Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MUSOLLA IMARAH PERINGKAT NEGERI PP

TARIKH : 26 JUN 2019

TEMPAT : DEWAN SK SUNGAI KECHIL.

BIL. CUE ANN CATATAN

1. Persediaan Majlis Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis akan bermula sebentar lagi,


diharapkan para hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
Sebelum majlis bermula, mohon
kerjasama hadirin untuk

Kerjasama hadirin sekalian amatlah


dihargai, terima kasih.
2. Ketibaan tetamu Majlis mengumumkan ketibaan Yang
kehormat Berbahagia,
3. Salutasi Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha En. Suhaimi Abdul


Hamid,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sungai Kechil.

En. Ismail Bin Abd. Hamid,


Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Sungai Kechil.
Guru-guru dan para hadirin sekalian.

Selamat Datang diucapkan ke Majlis


Musolla Imarah Peringkat Negeri
Pulau Pinang tahun 2019.

4. Kata-kata aluan Kompang bergema pusaka bangsa,


pengacara majlis
Dipalu oleh si anak muda,

Hadir tuan meriah suasana,

Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke


hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama
berkumpul bagi meraikan Majlis
Musolla Imarah Peringkat Negeri
Pulau Pinang bagi tahun 2019.
5. Bacaan Doa Sebelum tirai acara ini dibuka, marilah
kita bersama-sama menadah tangan
meraih keberkatan daripadaNya agar
majlis berjalan dengan lancar dan
sempurna.
Oleh itu, majlis mempersilakan

untuk memimpin bacaan doa.


Dipersilakan.

Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima


kasih diucapkan atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

7. Bacaan Al-Quran Seterusnya, majlis dengan ta’kzimnye


menjemput adik Mohd Darwisy Ahnaf
Bin Mohd Nazri bagi mengalunkan
bacaan suci ayat Al-Quranul Karim.
Mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Mohd
Darwisy Ahnaf Bin Mohd Nazri atas
alunan ayat suci Al-Quran yang indah
sebentar tadi.

8. Ucapan Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya mempersilakan En.


Ismail Bin Abd. Hamid,
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Sungai Kechil, bagi
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Majlis menzahirkan ucapan terima


kasih kepada En. Ismail Bin Abd.
Hamid atas ucapan sebentar tadi.
9. Pembentangan Hadirin hadirat yang dihormati,
Slaid

Majlis mempersilakan Ustazah Nor


Baizura Binti Abdul Rahman bagi
meneruskan sesi pembentangan slaid
dokumentasi
Majlis mengucapkan terima kasih atas
pembentangan sebentar tadi.
10. Penutup Tuan2 dan Puan2.

Dengan berakhirnya pembentangan


sebentar tadi maka berakhirlah majlis
kita pada hari ini.

Ulik mayang nyanyian asli,


Dinyanyi gadis merdu sekali
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis merai .

Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai