Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PAMERAN HAIWAN BERGERAK (PETTING ZOO/MINI ZOO)

MINGGU KEUSAHAWANAN PPKI SEMPENA HARI KANAK-KANAK SK


PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

Tarikh : 8 – 9 November 2018


Masa : 8.00 pagi sehingga 2.30 petang
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup SK Putrajaya Presint 18(1)
Sasaran : Semua warga SK Putrajaya Presint 18(1)
Tiket : RM4.00 setiap satu

Pendahuluan
Terapi haiwan atau dikenali sebagai AAT (animal assisted therapy) bukan fenomena baru di
Barat selepas saintis mendapati kanak-kanak berkeperluan khas yang memiliki haiwan
peliharaan lebih terurus ketika berdepan tekanan perasaan berbanding mereka yang tiada
binatang peliharaan. Ia adalah rawatan pemulihan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
menggunakan haiwan sebagai medium untuk memulih dan merangsang perasaan atau emosi
mereka melalui interaksi bersama haiwan. Haiwan peliharaan bukan sekadar mengisi masa
terluang sebaliknya ramai yang tidak menyedari terapi haiwan turut membantu dalam
perkembangan emosi, fizikal dan sosial untuk manusia. Aktiviti itu mampu menjadi terapi
kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran, autisme, sindrom down dan lembam.
Sehubungan dengan itu, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Putrajaya Presint
18(1) ingin mengadakan satu Pameran Haiwan Bergerak (Petting Zoo/Mini Zoo) Minggu
Keusahawanan PPKI Sempena Hari Kanak-kanak SK Putrajaya Presint 18(1). Selain itu,
pihak PPKI SK Putrajaya Presint 18(1) turut akan mengadakan jualan sempena pameran
tersebut.

Objektif
1 Memberi peluang kepada murid-murid khas dan murid perdana dekat
mempelajari unsur-unsur terapi haiwan.
2 Menjalankan unsur-unsur terapi untuk murid berkeperluan khas.
3 Mendedahkan murid-murid tentang dunia sebenar haiwan-haiwan.
4 Sebagai aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.
5 Mengumpul dana untuk aktiviti murid-murid pendidikan khas PPKI SK
Putrajaya Presint 18(1).
6 Menerapkan nilai keusahawan dalam diri murid.
Matlamat
Tujuan aktiviti pameran haiwan bergerak ini diadakan adalah untuk memupuk keyakinan diri
murid pendidikan khas dan murid-murid perdana melalui aktiviti luar bilik darjah. Pameran
ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kehidupan sebenar haiwan-haiwan.
Bagi murid berkeperluan khas, aktiviti ini akan memberi peluang kepada mereka untuk
melakukan unsur-unsur terapi haiwan menggunakan haiwan yang disediakan dalam pameran
tersebut.

Perbelanjaan
Program ini tidak memerlukan bayaran. Hasil kutipan melalui jualan tiket/kupon sebanyak
RM4 setiap satu akan dibahagi 70 peratus kepada agen Ultimate Creatures dan 30 peratus
kepada pihak PPKI SK Putrajaya Presint 18(1).

Tentatif Program
1. 8 November 2018 – 8 pagi sehingga 2.30 petang
2. 9 November 2018 – 8 pagi sehingga 12.30 tengahari

Jawatankuasa
Penasihat : En Ahmad Bustamam bin Mohd Ali
Penyelaras : En Amir Izzuddin bin Abdul Shafri
Setiausaha : En Muhammad Asyraf Aslah bin Mohammad Napiah
Bendahari : En Mohammad Azrani bin Asran
Dokumentasi : En Mohd Nizam bin Mohd Salleh
PPM : En Muhammad Salihen bin Razali

Karnival Keusahawanan
Jualan : Pendengaran : YM Engku Noraini binti Engku
Penglihatan : Pn Bazliah binti Fakrulrazi
Penutup
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah dan
pengetahuan secara ‘hands on’ kepada warga PPKI Sk Putrajaya Presint 18(1) khususnya dan
semua warga SK Putrajaya Presint 18(1) amnya mampu mencapai ojektif-objektif yang telah
digariskan dengan jayanya.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………….. ………………………………..
(AMIR IZZUDDIN BIN ABDUL SHAFRI) (AHMAD BUSTAMAM BIN MOHD ALI)
Penyelaras, Guru Penolang Kanan PPKI,
Program Pameran Haiwan Bergerak, PPKI SK Putrajaya Presint 18(1)
PPKI SK Putrajaya Presint 18(1)

Disahkan oleh

………………………………..
(CHE ROZI BIN HASSAN)
Guru Besar,
SK Putrajaya Presint 18(1)

Anda mungkin juga menyukai