Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

ANUGERAH NILAM DAERAH MERSING TAHUN 2017


PKG BANDAR MERSING (14 FEBRUARI 2017)

Tarikh : 14 FEBRUARI 2017 (Selasa)


Masa : 3.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

Teks Catatan

*Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin dan hadirat disarankan supaya
masuk ke dalam dewan dan memberikan tumpuan kepada majlis yang akan dijalankan
sebentar sahaja lagi. Kami amat menghargai atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
oleh para hadirin dalam memastikan kelancaran majlis kita pada petang ini. Segala
kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. Kelancaran majlis ini adalah kejayaan kita
bersama.

Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hirabbil alamin. Wassola tu wassalam, aala asyrafil anbia iwal mursalin..
saidina Muhammad.. waala aalihi wasohbihi ajmain...

KATA-KATA ALUAN
Negeri Johor aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah,
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,


Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
Merangkap
Penyelaras Program, Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017
Yang Dihormati Cik Nalini Perumal,
Ketua Hakim,
Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017.

Yang Berusaha para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan jawatankuasa pelaksana
Anugerah NILAM Peringkat Daerah Mersing Tahun 2017, guru-guru pengiring, peserta-
peserta hebat berbakat Anugerah NILAM Peringkat Daerah Mersing Tahun 2017, hadirin
dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Salam sejahtera, salam perpaduan, salam muafakat Johor dan salam sehati sejiwa.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
penganjur kerana sudi menganjurkan Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Daerah
Mersing Tahun 2017 yang telah berlangsung pada hari ini.
Mewakili majlis sekalung penghargaan kepada...

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

di atas kesudian meluangkan masa untuk hadir merasmikan majlis penutup Pertandingan
Anugerah NILAM Peringkat Daerah Mersing Tahun 2017.

BACAAN DOA
Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,
Majlis kita pada petang yang indah ini dimulakan dengan munajat doa memohon restu
berkat dari Yang Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Yang Berusaha En. Mohd Bin Abd Rahim

bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...


BACAAN DOA
Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapat melancarkan lagi program kita pada hari ini.

PENGENALAN PROGRAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM, merupakan penggabungan atau adunan
kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai.
Hasrat, niat serta matlamatnya adalah begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan
amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan seterusnya melahirkan generasi
pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu pengetahuan.

Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini
telah mula dilaksanakan kepada murid-murid tahun 1 di sekolah rendah dan tingkatan 1 dan
peralihan di sekolah menengah pada tahun 1999.

Secara tradisinya, program ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya
disaring di peringkat negeri untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. Dan diharapkan dengan
pelaksanaan program ini di semua peringkat akan dapat melahirkan generasi anak-anak
Ulul-Albab. In Shaa Allah...

UCAPAN PENGELOLA / TUAN RUMAH (PKG)


Kalau tuan mudik duluan,
Carikan saya buah berangan,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari bersama kita dengarkan.

Meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
Yang Berusaha En. Khairil Firmansyah Bin Anuar,
Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Mersing,
Merangkap
Penyelaras Program Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017

bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan

-UCAPAN PENGELOLA-
Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh En. Mohd bin Abdul Rahim.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
UCAPAN HAKIM
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Bagi meneruskan acara, dengan segala hormat dan sukacitanya majlis dengan ini
menjemput
Yang Dihormati Cik Nalini Perumal
selaku Ketua Hakim, Anugerah NILAM Peringkat Daerah Mersing Tahun 2017 untuk
memberikan ulasan berkenaan program hari ini. Dipersilakan...

KETUA HAKIM MEMBERIKAN ULASAN

Demikian tadi ulasan dan kritikan membina yang telah disampaikan oleh ketua hakim dan
diharapkan segala kritikan dan pandangan dapat dijadikan pedoman kepada semua peserta
dalam membuat penilaian terhadap nilai persembahan masing-masing.

UCAPAN PERASMI
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,


Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutup Anugerah


NILAM Daerah Mersing Tahun 2017.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

UCAPAN PPD
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Di atas ucapan itu tadi.

PENGUMUMAN PEMENANG
Pergi kesekolah awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah akan diberi,
Para penerima sabarlah menanti.

Sidang hadirin sekalian,


Kini tibalah kita ke upacara penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Pengelola dan sijil
penghargaan berserta cenderahati kepada para hakim pertandingan. Untuk itu, dengan
segala hormatnya dipersilakan

Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,


Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
Merangkap
Penyelaras Program, Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017

untuk menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

Bagi penyampaian sijil kepada para AJK Pengelola, mendahului senarai... Dipersilakan...
RUJUK SENARAI NAMA AJK PENGELOLA

Seterusnya adalah acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada para hakim, mendahului
senarai... Dipersilakan...
RUJUK SENARAI NAMA HAKIM

Sidang hadirin sekalian,


Setelah melalui transformasi yang positif, Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing
Tahun 2017 pada tahun ini telah memperkenalkan dan menambah beberapa kategori baru.
Jika sebelum ini, pihak penganjur cuma menyediakan hadiah kepada pemenang bagi setiap
kategori iaitu pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi kategori Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi
kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah,

Pada tahun ini, buat julung kalinya pihak penganjur telah memperkenalkan piala pusingan
bagi kategori
1. Johan sekolah rendah
2. Johan sekolah menengah
Dan Johan ketegori sekolah dipilih berdasar kepada markah tertinggi bagi kategori
(1 Bahasa Malaysia + 1 Bahasa Inggeris). Piala pusingan ini tidak menjadi milik kekal
sekolah dan ia perlu di kembalikan kepada pihak PKG pada hujung tahun semasa, dan jika
sekolah itu berjaya mendapatkan 3 kali johan keseluruhan secara berturut-turut, maka ia
akan kekal menjadi milik sekolah tersebut. Dan pengiraan akan dibuat mulai tahun ini.

