Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

CUE ANNOUNCE

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Wan Yang Berhormat


Encik Majang Anak Renggi
Adun N70 Samalaju

Hadirin dijemput untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan lagu ibu
NYANYIAN: pertiwiku.
Wan -NEGARAKU
-IBU -nyanyian selesai-
PERTIWIKU
Majlis mengucapkan terima kasih. Diminta Yang Berhormat dan para hadirin untuk
duduk.

SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim
Amal
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Aidilfitri dan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai

(1) Yang Berhormat


Encik Majang Anak renggi
Adun N70 Samalaju

(2) Yang berusaha


__________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu
(3) Yang Berusaha
Encik Sintan Anak Lugat

1
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Guru Besar SK Kidurong

(4) Yang Dikasihi


Kesemua tetamu jemputan

Barisan Pentadbir SK Kidurong, dan warga Sk Kidurong yang disayangi sekalian.

ALU-ALUAN Bersongkok bersampin segak berseri,


MC Berbaju kurung anggun jelita;
Gawai Aidilfitiri meriah sekali;
Amal Bersama kita meraikannya

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke


Majlis Sambutan Gawai Dayak dan Hari raya Aidilfitri peringkat Sekolah
Kebangsaan Kidurong 2019.

BACAAN DOA Rendang daging buat juadah,


Wan Kuah kacang pelengkap rasa;
Sepuluh jari kami menadah;
Mohon berkat Yang Maha Esa

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi menjunjung keberkatan majlis, majlis dengan penuh takzimnya


mempersilakanAl-Fadhil Ustaz Azmil Asnawi Bin CHe Yusof untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

2
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Amin-amin ya rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita dirahmati Allah.

UCAPAN Hadirin sekalian,


Wan ALUAN GURU
BESAR Baju Melayu baju Kebaya,
Bersulam emas puteri rupawan;
Ucapan tuan persis mutiara;
Pinta kami buat pesanan

Seterusnya, kita akan mendengar ucapan alu –aluan yang akan disampaikan oleh

Yang Berusaha
Encik Sintan Anak Lugat
Guru Besar SK Kidurong

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian,
Amal UCAPAN
PERASMIAN Kelupis dihidang enak rasanya,
VIP Kari ayam pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan Yang Berhormat bermadah kata

3
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Seterusnya, kita akan mendengar ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh

Yang Berhormat
Encik Majang Anak Renggi
Adun N70 Samalaju
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan perasminan sebentar tadi.

Wan PERSEMBAHA Awan bersua citra berkisah,


N TARIAN Ukiran sukma kilauan kelisa,
RAYA Sambil berbual nikmati juadah,
Persembahan dan Permainan ceria acara,

Hadirin yang dikasihi,


Agenda majlis diteruskan dengan persembahan tarian hari raya yang akan
dipersembahkan oleh Kumpulan Legasi Seni Tari
Dibawah pimpinan Cikgu Muhamad Khairullah Bin Muhamad Marzidi

Majlis mempersembahkan.

-selesai persembahan-

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Untuk makluman semua, Kelab
ini telah dipilih untuk menyertai Program Wisata Ilmiah yang akan berlangsung di
Guangzhou, China pada bulan September nanti bagi membawa kebudayaan

4
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Malaysia ke persada antarabangsa.

Amal PERTANDINGA Baiklah hadirin sekalian, kita akan mulakan pertandingan Gawai Raya kita yang
N KIDURONG pertama pada pagi ini iaitu pertandingan Kidurong Gawai Raya Fashion Show.
GAWAI RAYA Pertandingan ini akan dihakimi oleh
FASHION
SHOW 1. Cikgu Lily Durong
2. Cikgu Habibi Basri
3. Cikgu Azimah Badillah

Oleh itu, majlis diserahkan kepada Cikgu Desmond Kelly Malis Anak Asan untuk
meneruskan agenda kita pada pagi ini.

Begitulah berakhirnya pertandingan Kidurong Gawai Raya Fashion show sebentar


tadi.

Sementara kita dihiburkan dengan persembahan, dijemput murid-murid untuk


mengambil makanan di meja yang telah disediakan dan dimulai dengan tahun 1.

PERTANDINGA Sekarang kita akan teruskan majlis kita dengan pertandingan yang seterusnya iaitu
N pertandingan menganyam ketupat.
MENGANYAM
KETUPAT Pertandingan ini akan diadili oleh

1. Cikgu Fatimah Osman


2. Ustazah Nor Jannah
3. Cikgu Hafsah Deni

5
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Oleh itu, majlis diserahkan kepada Cikgu James Duyun dan UStazah Alfiah Jamal
untuk meneruskan agenda kita pada hari ini.
PERSEMBAHA Untuk memeriahkan lagi majlis Gawai Aidilfitri kita pada pagi ini, kita akan
N NYANYIAN teruskan dengan persembahan nyanyian solo yang akan dipersembahkan oleh Adik
SOLO Mohamad Zakwan Bin Askadar

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Muhamad Zakwan di atas persembahan itu
tadi.
Untuk makluman semua, Adik Zakwan juga telah dipilih untuk menyertai Program
Wisata Ilmiah yang akan berlangsung di Guangzhou, China pada bulan September
nanti bagi membawa kebudayaan Malaysia ke persada antarabangsa.

PERTANDINGA
N MAKAN KEK
Sekarang tibalah masa untuk pertandingan kita yang ketiga iaitu pertandingan
Makan Kek. Untuk tidak membuangkan masa, saya menjemput para peserta untuk
mengambil tempat

Pertandingan ini akan diadili oleh

1. Cikgu Catherine
2. Cikgu Samina
3. Cikgu Hamidah

Oleh itu, majlis diserahkan kepada Cikgu James Duyun dan UStazah Alfiah Jamal
untuk meneruskan agenda kita pada hari ini.

