Anda di halaman 1dari 6

Tentatif Ucapan

Mengumumkan ketibaan

(Setelah tetamu duduk dengan sempurna)

‫الحمد هلل رب العالمين وبه نستعين والصالة‬


‫والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى‬
Alu-aluan ‫ أما بعد‬.‫آله وأصحابه أجمعين‬،
Pengerusi Majlis ‫السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬
DAN SALAM SEJAHTERA

Yg Berbahagia En Mohd Nasaei bin Ismail


Pegawai Khas Kementerian Pertahanan Malaysia

Yang Berusaha En Abdullah bin Hamid


Naib Yang Dipertua Pibg Smk Jengka Pusat

Yg Berusaha En Sharil Aznan bin Mansor,


Pengetua SMK Jengka Pusat

En. Mohd Asri bin Musa,


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

En. Yazri b.Yusoff


Penolong Kanan Tingkatan 6

En. Salehuddin bin Ismail


Penolong Kanan PPKI

Barisan Ajk PIBG, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran ,Para


Guru , Ibu bapa , Penjaga, para pelajar yang diraikan, dan
seterusnya hadirin yang dimuliakan.

Hadirin sekalian,
Bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu wa Taala kerana
dengan izin dan kurnia- Nya, MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMK JENGKA
PUSAT BAGI TAHUN 2018 dapat dilangsungkan. Pihak
sekolah mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA
KASIH kepada hadirin yang hadir pada pagi ini. Majlis ini
diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar
SMK Jengka Pusat yang telah berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM, pelajar cemerlang

1
PPKI, dan guru-guru yang telah berjaya meningkatkan GPS
mata pelajaran.
Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan hormatnya


majlis menjemput Saudara Muhammad Ilman Sadique bin
Saiful Azran untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan .

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu


tadi.

Ucapan Dayung sampan dulu-duluan,


Pengetua Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama amati.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En


Sharil Aznan bin Mansor Pengetua SMK Jengka Pusat untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan hormatnya tuan dipersilakan.

[ UCAPAN]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha En Sharil Aznan bin Mansor , atas ucapan alu- aluan
sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Para hadirin sekalian,
oleh Perasmi
Anak teruna turun ke bendang,
Si dara pula ke Bukit Serindit,
Tuan umpama bintang gemilang,
Titipkan amanat barang sedikit.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yg Berbahagia


En Mohd Nasaei bin Ismail
Pegawai Khas Kementerian Pertahanan Malaysia

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

2
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
2018

Dengan hormat dipersilakan….

[UCAPAN]

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Yg


Berbahagia En Mohd Nasaei bin Ismail
atas ucapan yang penuh semangat dan perasmian sebentar tadi.

Persembahan Untuk memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis
sukacitanya mempersilakan pasukan koir bahasa Inggeris
SMK Jengka Pusat terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang
akan mempersembahkan 2 buah lagu berjudul When You
Believe dan Standing in the Eyes of The World

Dipersilakan….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan


koir itu tadi.

Tayangan Seterusnya marilah kita sama – sama menyaksikan sebuah


multimedia tayangan multimedia

PPKI Hadirin sekalian,


PT3
SPM DAN Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2018 dimulakan dengan
STPM penyampaian sijil kecemerlangan kepada pelajar –pelajar
cemerlang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ,PT3,
SPM dan STPM 2018.
Untuk menyempurnakan majlis, dengan hormat, majlis
menjemput Yang Berusaha En Sharil Aznan bin Mansor untuk
mempersilakan dan mengiringi Yang Berusaha En Abdullah
bin Hamid
Naib Yang Dipertua Pibg Smk Jengka Pusat
bagi menyampaikan sijil kecemerlangan.

ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI


PENDIDIKAN KHAS:
Dipersilakan….

3
1)
2)

ANUGERAH CEMERLANG PT3 2018


Dipersilakan……..

ANUGERAH JAUHARI SPM 2018


Dipersilakan……..

ANUGERAH CEMERLANG SPM 2018


Dipersilakan……..

ANUGERAH CEMERLANG STPM 2018


Dipersilakan………..

Majlis megucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Naib


Yang Dipertua PIBG SMKJP atas kesudian menyempurnakan
penyampaian sijil.
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2018 diteruskan lagi
Anugerah dengan penyampaian sijil Peningkatan GPS mata pelajaran
Peningkatan GPS SPM dan peningkatan PNGK STPM 2018 kepada guru mata
Mata pelajaran.
pelajaran
SPM & PNGK Untuk menyempurnakan majlis, dengan hormat, majlis
STPM menjemput Yang Berusaha En Sharil Aznan bin Mansor untuk
mempersilakan dan mengiringi Yg Berbahagia En Mohd
Nasaei bin Ismail
& Pegawai Khas Kementerian Pertahanan Malaysia
bagi menyampaikan sijil dan hadiah.
APC

Peningkatan GPS mata pelajaran SPM

Dimulakan dengan mata pelajaran …………. dengan GPS….


Dipersilakan……………………..

Majlis diteruskan lagi dengan Peningkatan PNGK mata


pelajaran STPM
Mata pelajaran

4
Dipersilakan ……………………..

Seterusnya, Anugerah Penghargaan Semua Guru Sesi 2018.


Dipersilakan………….

Kemuncak majlis kita pada pagi ini ialah penyampaian


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada guru dan
kakitangan SMK Jengka Pusat. Seramai 8 orang telah dipilih
pada tahun ini untuk menerima anugerah tersebut.

Dipersilakan……
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan , majlis mempersilakanYang


cenderahati kepada Berusaha En Sharil Aznan bin Mansor untuk menyampaikan
tokoh perasmi cenderahati kepada Yang Berbahagia En Mohd Nasaei bin
Ismail

Dipersilakan….

( terima)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang


Berbahagia menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah
kecemerlangan pendidikan 2018 ,
Jamuan Hadirin sekalian,

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,


Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Majlis Anugerah


Kecemerlangan Pendidikan 2018, majlis sekali lagi
merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Yang
Berbahagia atas kesudian untuk bersama – sama kita pada pagi
ini.

5
Terima kasih juga kepada semua tetamu, hadirin dan hadirat
yang sudi melapangkan masa untuk bersama – sama
memeriahkan majlis ini.

Sekalung tahniah juga majlis rakamkan untuk para penerima


anugerah pada pagi ini.Semoga perjalanan hidup anda semua
diberkati Ilahi.
Akhir kata,

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Yang baik itu dari Allah,
Yang cela itu kelemahan diri.

Sekianlah sahaja Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan


tahun 2018 .
Majlis mempersilakan semua tetamu, ibu bapa dan penerima
anugerah untuk menikmati jamuan di kantin sekolah.

Sekian Terima kasih.

‫وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم‬


‫ورحمة اهلل وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai