Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Kata aluan Assalamualaikum...


dan salam sejahtera

Yang Berusaha Cikgu Haji Abdul Rahman bin Kechik, Pengetua SMKSJ
Yang Berhormat En Nor Samsu Bin Mohd Yusuf, Pengerusi JPD Buloh
Kasap,
Yang dihormati Pn Siti Fuzaiyah binti Tan Sri Haji SM Salim, YDP PIBG
SMKSJ bersama wakil AJK beliau,
Cikgu Juriah bin Jaafar, GPK Pentadbiran
Cikgu Tee Hook Gir, GPK HEM
Cikgu Omar bin Md Fadhil, GPK Koku
Barisan guru kanan matapelajaran,
Barisan guru yang berdedikasi,
Dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah,
Setinggi –tinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah rahmatNya pada pagi yang indah ini kita diberi
kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Penutupan
Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2019.

Sesungguhnya, sambutan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru


dan murid SMKSJ seiring dan sederap melangkah dengan semangat
yang berkobar-kobar dan beriltizam tinggi untuk menjadi wargnegara
yang cintakan tanah air.

Doa Anugerah dikecapi si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan mohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Cikgu Abd Raub
bin Wahab untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Aaminn, aaminn, aaminn ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan atas bacaan dia sebantar tadi
Ucapanm Pergi ke kota membeli selasih,
Pengetua Sayang Si Dara membuat halwa,
Berkat kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin yang dimuliakan Allah,


Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Cikgu Abdul
Rahman Bin Kechik untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Rahman Bin Kechik atas
ucapan sebentar tadi.
Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,
perasmi Hanya indah serupa mimpi,
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin yang dikasihi,


Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat En Nor
Samsu Bin Mohd Yusuf, Pengerusi JPD Buloh Kasap untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Sambutan
Bulan Kemanusiaan Dan Bulan Kebangsaan 2019. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas ucapan dan sebentar tadi.
Gimik Majlis memohon agar Yang Berhormat En Nor Samsu Bin Mohd Yusuf
penutupan kekal di pentas utama. Majlis dengan ini menjemput Cikgu Haji Abdul
Rahman bin Kechik untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat En
Nor Samsu Bin Mohd Yusuf di pentas utama bagi menyempurnakan
gimik penutupan Bulan Kemanusiaan Dan Bulan Kebangsaan 2019.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat En Nor Samsu Bin
Mohd Yusuf, diatas kesudian menyempurnakan acara sebenar tadi.
Nyanyian Hadirin sekalian dimohon untuk berdiri bagi menyanyikan lagu tema
Hari Kebangsaan ke 62.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas nyanyian yang penuh


bersemangat sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Hadiah Hadirin yang dikasihi sekalian,
Apabila ada pertandingan, pasti jua ada pemenangnya. Dengan ini
majlis sekali lagi menjemput Cikgu Abdul Rahman bin Kechik mengiringi
Yang Berhormat En Nor Samsu Bin Mohd Yusuf untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang.

~~~Baca dari buku program~~~

Terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat En Nor Samsu Bin Mohd
Yusuf menyampaikan hadiah sebentar tadi.
penutup Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandi putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian
Wasalam.....

Anda mungkin juga menyukai