Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,

35800 SLIM RIVER,


PERAK

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK SMK SLIM
TAHUN 2016.

1 (Pengumuman dibuat sebelum Perasmi masuk/hadirin telah sedia berdiri)

AZIAN
Hadirin di persilakan berdiri.

(Pengumuman dibuat ketika perasmi berada di pintu masuk dewan)


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat DATO’ SERI ONG KA CHUAN,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke-2 merangkap Ahli
Parlimen Kawasan Tanjong Malim,

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

(Nyanyian lagu Negaraku terus berkumandang ketika Perasmi telah sedia


berdiri di tempat duduk VIP)

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Langsung dari Dewan E-Learning, kami bawakan kepada anda Hari


Anugerah Cemerlang SMK Slim Tahun 2016.

2
Bismillahirrahma nirrahim.
SALUTASI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1
Malaysia, Salam Perak aman Jaya, Salam Perak Excellent.
NORMAH
Yang Di Alu-Alukan,
Yang Berhormat DATO’ SERI ONG KA CHUAN,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke-2 merangkap Ahli
Parlimen Kawasan Tanjong Malim,

Yang Dihormati,

-------------------------------------
Pegawai Pendidikan
DaerahBatang Padang

Yang Berusaha,
Puan Zuraidah binti Ahmad Zaiti,,
Pengetua SMK SLIM.

1
Yang Setia,
Mejar (B) Encik Abdul Aziz bin Othman,
Yang DiPertua PIBG Smk SLIM

Barisan Pentadbir, Guru-guru,Tetamu-tetamu jemputan, Ibu-Bapa,


Penerima-penerima Anugerah, serta semua hadirin yang dirahmati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik SMK Slim


tahun 2016.

3.
Lebat Kemiri Pohonnya Rendah
DOA Dahan Terikat Tali Perkasa
Sepuluh Jari Kami Menadah
AZIAN Mohon Berkat Yang Maha Esa

Majlis gilang gemilang ini akan bertambah berkatnya dengan limpah rahmat
dari Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Ustaz
Ainuddin Mohamad untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4
UCAPAN ALU- Kompang bergema pusaka bangsa,
ALUAN Dipalu oleh si anak muda,
PENGERUSI Hadir tuan puan meriah suasana,
MAJLIS Kami menyambut dengan gembira.

NORMAH Kedatangan tetamu yang mulia, kami tunggu dengan dada lapang, kami
tunggu dengan kasih sayang, kami sambut dengan sukacita, kami terima
dengan suci hati, yang jauh diundang dengan surat, yang dekat diundang
dengan tepak, kini yang diundang telah tiba, yang dipesan sudah datang,
yang dipanggil sudah disahut, kalau gayung sudah bersambut.

Hadirin Sekalian,

Hari Anugerah Cemerlang Akademik merupakan hari bersejarah bagi


seseorang murid yang telah menempa kejayaan dalam dirinya sepanjang
berada di alam persekolahan. Kejayaan mereka dalam bidang akademik
akan diraikan bersama-sama pada hari ini. Kejayaan ini akan menjadi lebih
bermakna lagi dengan kehadiran kedua ibu bapa untuk menyaksikan anak-
anak menerima anugerah. Pihak sekolah merancang majlis sebegini pada
setiap tahun, sebagai satu langkah bijak bagi merangsang lebih ramai murid
untuk memburu kejayaan cemerlang dalam semua bidang.

Tiada kebahagiaan yang paling abadi kepada warga pendidik selain daripada
melihat murid merangkul kejayaan, serta kedua ibu bapa tersenyum syukur
melihat kejayaan anak masing-masing.

2
5
UCAPAN Sudilah Puan Jalan Berlapan
PENGETUA Jalan Berlapan Dimalam Kelam
Sudilah Puan Beri Ucapan
AZIAN Kata Aluan Pemanis Kalam

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan tuan pengetua SMK Slim. Dengan itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Zuraidah Ahmad Zaiti
ke pentas utama untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(Ucapan Tuan Pengetua)

Bunga selasih di dalam puan,


penyeri intan harum melati,
Terima kasih ucapan puan,
Kekal bersemi di dalam hati.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Tuan Pengetua itu tadi.

6 Hadirin yang dihormati sekalian,


Ucapan
perasmian Kalau Tuan Pikat Kenari
Jangan Patahkan Batang Jerami
NORMAH Kepada Tuan Sembah Diberi
Mohon Rasmikan Majlis Kami

Lp;

Majlis mempersilakan Yang Berhormat DATO’ SERI ONG KA CHUAN,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2, merangkap Ahli Parlimen
Kawasan Tanjong Malim, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Akademik SMK SLIM tahun 2016.

Dipersilakan.

(Ucapan Perasmi)

(Selepas selesai ucapan perasmian dan sebelum perasmi turun)

Majlis menjemput Pn. Zuraidah bt Ahmad Zaiti, serta Mejar (B) En. Abdul
Aziz b Othman, mempersila dan mengiringi Yang Berhormat DATO’ SERI
ONG KA CHUAN ke pentas utama, untuk menyempurnakan perasmian
Majlis Anugerah Cemerlang Akademik SMK Slim 2016. Dengan hormatnya
dipersilakan.

(Pukulan Gong dan Montaj 1)

Majlis merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang


Berhormat Dato’ Seri Ong Ka Chuan atas ucapan dan perasmian majlis
sebentar tadi.

3
(montaj 2)
7 Hadirin sekalian,
Dengan tayangan montaj itu tadi, maka rasmilah sudah majlis Hari Anugerah
Cemerlang Akademik SMK Slim 2016.
AZIAN
Puteri bunian pandai bermadah
Bermadah indah menyentuh hati
Ucapan perasmian selesailah sudah
Semoga majlis sentiasa dirahmati

Untuk makluman hadirin, persembahan montaj gimik perasmian itu tadi,


adalah di bawah olahan En. Shaharuddin Ishak dan En. Shukri bin Hussain.

Majlis mengucapkan terimakasih kepada semua yang menyempurnakan


acara itu tadi.

8 Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid SMK Slim yang


PERSEMBAHAN berbakat. Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan.
1
(PERSEMBAHAN NYANYIAN)
NORMAH
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Semoga semua hadirin
terhibur.
9 Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN Sireh Pinang Di Dalam Puan
HADIAH SESI 1 Gambir Dan Cengkih Pelengkap Hiasan
Anugerah Diberi Tanda Kejayaan
NORMAH Langkah Diorak Penuh Wawasan

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua, iaitu penyampaian


anugerah. Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan Puan
Zuraidah Ahmad Zaiti, mengiringi DATO’ SERI ONG KA CHUAN,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke-2 merangkap Ahli
Parlimen Kawasan Tanjong Malim, bagi menyampaikan anugerah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima ialah, Murid Cemerlang PT3 2015.

Dipersilakan,
1. AMIRUL AIZAT BIN ZULKAFLI. Murid ini mendapat 10A dan terbaik
mata pelajaran BAHASA MELAYU, SAINS dan KEMAHIRAN HIDUP
TEKNIKAL.

2. NUR AININA SUHANA BINTI SUPRIADI. Murid ini juga mendapat


10A dalam peperiksaan PT3 2015.

Anugerah seterusnya ialah Murid Terbaik dalam mata pelajaran PT3


2015

4
MATA PELAJARAN NAMA
BAHASA INGGERIS SYAHIDAH BINTI MOHD SALLEH
MATEMATIK NUR ZARIFAH ATHIRAH BINTI NAZREE
SEJARAH MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD.
AZIZI
GEOGRAFI VARSHA A/P KARTHY GESU
PENDIDIKAN ISLAM SHAZRIN AIMAN BIN KHAIRULAZANI
KEMAHIRAN HIDUP-ERT NOR KAMALIAH BINTI ISMAIL
BAHASA CINA LIM YONG QI
BAHASA TAMIL SATHIYA SEELAN A/L MUNIANDY
10
Seterusnya ialah Anugerah Murid Cemerlang SPM 2015
ANUGERAH
CEMERLANG Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan SPM 2015 disandang oleh,
SPM 2015
RATHIARASI A/P RAMASAMY- murid ini mendapat 7A 3B dan juga
AZIAN murid terbaik mata pelajaran SAINS DAN EKONOMI ASAS

Majlis diteruskan dengan penyampaian ANUGERAH MURID TERBAIK


M/PELAJARAN SPM 2015.

MATA PELAJARAN NAMA


B. MELAYU NURUL IZZATI BINTI SALIM
B. INGGERIS NOR SYUHADAH BINTI ISMAIL
SEJARAH AINA YASMIN BINTI MOHD FAISAL
MATEMATIK JEE SIAU NEE
PENDIDIKAN ISLAM NURUL HUDA BINTI AHMAD ZAMBRI
PENDIDIKAN MORAL KOMATHI A/P THIRUVANAN
LUKISAN NOOR HASYIMAH BINTI KHOARY
KEJURUTERAAN
KESUSASTERAAN RAIMI IZUWAN BIN ABDULLAH HUDI
MELAYU
PENGAJIAN SAINS MUHAMMAD SHAROL NIZAM BIN
SUKAN ARIFFIN
TASAWWUR ISLAM NURAINA BINTI MOHD NAZRI

ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH TOKOH PT3 2015

DIPERSILAKAN,

AMIRUL AIZAT BIN ZULKAFLI


-murid ini mendapat 10A bagi semua mata pelajaran PT3. Juga
terbaik mata pelajaran BAHASA MELAYU, SAINS dan
KEMAHIRAN HIDUP TEKNIKAL.

Anugerah TOKOH SPM 2015 diberikan kepada,

RATHIARASI A/P RAMASAMY


-murid ini mendapat 7A 3B dalam peperiksaan SPM 2015 serta murd

5
terbaik mata pelajaran Sains dan Ekonomi Asas.

Dengan itu berakhirlah Sesi Pertama majlis penyampaian Anugerah


Cemerlang Akademik SMK Slim tahun 2016.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’


kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih atas perasmian itu tadi, majlis mempersilakan
Tuan Pengetua mengiringi ……………………………………………………..
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat DATO’ SERI
ONG KA CHUAN,

Dipersilakan.

(Penyerahan cenderamata kepada perasmi)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyempurnakan


acara itu tadi.
******(tunggu signal pengetua sama ada Dato, akan beredar atau tidak.
Sekiranya mahu beredar, ucap terima kasih. )*******

Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ kerana
sudi merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah sebentar tadi.

11 Hadirin sekalian,
PERSEMBAHAN
2 Bagi menceriakan suasana pada hari ini, majlis akan diserikan dengan
persembahan Drama Dalam Lagu oleh murid2 SMK Slim.
NORMAH
Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAn)

Terimakasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin,


persembahan itu tadi dipimpin oleh Cik Rohana Ibrahim.

12 Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan SMK Slim diterus. Untuk itu, majlis
ANUGERAH dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd Faisal bin
SESI KEDUA Kamaruzzaman, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Slim mengiringi Mejar
(B) En Abdul Aziz b Othman, Yang Dipertua PIBG SMK Slim untuk
AZIAN menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima ialah anugerah TERBAIK KELAS


PENDIDIKAN KHAS.

 TERBAIK KELAS PERMATA 1

1. ABDUL RAHMAN B. ANWAR


2. MUHAMMAD SYAFIQ B. ABDUL WAHID
3. AGGEL SARI BT ARPAN

6
 TERBAIK KELAS PERMATA DUA

1. PUTERI NAJWA BT SAMSUL


2. MUHAMMAD HAIZAM FIRDAUS B ABU BAKAR
3. MAH CHEE KANG

 TERBAIK KELAS PERMATA TIGA

1. MUHAMMAD ASRI B AHMAD


2. MUHD SHAH AIRUL AIMAN B RULLY ANDRIAN SHAH
3. NUR ATHIRAH BT KAMARUL ZAMAN

13 Seterusnya ANUGERAH MURID CEMERLANG TINGKATAN SATU

NORMAH Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan 1.

Pertama: NUR SUHAILA NAJWA BINTI SAIFUL ANUAR (1RK)


Murid ini mendapat tempat pertama dalam kelas 1RK juga terbaik
dalam mata pelajaran B. INGGERIS, MATEMATIK, SAINS,
SEJARAH, GEOGRAFI dan PENDIDIDKAN ISLAM.

Kedua: KHALISAH BT SHAMSUR RAHMAN (1A).


Murid ini juga mendapat tempat pertama dalam kelas 1A dan terbaik
bagi mata pelajaran B.MELAYU DAN KEMAHIRAN HIDUP ERT.

Ketiga: NUR AIN ARINA BT MOHD NADZRI (1RK).


Murid ini juga mendapat tempat kedua dalam kelas 1RK.

Majlis diteruskan dengan ANUGERAH MURID TERBAIK DALAM KELAS


TINGKATAN SATU

Kelas 1 RK

Ketiga: MUHAMMAD AFIF B. KAMARUZAMAN

Kelas l Aspirasi

Kedua: YOU HUI MIN- murid ini juga Terbaik M/P B.CINA.
Ketiga: LOH PEI LING

Kelas l Bestari

1. AFIQH HIDAYAH BT IDRIS


2. MUHAMMAD DANISH MIFZAL B. NAZREE. Murid ini juga terbaik mata
pelajaran KHB Teknikal.
3. FARAH ANIS INSYIRAH BT FADLIE AIDEEN

7
Kelas 1 Dedikasi

1. SITI SYARAH BT AHMAD ZAINI


2. NUR ISTI QURRATUL AIN BT MOHD FARID
3. MUHAMMAD HAFIZI ASHRAF B. MD ZARANI.

Kelas 1 Harmoni

1. MUHAMMAD ILYAS B. SAHHIRUN NAIN


2. MUHAMMAD FAIRIE FAIZAL B. MAZIAN
3. MUHAMMAD EMIR MURTAZZA B. ABU KARI

Kelas 1 Inovasi

1. HAFIZA A/P JOHAR


2. NORMAWARNIZA A/P YUSOF
3. ANDY A/L MERAM

14 Seterusnya ANUGERAH MURID CEMERLANG TINGKATAN DUA

AZIAN ANUGERAH MURID TERBAIK KESELURUHAN TING 2.

PERTAMA: AFIFAH ATHIRAH BT ISWANTO


- murid ini juga mendapat tempat pertama dalam kelas 2 RK dan
terbaik bagi mata pelajaran MATEMATIK, SEJARAH dan PENDIDIKAN
ISLAM.

KEDUA: NURAIN NATASYA BT MUHAMMAD NASIR


- murid ini juga mendapat tempat kedua dalam kelas 2 RK, serta
terbaik bagi mata pelajaran KEMAHIRAN HIDUP TEKNIKAL.

KETIGA:VENU DARSHAN A/L RAVINDARAN


- murid ini mendapat tempat ketiga dalam kelas 2 RK dan juga murid
terbaik mata pelajaran Sains dan Geografi.

Menyusul seterusnya ialah, Anugerah MURID TERBAIK KELAS


TINGKATAN DUA

2 Aspirasi
1. SHOBANA A/P MOHAN.
Murid ini juga terbaik mata pelajaran B.INGGERIS dan B. TAMIL
2. NURUL FATIN BT JASNI.
3. SYARVIN A/L SUBRAMANIAM

2 Bestari

1. YONG SIN YEE.


Murid ini juga terbaik mata pelajaran BAHASA CINA

2. NININALISA.
Murid ini juga terbaik mata pelajaran PENDIDIKAN MORAL.

8
3. AFDAL ADAM B. SHAHROL HISHAM

2 Dedikasi

1. NOOR ZULAIKAH LIYANA BT NORHISYAM


2. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI B. KHAIRUL
3. MUHAMMAD IRFANUDDIN B. AMIRUDDIN

2 Harmoni

1. MUHAMMAD AMIRUL AIMAN B. MOHD FAIZUL AZLI


2. NITA A/P MAHAMAD
3. MUHAMMAD AZIZI B ABDULLAH

2 Inovasi

1. MUHD. AMIRUL MUKMININ B. BAKHTIAR


2. THANIGALINGAM A/L MARKANDU
3. MOHD ARIEF QOYYUM B. ISHAK

15 Anugerah seterusnya ialah MURID CEMERLANG TINGKATAN EMPAT

NORMAH ANUGERAH MURID TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN EMPAT


diberikan kepada:

Pertama: LEE WEN ZHI (4ASPIRASI)


- murid ini mendapat tempat pertama dalam kelas 4 Aspirasi,
terbaik mata pelajaran SEJARAH, MATEMATIK, PEND.
MORAL, FIZIK, KIMIA, LUKISAN KEJURUTERAAN, dan
MATEMATIK TAMBAHAN.

Kedua: TAI RU SI (4 ASPIRASI)


( murid ini mendapat tempat kedua dalam kelas 4 Aspirasi,
juga terbaik m/pelajaran B.INGGERIS, BIOLOGI dan
B.CINA.

Ketiga: MUHAMMAD AIMAN BIN AMRUN (4 BESTARI)


( murid ini mendapat tempat pertama dalam kelas 4 Bestari
juga terbaik m/pelajaran SAINS)

Seterusnya Anugerah MURID TERBAIK KELAS TINGKATAN 4

*4 Aspirasi
Tempat Ketiga; AZREEN BIN ALI

*4 Bestari

Tempat Kedua: NOR SYAFIZA BT SAMSUDDIN . Murid ini juga terbaik


m/pelajaran P.ISLAM

Tempat ketiga: NOR FAZLIANA BT MAZIAN. Murid ini juga terbaik

9
m/pelajaran EKONOMI ASAS DAN KESUSASTERAAN MELAYU.

*4 Dedikasi

1. NORAMALINA BT AFFANDI. Murid ini juga terbaik m/pelajaran ERT dan


Perdagangan.
2. INTAN NOR HIDAYU ADILA BT MOHD RADI
3. ZULAIKHA BT KAPLY

*4 Harmoni

1. ZIANA A/P MANSOR


2. TOPIC A/L ADNAN
3. MONIKA A/P RASID

*4 Inovasi

1.AMIRUL FAIZZIE . HEROMZI


2. MUHD. AIMAN TASNIM B. TARIJI
3. DINES KUMARI A/P RAMAN

16
Seterusnya Anugerah TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 1
AZIAN
TERBAIK Nama
Mata pelajaran
B.TAMIL GANGGA SREE A/P MARIMUTHU (1A)
PEND.MORAL FLOURIANNEE A/P TAISIN (1A)

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah TERBAIK MATA PELAJARAN


TINGKATAN 2

TERBAIK Nama
Mata pelajaran
B.MELAYU NUR SYAFIKA BT AHMAD FAHARUDDIN (2RK)
KH – ERT FATIN NABILA BT MOHAMMAD ARIF (2A)

17
Seterusnya Anugerah TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 4

NORMAH TERBAIK Nama


Mata pelajaran
B.MELAYU MUHAMMAD ADEEB B. YUNUS (4A)
BAHASA NATISA A/P RAJENDRAN (4A)
TAMIL
PENGAJIAN NAQIB AIMAN B. NIZAM AZMAL (4B)
SAINS SUKAN
TASAWWUR RAJA NOR ATIKAH BT RAJA MOHD KAMAL (4D)
ISLAM

