Anda di halaman 1dari 3

CONTOH ULASAN GURU UNTUK PELAPORAN PBD MURID

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa
depan yang gemilang.

Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik
daripada hari ini.

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang
lebih baik.

Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda
pasti berjaya.

Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan
ketika belajar.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan
memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
Tingkatkan usaha anda

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
A. MURID CEMERLANG
1. Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai
dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
Tingkatkan usaha.
2. Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif, Rajin bertanya dan
mencari penyelesaian sendiri. Selamat Berjaya
3. Seorang yang fokus, kreatif, berfikir di luar kotak dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Anda Terbaik!!
4. Anda seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas. Awesome!!
5. …………suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains, kreatif dan berfikir di luar kotak. Dia selalu
memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah.
6. …. Murid yang suka bertanya dan mampu mencari penyelesaian sendiri, hormat pada guru & suka membantu
rakan-rakan.
7. …………merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia selalu
bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh berkomunikasi dengan baik
dan bekerjasama dengan rakan-rakannya.
8. Seorang yang rajin menyiapkan tugasan serta boleh berkomunikasi dengan baik dan mudah bekerjasama
dengan rakan-rakannya.
9. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, mampu memahami apa yang diajar oleh
guru dengan baik dan membantu rakan lain.
10. …………merupakan seorang murid yang suka melontarkan idea kreatif & rajin dalam pembelajarannya.
Dia boleh bekerjasama baik dengan rakan-rakannya.
B. MURID PENCAPAIAN SEDERHANA (PERTENGAHAN)
1. Seorang yang tekun menyiapkan tugasan yang diberi , boleh berkomunikasi dengan rakan sekelas dan
berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
2. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, berminat untuk belajar dan boleh mencapai
kejayaan dengan usaha gigih.
3. …. Seorang murid yang suka bertanya, berani, menunjukkan kesungguhan untuk belajar, hormat pada guru
& suka membantu rakan-rakan.
4. …………merupakan seorang murid berpotensi kerana suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya.
Teruskan Usaha anda, Kejayaan milikmu.
5. …….ialah seorang yang rajin dan bersemangat selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam
pembelajarannya, mesra dengan rakan sekelas.
C. MURID BERPOTENSI (LULUS TAHAP MINIMA)
1. ……….menunjukkan perkembangan yang baik walaupun agak perlahan. Rajin bertanya guru & rakan sekelas
jika tidak faham dan teruskan usaha supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih baik
2. …menunjukkan kesungguhan untuk belajar , rajin bertanya namun perlukan usaha lebih untuk lebih
cemerlang. Anda Boleh!!
3. …..seorang murid yang berpotensi namun memerlukan bimbingan berterusan, Tingkatkan usaha dan
semangat . Semoga Berjaya!!
4. …..seorang murid yang menunjukkan minat tinggi untuk belajar namun memerlukan usaha gigih berterusan,
Tingkatkan usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!
5. ….. memerlukan bimbingan berterusan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran., Tingkatkan usaha
dan jangan putus semangat. Anda boleh Berjaya!!
6. …..ialah murid yang baik, namun selalu hilang fokus semasa proses pembelajaran, Anda boleh berjaya ,
dengan belajar bersungguh-sungguh. Anda Boleh!!

KEHADIRAN

Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam
pelajaran

Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.


Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran.

Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata
pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai
motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai
lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai