Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA DAN

PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2023

Nota :
1. Semua murid diminta  beratur mengikut kelas.
2. Berikan arahan baris… Baris sedia… Senang Diri

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.
dan salam sejahtera. 

1. Yang Berusaha, 
EN. WAN ZAINI BIN WAN SAAD
Tuan Pengetua Sekolah MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN

Yang Berusaha, 
EN EHSAN SABRI BIN YAHYA
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha, 
EN AHMAD SOBRI BIN SALEH
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha, 
EN AHMAD SHAFIR BIN KASA
Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Berusaha, 
EN AMRAN BIN OMAR
Penolong Kanan Tingkatan Enam

Yang Berusaha ,
Puan Junaidah binti Mohamad
Penolong Kanan Pendidikan Khas .

Seterusnya barisan guru-guru kanan , para guru dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya
dapat dapat kita berhimpun dalam majlis ‘dua dalam satu’ iaitu pelancaran Kempen
Galakan Membaca dan Program Nilam Peringkat Sekolah.

Tumbuh melata si pucuk paku,


Diambil oleh dara berlima,
Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,
Kita nyanyikan bersama-sama.

1
Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU Seterusnya, majlis menjemput para guru


dan rakan pelajar untuk berdiri tegak untuk sama-sama menyanyikan lagu
NegaraKu, (dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik).

Para guru dan pelajar dijemput duduk.

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini ,
Majlis menjemput saudara Ghazali untuk membacakan doa. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Guru-guru serta rakan pelajar sekalian,


Majlis Pelancaran pada pagi ini sebenarnya bertujuan untuk menyemai tabiat suka
membaca dalam kalangan warga Semsira.Program ini merupakan salah satu aktiviti
tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bertujuan untuk mengukuhkan
budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu. Mudah-mudahan majlis pada
pagi ini yang pengisian utamanya “membaca” akan mampu melahirkan warga
sekolah yang minat membaca.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dijemput dengan segala hormat , Yang Berusaha Encik Wan Zaini bin Wan Saad,
Pengetua SMK Syed Sirajuddin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada pagi ini. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik
Wan Zaini bin Wan Saad, Pengetua SMK Syed Sirajuddin kerana telah sudi
merasmikan Majlis Pelancaran Program Kempen Galakan Membaca dan Program
Nilam Peringkat Sekolah Tahun 2023

Rakyat Malaysia pelbagai budaya,


Hubungan baik kita eratkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
 Book review kami sajikan.

Guru-guru serta rakan pelajar sekalian,


Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan program “4 Book Review with 4
Languages”.
Bagi tujuan itu saya bagi pihak majlis mempersilakan  saudara Faizzudin bahasa
melayu, saudara Darwish, bahasa inggeris, Saudari Damia, bahasa jerman dan
akhir sekali, saudari Cheak, bahasa cina untuk menyampaikan ulasan buku-buku
yang telah dibaca oleh mereka yang boleh dijadikan sebagai bahan bacaan  di
samping menambahkan  ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah melayu “ banyak
membaca luas pengetahuan”. Dipersilakan.

2
Terima kasih diucapkan kepada mereka atas perkongsian yang begitu menarik.

Baiklah, kini kita beralih ke aktiviti 15 Minit Membaca bersama. Para pengawas
pusat sumber telah mengedarkan buku diawal majlis. Oleh itu, para guru dan pelajar
diminta membaca secara senyap buku yang telah diedarkan tadi. ( PELAJAR BACA
SECARA SENYAP )

(selepas 15 minit)
Para guru dan pelajar boleh pulangkan semula buku-buku yang diambil kepada
pengawas pusat sumber.

Para hadirin sekalian , di sini ada beberapa pengumuman iaitu


:_____________________________.(baca pengumuman) jika ada .

Diharap rakan-rakan pelajar peka terhadap pengumuman itu tadi .

NYANYIAN LAGU AMIN AMIN

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak
bagi menghormati dan menyanyikan lagu negeri Perlis iaitu AMIN AMIN dan lagu
sekolah .
( dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik )

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

BERSURAI.

Kami bagi pihak Pusat Sumber Sekolah Ibnu Sina SMK Syed


Sirajuddin juga ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.
Dengan berakhirnya lagu sekolah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Semua rakan murid boleh beredar ke kelas masing-masing dengan tertib.


Sekian,
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬. Wabillah hitaufik walhidayah

Anda mungkin juga menyukai