Anda di halaman 1dari 1

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH PERTENGAHAN TAHUN

Contoh Ulasan Guru Kelas….nama adalah rekaan semata-mata (tiada kaitan dengan sesiapapun..hanya sebagai
contoh okay..)by me..kudalangsosonduk

BODU..
Tahniah atas pencapaian anda. Anda seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan
baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus serta berpotensi tinggi
untuk lebih cemerlang. Teruskan berusaha, kejayaan pasti milik anda.

BAKI..
Prestasi anda memberansangkan. Anda berpotensi untuk mencatatkan kejayaan yang lebih cemerlang. Berusaha
untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang
lebih baik.

GAMAN..
Prestasi anda pada tahap baik. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan
tumpuan sepenuhnya ketika belajar. Anda seorang murid yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasan yang diberikan. Teruskan berusaha untuk memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang di masa akan
datang.

MINAN..
Pencapaian anda pada tahap baik. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang positif. Teruskan berusaha. Sentiasa
mengulang kaji pelajaran di rumah, berikan tumpuan kepada mata pelajaran tertentu dan fokus sepenuhnya di dalam
kelas. Anda seorang murid yang berpotensi untuk berjaya.

LANGKUM..
Pencapaian anda pada tahap baik. Teruskan berusaha untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik lagi. Sentiasa
siapkan tugasan yang diberi oleh guru, ulangkaji pelajaran di rumah, beri tumpuan lebih kepada mata pelajaran
tertentu, banyakkan latihan bacaan dan fokus sepenuhnya semasa PdP dalam kelas. Tingkatkan usaha dan teruskan
belajar.

BALATUNG..
Prestasi anda pada tahap sederhana. Perlu dipertingkatkan lagi. Tanamkan minat sentiasa mahu belajar. Anda mesti
mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Banyakkan
latihan bacaan dan penulisan, ulangkaji pelajaran di rumah, menyiapkan tugasan dan fokus sepenuhnya ketika guru
sedang mengajar. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas. Gandakan
usaha dan teruskan belajar. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

LAPAK2..
Pencapaian anda pada tahap sederhana. Perlu dipertingkatkan lagi. Kuasai sepenuhnya kemahiran asas 3M,
banyakkan mengulang kaji pelajaran, fokus sepenuhnya semasa guru sedang mengajar dan rajin menyiapkan
tugasan yang diberi. Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu, gandakan lagi usaha dan teruskan belajar
dengan sungguh sungguh. yakin pada kebolehan diri, nescaya kejayaan pasti milik anda.

Anda mungkin juga menyukai