Untuk tahun ini juga diperkenalkan hadiah bagi setiap kategori sekolah rendah dan sekolah
menengah, iaitu:
1. Anugerah Tokoh NILAM + sijil
2. Johan + sijil
3. Naib Johan + sijil
4. Ketiga + sijil
5. Sijil penyertaan bagi setiap peserta.

Bagi Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017 pada hari ini, sebanyak
__4___ buah sekolah menengah dan __12___ buah sekolah rendah telah mengambil
bahagian yang terdiri daripada __11___ orang calon pelajar sekolah menengah dan
seramai __12___ orang calon murid sekolah rendah. Daripada jumlah itu, seramai __12__
orang telah menyertai kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, __9__ orang telah
menyertai kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, ___7__ orang telah menyertai kategori
Bahasa Malaysia Sekolah Menengah dan __4___ orang telah menyertai kategori Bahasa
Inggeris Sekolah Menengah.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili PPD Daerah Mersing ke
Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor Tahun 2017 yang akan berlangsung
pada 23-26 Februari 2017, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Sidang hadirin sekalian,

Kini tibalah kita ke acara kemuncak, acara yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu upacara
penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan. Saya pasti, para hadirin sekalian tidak
sabar untuk mengetahui peserta dari sekolah manakah yang akan memenangi anugerah
dan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2017 bagi setiap kategori dan seterusnya membawa
nama Daerah Mersing ke peringkat Negeri Johor. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan...

Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,


Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
Merangkap
Penyelaras Program, Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017

bagi menjemput dan mengiringi

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

untuk menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

Acara yang seterusnya adalah acara penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta
Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017.

Bagi peserta sekolah rendah (Kategori Bahasa Malaysia), dipersilakan...


RUJUK SENARAI

Bagi peserta sekolah rendah (Kategori Bahasa Inggeris), dipersilakan...


RUJUK SENARAI

Bagi peserta sekolah menengah (Kategori Bahasa Malaysia), dipersilakan...


RUJUK SENARAI

Bagi peserta sekolah menengah (Kategori Bahasa Inggeris), dipersilakan...


RUJUK SENARAI

Seterusnya adalah pengumuman pemenang Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun


2017. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang sijil penyertaan
dan piala iringan.

Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan pemenang tempat


KETIGA
KEDUA
PERTAMA

Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan pemenang tempat


KETIGA
KEDUA
PERTAMA

Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan pemenang tempat


KETIGA
KEDUA
PERTAMA

Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan pemenang tempat


KETIGA
KEDUA
PERTAMA

Bagi kategori Tokoh NILAM 2017,


Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................

Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................

Bagi sekolah menengah , kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................

Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................

Seterusnya adalah pengumuman Johan keseluruhan bagi kategori sekolah rendah yang
akan membawa pulang piala pusingan.

Diumumkan Johan keseluruhan kategori sekolah rendah bagi Anugerah NILAM


Daerah Mersing Tahun 2017 di sandang oleh
.............................................................................................................................................

Seterusnya diumumkan Johan keseluruhan kategori sekolah menengah bagi Anugerah


NILAM Daerah Mersing Tahun 2017 di sandang oleh
.............................................................................................................................................

Demikian tadi selesai sudah upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

di atas kesudian menyempurnakan acara itu tadi dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
syabas kepada semua pemenang dan peserta kerana telah menjayakan program kita pada
hari ini.
PENUTUP
Orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai tanda kenang-kenangan di atas kesudian hadir
menyempurnakan majlis ini, dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,


Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau, PPD Daerah Mersing.

untuk menyampaikan cenderahati kepada

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan...


CENDERAHATI PERASMI
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,


Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

diatas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Tanam laguna tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpaku didalam hati.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah sudah
program kita pada hari ini.

Sekali lagi, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada perasmi dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAJLIS ANUGERAH
NILAM DAERAH MERSING TAHUN 2017.

Tiada benda seindah bahasa


Terus menghiasi budaya berzaman
Jumpa lagi di lain masa
Disusun jari mohon kemaafan

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu. Saya sudahi majlis dengan wabillah...............

Disediakan dan diacarakan oleh:

(FARID HELMI BIN MOHAMAD NOOR)


GPM
SK Lembaga Endau,
86900 Endau, Johor.
27012017 (Rabu)

-CADANGAN-
ATUR CARA MAJLIS PENUTUP
ANUGERAH NILAM DAERAH MERSING TAHUN 2017

Para jemputan / tetamu mengambil tempat


Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Ucapan pengelola / penganjur
Ucapan hakim
Ucapan perasmi
Penyampaian hadiah kepada
1. AJK pengelola
2. Hakim
3. Semua peserta sekolah rendah dan sekolah menengah
(wakil sekolah)
4. Peyampaian anugerah NILAM Sekolah Rendah
5. Penyampaian anugerah NILAM Sekolah Menengah
6. Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Rendah
7. Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Menengah
8. Penyampaian Johan Keseluruhan Sekolah Rendah
9. Penyampaian Johan Keseluruhan Sekolah Menengah
Penyampaian cenderahati kepada perasmi
Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai