Anda di halaman 1dari 1

CONTOH AYAT DALAM PELAPORAN ADAB BELAJAR

1. Tahniah atas pencapaian. Berikan lebih tumpuan untuk subjek tertentu seperti Matematik, Sejarah
dan Bahasa Inggeris. Kejayaan menanti untuk anda yang rajin berusaha dan tidak mudah mengalah!
2. Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang. Beri fokus dan
banyakkan latihan terutama dalam subjek Sains dan Matematik. Tahniah!
3. Tahniah! Kebolehan dan keupayaan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha untuk semakin berjaya.
4. Tahniah! Prestasi anda boleh dipertingkatkan lagi. Beri tumpuan dalam beberapa subjek
terutamanya semasa guru mengajar dan tingkatkan komitmen untuk memajukan diri. Semoga anda
lebih berjaya.
5. Tahniah! Pelajar menunjukkan usaha dan kesungguhan untuk sentiasa memperbaiki diri. Beri
tumpuan lebih dalam subjek tertentu seperti Matematik. Kuatkan semangat. Anda pasti berjaya.
6. Seorang Ketua Tingkatan dan pelajar yang suka menolong guru dan rakan-rakan serta tidak
mementingkan diri sendiri. Masih banyak peluang dan masa untuk meningkatkan kecemerlangan
diri. Kuatkan semangat dan jangan mengalah. Semoga anda mencapai kegemilangan dalam pelbagai
aspek.
7. Kehadiran memberangsangkan. Tingkatkan kehadiran untuk lebih cemerlang.
8. Hadirkan minat dan kesungguhan dalam menuntut ilmu serta berusaha untuk memberikan sepenuh
perhatian terutama dalam PdPc.Masih banyak ruang dan peluang untuk mendaki tangga kejayaan.
Anda mampu jika anda mahu. Tahniah! Semoga anda semakin berjaya.
9. Seorang yang tekun dan berupaya menyiapkan tugasan dengan baik. Memberikan fokus dan
berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tahniah! Tingkatkan usaha dan semarakkan kegemilangan
anda.
10. Pelajar ini mempunyai penampilan diri yang baik dan sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk
meningkatkan pencapaian diri, Tahniah! Anda berpotensi untuk menjadi insan hebat.
11. Seorang murid yang menunjukkan sifat matang apabila memberikan pendapat. Pertingkatkan
kemahiran komunikasi agar menjadi pemimpin yang baik kepada diri sendiri dan dalam kalangan
rakan. Tumpukan perhatian khususnya dalam subjek yang memerlukan pembacaan dan ingatan.
Tahniah, semoga semakin cemerlang.
12. Seorang murid yang menunjukkan personaliti kemas dan menghormati guru. Beri tumpuan lebih
dalam sesi PdPc. Tahniah atas usaha anda. Semoga terus berusaha gigih untuk kejayaan cemerlang.
13. Pelajar ini mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Perbanyakkan ulangkaji dalam subjek-subjek bahasa dan pembacaan. Tahniah atas kejayaan anda!
Semoga semakin maju.

cikgu dyla

Anda mungkin juga menyukai