuk mendapatkan bahan
bacaan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai