Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN MINGGU PANITIA PEN. ISLAM & BAHASA ARAB


_________________________________________

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

[ALU-ALUAN: ]

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

‫السلما عليكم ورحمة ال وبركاته‬

.‫ والصلةا والسلما على رسول ال المأين وعلى آله وأصحابه أجمعين‬،‫الحمد ل رب العالمين‬

Yang Berusaha Encik Kamarudin Bin Harun


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar 2,Paloh Hinai

Yang Berusaha En Suhaimi Bin Mahmod


Guru Penolong Kanan I

Encik Mohd Daud Bin Idris


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En Rameli Bin Yaakub


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Norazian Binti Zainol Abidin


Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
/2

[ALU-ALUAN]

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Minggu


Pendidikan Islam pada pagi yang mulia ini, yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan
Islam & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Bandar 2,Paloh Hinai.

[BACAAN DOA]

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Adik (……………………………………..) untuk
menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

[ NYANYIAN NASYID ASMA UL HUSNA]

Seterusnya marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu nasyid Asmaul Husna. Guru-
guru dan murid-murid diminta berdiri.

(Nyanyian Asmaul Husna)

Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.


/3

[UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR]

Majlis seterusnya mempersilakan , Sekolah Kebangsaan Bandar


2 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Minggu
Pendidikan Islam .

Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan.

(Ucapan Alu-aluan)

Jazakallahu Khayran Kathira diucapkan kepada ________________atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

[PERTANDINGAN ]

Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang minggu Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab ini. Maka, sekarang mari kita saksikan pertandingan yang terakhir bagi Minggu
Pendidikan Islam & Bahasa Arab iaitu, ______________________________.

[PENYAMPAIAN HADIAH]
Kini tiba saat yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Hadiah bagi setiap pertandingan
yang diadakan sepanjang Minggu Pendidikan Islam .

Dijemput _______________diiringi (………………………………………) untuk


menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dijemput _________________________ diiringi


(………………………………………) untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
/4

Dijemput ___________________________ diiringi


(………………………………………) untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

[PERSEMBAHAN PELAJAR]
Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nyanyian nasyid yang
akan dipersembahkan oleh kumpulan annisa’ Nurhikmah yg
bertajuk__________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………………………………..

[PERSEMBAHAN PELAJAR]
Seterusnya dijemput Nur _________________________untuk mempersembahkan
nyanyiannya yg bertajuk ______________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik …………………………………………..

[BERSURAI ]

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi maka berakhirlah Majlis Minggu
Pendidikan Islam.
Sekalung Apresiasi diucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid yang terlibat
dalam bersama-sama menjayakan minggu Pendidikan Islam pada tahun ini.

Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca tasbih Kafarah dan.Surah al-‘Asr.

‫والسلم عليكم ورحمة الله وبركاته‬


/5

Anda mungkin juga menyukai