10
Majlis merakamkan jutaan Terima kasih kepada Mejar (B) En. Abdul Aziz bin
Othman, YDP PIBG atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang
menyempurnakan acara itu tadi.
18.
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,
SESI 3
Sekali lagi, marilah kita berhibur dengan persembahan Drama Dalam Lagu,
AZIAN Episod kedua, yang akan dibawakan oleh murid-murid SMK SLIM.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

19.
Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN
HADIAH SESI 3 Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi.
Anugerah berikut diwujudkan bagi menghargai jasa guru-guru yang
tidak ternilai harganya, seperti yang dinukilkan oleh sasterawan
NORMAH Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru oh Guru, antara lain
berbunyi…

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan Puan Zalina Ahmad,


Penolong Kanan Pentadbiran, untuk mengiringi Puan Zuraidah Ahmad Zaiti,
Tuan Pengetua SMK Slim ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Anugerah Pencapaian 100% mata pelajaran PT3 2015

Untuk makluman hadirin, empat mata pelajaran telah mencapai kelulusan


100% dalam Peperiksaan PT3, iaitu SEJARAH, P.ISLAM, KEMAHIRAN
HIDUP TEKNIKAL, DAN KEMAHIRAN HIDUP EKONOMI RUMAH TANGGA
(ERT)

Untuk menerima anugerah, di persilakan Ketua Panitia Mata pelajaran


Sejarah 2015 Pn Arba’ayah Adenan.

11
Seterusnya, di persilakan Ketua Panitia Mata pelajaran Pendidikan Islam
2015, Ustaz Ainuddin Muhammad.

Seterusnya, di persilakan Guru Mata pelajaran KHB KemahiranTeknikal, Pn.


Rokiah Nanyan.

Akhirnya, di persilakan Ketua Panitia Mata pelajaran Kemahiran Hidup ERT,


Pn Hajah Aishah Ahmad.

20 Seterusnya Anugerah Pencapaian 100% mata pelajaran SPM 2015

AZIAN
Untuk makluman hadirin, 11 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100%
dalam Peperiksaan SPM, iaitu EA, ERT, LK, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI,
TASAWWUR ISLAM, KESUSASTERAAN MELAYU, PENGAJIAN SAINS
SUKAN, B.CINA dan PENDIDIKAN SENI VISUAL

Untuk itu majlis mempersilakan:

M/PELAJARAN NAMA KETUA PANITIA


EKONOMI ASAS PN. NOR NIZA HUSSAIN
ERT PN. HAJAH AISHAH AHMAD
LUKISAN KEJURUTRAAN PN. NOOR FARIZA ABD.
RAHMAN
FIZIK PN. WAN NURUL HUDA BT
WAN ABD KADIR
KIMIA PN. ZARIMAH ZAMAN
BIOLOGI PN. ZANARIAH ZULKIFLI
TASAWWUR ISLAM PN. NOR HASNI MANSOR
KESUSASTERAAN MELAYU EN MOHD FAISAL
KAMARUZZAMAN
PENGAJIAN SAINS SUKAN EN KARTHY GESU A/L
GOVINDAMSAMY
BAHASA CINA EN DING KOR HOR /KAMARIAH
IBRAHIM
PENDIDIKAN SENI VISUAL EN ZAINOL ARIFFIN AL-FANDI

21 Menyusul ialah Anugerah Peningkatan Peratus Lulus Mata Pelajaran


SPM.
Sebanyak 4 mata pelajaran layak untuk menerima anugerah ini, iaitu
SEJARAH, MATEMATIK, EKONOMI ASAS DAN TASAWWUR ISLAM.
NORMAH 1. Bagi mata pelajaran Sejarah, dipersilakan Puan Norlyzan Ismail
2. Bagi mata pelajaran Matematik, dipersilakan Pn. Krisnaveny a/p
Kali.
3. Bagi mata pelajaran Ekonomi Asas, dipersilakan Pn. Hajah Nor
Niza Hussain
4. Dan bagi mata pelajaran Tasawwur Islam, dipersilakan Ustazah Pn.

12
Nor Hasni bt Mansor.
22 Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Pengetua.
AZIAN
Anugerah ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu Pengurusan, Kuikulum,
Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum.

Pemenang dipilih oleh Tuan Pengetua sendiri berdasarkan komitmen,


dedikasi, pengorbanan, dan usaha gigih bagi meningkatkan pencapaian bagi
setiap kategori.

Bagi kategori Pengurusan, Anugerah Khas Pengetua diberikan kepada


…………………………………………………………………….. Dipersilakan.

Bagi kategori kurikulum, Dipersilakan………………..………………………

Bagi kategori Hal Ehwal Murid, dipersilakan ………………………………..

Dan bagi Kategori Kokurikulum, Anugerah diberikan kepada

………………………………………………………………

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang menerima


anugerah itu tadi.
Guru-guru yang lain tidak kurang hebatnya walaupun pada hari ini tidak naik
ke pentas untuk menerima hadiah. Teruskan menabur bakti tanpa jemu
kerana kejayaan sebenar ialah saat setiap langkah dan detik yang CIKGU
abadikan buat murid2 CIKGU.

Kalau lautan sama direnangi, kalau lurah sama dituruni, kalau sampan sama
berdayung, kalau lesung sama menumbuk, kalau huma sama ditugal, kalau
padi sama dituai.

Hadirin yang dkasihi,


22
Usai penyampaian anugerah kepada guru, Kini tibalah majlis ke acara
kemuncak Anugerah TOKOH MURID SMK SLIM 2015.
NORMAH
(Paluan Kompang Bergema dan Tokoh Murid di arak)
(Murid Berjalan dengan ibubapa ke pentas)

(Bacaan Biodata Tokoh Oleh En. Mohd Faisal selepas tamat paluan
Kompang)

(Tokoh Pelajar Smk Slim 2015 Di ANUGERAHKAN KEPADA)


Ckgu faisal
FAHMAN MUJIB BIN RAMLI

Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan semua yang
telah menyempurnakan acara itu tadi.

13
23 Hadirin yang dikasihi sekalian,

Dengan anugerah tokoh murid itu tadi, maka Majlis Anugerah Cemerlang
AZIAN Akademik SMK Slim 2016 menghampiri penghujungnya. Kepada semua
penerima anugerah, sekalung tahniah kami ucapkan. Semoga kejayaan hari
ini menjadi jambatan paling kukuh untuk mendaki ke puncak kegemilangan
pada masa hadapan.

Kalau wajah ada yang tersalah pandang, kalau nama ada yang tersalah
sebut, kalau gelaran ada yang tersalah ucap, kalau duduk ada yang tersalah
tempat, sebarang kesilapan harap dimaafi. Kedatangan tuan kami hargai,
kesudian merai majlis kami.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, semua warga SMK Slim, orang
perseorangan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi menjayakan majlis Anugerah Cemerlang Akademik SMK Slim tahun
2016.

Penutup

NORMAH Dihujung taman tumbuh delima


Bunga jambangan berdaun lebat
Budimu tuan kami terima
Jadi kenangan sepanjang hayat

Pohon kenanga tumbuh merimbun,


Tersenyum si dara menyunting bunganya,
Kami mengharap maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

(Penerima anugerah Tokoh PT3, Tokoh SPM dan Tokoh Pelajar dijemput
naik ke pentas untuk sesi bergambar bersama ibu bapa dan pentadbir.)

Majlis kita berakhir di sini, segala kerjasama disanjung tinggi. Terima kasih
sekalung budi, kenangan indah simpanlah di hati.

Sekian saja dari kami, WABILLAHITTAUFIK WALHIDAYAH


WASALAMUALAIKUM wm wb.

14

Anda mungkin juga menyukai