Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis

Pelancaran Sekolahku Sejahtera

KATA ALUAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Sekolahku Sejahtera.

Yang Berbahagia, Pegawai Perhubungan Sekolah, Insp Muhammad Azrul Nizam


Bin Zainal Abidin dan Sjn Nor Azrie Bin Yusof dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD
Kajang,

Yang Berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran, Datin Norli binti Ahmad,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Razida binti Bohari,

Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdul Moies bin Abdul Shukor,

rakan-rakan guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka
dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Pelancaran
Sekolahku Sejahtera peringkat Sekolah Kebangsaan Kantan Permai.

Hadirin yang dimuliakan,


BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Bagi memulakan majlis yang penuh bermakna ini, marilah terlebih dahulu kita sama-
sama memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T. agar majlis kita ini diberkati oleh-Nya.
Majlis dengan sukacita mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohammad Hafizi bin
Rahmat untuk memimpin bacaan doa.

(Bacaan doa)

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberi
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

NYANYIAN LAGU

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Semua
guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi dengan penuh
semangat diiringi muzik.

***Nyanyian Lagu

Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

UCAPAN PERASMIAN DAN GIMIK

Hadirin sekalian,

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini, dengan itu, majlis sukacitanya
menjemput puan PK Pentadbiran, Datin Norli ke pentas bagi menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat
sekolah. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

*Ucapan PKP

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada PK Pentadbiran atas ucapan perasmian
itu tadi.
Majlis dengan sukacitanya menjemput Sarjan Nor Azrie bin Yusof selaku Pegawai
Perhubungan Sekolah diiringi Datin Norli untuk penyempurnaan acara perasmian.

Seterusnya Serahan Poster ______________ oleh Pegawai Perhubungan Sekolah


diwakili Sarjan Nor Azrie kepada wakil pihak sekolah, Puan PK Hem iaitu Puan
Razida binti Bohari.

Di dataran tadi baru sahaja kita saksikan perasmian Pelancaran Sekolahku


Sejahtera peringkat Sekolah Kebangsaan Kantan Permai.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Sarjan dan guru-guru penolong kanan
atas kesudian menyempurnakan acara itu tadi.

Nyanyian Lagu Sekolahku Sejahtera

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu tema Sekolahku Sejahtera. Hadirin
dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu yang penuh semangat
itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PENUTUP

Hadirin sekalian,

Sebagai Makluman, Kelas 6Orkid dan 6Kenanga akn terlibat selepas ini untuk
menyaksikan pelancaran Peringkat Kebangsaan secara hibrid di PSS. Guru subjek
akan bersama murid di PSS.

Baiklah tuan puan, majlis kita telah tiba ke penghujungnya. Saya mewakili pihak
majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan pelancaran Sekolahku
Sejahtera. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai