Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM KEM IBADAH 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERAK


Nama Pelajar : Norhazwan bin Nordin
Program : PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Merak
Nama Projek/Aktiviti : Kem Ibadah 2015
Tempoh Pelaksanaan : 30 September 2015 (1 hari)
Objektif : 1) Membina jati diri dalam kalangan murid Tahun 6
2) Memperteguhkan kekuatan rohani dengan mempertingkatkan
rasa cinta
dan sayang kepada Allah melalui kesempurnaan solat fardhu
dan sunat
3) Menanamkan rasa kesedaran akan kepentingan akhlak
sesama rakan
dan cara berpakaian dalam Islam.
Program Kem Ibadah telah berjaya dilaksanakan pada 30 September
2015 bersamaan hari Rabu anjuran Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru ( PIBG) SK Taman Merak serta barisan Guru Pelatih IPG
yang menjalani internship selama sebulan di sini. Program ini telah disertai
oleh seramai 67 orang murid Tahun 6 SK Taman Merak. Penyertaan semua
guru muslim sekolah juga seramai 36 orang turut membantu melancarkan
lagi perjalanan program ini. Program telah bermula seawal jam 7.45 pagi
dengan sesi pendaftaran yang telah berlangsung di dewan SK Taman
Merak dan dikendalikan oleh Cik Nurul Hani binti Mohd Azizi selaku ketua
dan AJK Pendaftaran yang telah dilantik.
Selesai

urusan

pendaftaran

dijalankan,

semua

peserta

telah

diarahkan untuk mengambil tempat masing-masing di dewan. Sebelum


program bermula, semua peserta kem diberi taklimat oleh Ustazah
Norlizah bt Sulaiman. Dalam sesi taklimat ini, peserta kem diberi taklimat
tentang

peraturan-peraturan

yang

perlu

dipatuhi

sepanjang

kem

berlangsung, pembahagian kumpulan-kumpulan kecil, pelantikan ketua


kumpulan dan pelantikan penghulu serta penghuluwati kem.
Selesai sesi taklimat, tepat jam 9.00 pagi program dimulakan
dengan Ceramah Persediaan Awal Remaja oleh penceramah jemputan
daripada

AMTACC.

Dalam

sesi

ceramah

ini,

peserta-peserta

kem

didedahkan dengan cabaran-cabaran yang akan ditempuhi oleh mereka


apabila mereka menempuh alam remaja. Penekanan tentang kekuatan jati
diri dalam kalangan murid ditekankan oleh penceramah kepada peserta
kem agar mereka dapat membawa diri apabila keluar dari sekolah dan
tidak terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat. Kehebatan
penceramah menyampaikan pengisian di samping menyelitkan unsurunsur kecindan sepanjang ceramahnya membuatkan slot ceramah selama
dua jam terasa singkat oleh peserta kem. Tepat jam 11.00 pagi slot
ceramah selesai. Selesai slot ceramah, murid-murid diberi rehat selama
setengah jam. Murid-murid menjamu selera yang telah disediakan oleh AJK
Makanan di kantin sekolah.
Jam 11.30 pagi, para peserta diarahkan berkumpul semula di dewan.
Kesemua peserta berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat teori
mandi wajib yang disampaikan oleh Ustaz Norhazwan bin Nordin. Beliau
telah menyediakan beberapa slide power point yang mengandungi inputinput tentang teori mandi wajib untuk ditayangkan kepada peserta kem
ibadah. Sesi slot beliau diakhiri dengan sedikit slot soal jawab bersama
Ustaz Mukhtar bin Abdullah. Peserta kem diberi ruang untuk bertanyakan
sebarang soalan dan kemusykilan berkenaan teori mandi wajib. Slot
ceramah teori mandi wajib ini berakhir jam 12.30 tengah hari.
Selesai slot ceramah teori mandi wajib, para peserta dilepaskan
untuk makan tengah hari bertempat di kantin sekolah yang diuruskan oleh
AJK Makanan. Guru-guru yang terlibat juga turut menjamu selera di kantin
sekolah. Selesai menjamu selera, semua

peserta

diarahkan untuk

membuat persiapan diri untuk solat fardhu Zohor secara berjemaah. Jam

1.30 petang, para peserta beserta guru solat fardhu Zohor berjemaah di
Dewan yang diimamkan oleh Ustaz Mukhtar bin Abdullah. Selesai solat,
Ustaz Mukhtar juga memimpin zikir ringkas dan diikuti oleh peserta kem.
Seterusnya, jam 2.00 petang, program diteruskan dengan slot
penerangan Solat Jenazah oleh Ustaz Ihsan Akmal bin Abdul Ghani. Ustaz
Ihsan telah menyampaikan slot beliau berpandukan slide power point yang
telah disediakan. Kesemua peserta kem kelihatan sedikit insaf sepanjang
slot ini. Slide-slide tentang kematian yang ditunjukkan kepada mereka
ternyata memberi kesan kepada peserta kem. Selesai penerangan, Ustaz
Ihsan juga turut menunjukkan secara ringkas praktikal pengurusan
jenazah. Seorang peserta kem telah dipilih sebagai model jenazah. Ustaz
Ihsan menunjukkan cara-cara membalut kain kafan ke atas jenazah dan
seterusnya

menjalankan

amali

solat

jenazah.

Amali

solat

jenazah

dikendalikan oleh murid sendiri sebagai imam dan makmum dan Ustaz
Ihsan sebagai pembimbing solat jenazah. Sesi taklimat oleh Ustaz Ihsan
berakhir jam 3.00 petang
.
Seterusnya, atur cara diteruskan dengan amali mandi wajib. Para
pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan
para ustaz dan ustazah membimbing setiap murid supaya pelajar dapat
melaksanakan amali mandi wajib dengan betul. Amali mandi wajib ini
dilaksanakan di tandas sekolah. Semua murid dapat melaksanakan amali
mandi wajib dengan sempurna. Amali ini berlangsung selama satu jam.
Pada pukul 4.00 petang, murid-murid diarahkan untuk bersiap sedia
bagi menunaikan solat fardu Asar. Seorang murid dipertanggungjawabkan
untuk melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Murid-murid solat
berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Hazman bin Manaim. Selesai solat,
Ustaz Hazman membimbing murid-murid berzikir.
Selesai solat Asar berjemaah, Kem Ibadah diakhiri dengan majlis
penutupan serta penyampaian sijil kepada para peserta. Penyampaian sijil

disempurnakan oleh Ustaz Mukhtar bin Abdullah. Majlis bersurai pada


pukul 6.00 petang. Sebelum bersurai, para ustaz dan ustazah beserta
murid menikmati minum petang di kantin sekolah.
Kesimpulannya, program kem ibadah yang telah dilaksanakan ini
banyak

memberikan

input

yang

positif

walaupun

hanya

sehari

berlangsung. Dengan aktiviti-aktiviti dan slot-slot yang telah dijalankan,


diharapkan semoga semua murid yang terlibat akan menjadi insan yang
sentiasa menjaga ibadah terutamanya ibadah solat lima waktu dalam
seharian. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah
s.w.t.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

...............................................

...........................

.....................
(NORHAZWAN BIN NORDIN)

(USTAZ MUKHTAR BIN

ABDULLAH)
Guru Pelatih IPG

Ketua Panitia Pendidikan

Islam

IPG Kampus Darul Aman.

Sek. Keb. Taman Merak.


Sek. Keb. Taman Merak.

Disahkan oleh,
..............................................
(ENCIK ZAIKUAN BIN HUSAIN)
Guru Besar,
Sek. Keb. Taman Merak

GAMBAR PELAKSANAAN KEM IBADAH 2015

Anda mungkin juga menyukai