Anda di halaman 1dari 10

Teks Pengacara

Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

MC PENGUMUMAN

Mengumumkan, perarakan masuk ke dalam Dewan Mahligai 7 tetamu diraikan


diiringi oleh pengurusan tertinggi MRSM Tumpat, para guru dan staf dengan
didahului oleh Badan Wakil Pelajar.

-PERARAKAN MASUK-

Hadirin diminta terus berdiri.

Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Majlis Amanah Rakyat.

-NYANYIAN-

Hadirin dipersilakan duduk.


Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh & salam sejahtera.

Terbang Merbah di hujung muara;


Terbang Helang di pinggir pekan;
Awal Bismillah pembuka bicara;
Istiadat majlis kita mulakan.

Alhamdullillahirabbil a’lamin, Wassolatuwassala m’uala ashrafil anbia’ iwal


mursalin,Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Disediakan oleh MNA 2019 - 1- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

1. Yang Berusaha,
Tuan Haji Zakaria bin Taib,
Pengetua MRSM Tumpat.

2. Yang dihormati,
Barisan Timbalan-Timbalan Pengetua,
Ketua-Ketua Jabatan,
Guru-Guru Cemerlang,

3. Yang diraikan, USTAZ MOHAMAD ALWI BIN ARIFIN


dan CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI.

4. Serta barisan guru,staf dan pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA


Tumpat yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke ’Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih’.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadil
Ustaz Ubaidillah bin Ismail.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- BACAAN DOA -

Disediakan oleh MNA 2019 - 2- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ubaidillah atas bacaan doa itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Pada tengahari ini kita berkumpul sempena majlis perpisahan sempena
pertukaran USTAZ MOHAMAD ALWI BIN ARIFIN ke Maktab Rendah Sains
MARA Jeli dan CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI ke sekolah
kementerian Pendidikan Malaysia.

Tidak dilupakan juga pada akhir 2018 dua orang guru juga meninggalkan kita
untuk bertugas ke tempat baru iaitu CIKGU NORFAZILAH BT MOHAMAD
ZULDIN ke MRSM Kuantan dan CIKGU SITI ZUBAIDA BINTI SAPAR ke MRSM
Serting. Malangnya, atas faktor kekangan masa mereka tidak dapat bersama
kita pada tengahari berbahagia ini dan mereka menitipkan kiriman salam
sayang kepada warga-warga MRSM Tumpat.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;


Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Sekarang tibalah kita ke majlis ucapan.

Disediakan oleh MNA 2019 - 3- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Majlis dengan ini menjemput Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Tumpat,
Muhammad Haiqal Safin bin Mohd Zuki mewakili pelajar-pelajar MRSM Tumpat
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- UCAPAN -
Terima kasih diucapkan kepada Haiqal Safin atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Ustaz Saiful Bahri bin
Hasam selaku Presiden Kelab Guru dan Staf MRSM Tumpat untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Saiful Bahri atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan yang daripada Yang
Diraikan dan Dikasihi CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI.
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

-UCAPAN-

Disediakan oleh MNA 2019 - 4- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan CIKGU NURUL SYAZWANIE atas ucapan itu tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Hadirin dan hadirat,untuk meneruskan majlis, kami menjemput yang Diraikan


dan Dikasihi USTAZ MOHAMAD ALWI BIN ARIFIN untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

-UCAPAN-

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan USTAZ MOHAMAD ALWI atas ucapan itu tadi.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji


Zakaria bin Taib, Pengetua MRSM Tumpat untuk menyampaikan sepatah dua
kata, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN-

Disediakan oleh MNA 2019 - 5- |[10 F EBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan


Pengetua atas ucapan itu tadi.

Sharifah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan-insan yang kita raikan dan kasihi.

- PLAY MONTAGE -
Arif Para hadirin yang dihormati;

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat yang diraikan iaitu USTAZ MOHAMAD ALWI BIN
ARIFIN dan CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan Ustaz


Saiful Bahri bin Hasam sebagai Presiden Kelab Guru dan Staf untuk
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria bin Taib, Pengetua MRSM
Tumpat bagi mengiringi Yang Diraikan Ustaz Mohamad Alwi bin Arifin dan
Cikgu Nurul Syazwanie Binti Abdul Ghani naik ke pentas untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sharifah Dipersilakan Tuan Pengetua, Tuan Haji Zakaria bin Taib untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak Pengurusan Tertinggi MRSM Tumpat.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan wakil untuk menyampaikan cenderamata dari unit Pejabat.


…………….Terima Kasih.

Disediakan oleh MNA 2019 - 6- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Dipersilakan Puan Salwani bt Muhammad untuk menyampaikan cenderamata


bagi pihak Jabatan Bahasa.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Azman bin Abd Ghani untuk menyampaikan cenderamata


bagi pihak Jabatan Matematik.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Zulkifli bin Yusoff untuk menyampaikan cenderamata bagi


pihak Jabatan Sains Sosial.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ashar bin Ab Majid untuk menyampaikan cenderamata


bagi pihak Jabatan Sains.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Saipumizan untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak


unit Makmal.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Ketua Guru Asrama MSRM Tumpat, Encik Rizalman Bin Mohd
Nasir untuk menyampaikan cenderamata dari pihak Warden Asrama.
……………Terima Kasih.

Dipersilakan wakil Badan Wakil Pelajar untuk untuk menyampaikan


cenderamata dari pelajar-pelajar MRSM Tumpat.
……………Terima Kasih.

Disediakan oleh MNA 2019 - 7- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Dipersilakan Ustaz Saiful Bahri bin Hasam untuk menyampaikan cenderamata


kenang-kenangan dari pihak Kelab Guru dan Staf MRSM Tumpat.
……………Terima Kasih.

Terakhir sekali dipersilakan ahli Homeroom USTAZ MOHAMAD ALWI BIN


ARIFIN DAN CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI untuk naik ke
pentas bagi menyampaikan cenderamata dan bergambar kenang-kenangan.
Dipersilakan.
……………Terima Kasih.

Arif Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan USTAZ MOHAMAD ALWI BIN ARIFIN DAN CIKGU NURUL
SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Sharifah Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Atur cara pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu MRSM.

Diminta hadirin sekalian berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu MRSM.

-NYANYIAN LAGU MRSM –

Para hadirin dipersilakan duduk.

Disediakan oleh MNA 2019 - 8- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Arif
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan USTAZ MOHAMAD ALWI BIN ARIFIN DAN
CIKGU NURUL SYAZWANIE BINTI ABDUL GHANI kerana sudi bersama kita
pada petang ini dan kami semua mendoakan agar ceria di tempat baru.

Arif Mengumumkan perarakan keluar tetamu diraikan diiringi oleh pengurusan


tertinggi MRSM Tumpat, para guru dan staf dengan didahului oleh Badan Wakil
Pelajar.

Hadirin diminta berdiri

- PERARAKAN KELUAR -

Majlis menjemput guru-guru dan staf berserta yang diraikan untuk menjamu
selera di foyer PSP.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq wal Hidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Disediakan oleh MNA 2019 - 9- |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]


Teks Pengacara
Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih (10 Februari 2019)

Disediakan oleh MNA 2019 - 10 - |[10 FEBRUARI 2019 / AHAD ]

Anda mungkin juga menyukai