PERSEMBAHA
N BERMUKUN Untuk memeriahkan lagi majlis Gawai Aidilfitri kita pada pagi ini, kita akan

6
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

teruskan dengan persembahan bermukun yang akan dipersembahkan oleh Adik


Rafi Qhusyairi dan Adik RAfiq Qhushairi.

- Selesai persembahan bermukun-

Terima kasih diucapkan kepada Adik Rafi dan Adik Rafiq di atas persembahan itu
tadi.

PERSEMBAHA
N TARIAN Untuk memeriahkan lagi majlis Gawai Aidilfitri kita pada pagi ini, kita akan
KANJIT teruskan dengan persembahan tarian Kanjit Orang Ulu yang akan dipersembahkan
ORANG ULU oleh Pasukan Tarian sekolah dibawah pimpinan Cikgu James Duyun, Cikgu
Dzufikar dan Cikgu Nuraini Jannah

- Selesai persembahan -

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Tarian Sekolah di atas persembahan itu
tadi.

UPACARA
NGILING BIDAI Tertib acara diteruskan lagi dengan upacara ngiling bidai. Dengan itu, majlis
diserahkan kepada Encik Steward Emai untuk meneruskan majlis pada pagi ini.
PENYAMPAIAN Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Encik Majang anak Renggi Adun
HADIAH/ N70, Samalaju di atas penyempurnaan acara ngiling bidai sebentar tadi.
CENDERAHATI
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadian kepada para pemenang dalam

7
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

pertandingan yang dijalankan sepanjang majlis pada hari ini.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, majlis menjemput Puan


Aminah diringi oleh Puan Mordiana untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Bagi pertandingan
1- Menganyam ketupat
Tempat ketiga
Tempat kedua
Tempat pertama

2. pertandingan makan kek


Tempat ketiga
Tempat kedua
Tempat pertama

Terima kasih diucapkan kepada Puan Aminah diatas kesudian menyampaikan


hadiah.

Untuk makluman hadirin, kita juga telah mengadakan pertandingan masakan gawai
raya pada kali ini yang telah disertai oleh _____________ guru dan
______________ staf SK Kidurong.

Oleh itu, majlis menjemput Encik Aziz Bin Dahlah diirigi oleh Encik Dzulfikar Bin
Awang bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tempat ketiga dimenangi oleh ____________________ dengan masakan


_________________________________________
Tempat kedua disandang oleh ___________________ yang telah menyediakan
juadah ___________________

8
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Johan bagi pertandingan ini ialah ________________________


Dengan hasil masakan ________________________ yang telah menambat
hati juri-juri kita.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Aziz diatas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Seterusnya, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan


Kidurong Gawai Raya Fashion Show, majlis menjemput dan mempersilakan Tuan
Guru Besar Encik Sintan Anak Lugat, diiringi oleh Encik Aziz bin Dahlan bagi
menyampaikan hadiah.
4. Pertandingan Kidurong Gawai Raya Fashion Show
Tahap 1- lelaki
Tahap 1- perempuan
Tahap 2- lelaki
Tahap 2- perempuan
Tempat kelima
Tempat keempat
Tempat ketiga
Tempat kedua
Tempat pertama

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Pihak Penganjur bersetuju untuk memberikan


hadiah utama pada hari ini, pada mereka yang mengenakan pakaian Hari Raya atau
Hari Gawai tercantik melalui Anugerah The Best Dress.

Pemenang Anugerah The Best Dress dibahagikan kepada empat kategori iaitu The
Best Dress staf Lelaki , the best dress Jemputan lelaki, the best dress staf wanita
dan The Best Dress jemputan Wanita.

9
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Untuk menyampaikan Anugerah The Best Dress, majlis menjemput Guru besar
bersama para pentadbir bagi mengiringi Yang Berhormat Encik Majang Anak
Renggi bagi menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.

Bagi kategori
The Best Dress staf Lelaki disandang
oleh____________________________________
The Best Dress Staf Wanita Disandang oleh _______________________

The Best Dress Jemputan Lelaki disandang


oleh______________________________________________
The Best dress Jemputan Wanita disandang oleh
____________________________________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berhormat Encik MAjang diatas kesudian menyampaikan hadiah.
PENYAMPAIAN Diminta para VIP untuk terus berada di pentas.
CENDERAHATI Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.

Dipersilakan Encik Sintan anak Lugat untuk menyampaikan cederamata sebagai


tanda kenangan dari pihak sekolah kepada Yang Berhormat Encik Majang Anak
Renggi
Seterusnya, dijemput Wakil Pegawai Pendidikan daerah Bintulu untuk menerima
cenderamata dari pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar di atas penyempurnaan sebentar
tadi.
JAMUAN Tuan-tuan dan puan-puan,

Wajik dodol tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta;

10
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

Agar ukhuwah terjalin mesra

Pergi ke kedai membeli halia,


Terlihat laman adanya cinta;
Ziarah menziarahi amalan mulia;
Eratkan hubungan antara kita

Saya Muhamad Syazwan Ruslan dan saya Nor Amalina Ahmad Sabki ingin
mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Selamat Hari Raya Aildilfitri , maaf zahir
dan batin buat semua warga SK Kidurong.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang berhormat diiringi barisan
pentadbir untuk meninggalkan majlis dan bergerak ke bilik makan staf bagi
menikmati jamuan.

Dipersilakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari
Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati
juadah dan hidangan yang telah disediakan.

Selama sebulan kita berpuasa


Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan

11
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (20/6/2019)

12

Anda mungkin juga menyukai